Tuesday, September 30, 2008

BERAYALAH, JANGAN BERSEDIH

Aidilfitri adalah hari yang bahagia. Bagaimanapun, sembilan orang di bawah ini akan merayakan Aidilfitri dengan perasaan sedih. Mereka digantung. Bukan di leher tetapi keahlian mereka.

Tiga tahun pun bukanlah lama jika mereka memikirkan tempoh itu dengan mengatakan "tiga kali raya". Tempoh yang singkat? Tiga kali saja.

Pada saya, walaupun digantung keahlian, raya tetap raya dan janganlah bersedih sangat. Yang pasti ada orang pasti gembira kerana lawannya digantung. Tapi jangan gembira sangat ya.

9 AHLI UMNO DIKENAKAN TINDAKAN GANTUNG KEAHLIAN SELAMA TIGA TAHUN ATAU SATU PENGGAL PEMILIHAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN PARTI.

A. BAHAGIAN RANTAU PANJANG

1. Ketua Bahagian, Datuk Mohd. Zain Ismail;

2. Bendahari UMNO bahagian, Ghazali Ismail;

3. Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian (dilantik), Fauzi Omar;

4. Ketua Wanita UMNO bahagian, Pauziah Che Wook.

(Semua didapati bersalah di bawah Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO kerana melakukan sabotaj terhadap parti. Mereka digantung keahlian tiga tahun bermula dari 24 September lalu atau satu penggal pemilihan).

B. BAHAGIAN KOTA TINGGI

5. Pengerusi Tetap, Mohamadon Abu Bakar (Bekas Adun Sedili)

6. . Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, A. Malek Daing A. Rahaman.
(Malek adalah pencabar DS Syed Hamid. Malek pada masa ini mendahului dengan 23 pencalonan berbanding penyandang, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mendapat 21 pencalonan).

7. Bekas Timbalan Ketua UMNO Cawangan Simpang Waha, Musa Ngaman dan,

8. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lok Heng Barat, Muszaide Makmor.

(Ahli UMNO Cawangan Tembioh di Bahagian Kota Tinggi, Mohammad Taha Madon pula hanya diberikan amaran kerana terbabit dengan rasuah politik)
(Semua mereka melakukan kesalahan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli UMNO iaitu terbabit melakukan rasuah politik. Tindakan penggantungan ke atas mereka bermula dari 22 September lalu).

C. BAHAGIAN TANAH MERAH

9. Ahli UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ismail Hassan digantung keahlian bermula tarikh yang sama kerana didapati melakukan kedua-dua kesalahan iaitu sabotaj dan rasuah politik.
Ismail adalah abang kepada bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan.

(a) Panel penyiasatan telah menyiasat 115 aduan dengan 49 lagi belum dimulakan.
(b) Daripada jumlah yang telah disiasat itu, sebanyak 38 aduan memerlukan dokumen tambahan (Borang A), 85 pula tiada tindakan lanjut dan 74 aduan bukan di dalam bidang kuasa Lembaga Disiplin.
(c) Panel juga menerima 110 aduan baru dan empat aduan diletakkan untuk pemerhatian.
(d) Jumlah aduan yang telah disiasat oleh panel penyiasatan dan didapati tiada prima facie ialah 22 manakala 10 lagi kes telah didengar oleh Tribunal Lembaga Disiplin. Sumber - Utusan Online.

Monday, September 29, 2008

SALAM AIDILFITRI

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pelayar blog DUNIATIGER.

Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah SWT.

