Thursday, September 18, 2008

RIBUT EKONOMI MUNCUL KEMBALI

Lepas satu, kini satu lagi. Ia seperti putaran kemelut ekonomi pada 1985 dan 1997.

Beberapa bulan dulu mengenai kenaikan harga minyak, kini kejatuhan pasaran dunia. Apa nak jadi?

Masalah ekonomi dunia terbaru bermula dengan masalah gadai janji dan sub prima. Ia kini diikuti pula oleh masalah kewangan yang melanda syarikat-syarikat gergasi negara itu seperti Lehman Brothers dan American International Group (AIG).

Pada 15 September lalu, bank pelaburan AS, Lehman Brothers Holdings Incorporation telah memfailkan untuk diistihar muflis akibat masalah kewangan yang melanda bank itu.

Turut memburukkan keadaan apabila pemegang insurans syarikat AIG tidak yakin dengan pengumuman Rizab Persekutuan AS untuk memberikan pinjaman kecemasan AS$85 bilion (RM272 bilion) kepada AIG bagi menyelamatkannya daripada keruntuhan telah menarik keluar pegangan polisi insurans mereka.

Impak daripada langkah yang diambil bank tersebut telah mengakibatkan pasaran saham global mengalami gelombang kejatuhan. Semalam, media juga melaporkan keadaan tidak menentu di Singapura dengan kebimbangan pemegang polisi AIG.

Persoalannya, apakah keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang akan terus memberi kesan kepada kita? Sudah tentu. Bersedialah.

Semalam, pasaran saham tempatan merudum di bawah paras 1,000 mata akibat kesan yang diterima daripada masalah dalam sistem kewangan AS.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditutup pada 991.66 mata, jatuh sebanyak 11.33 mata atau 1.13 peratus. Paras itu adalah paras terendah hampir dua tahun.

Saya yakin, pelabur di negara ini akan mula bimbang dengan keadaan ekonomi ini terutama mereka yang telah banyak melabur atau mereka yang "belum bersedia" menerima tekanan. Rakyat jelata juga perlu menyediakan diri untuk "ribut ekonomi" ini. Cara? Mengikut kesesuaian sendiri. Jika perlu berjimat segerakanlah.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, dalam laporan media semalam berkata, penurunan IKKL adalah kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global, yang mana pasaran tempatan tidak dapat lari daripada tekanan itu.

Ditanya mengenai prospek pemulihan Indeks Komposit Bursa Malaysia, beliau berkata, ''Saya tidak dapat menyatakannya, ia amat sukar."

(Renungan Rimau : Rakyat negara ini perlulah mula berjimat-cermat kerana sudah tentu kesan ekonomi dunia itu akan melanda negara ini. Jika kita sudah bersedia, sudah tentu tekanan itu dapat dikurangkan. Simpanlah duit banyak-banyak. Cash is king. Kepada kerajaan, kita berharap sesuatu yang proaktif dilakukan untuk mengurangkan tekanan rakyat. Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, perlu menggunakan pengalamannya untuk menghadapi cabaran ini. Lupakan sengketa. Sokongan padu perlu diberikan kepadanya. )

13 comments:

Anonymous said...

datuk,
andai kata kita terpaksa mengharungi kemelut ekonomi sama seperti krisis ekonomi negara semasa Dr.M menjadi Pm,maka kita perlu bersedia.sifat berjimat cermat harus dipupuk.

jangan kita terhantuk barulah hendak sedar.

Anonymous said...

Know the Difference: Transition, not Handover.
For the moment, the UMNO leadership crisis appears to have been averted with the announcement of the cabinet portfolio swap between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and his Deputy Dato’ Seri Najib Tun Razak. As recently as last week, analysts and commentators were anticipating Najib to make a move on the Presidency before the year’s end. And why would they not? After UMNO Vice President Tan Sri Muhyiddin Yassin rekindled the debate about Abdullah’s position, Najib appeared to position himself for an assault on the post when he remarked that the divisions should decide for themselves when the transition should occur – essentially informing that he was more than ready to receive nominations for the post of Party President.

