Saturday, November 1, 2008

PENERBIT MESTI BIJAKSANA

Tolong.... Minta tolong sikit, wahai penerbit TV.

Penerbit perlu membantu pengacara melihat kamera yang betul.

Kalau bukan penerbit, mungkin juga pengarah studio ketika siaran secara langsung.

Mahu melihat kamera mana? Sama ada di kiri, tengah atau kanan.

Saya baru menyaksikan program senarai lagu popular di RTM1 sebentar tadi. Itupun di peringkat penghujungnya.

Yang mengganggu fikiran ialah mata pengacara yang tidak tahu melihat kamera yang betul. Bukan sekali, tetapi banyak kali.

Sepatutnya pengacara melihat kamera tengah, mereka melihat kiri.

Apabila sepatutnya disebelah kiri, tengok di tempat lain pula.

Apa nak jadi dengan program TV kita ini?

Kulupbana? Amacam.

10 comments:

Anonymous said...

Mana ada penerbit yang bijaksana. kalau dah bijak, dah tentu jadi pengarah le. Betul tak?

Tapi di RTM tak payah bijak kalau nak jadi penerbit. kalau pandai kipas atau bodek, cerah la masa depan. Selidik la...

Anak Beruang Kuning

Anonymous said...

Orang Melaka terer sangat ka? Biarlah mereka tu baru nak belajar. Lebih baik dari jadi editor mengampu kemudian jadi blogger ampu UMNO.

Penonton

Anonymous said...

u r paid by rtm or shabery or who..?

Anonymous said...

Datuk,

Ini semua akibat ketuanan Khairy...

Anonymous said...

Salam Bos, kadang2 mata tak nampak, perhatian teralih .. barangkali :)

mazidulakmal.blogspot.com

tarings said...

Bukankah sepatutnya ada cue/signal di kamera2 yg tengah merakamkan jika ada lebih dari satu kamera beroperasi? Atau jika semua kamera beroperasi, bukankah mereka yg berada di bilik siaran atau suntingan boleh memilih rakaman dari kamera mana yg sesuai digunakan untuk siaran?

Atau kerana sudah terlalu biasa dengan menyiarkan rakaman2 yg sudah diedit oleh editor2 kerajaan, maka acara2 terus menerus menjadi satu kejanggalan bagi RTM? Kecuali rancangan berita yg menggunakan satu kamera.

Penerbit? Oh ya, beliau tengah sibuk mengambil arahan2 dari pihak2 yg berwajib.

rayliew said...

"Small mistake may destroy all" jadi amalkanlah profesionan kita dengan baik, lakukanlah yang terbaik dan jangan sekali-sekala mengulangi kesilapan yang sama..

Quantum Metal Consultant said...

Tak semua yang kita pandang akan nampak dan tak semua yang kita lihat akan tengok.

Penerbit tak pandang pengacara, cameraman pun tak lihat penerbit jadi macamana pengacara nak tengok camera..

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Sebagai orang yang tidak lama dalam bidang penyiaran, (10 tahun) sya berhasrat untuk memberikan sedikit komen berhubung tulisan Datuk kali ini.

Saya berpendapat, sebagai seorang pengacara dia perlu peka dengan keadaan di dalam studio, dengan mendengar arahan daripada dalam studio.

Pada pendapat saya, mungkin pengacara tidak mendengar arahan dari dalam studio berikutan alat komunikasi rosak, terganggu dan sebagainya.

Atau mungkin ini kelemahan Floor Manager yang tidak dapat mengawal keadaan ketika itu.

Ataupun, kelemahan Pengarah Studio yang tidak tahu untuk 'take' kamera yang mana satu untuk pengacara tersebut.

Ataupun mungkin pengacara terbabit gelabah tidak tahu untuk melihat kamera yang mana satu ketika ke udara.

Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan yang perlu diatasi RTM dengan segera.

Pada pihak pengurusan dan pengambilan pekerja, mereka perlu lebih serius dalam pemgambilan kerja kakitangan mereka... jangan tangkap muat sahaja.

Begitu juga dengan jawatan penting dan kritikal, mereka perlu memilih mereka yang layak sahaja, bukan mereka yang selalu berkata seperti ini"Saya pun tak mau jawatan ini, tapi diorang dah lantik, saya tak boleh buat apa, saya kena pegang jugaklah".. ini mencerminkan profesionalisma mereka yang dipilih itu... jadi pihak pengurusan kenalah bijak memilih, jangan memilih mereka yang sudah tiba naik pangkat untuk menjawat jawatan tertentu, tetapi pilihlah mereka yang layak dan berkebolehan serta berpengetahuan luas dalam bidang yang dikehendaki.

Sebagai orang yang pernah mengenali RTM.... stesen tertua negara ini bakal ketinggalan lagi, apabila gagal membuat perubahan seperti yang dituntut masa dan kehendak penonton.

Apa yang saya lihat, warga kerja RTM perlu meninggalkan budaya hasad dengki dan penghapusan mereka yang berwibawa dari stesen mereka.

RTM pula, tidak perlu meniru stesen TV lain baik, dalam bentuk kandungan mahupun persembahan mereka, tetapi perlu tampil dengan idea baru mereka sendiri.... ini kelebihannya apabila RTM menggaji kakitangan berwibawa dan bukan hanya lulus PTK sahaja. Saya mencadangkan Kementerian Penerangan mengikut jejak langkah BERNAMA TV yang menswastakan operasi TVnya.... Cuba kita lihat, baru setahun jagung, BERNAMA TV sudah mampu tersenyum meninggalkan RTM beribu langkah di belakang. Sepatutnya RTM malu bila melihat keadaan ini.

Yang dah tak lalu menonton RTM

JONLABUYABEDABEDU.

luxen said...

Salam Datuk, I hope you're in good health. Tak tengok camerakan perkara yang biasa berlaku dalam live show. Kemungkinan besar tak ada floor manager (FM) atau switcher switch camera terlalu cepat, FM tak sempat nak cue camera.

Masa saya bekerja dibawah Datuk di news room, readers juga buat banyak mistakes. Yang paling kelakar dan malu apabila promter rosak dan reader tergesa-gesa nak cari script sambung baca intro.


Murphy's Law: if anything can go wrong, it will.