Tuesday, September 23, 2008

JANGAN GAMBARKAN POLIS JAHAT

Istilah makanan anjing sekarang bukanlah satu konotasi yang tidak baik atau menjijikkan seperti pada masa lalu. Ia bergantung siapa pemilik anjing itu.

Ada orang memberikan makan anjingnya dengan makanan yang mahal. Malah, lebih mahal daripada makanan orang miskin di luar bandar. Makanan anjing itu pula hanya boleh dibeli di tempat tertentu saja seperti di pasaraya besar atau kedai haiwan.

Oleh itu, kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang menyatakan beliau diberi makanan serupa makanan anjing ketika ditangkap polis, perlu diteliti dengan lebih mendalam oleh semua pihak.

Kita tidak payah melenting kerana mungkin apa yang dinyatakan oleh Teresa ialah makanan disediakan polis mungkin tidak sama dengan makanan yang dimakan olehnya setiap hari.

Beliau mungkin menikmati makanan yang sedap-sedap dan baginya makanan polis itu semacam makanan anjing. Yang nyata kenyataan ahli politik pembangkang itu pasti memberi imej yang buruk kepada polis dan kerajaan.

Itu sebabnya seorang Timbalan Menteri sanggup bertemu beliau untuk menyiasat perkara itu. Akhirnya, semalam kita tahu antara "makanan anjing" yang disediakan kepada Teresa ialah telur goreng dan ayam. Sedap makanan tu.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang rasional saya dari mula lagi yakin takkanlah polis hendak memberi makanan anjing kepada Teresa. Takkanlah polis menyifatkan Ahli Parlimen itu sebagai anjing sehingga memberikan makanan yang semacam itu.

Jika Teresa bertandang ke rumah pemilik anjing yang kaya, sudah tentu beliau akan diberikan makanan yang mahal-mahal. Lebih baik daripada makanan anjing mereka. Ini kerana makanan anjing orang kaya, pasti mahal.

Melainkan, Teresa makan di rumah pemilik anjing yang miskin tetapi mahu juga memiliki haiwan yang banyak kegunaan itu. Pastilah kurang sikit. Atau makan di tepi jalan di mana banyak anjing-anjing yang tidak bertuan.

Oleh itu, semua pihak perlu melihat kenyataan Teresa itu dengan mendalam apatah lagi semalam beliau menyalahkan media dengan menyatakan mereka tidak membuat laporan yang betul. Kesihan, media pula disalahkan.

Anehnya, Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan semula sidang media beliau yang memaparkan beliau menyatakan makanan yang disediakan semacam makanan anjing.

Lain kali tidak baik membuat tuduhan begitu. Nanti anjing orang kaya akan marah menyamakan makanan polis itu dengan makanan mereka. Lainlah anjing-anjing yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan sering menyalak membuat bising.

32 comments:

terubuk jantan said...

Salam Dato,
saya sejak awal lagi beranggapan pihak polis diraja Malaysia(pdrm)tidak akan membiarkan tahanan atau orang yang dituduh memakan makanan seperti yang dinyatakan oleh teresa.Ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan ahli parlimen pasir salak yb tajuddin yang juga pernah ditahan dibawah isa bahawa makanan disana tidak seperti yang diperkatakan oleh teresa.Semalam juga tim menteri telah menyenaraikan makanan yang dimakan oleh teresa dan nampak gayanya kalau kita orang biasa sudah lali dengan makanan tersebut dan bersyukur diberi makan.Moral dari ceritanya ialah sekiranya kita ditahan oleh pihak berkuasa pastinya perut kita tidak akan dibiarkan kosong namun tidak pula "nasi beriyani" yang akan dihidangkan.
p/s: teringat zaman mahasisiwa dahulu berbuka puasa dengan kicap tamin dan telor goreng.

Anonymous said...

HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA A AH HA HA HA HA HA HA
Good One.
HA HA HA HA HA HA HA HA.

JantanGiler said...

Semmmg nya makanan dalam lokap perlu diberi perhatian utk pembaikan kerana mereka ini belum dijatuhkan hukuman dan bukan pesalah. Mereka ini manusia yg belum diakui kesalahan nya dan berhak mendapat pembelaan. Budget utk makanan reman perlu bersesuaian dgn kadar semasa. Apabila makanan dijual murah maka aspek quality/Hygenic terlepas pandang. Banyak berlaku seperti disekolah dimana keracunan makanan berlaku apabila harga makanan terlalu murah disebabkan penjual mengunakan material yg berkualiti rendah i.e. ikan / sayur yg hampir reject.
Mungkim vocabulary bahasa melaysia YB.Teresa terhad maka terkeluar perkataan spt' makanan anjing'.