But with the portfolio swap, Najib may not see a need to gun for the Presidency – and by implication Premiership of the country – so soon. Notwithstanding the fact that a transition of power is, as Abdullah quipped, a process and not something carried out overnight, Abdullah must be credited for such a bold move. Skeptics have characterised it as a calculated political decision to neutralise any potential threat from Najib. Political considerations there definitely were, but by paving the way for Najib to take helm of the Ministry of Finance, Abdullah has also demonstrated magnanimity and sincerity to groom his successor for the top job in 2010.

Being Prime Minister with little experience in managing the country’s economy will likely prove a mammoth task for anyone. And as it turns out, Najib is no ordinary figure with an ordinary past. With ample ammunition for the Opposition to take aim at his credibility – the SAS (Sukoi, Altantunya, Submarine) scandals spring to mind as illustrations – a Najib administration could use a head-start in spearheading economic recovery at a time when global financial uncertainty is affecting countries in this region, too.. It is further also to Najib’s convenience that the Budget for the year 2009 has just been announced with much of the implementation left for him to oversee. As such, Najib does not have the baggage of others’ inefficiency to contend with – a prevalent concern whenever an economic plan is carried out.

As things, at least for the time being, cool down with regards to any contest for the Presidency of UMNO, it would be interesting to see Tun Dr.. Mahathir’s next move. Commanding a yet formidable following, his end-game for quite a while now is to unseat Abdullah as Prime Minister. His peculiar friendships with Tengku Razaleigh, Muhyiddin and Najib are telling – those individuals are all nothing more than instruments to his ultimate goal: the downfall of Abdullah.

Ultimately, Abdullah’s supporters will hope that the PM’s move will be repaid with loyalty by Najib. Even to many who may not be Abdullah’s biggest fans are wary of the damage that an open contest will cause the party. Even they would gladly take two more years of Abdullah over the prospect of an internal split that will likely occur should we witness a repeat of the embarrassment suffered by the late Tun Ghafar Baba at the hands of a ruthless Machiavellian by the name of Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Tok Rimau,
Nasib baik benda ni berlaku di seluruh dunia... kalau di Malaysia saja.. akan ada suara-suara menuduh Pak Lah dan BN lah puncanya.
Tapi, alhamdulillah juga ianya berlaku kerana dengan itu, pembangkang tiada bahan untuk melabel Barisan Nasional sebagai Barang Naik saja.. lain lerr kalau barang yang satu tu...kalau itu sentiasa naik..alamatnya bertambah-tambah lerr bini-bini di rumah.
Kini, tekanan ekonomi tidak lagi membebankan kerajaan, sekurang-kurangnya, kerajaan tak perlu asyik dok mempertahankan diri sebagai penyebab kenaikan harga barang di negara ini.
Ribut ekonomi akan sentiasa muncul mengikut kitaran masa, ia seperti pusingan roda yang tetap akan kembali ke titik permulaannya. Ianya juga adalah satu cara pelupusan modal lama dan rebranding jenama baru dalam pasaran dunia, yang akan memberi peluang pada pasaran baru untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa.
Entahlah..saya saja nak merapu ni, dah tak ada benda nak cakap.. asyik tang tahanan ISA dibebaskan..
biarlah dia dibebaskan, yang belum dimasukkan itu berhati-hati lerr...

JantanGiler said...

Round kali ini kita akan dapat melihat banyak rampasan asset oleh bank terutama bumiputra. Pada umor yg masih muda telah diistiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang kereta, rumah, kad kredit dan sebagai nya. Bank dgn penuh bergaya tanpa memberi ruang pada masaalah peminjsm,akan mengarahkan penarik kereta menarik kereta apabila gagal membuat bayaran melebihi 2 bulan 10 hari.Maka kita melihat banyak kedai Used Car yg belum tentu bole menjual kereta.Peratus nama yg paling besar dalam CCRIS / CTOS adalah bumiputra. Daripada kesan kegawatan yg lalu (1985 & 1997)tiada langkah langkah perundangan dari kerajaan utk memulihkan golongan ini. Amat lah payah utk mereka ini utk kembali berusaha berniaga kembali walaupun mempunyai peluang apabila gagal mendapat pinjaman bank utk perniagaan. Dalam perkara ini, Bank perlu melihat tanggung jawap social daripada keuntungan yg tidak akan kekal lama.

