Friday, October 31, 2008

ORANG SAKIT WALAUPUN SIHAT

Isu Jalan Alor, Kuala Lumpur sudah selesai. Balik kepada nama asal dan tiada lagi Jalan Kejora.

Isu ini timbul gara-gara ada usaha untuk menukarkan nama jalan itu.

Apapun alasan, eloklah fikir-fikir dulu sebelum membuat perubahan. Adakalanya tindakan itu tidak sesuai dengan keadaan semasa. Tidak sensitif.

Mungkin, orang tengah marah. Mungkin orang tengah kemaruk untuk marah kerajaan. Janganlah pula agensi kerajaan mencurah minyak kepada api yang sedang membara itu. Tiada faedahnya.

Apapun, pagi ini ketika berhenti di perhentian lampu isyarat di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur ada sebuah papan tanda terpampang perkataan "JALAN RUMAH SAKIT" di hadapan Institut Pengurusan Kesihatan.

Lama dah tak dengar istilah "rumah sakit" itu. Kini lebih popular dengan nama klinik, pusat kesihatan atau hospital.

Sebenarnya, rumah tidak sakit tetapi orang yang sakit.

Ketika ini, ramai "orang sakit" walaupun sihat.

Jangan salah makan ubat.

12 comments:

Anonymous said...

salam.

apa lah nak jadi.dah elok-elok nama Jalan Alor nak gatal-gatal pegi tukar ke Jalan Kejora.nama jalan yang asal pun dah cukup elok.

nama jalan pun boleh dijadikan alasan untuk menentang pentadbir *sigh*.

Unknown said...

sekarang ini isu pengubahsuaian papan-papan tanda di Georgetown pula menjadi semakin hangat.ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

pada saya,selagi Bahasa Malaysia tidak diketepikan maka rasanya tiada masalah jika ada pengubahsuaian dilakukan.terpulanglah pada kerajaan negeri.cuma jangan dipinggirkan bahasa Malaysia sudahlah.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Katanya di Kota Bharu ada klinik WEE KEN FAK; kebetulan pula terdapat kedai runcit SOH KEN WEE.
Macam tak percaya tapi ejen jambul saya beria-ia menyampaikannya.

Haru biru tapi di USJ 21 Subang Jaya dekat opis lama saya memang ada Klinik KOK dan WENDY. He he ..

Anonymous said...

Orang sakit akan makan ubat. Kalau Blogger sakit.....kena ampu UMNO ker?

Dr.

Anonymous said...

diy..memang sekarang ni musim sakit terutamanya bagi kebanyakan orang umno.. sakit berkempen untuk cukupkan kouta pencalonan. ada yang da abis sakit sebab dah lepas, ada yang masih sakit sebab belum tentu lepas, ada yang cari sakit sebab pakai duit nak lepas... tapi yang paling sakit orang yang dah tau melepas!

Che Moq™ said...

hehehe..alor punya pasal pun nak bising...sememangnya membawa makna yang mendalam bagi orang malaysia khususnya melayu tapi kalau pelancong asing mana la dia tau..kat melaka alor gajah rilek je..

Anonymous said...

tak salah lagi,ramai yang sakit.. terutama pemimpin-pemimpin united malays national organisation kerana mereka ini adalah PENCURI BESAR,mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun yang lalu..Hidup Sosialisma..!!

rayliew said...

Usaha menukar nama jalan seharusnya memperolehi pendapat penduduk kawasan terlebih dahulu, supaya tidak menimbulkan sebarang perkara yang diingini.. Pertukaran nama jalan juga akan menyusahkan penduduk kawasan yang terpaksa menukar alamat dokumen penting dan alamat surat-menyurat..kadangkala POSTMAN juga keliru dengan nama jalan yang berlainan sehinggakan surat-surat dipulang balik....

Penamaan nama jalan yang menimbulkan keraguan perlu juga diambil perhatian segera sepertimana yang dinyatakan oleh DIY..JALAN RUMAH SAKIT yang tidak lagi relevan dengan pembangunan pesat sekarang..Penggunaan bahasa hendaklah diutamakan, janganlah sampai pelancong asing menterjemahnya sebagai "SICK HOME ROAD" pula....

Anonymous said...

TOK TIGER,

Nama membawa seribu pengertian.Terpulang pada kita untuk membuat tefsiran.

Kalau kita menafsirnya secara positif,maka positiflah ia.Begitulah jika sebaliknya.
TANPA NAMA TIADA MAKNA.

Alor Gajah tu dah biasa......kalau Alor Semut mungkin teruja sikit nak menilaikannya!

junkopile said...

assalamualaikum tok rimauku

tindakan yang rasional boleh diterima tetapi yang tidak mungkin perlu dikaji dan timbang2kan dulu

setiap penyakit ada ubatnya tetapi penyakit prasangka dan irihati jangnkan rumah sakit kilang sakt pn belum tentu baik

macam pas dengan pkr walaupun nampak pegang2 tangan tapi dalam hati masing2 dah mula timbul syak dan tak percaya..dap juga yang untung, mintak maaf zahir batin kapal karam(eng)

Quantum Metal Consultant said...

Dato' sihat tapi sakit atau sakit tetapi sihat.

Zaidil Ripin said...

Salam Datuk Bro...
Kalau dalam pelembagaan dah termaktub bahawa Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi buat pa nak dipertikaikan lagi... Ikut ajelah..