Walaupun kita tidak bersetuju dgn pembangkang, tetapi sebagai hak individu kita perlu menyokong jikalau itu kebenaran nya. Tetapi apa yg terjadi kita terlebih sentimental. Kita mengandaikan makanan istilah Teresa , telur, ikan kembung, timun adalah makanan anjing. Adakah kita sanggup makan makanan tersebut kalau makanan disediakan diragui hygenic nya ?

Anonymous said...

Salam Dato' Tiger,
If dia pergi tengok masyarakat kat bawah ni makan apa, polis makan apa, reporter makan apa, mungkin dia kata. "Eh, what you are having is similar to dog food..."
Apa kata mana-mana paper tabloid pergi interview Cook yang sediakan makanan tu. Entah2, polis pun makan apa yang disediakan untuk YB Teresa.
Oleh itu para YB, pembangkang mahu pun kerajaan, tolong la tengok hal rakyat dulu, semua orang nak cari makan. YB-YB pun. Tapi siapa yang patut diutamakan?

SPdotCom said...

Assalamualaikum....

Manusia kalau tidak tahu nikmat dan tak tahu bersyukur memang suka merungut dan "menyalak". Makanan yang begitu enak dikatakan "makanan anjing".


Mengaku diri sebagai pejuang dan pemimpin rakyat tapi bila dihidangkan dengan sajian yang menjadi kelaziman hidangan rakyat biasa, maka "menyalak" dari utara ke selatan, timur ke barat menghebohkan keseluruh alam semesta bahwa hidangan yang disajikan adalah makanan anjing.
Sedarlah, ketahuilah dan insaflah bahwa masih ada rakyat biasa yang sajian mereka hanyalah nasi berlaukan kicap tapi mereka tetap bersyukur malah tidak pernah merungut.


Biasa lah pemimpin dan pejuang sekarang(kononnya), berikrar berjuang untuk rakyat, berjanji berkhidmat untuk rakyat tapi menuntut layanan bagaikan sang putera/puteri kepada MahaRaja.


Seenak-enak hidangan, selazat-lazat sajian dan semahal mana sekalipun sesuatu makanan, kalau diberikan kepada anjing, maka hidangan yang diberikan akan disebut makanan anjing.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Cukuplah itu . Lojing dah percuma dan bajet makan RM4.50 sehari untuk menginap di " Hotel 5 Star Kerajaan" . Keselamatan pun terjamin.
" In this world no human being is always satisfy ".

SPdotCom said...

Assalamualaikum..

Salah satu isu sekarang adalah "makan". Ada yang tak cukup makan dan ada yang terlebih makan. Ada pula yang mengadu dan merungut hidangan yang disajikan cuma nasi, telur rebus, kuah(kari le agaknya) dan sedikit timun.


Maka bergegas lah timbalan pak menteri mengadap si pengadu untuk menyiasat kononnya. Satu alam menyaksikan peristiwa yang amat melucukan tersebut.


Tertanya-tanya rakyat sekelian alam, adakah timbalan pak menteri atau pak-pak menteri akan berbuat perkara yang sama andai kata si pengadu adalah di kalangan rakyat biasa yang tak punya "nama".

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Inilah akibatnya dilayan orang yang semacam itu.

Kepimpinan dulu, tidak pun pernah melayan orang seperti ini.

Mereka lebih kepada membiarkan orang ini menyalak-nyalak.... lalu bila dia penat, dia akan berhenti.

elok juga kepimpinan akan datang mengambil tauladan apa yang berlaku seperti sekarang.

Ini supaya, tiada lagi pihak yang akan menyalak tak tentu pasal sehingga mengelirukan rakyat.

sehingga akibatnya mereka akan memangkah pula anjing itu.

sekian terima kasih.

yiPPie yabedabedu.

ahm said...

"memoir sejenis makhluk"

biarkanlah makhluk itu dengan dunianya... menyalak bukit sekuat mahu, atau terus mengejar bayangnya sendiri. yang pastinya ramai mulai kenal jenis bulunya. ramai dah mula nampak taringnya...kukunya pun telah semakin terserlah..tapi pelik kalau campakkan tulang cairlah dia.

sekali ia berkurap ia akan terus kurap selamanya dan akan terus menyelongkar di lorong-lorong belakang; sebab kalau dia dah biasa makan tahi, ketagih jadinya, dapat bau pun jadilah.

cuma,pastikan di masa hadapan berhati-hati bila melepaskan yang tersepit takut ia menggigit pula, .....tak mengenang budi langsung.