Salam terima kasih khas kepada pelayar blog ini dari dulu lagi - Azad Jasmi, Abang Putra, AHM, Budin, Bung Karno, AwangSulungmerahmenyala, Awang Maya, Junkopile, Terubuk Jantan, Kluangman, Pemuda Pelapis, Abe Mie Terjah, Jantan Giller, Anak Mahmud, Kulupbana, , Johnlabuyabedabedu, Salman Madani, Tun Jeram, Tintabiru, Mawar Berduri, Daddy-Wafiah, Zainal Kassim @ C-Bok, Kamarul Bahri Abdul Kadir, Hafizal Ahmad, Rafabenetiz, Epain, Lokman Hamidi, Rizal Hashim, Nobisha, AKJ, AAT, Rocky, Fauziah Ismail, Raden Galoh, SaysMaze, Ruby Ahmad, Kak Teh, Suhaimi Sulaiman, Fudzail Dubai, Jai, Razlan, Azlan, ZEWT, Tajudin, Tok janggut, Mat Terab, Mustika Citra Indah, Putri Malaysia, Pejuang Bangsa, Sumandak Bayu, SumandakCantik, Tandubas-lady, Tiga Sungey, Waritarakyat, Suaraku, Tulip Desa, Zov-zorro, Pemuda Malaysia, Megat Rambai, Citra Adora, Limaudong, Aim Daim, Bzz, Anak Malaysia, Norhaslim, Andin Salleh, Faizal Zakaria, Gurubashid, Hasipin66, Din Beramboi, Tajau Singa Raja, Anggunsabah, Adam, Amirul, Ainul Azlinda AB, Nubalily Munzir, Wakmasnoor, Shastrishah, Dr Novandri, Nadzri, Pulut, Pulut Kuning, Kakisakat, Kedaung landlord, Farzain, Fauzifudzin, UMNOparoijaya, Rimau Jinak, Dunia Meow, Didik Budiarto, ZV, Pokpet, Joseph Bingkasan, Idham, Kusyi, Husin Lempoyang, PiBani, CT, Fazrul Shahril, Pak Brata, Sangkakala, NawawiDahalan, Jomosama, WanBaki, MuteAudio, Bekasumno, Eddie Azlan, Superman, Amirul, Youth Attack, Rayliew, Kulitpisang, Yahya Ahmad, Bonda, Sameon, Heical, Adam, AnakTupai, Demang Lebar Daun, Osman Bakar, Rayliew, Vicky, Badigol, Jiwakita, JantanJinak, PanglimaPitas, Pemikir Muda, Hchai Choi, Rakyat Malaysia, Samsudin, Manggis, Kacang Manis, New York Disaster, R@duan, Ajeem, Bumilangit, TigerJantan, Jed Yoong, Khusairi, CucuTokSelampit, Sitampok Manggis, TunNyemah, Salam Perjuangan, Samad, SetulangDaing, Zahar, Teresengal, A Hamid East of the West....

HABUAN SEKS : ZUL HASSAN DIPECAT

Saya menunggu tindakan PKR untuk memecat ahlinya, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di Ipoh.

Bagaimanapun, sehingga kini ia tidak berlaku. Tidak tahu mengapa? Mungkin bagi PKR beliau tidak bersalah lagi. Tapi, sudah mengaku terima "sedekah" habuan seks? Apa ni?

Bagaimanapun, semalam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar, orang kuat PAS mengambil tindakan terhadap Zul itu, yang sudah tentu memberi imej tidak baik kepada Kerajaan Perak yang diterajui oleh pakatan pembangkang.

Kerajaan negeri memecat serta merta Zul sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah. Bukan pecat politik tetapi pemecatan pentadbiran. Mungkin nak jaga imej PAS.

Jika tidak berbuat demikian, pasti ada orang kata PAS bersekongkol dengan orang dapat habuan seks.

Kata Mohammad Nizar, arahan melucutkan jawatan Zul dikeluarkan pada Jumaat lalu. Keputusan itu dibuat setelah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut akta dan enakmen sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas mereka.

"Kita juga akan mengesyorkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menerima ataupun menawarkan habuan seks dan rasuah.

"Mereka tidak lagi layak untuk menjadi ahli majlis di bawah kerajaan pakatan pembangkang dan kita mahu dia meletakkan jawatan secepat mungkin," ujar beliau.

‘‘Jika mereka sanggup melakukan perbuatan yang bertentangan dengan adat kesopanan dan kesusilaan, mereka tidak lagi layak mewakili kerajaan pakatan pembangkang dalam mana-mana jawatan sama ada majlis bandaran atau majlis daerah di Perak,” tegasnya.

Pada 24 Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di Ipoh.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ‘‘Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Bagaimanapun, katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China adalah tidak benar.

‘‘Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Zul.

(Renungan Rimau : Sedekah? Bukan sedekah yeop, itu maksiat, mana boleh habuan seks dikatakan sedekah. Dunia nak terbalik ke?)