Si Tampok Manggis said...

Dato' Tiger

Kan baru semalam posting Dato' bunyi begini

"Ketika ramai yang merungut mengenai keadaan ekonomi di negara ini yang lembab termasuk kesan ke atas ekonomi peribadi yang menyusut akibat kenaikan harga minyak, coffee house di hotel pula penuh sesak ketika waktu berbuka."

Hari ni dah suruh bejimat pulak. Dato' pun flip-flop jugak?

Quantum Metal Consultant said...

Kegawatan ekonomi sudah melanda beberapa kali, sudahkah kita belajar dari pengalaman lalu dan kenapa hari ini kita masih bertalu talu mengajak penjimatan seolah olah, kita boleh boros sebelum atau selepas 'kegawatan'.

Mengharapkan kerajaan, merasa lega pertukaran kementerian kewangan dari dolah kepada najib adalah harapan kosong...ekonomi peribadi, kita yang uruskan, semuanya bermula dari rumahtangga, masyarakat, negeri dan negara...ia bermula dari bawah (kita) dan bukannya bermula dari kerajaan kepada kita..

Saya telah bersedia sejak 5 tahun yang lalu, kini saya tidak lagi dibelengu hutang malahan 'cash as king' memang amalan saya. Dan saya percaya ketika kegawatan melanda, saya akan menambah 'cash' dengan banyaknya kerana kita harus sentiasa melihat dari sudut positif, buat duit.

ibrahim yahaya said...

Sdr GBiskut,

Seperti saya katakan dalam posting, DS Najib mempunyai pengalaman dalam sektor swasta, agensi kerajaan, peneraju negeri Pahang dan Menteri Kabinet. Sudah pasti beliau mampu merangka strategi yang pragmatik dan proaktif untuk negara.

Renungkanlah bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berjaya memantapkan ekonomi negara. Eloklah disegerakan melantik kedua-dua insan ini sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kerajaan. Saya juga yakin ramai juga yang menentang. Yang penting bukan mereka, tetapi negara tercinta ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr JG,

Kad kredit ini ibarat pisau yang bermata tajam di kiri dan kanan. Jika salah menggunakannya ia boleh menghiris tangan kita sendiri. Hirisan itu boleh menyebabkan kita kehilangan banyak darah merah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Setuju dengan pandangan Sdr. Selain itu, setiap orang mempunyai peranan mereka dalam membantu kerajaan mengurangkan kos atau pembaziran. Sudah tentu ia bermula dengan perbelanjaan peribadi.

Semalam saya berbuka puasa dengan seorang usahawan yang telah membantu kerajaan menjimatkan kos kerana disebabkan pembaziran wang dan tenaga. Beliau memperkenalkan sistem pembelian tiket bas online yang banyak membantu pelajar. Sistem beliau membantu penjimatan lebih RM20 juta setahun. Yang sedih, ada ulat-ulat tiket yang memarahinya dengan menuduh beliau "meletakkan pasir dalam periuk nasi mereka". Ulat inilah sebenarnya pasir dalam periuk kerajaan.

rayliew said...

Krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997, membuktikan kerajaan berupaya untuk mengurangkan impak krisis kepada ekonomi negera. Kerajaan sekarang sememangnya dapat membuat langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan impak-impak krisis kepada ekonomi negara khususnya dalam pasaran bursa dan perbankan.. Kerajaan negara-negara lain di seluruh dunia juga berusaha untuk menyelamatkan pasaran bursa saham dan perbankan negera masing-masing demi untuk kestabilan ekonomi negara. Saya yakin dengan kepimpinan negara sekarang yang berpengalaman untuk mengatasi krisis ekonomi.....

tajudin said...

sangat dihargai. satu nasihat yang begitu baik dan berguna. terimakasih Datuk Harimau.

jiwakita said...

salam ramadhan....