MAWAR BERDURI said...

Salam?

pada kebiasaanya makanan anjing ja org kan ckp 'makanan anjing' jadi kalau dah rasa makanan 2 mcm makanan anjing yang makan 2 anjing lah..

pas ni pasti c teresa ni ckp putar belit g.."tak da cakap yang cakap 2anjing"...heh ada juga manusia mcm ni.

Si Tampok Manggis said...

Dato Tiger,

Saya kagum dgn kebijaksanaan Dato' mengupas isu mengikut matlamat yang Dato' inginkan. Setiap posting Dato' saya perhatikan mengarah ketujuan yang Dato' hajati. Sememangnya setiap penulis ada pegangan dan arah politiknya sendiri. Tulisan penulis berkenaan tidak dapat tidak akan mengarah ke situ. Itu memang dibolehkan, cuma kena jelas dibezakan antara tulisan yang begitu dan tulisan MUNAFIK.

Disebut orang bahawa orang munafik adalah orang yang menafikan kebenaran sesuatu perkara walau pun dia tahu hakikat kebenaran tersebut. Begitu juga menafikan kemungkaran walau pun dia tahu hakikat kemungkaran tersebut di samping dapat membayangkan akibat darinya.

Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya supaya kebijaksanaan Dato' dalam mengulas atau mengenengahkan isu digunakan sebaik mungkin. Menepati tujuannya untuk kesejahteraan umat. Bukan menepati kehendak mereka yang menabur DEDAK.

Penulis yang bermaruah tak makan DEDAK. Walau pun ramai penulis yang makan tanggung.

rayliew said...

Cukuplah hidangan yang diberikan, takkan yang berhormat mahu hidangan "Shark Fin" dalam penjara. Tahukah anda kerajaan terpaksa berbelanja peruntukan yang besar untuk makanan tahanan penjara dan tidak pernah kerajaan mengabaikan kebajikan tahanan termasuk makanan dan minuman. Kenyataan Teresa telah seakan mengutuk tahanan penjara sebagai "ANJING", tetapi tahanan penjara yang dilepaskan semuanya berkeadaan sihat dan tiada yang merungut kelaparan. Beliau sepatutnya diambil tindakan kerana memburuk-burukkan perkara-perkara yang tidak benar walaupun baru dilepaskan. Sijil profesionalnya sepatutnya dilucutkan kerana seringkali menyalahi undang-undang. Insaflah dan jangan mengulanginya lagi.....

Anonymous said...

Hari ni dia minta maaf pula, nak di maafkan ke?? Saya hanya akan maafkan dia kalau dia makan makanan yang dia sebut sebagai makanan anjing tu depan kaca TV..

Tak salah kalau dia diberi makan semacam makanan anjing tu, sebab dia ni pun satu spesis dengan haiwan tersebut......

Ada otak taroh mana oo...asau??

Cucu Tok Selampit said...

Salam Dato',

Memanglah tak sesuai dengan jiwanya. Dia nakkan makanan bah kut teh dengan khinzir panggang. Mana nak cari dalam penjara!

Anonymous said...

Salam perjuangan

Kurang Ajar... Biadap & tak tahu dek untung langsung teresa. Bayangkan selepas dibebaskan dr tahanan ISA hasil tolak ansur polis dan kerajaan perkara pertama yg teresa lakukan adalah menyamakan makanan semasa dalam tahanan sama seperti makanan anjing... BIADAP!!!

Kalau tak salah ANJING itu dikiaskan kepada polis sbb polis yg menjaga teresa sepanjang dalam tahanan itu...

Malam tadi teresa sekali lagi cuba berdolak dalih kononnya media yg putar belit kenyataan... sebenarnya dia kata makanan yg dia dpt lebih baik dari makanan anjing... KURANG AJAR, kita tengok lepas tu rakaman kenyataan teresa " my food SIMILAR to DOG FOOD" ingat org melayu bila tak faham bahasa cina tak faham juga bahasa inggeris ke??? Memang lidah bercabang...