Sunday, September 28, 2008

TV WILAYAH UNTUK RAKYAT

Menteri Penerangan, Dato'Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan kementeriannya akan mewujudkan TV Wilayah apabila proses televisyen digital dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Sehubungan itu, RTM kini menerbitkan Warta Wilayah di RTM 1 jam 6 petang yang menyiarkan berita setempat di setiap zon untuk penonton.

Warta Wilayah dibahagikan kepada Zon Timur, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Ketika ini, ia disampaikan oleh penyampai berita, Siti Murni Aziz yang juga wartawan RTM.

Berita pengumuman Dato' Ahmad Shabery di Sarawak itu dilaporkan dalam Warta Tengahari RTM jam 1 petang sebentar tadi.

Bagi saya, TV Wilayah ini akan membantu memperbanyakkan lagi berita setempat di zon berkenaan terutama di kawasan luar bandar. Lebih banyak ruang untuk berita setempat.

Ia memaparkan berita human interest yang berlaku di kampung-kampung selain mengetengahkan idea kreatif rakyat, kesusahan hidup, kejayaan di peringkat antarabangsa dan pembabitan rakyat dalam sektor pertanian.

Sudah tentu penduduk akan menyaksikan apa yang berlaku di kawasan sekitar mereka dan ia sejajar dengan faktor "proximity" yang dipelajari oleh penuntut fakulti komunikasi massa dan kewartawanan di seluruh dunia.

Proximity ialah faktor kedekatan yang menarik penonton "melekat" di kaca televisyen mereka.

Umpamanya, jika ada cerita kejayaan seorang penduduk di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah menternak rusa di kampungnya, sudah pasti penduduk seluruh Masjid Tanah dan daerah sekitar akan berminat untuk menontonnya.

KANAK-KANAK PALING GEMBIRA BERAYA

Minggu ini, saya terbaca satu tulisan mengenai keperluan untuk "membuang" amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak pada hari raya bagi mewujudkan budaya tidak mengharapkan "habuan" ketika berkunjung ke rumah orang.

Saya tidak berapa setuju dengan pandangan itu kerana bagi saya kanak-kanak terutama di kampung-kampung, adalah golongan yang paling bergembira menyambut raya. Ini kerana pada hari rayalah mereka dapat duit. Ini berbeza dengan kanak-kanak di bandar.

Apakan tidaknya kerana selepas "berhempas pulas" berpuasa sebulan (terutama ketika musim panas), kini mereka menunggu hari raya untuk mendapat sedikit duit raya untuk membeli barangan yang mereka suka. Duit sendiri katakan.

Ketika kecil dulu, saya akan berkunjung ke hampir setiap rumah di kampung untuk berhari raya. Ketika itulah, saya sebagai "duta kecil" keluarga dan tuan rumah akan mengetahui siapa ibu bapa saya. Malah mereka akan bertanya khabar ibu bapa saya dan akan meminta saya menyampaikan salam.

Saya dan kawan-kawan pun tidaklah meminta wang raya kerana kami dinasihatkan oleh ibu bapa jangan meminta duit raya. Pesan ibu, jika orang hendak memberi kita ambil tetapi jangan sekali-kali meminta-minta. Kita pun amat taat dengan nasihat itu.

Tetapi sebagai tuan rumah yang baik, termasuk golongan tidak berada, mereka tetap memberi wang walaupun lima sen kepada kanak-kanak yang mengunjungi rumah mereka. Selepas hari pertama, dapatlah lebih kurang seringgit setengah atau dua ringgit. Adakalanya dapat lebih terutama jika tanaman padi "menjadi" atau harga getah naik.

Sebagai kanak-kanak, kami amat seronok dan selepas berjaya mengumpul duit raya, mulalah berjalan kaki sepanjang tiga kilometer ke Pekan Masjid Tanah untuk membeli permainan di kedai tauke Cina yang dibuka untuk menerima "tetamu cilik" ini.

Ketika itu, permainan yang amat digemari ialah askar plastik yang boleh berdiri ataupun mercun yang akan dimainkan "sakan" pada sebelah malam. Permainan itulah yang akan diulit selama setahun sebelum tibanya hari raya seterusnya.