SEKARANGLAH MASANYA,KITA RAKYAT MALAYSIA YG BIJAK DAN BERAKAL UNTUK
MELUPAKAN SENGKETA POLITIK
KEPARTIAN YG KITA TAHU TIADA KESUDAHAN JIKA
DIBESAR-BESARKAN HANYA KERANA RETORIKA SEORANG PEMIMPIN BERNAMA DSAI...

SELESAINYA PRU12 ADALAH PENUTUP SEGALA PROSES DEMOKRASIAN.SETRUSNYA
ADALAH UNTUK BEKERJA DAN MENUNAIKAN
JANJI-JANJI PRU UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.

SEKARANG INI...UJIAN PALING GETIR SEDANG MELANDA NEGARA DAN DUNIA GLOBAL...KRISIS EKONOMI.

KRISIS EKONOMI HARUS DITANGANI DENGAN BIJAK OLEH MENTERI KEWANGAN YANG BARU..DS NAJIP PERLU SOKONGAN
DARI RAKYAT UNTUK MELAKUKAN LEBIH BAIK DAN BERKESAN.

DI SINILAH KEPRIHATIAN RAKYAT YG
BEKERJA UNTUK DIRI DAN KELUARGA
BERTINDAK RASIONAL MEMBANTU KERAJAAN MENANGANI KEMELUT EKONOMI
YANG SEDANG MEMBUAK-BUAK DENGAN CARA PALING MUDAH..RAJIN BEKERJA
DENGAN JUJUR DAN SETIA.MENYIMPAN DAN BERBELANJA DENGAN BERHEMAH.

KITA HARUS MEMAHAMI BAHAWA RANTAIAN
DARI KEMELUT EKONOMI TERHADAP DUNIA ,NEGARA SETERUSNYA KEPADA RAKYAT
AMATLAH MENAKUTKAN...

MEMPERKATAKAN TENTANG EKONOMI IANYA
SINONIM DENGAN PERNIAGAAN DAN PELABURAN...PENAWARAN DAN PERMINTAAN TERHADAP PRODUK DAN PERHIDMATAN PULA BERKAITAN DENGAN
PENGGUNA...RAKYAT WAJIP MEMAHAMI
PERKARA-PERKARA INI...KERAJAAN DAN PAKAR EKONOMI HARUS PROAKTIF UNTUK
MENGHEBAHKAN DENGAN CARA MENGADAKAN
DISKUSI UNTUK MENERANGKAN KEPADA RAKYAT.AGAR RAKYAT DAPAT MAKLUMAT DAN ILMU LEBIH JELAS TENTANG EKONOMI.

UNTUK MENGEKANG DARI TERUS MELANDA NEGARA HANYA PAKAR EKONOMI DAN KEMENTERIAN KEWANGAN SAHAJA YG MAMPU BERTINDAK...

INILAH MASANYA DS NAJIP TUNJUKKAN KEMAMPUAN SEBAGAI MENTERI KEWANGAN...DAN SEBAGAI PEMIMPIN NO. 2 NEGARA SETERUSNYA BAKAL PM...

NEGARA MAKMUR RAKYAT BAHAGIA..

Zaidil Ripin said...

Salam Bro Tok Rimau,
Semua rakyat Malaysia harus sedar akan musibah yang akan melanda negara tidak lama lagi. Angin tempiasnya akan melanda juga sama ada kita suka atau tidak. Hentikan permainan politik yang tidak akan mendatangkan keuntungan rakyat sebaliknya akan melumpuhkan ekonomi negara. Mahukah tuan-tuan melihat Malaysia seperti Pakistan, Palestin, India , Afghanistan... mereka tidak pernah berasa aman pun walau satu saat... itukan yang diinginkan...