Tahniah kepada melayu ISLAM yang pada PRU lalu mengundi pembangkang termasuk calon DAP ini. Yang terang lagi bersuluh merupakan kafir Harbi yg kini terbukti telah berjaya mendaulahkan ISLAM...

Inilah hasil melayu ISLAM terlalu emosi dan berpecah belah hinggakan golongan ekstremis kaum lain mengambil kesempatan dan secara berani mencabar hak melayu ISLAM yg termaktub dalam perlembagaan.

Kepada MELAYU ISLAM fikirlah masak-masak, sedalamnya dan menjangkau jauh ke masa hadapan... Apakah akan terbela nasib anak cucu dan generasi kita akan datang gabungan parti sebegini memerintah nanti... tentunya hak kita akn terus dihakis satu persatu secara sistematik dan akhirnya kesudahan yg begitu menyayat hati akan menimpa bangsa melayu ISLAM akhirnya...

http://idealismalaysia.blogspot.com

Renung-renungkan, selamat berjuang

vicky said...

makan goreng telur dan goreng ialah "my favourite food" dan sedap..tetapi untuk yb..bukan sedap

Anonymous said...

dalam isu teresa ni sy betul2 tak puas hati..hari tu masa dia baru klua ISA..sy igt lagi dia kata dia makan telur..kuah n timun..n kata lah cam makanan anjing..dog food.

esok nye pulak (smlm) peguam dia siap senarai kan nasik..roti..ikan kembung..aik..dah lupe ke teresa ni atas apa yg dia ucapkan?

sy rasa dia ni ada mental disoder, split personality (ye lah ada yg kata teresa ni ahli politik yg plg lemah lembut : ye ke...org lemah lembut ni kan bersopan santun tak penipu dsbg.) plus..alzhameir..ye lah baru tak brapa menet klua ISA..dah lupa apa dia makan semalam..

nampak sgt teresa ni suka membangkitkan kemarahan..betul dia sebut tapi tak complete..saya sarankan klau si teresa ni menyalak kat mahkamah..apa kata ulang tayang video ucapan dia masa mula2 kuar ISA kat depan muka dia. tgk apa lagi alasan dia nak buat.

ape pasal tahan dia ni sekejap sgt..tahan lama2 sbb dia ni mmg org2 yg boleh membawa rusuhan.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger

ni komplen ahli politik tok biasala mestila nak burukkan kerajaan or polis
macam ni punya orang pon bleh dipilih jadi mp, siap ada record pon nak belit lagi dia punya statement..

art of manipulating

Anonymous said...

Salam...
Sebagai mana yang kita thu Teresa Kok adalah wakil rakyat pembangkang. Jadi tidak hairanlah jika beliau akan memburukkan kerajaan atau polis. Mana mungkin pembangkang akan memuji kerajaan atau polis. Sudah menjadi lumrah dalam politik jika satu pihak akan memburukkan satu pihak lagi. Inilah yang terjadi dalam kes ini. Hal kecil yang sengaja dijadikan isu. Sepatutnya beliau bersyukur sebab dah selamat keluar dari sel tahanan ISA tu...

Anonymous said...

Mamai ke apa c teresa ni. Macam melepaskan anjing tersepit..

Sumbat je balik dia ke dalam.. beri makan makanan anjing yang betul2. X kesahlah anjing orang kaya ke atau orang miskin..

Agaknya YB DAP memang begini kot... camana nak percaya dengan diaorang ni semua hah..

Quantum Metal Consultant said...

Di kampong saya, kalau anjing betina single lanjut usia berkurap, memang dilayan begitu..

Dan untuk menarik perhatian, dia akan menyalak panjang besahutannnn kesakitannnn...minta simpati

Anonymous said...

betul2 sampah malaysia betul lah c teresa ni..dia tak blh lah samakan makanan tu sebagai makanan anjing ler..so apa lah perasaan org miskin kesian bila dia tahu telur rebus dan timun adalah makanan anjing..wei betinaaaaaa bodoh pakai otak sikit mah sasau punya org..jaga sikit mulut tu..jng sampai org miskin tu terasa dng ayat2 kamu..sudah buat salah tdk mau akui pula..sudah lah dulu malukan malaysia ckp org pompuan yg kena tahan d lokap tu adalah konon wanita cina kena ketuk ketampi padahal hakikat org melayu juga..sampai pak menteri kita p jelaskan d china kes tu..tau ckp saja tdk pandai fikir..apa jadi kes tu ada p minta maaf ke? senyap saja kan..adeiiii tak sedar d untung punya org..