Rumah yang paling digemari ialah rumah Paklong saya yang terletak di atas bukit berdekatan Pekan Masjid Tanah. Paklong akan memberi duit banyak sikit iaitu lima puluh sen kerana mendapat rezeki yang baik bekerja di Singapura.

Oleh itu, pemberian duit raya ini sebenarnya memberi kegembiraan kepada kanak-kanak selain kita mengetahui anak siapa yang datang ke rumah kita.

Kini, giliran saya pula menerima kunjungan kanak-kanak daripada jiran tetangga yang datang berkunjung. Daripada kunjungan itulah saya mengetahui ibu bapa mereka terutama yang jarang bertemu kerana kesibukan kerja dari pagi hingga petang.

Tapi kali ini, tidak boleh bagi sepuluh atau lima puluh sen lagi. Nak beli apa dengan 50 sen sekarang? Dulu nasi lemak boleh dibeli lima sen sekarang hampir tiga ringgit. Cepatnya masa berlalu.

Saturday, September 27, 2008

NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Banyak yang ditulis mengenai kumpulan rakyat Afrika yang kelihatan semakin ramai di negara ini.

Sahabat saya, Lokman Hamidi, pernah menulis mengenai kegiatan mereka ini di Puchong yang menimbulkan kebimbangan dan keresahan penduduk setempat.

Tengahari tadi, berita TV3 menyiarkan rintihan pelajar Afrika di sini yang bimbang mengenai keselamatan mereka berikutan kejadian bunuh seorang pelajar dari benua itu semalam.

Mereka mahu kerajaan memastikan keselamatan diri mereka. Mereka tidak mahu nyawa mereka terancam. Seperti orang lain, mereka juga mahu bebas pergi ke tempat yang disukai di negara ini sempena mengambil kesempatan belajar di negara ini.

Mereka mahu membeli-belah di shopping complex. Mereka mahu pergi ke Petaling Street untuk mendapatkan barangan yang murah dan menarik. Kini, mereka bimbang dengan keselamatan nyawa mereka berikutan kejadian pembunuhan itu.

Satu pertemuan diadakan oleh sebuah kolej swasta dan wakil Kementerian Pengajian Tinggi untuk membincangkan keresahan pelajar berkenaan.

Sebenarnya, pandangan penduduk tempatan terhadap kumpulan dari Afrika ini berbeza bergantung kepada pengalaman yang dihadapi.

Ada yang suka menjual barang-barang kulit, jam dan juga barang lain yang tidak tahu daripada mana mereka perolehi. Kegiatan menjual ini menimbulkan persoalan bagaimana mereka dibenarkan berbuat demikian. Pihak berkuasa mesti tengok perkara ini.

Ada juga kejadian keganasan atau sikap pemabuk yang menyebabkan penduduk tempatan bimbang dan memandang serong kepada kumpulan rakyat Afrika ini.

Oleh itu, tidak hairan disebabkan nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga. Kini, ia memberi imej yang tidak baik kepada pelajar Afrika yang mencari ilmu di negara ini.

Ada ke rakyat Afrika yang menyamar jadi pelajar tetapi buat benda lain? Duit palsu?Black money?

Friday, September 26, 2008

KEPUTUSAN PENTING SURVIVAL UMNO?

Posting Ketiga - 12.15 tengahari

MT UMNO memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti peringkat tertinggi dan MT UMNO pada MAC depan tetapi mesyuarat Bahagian tetap diteruskan. Paklah berkata keputusan itu untuk disesuaikan dengan proses peralihan kuasa. Ditanya sama ada akan mempertahankan jawatan, Paklah berkata, keputusan terletak di tangannya dan semua pihak boleh membuat andaian.

Posting Kedua - 10.43 pagi

MT UMNO mula bermesyuarat. Paklah tiba jam 10.20 pagi dan timbalannya, DS Najib lima minit sebelum itu.

Posting Asal - 7.42 pagi

Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat khas hari ini.

Pelbagai spekulasi mengenai tujuan mesyuarat itu diadakan termasuklah isu peralihan kuasa antara Presiden UMNO kepada timbalannya di samping penundaan Mesyuarat UMNO Bahagian di seluruh negara yang sepatutnya bermula 9 Oktober ini.

Isu peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diperbincangkan kebelakangan ini berikutan kenyataan beberapa pemimpin mengenai perlunya disegerakan.

Persoalannya adakah Paklah akan menyegerakan peralihan itu? Daripada kenyatan beliau baru-baru ini, perkara itu boleh berlaku.

Bagaimanapun, desakan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Kelantan agar mengekalkan tarikh peralihan itu pada 2010 menggambarkan bahawa bukan semua yang mahu peralihan itu disegerakan.

Malah pertemuan khas Gabungan NGO Malaysia kelmarin yang menegur pemimpin UMNO yang mahukan peralihan segera diadakan turut mengundang banyak persoalan.

Kedua-dua peristiwa itu membuat ramai pihak di dalam dan luar UMNO tertanya-tanya apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam parti itu. Ini ditambah pula dengan penangguhan pemergian DS Najib ke Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Selain itu, spekulasi penundaan Mesyuarat UMNO Bahagian sudah tentu menarik perhatian ahli di seluruh negara. Jika ia benar berlaku, apakah rasional di sebalik penundaan itu kerana ahli UMNO sudah bersedia membuat pilihan mereka.

Jika penundaan itu bertujuan untuk menguntungkan parti, sudah tentu mereka boleh menerimanya. Sebaliknya, jika ia menjaga kepentingan individu tertentu, sudah pasti mereka akan membuat sesuatu untuk menyuarakan isi hati.

Bagaimanapun, seperti dulu, ahli UMNO akan tetap setia kepada keputusan pemimpin. Tiada banyak soalan. Betul ke?

Apapun sebarang keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Khas MT UMNO pasti bermatlamat menjaga kepentingan Aif Ba dan Ta.

Jika tidak, ia bukan Mesyuarat Khas MT tetapi mesyuarat luar biasa yang membuat keputusan luar biasa. Apakah keputusan luar biasa tu?

Thursday, September 25, 2008

AKAR UMBI LAWAN AKAR BETUL

Tindakan Gabungan Badan NGO Malaysia semalam menegur pemimpin UMNO yang meminta pelan peralihan kuasa dipercepatkan bukan sukar untuk difahami.

Mereka bersuara sedemikian untuk menyedarkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang menggunakan nama "akar umbi" untuk menyokong mereka sedangkan perkara sebenarnya tidak berlaku.

Gabungan ini mahu tindakan mendesak itu diberhentikan segera agar ia tidak menggambarkan sikap pemimpin yang tamak kuasa dan tidak menghormati pemimpin.

Inilah kali kedua gabungan yang mempunyai 150 NGO di seluruh negara berani menyatakan pandangan mereka membabitkan kepentingan negara.

Sebelum ini, mereka menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 12 Julai lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia, Md Radzi Daud, berkata sebagai bangsa Melayu, pemimpin perlu ada adab dan bukan budaya orang Melayu mengaibkan pemimpin sendiri.

(Renungan Rimau : Perkataan popular sekarang ialah AKAR UMBI.)

Wednesday, September 24, 2008

HARGA RUNCIT MINYAK TURUN

Ringankan beban rakyat.

Kerajaan hari ini menurunkan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter.

Penurunan berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataannya berkata harga runcit petrol RON 97 turun 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

RON 92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40.

Diesel turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Keputusan itu ditentukan mengikut harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22September 2008. Ini pelarasan kedua harga runcit bahan bakar sejak Ogos lalu.

Pelarasan ini diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri terakhir bulan ini.

BUKA OTAK SEBELUM BUKA MULUT

Ketika ramai pihak terutama blogawan yang menyifatkan penahanan RPK dua tahun ke Kamunting semalam sebagai tindakan yang tidak wajar atau kejam, Jailani Harun, antara mereka yang menganggapnya tindakan kerajaan itu wajar dan tepat.

Dalam blognya, Justread-whatever, Jai menjelaskan pandangannya mengenai kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 itu.

Tindakan Jai itu memerlukan satu sikap berani untuk bersuara walaupun dilihat sebagai "menentang arus" terutama dalam dunia blog. Jai dan beberapa blogawan lain termasuk Hard T berani menyatakan isihati mereka. Berani kerana benar.