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Dasyat sungguh bahasa YB tu adakah makanan begitu sedap dikatakan makanan anjing..Telor goreng dan ayam makan dengan kicap dan nasi panas uh terangkat...makanan kegemaran ku...isk...inilah manusia memang tak reti nak bersyukur..

Anonymous said...

"Pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kos makanan yang disediakan oleh kerajaan untuk setiap tahanan di lokap dan menyifatkannya “tidak masuk akal.”

Untuk tiga kali makan, katanya, kerajaan memperuntukkan RM4.50 sehari dengan pecahan 60 sen (sarapan), RM2 (tengah hari) dan RM1.90 (makan malam).

Apa yang tahanan dalam lokap dapat makan dgn kos RM 4.50
Mereka masih lagi manusia .

pulutkuning

rizal hashim said...

dulu dia kata yang ketuk ketampi bogel tu orang cina,

maka berterebas azmi khalid memohon sembah orang besar china di tanah besar china.

akhirnya yang ketuk ketampi kat jel polis tu wanita melayu...

teresa kok diam seribu bahasa..

kemudian my food "similar to dog food",

maka mana punya timbalan menteri dengar dan siasat,

alih-alih menu cuma kurang pasta carbonara atau bolognaise aje...

jadi similar bertukar kepada slightly better...

teresa kok, dalam analisis terakhir, similar lah dengan orang yang dia selalu kutuk...

Zahar said...

Nasib baik dia kata makanan anjing bukan makanan babi.

Anonymous said...

salam tok tiger...

orang politik begitulah perangainya.tak sama dengan ahli bisnes atau ahli sukan.

kalau nak makan sedap...jangan buat hal kat Malaysia ni.
makanan dalam lokap tak sama dengan dalam restoran beb!!!!

sendiri mau ingat le.

jiwakita said...

Walau pelbagai isu yg timbul yg dimainkan oleh pemimpin pembangkang
kebelakangan ini...yang tak masuk akal,yg putar belit,yang jumud,cakap
tak serupa bikin...nadanya sama sahaja jika ditanya kepada segelintir
penyokong mereka...jawapan mudah:alah
putar belit media...tetapi kita boleh
meneka:sebenarnya mereka-mereka ini
sebenarnya malu untuk mengakui bahawa
mereka tersalah pilih pemimpin untuk dicontohi.

Sebenarnya penyokong mereka telah
disongsangkan pemikirannya...
Pemimpin yg mereka cari,dijadikan idola dan menjadi ikutan adalah
mereka yg pandai merapu,pembohong
dan kuat menyalak.

ditakuti nanti,penyokong ikut belakang, rupanya pemimpin mereka
termasuk kolam najis, terjerumus sekali...

jiwakita said...

APA YG DISIARKAN OLEH AFP MENGENAI
PERJUMPAAN PEMIMPIN PEMBANGKANG DENGAN PIHAK KETIGA KEMUNGKINAN TENTANG PERJUMPAAN
OLEH PEMIMPIN PKR
DENGAN PEMIMPIN PAS DI KELANTAN....

Anonymous said...

Ni jenis perangai buruk jerka nak memburukkan orang je. Bunyi macam azab sangat makanan macam makanan anjing. Kalo makanan dekat penjara sedap2, ramai laa orang saja2 buat jahat bagi kena tangkap, dapat makan sedap2. tak sedap tu memanglah, baru lah orang yang kena tangkap tu sedar diri sikit, tapi takda lah sampai tahap makanan anjing. Mulut die tu macam anjing kot.

manggis said...

Itu baharu kesusahan yang sedikit yang diterima oleh teresa kok akibat perbuatannya yang dianggap kurang bertanggung jawab demi kepentingan keharmonian negara.

Tahukah kamu wahai teresa kok bahawa orang-orang seperti kami dahulu diberi makan nasi kawah oleh pemerintah akibat dikurung dalam kawasan hitam angkara komunis laknat.

Oleh itu bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang kita dapat walaupun sedikit dan kurang daripada kebiasaan. Jelas, terea kok bukan warganegara yang rendah jiwa patriotismanya

Anonymous said...

Takkan lah nak mengharapkan layanan istimewa kot. Dah namanya dalam tahanan, bukan dekat rumah mak mertua kau. Jangan nak kecoh, teruk sangat bunyi macam azab sangat. Cakap nak melebih2 je.