Saya sependapat dengan Jai bahawa ISA amat perlu dikekalkan di negara ini bagi tujuan pencegahan daripada merebaknya pergaduhan akibat isu perkauman dan keagamaan. Sejarah membuktikan kedua-dua isu mampu mencetuskan dan merebaknya pergaduhan, ibarat mencurah minyak ke dalam api. Pergaduhan tidak menguntungkan negara.

Ini perlu difahami kerana sejak akta itu diadakan, ia bertujuan menjaga keselamatan negara daripada ancaman pihak tertentu bermula dengan mengekang pergerakan komunis sehinggalah kini kepada pelampau kaum, agama dan petualang ekonomi.

Bagi mereka yang pernah ditahan di bawah ISA, termasuk keluarga dan saudara-mara, sudah tentu akta ini dilihat "amat menyakitkan" apatah lagi terpaksa berpisah apabila ditahan di Kamunting, adakalanya lebih daripada setahun.

Perpisahan itu digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai satu penyiksaan dan memeritkan terutama kepada keluarga yang mempunyai anak kecil yang sedang membesar.

Namun,hakikatnya kita harus juga melihat punca individu atau kumpulan itu ditahan di bawah ISA agar kita memahami bahawa ia penting untuk menjaga kepentingan masyarakat yang lebih besar daripada kepentingan individu atau kumpulan tertentu.

Masyarakat umum lebih penting daripada individu. Jika individu atau kumpulan tertentu itu mengancam keselamatan negara dengan memulakan kegiatan menaikkan semangat marah rakyat dengan mempermain-mainkan isu agama dan perkauman, sudah tentu ia tidak sihat walaupun dilihat daripada apa sudut sekalipun.

Akta itu juga tidak memilih bulu termasuk juga golongan pelampau agama yang sanggup berjihad untuk menghapuskan kumpulan kafir di bumi Allah ini dan membentuk kerajaan Islam.

Nama kumpulan seperti Al-Maunah, Darul Islam atau Mujahidin Melayu pasti mengingatkan kita bahawa ahli-ahli mereka ini tidak terkecuali daripada dikenakan ISA. Begitu juga kumpulan sesat seperti Al-Arqam atau pelampau kaum, Hindraf.

Akta ini juga mengandungi hak tahanan dan memperincikan kuasa polis dalam melaksanakan tugas mereka. Dalam ertikata lain, tahanan pun mempunyai hak mereka mengikut Perlembagaan dan polis pula tidak boleh membuat tahanan sewenang-wenangnya. Kita juga sedia maklum bahawa ada tahanan ISA yang pernah menang di mahkamah apabila mereka mencabar kerajaan menerusi perundangan. Ada kini di ambang menjadi jutawan.

Oleh itu, fahamilah sedalam-dalamnya fungsi akta itu sebelum kita membuka mulut untuk menidakkan kehadirannya. Bukalah otak sebelum membuka mulut.

Tuesday, September 23, 2008

JANGAN GAMBARKAN POLIS JAHAT

Istilah makanan anjing sekarang bukanlah satu konotasi yang tidak baik atau menjijikkan seperti pada masa lalu. Ia bergantung siapa pemilik anjing itu.

Ada orang memberikan makan anjingnya dengan makanan yang mahal. Malah, lebih mahal daripada makanan orang miskin di luar bandar. Makanan anjing itu pula hanya boleh dibeli di tempat tertentu saja seperti di pasaraya besar atau kedai haiwan.

Oleh itu, kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang menyatakan beliau diberi makanan serupa makanan anjing ketika ditangkap polis, perlu diteliti dengan lebih mendalam oleh semua pihak.

Kita tidak payah melenting kerana mungkin apa yang dinyatakan oleh Teresa ialah makanan disediakan polis mungkin tidak sama dengan makanan yang dimakan olehnya setiap hari.

Beliau mungkin menikmati makanan yang sedap-sedap dan baginya makanan polis itu semacam makanan anjing. Yang nyata kenyataan ahli politik pembangkang itu pasti memberi imej yang buruk kepada polis dan kerajaan.

Itu sebabnya seorang Timbalan Menteri sanggup bertemu beliau untuk menyiasat perkara itu. Akhirnya, semalam kita tahu antara "makanan anjing" yang disediakan kepada Teresa ialah telur goreng dan ayam. Sedap makanan tu.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang rasional saya dari mula lagi yakin takkanlah polis hendak memberi makanan anjing kepada Teresa. Takkanlah polis menyifatkan Ahli Parlimen itu sebagai anjing sehingga memberikan makanan yang semacam itu.

Jika Teresa bertandang ke rumah pemilik anjing yang kaya, sudah tentu beliau akan diberikan makanan yang mahal-mahal. Lebih baik daripada makanan anjing mereka. Ini kerana makanan anjing orang kaya, pasti mahal.

Melainkan, Teresa makan di rumah pemilik anjing yang miskin tetapi mahu juga memiliki haiwan yang banyak kegunaan itu. Pastilah kurang sikit. Atau makan di tepi jalan di mana banyak anjing-anjing yang tidak bertuan.

Oleh itu, semua pihak perlu melihat kenyataan Teresa itu dengan mendalam apatah lagi semalam beliau menyalahkan media dengan menyatakan mereka tidak membuat laporan yang betul. Kesihan, media pula disalahkan.

Anehnya, Buletin Utama TV3 malam tadi menyiarkan semula sidang media beliau yang memaparkan beliau menyatakan makanan yang disediakan semacam makanan anjing.

Lain kali tidak baik membuat tuduhan begitu. Nanti anjing orang kaya akan marah menyamakan makanan polis itu dengan makanan mereka. Lainlah anjing-anjing yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan sering menyalak membuat bising.

Monday, September 22, 2008

KULI : APA TUNGGU LAGI?



(Gambar oleh Minaq Jinggo)

APA TUNGGU LAGI? Mungkin itu yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah kepada seluruh ahli UMNO yang akan mengadakan mesyuarat Bahagian bermula 9 Oktober ini. Jangan tunggu mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Bekas Menteri Kewangan ini memerlukan 58 pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding jawatan berkenaan mengikut sistem kuota sekarang. Ketua Gerak Saraf dan Publisitinya, Datuk Kamal Amir (bekas wartawan dan pengarang yang kini usahawan. Gambar atas sebelah Kuli), bekerja keras untuk memastikan Kerabat Kelantan ini mendapat pencalonan yang diperlukan.

Gambar ini dirakamkan ketika beliau mengadakan majlis berbual politik dan berbuka puasa dengan blogawan dan wartawan semalam di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Rocky, Ena, Datuk Rejal Arbee, Jalil Hamid (Reuters) dan Syed Imran yang mengendalikan blog, Kuda Ranggi.

TUMPUKAN KEPADA TIGA F

Saya amat bersetuju dengan gesaan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bahawa pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menghentikan "politicking" sebaliknya menumpukan kepada usaha membangunkan ekonomi.

Ucapan beliau di satu majlis Gerakan di Pulau Pinang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8 malam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu memberi tumpuan kepada isu ekonomi yang semakin mencabar di dunia sekarang iaitu cabaran TIGA F iaitu Fuel, Food dan kini Finance. Isu ini memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat di negara ini.

Jika terlalu banyak "politicking", katanya, kesejahteraan rakyat akan diabaikan dan yang lebih teruk lagi membiarkan mereka menghadapi masalah tanpa sebarang pembelaan.

Di majlis itu juga, Dr Koh berazam untuk merampas semula Pulau Pinang.

Katanya, Gerakan mula berdiri di Pulau Pinang, dan kemudian jatuh di negeri itu pada PRU12 Mac lalu dan akan "berdiri semula" di Pulau Pinang dengan sokongan padu penduduk negeri itu.

Bagi saya, gesaan itu juga perlu diambilkira oleh pemimpin pembangkang di seluruh negara agar tidak "sibuk" berpoliticking tetapi membantu kerajaan mengatasi kemelut ekonomi sekarang. Pilihanraya Umum sudah selesai dan tunggulah pada PRU13.

Bagi pemimpin komponen BN terutamanya UMNO perlu juga berbuat demikian dan tidak payahlah melayan "kegilaan kemaruk kuasa" sesetengah pihak yang semakin menjadi-jadi dalam politik negara.

(Renungan Rimau : Pemimpin Gerakan mesti menyokong penuh Dr Koh bagi merampas semula Pulau Pinang dan bukannya memikirkan cara untuk melompat ke pembangkang selepas sudah tiada jawatan atau kalah pada PRU lalu. Pemimpin Gerakan perlu memperkuatkan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional untuk memastikan BN kembali memerintah negeri itu. Bersatu teguh, berpecah masuk longkang.)

Sunday, September 21, 2008

AHLI UMNO SEMAKIN RASIONAL?


(Muhyiddin, Ali, Najib dan Paklah. Gambar oleh AgendaDaily)

Oleh Ibrahim Yahaya
(Mingguan Watan. Ruangan - Paya Berumput)

Sejak mengikuti perjalanan politik UMNO pada tahun 1980an sebagai seorang wartawan dan kemudiannya sebagai ahli parti, saya mendapati bahawa ahli-ahli UMNO adalah golongan yang amat taat kepada pemimpin apatah lagi pemimpin yang mereka hormati.

Ini kerana ahli UMNO sudah dilatih di peringkat cawangan lagi agar menghormati ketua cawangan, ketua bahagian dan seterusnya pemimpin di peringkat tertinggi. Dalam ertikata lain, mereka yang memilihnya, merekalah yang perlu menghormati pilihan itu.

Jika ada berlaku pertandingan, pelbagai faktor boleh dikaitkan kepada punca pertandingan berkenaan. Faktornya hampir sama di semua peringkat kecuali di cawangan yang ditambah dengan kemunculan pemimpin payung terjun yang berwibawa.

Antara faktor wujudnya pertandingan ialah disebabkan kelemahan pucuk pimpinan sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau nasional. Apabila pucuk pimpinan lemah, maka orang bawah pasti mahu menggantikan pemimpin berkenaan.

Selain itu, ada desakan daripada bawah agar pucuk pimpinan tertinggi dicabar untuk mengejutkan pemimpin yang lemah atau memberi "signal" kepada penyandang itu agar berbuat sesuatu sebelum usaha mengetepikannya dilakukan.

Ada juga usaha diambil oleh individu tertentu untuk mencabar pemimpin kerana rasa tidak puas hati yang teramat sangat. Mereka ini adakalanya mendapat sokongan kumpulan yang menganggap pemimpin sedia ada lemah atau perlu disedarkan.

Antara contohnya ialah apabila Ketua Penerangan UMNO, Haji Sulaiman Palestin menentang Tun Hussein Onn yang menyaksikan Perdana Menteri Ketiga itu bersara daripada politik dengan alasan kesihatan. Tun Hussein sedar bahawa ada pihak yang mahu beliau turun daripada memimpin UMNO.

Langkah berundur itu dilihat oleh ramai pihak sebagai sifat seorang negarawan.

Namun, ibu kepada pertandingan dalam UMNO ialah apabila ada dua kumpulan dikenali sebagai Team A dan Team B “bertembung” demi untuk menguasai pucuk tertinggi parti.

Ini berlaku pada 1987 yang menyaksikan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) mengalahkan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah. Tun Ghafar Baba menjadi regu TDM manakala bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam, rakan gandingan Kuli. Ia juga meleret sehingga kemunculan UMNO Baru.

Sejak itu, tiada lagi "signal" menentang yang diberikan kepada pucuk tertinggi parti apatah lagi diperkuatkan lagi dengan pengenalan sistem kuota yang menetapkan peratusan tertentu untuk bertanding jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT).

Ramai pihak meminta sistem itu dihapuskan termasuk TDM dan Kuli. Terbaru termasuklah TS Rafidah Aziz dan Tengku Ahmad Rithauddeen. Sehingga sekarang tiada sebarang perubahan walaupun ramai yang meminta agar diadakan perhimpunan luar biasa untuk meminda Perlembagaan UMNO berhubung sistem kuota itu.

Kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada Mac lalu menyebabkan semua pihak mula mempersoalkan kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi mereka, orang nombor satu itu bertanggungjawab terhadap keputusan PRU12. Ada pihak yang meminta Paklah mengundurkan diri dan menyerahkan tampuk kepemimpinan segera kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, kesegeraan penyerahan itu tidak dilaksanakan sebaliknya Paklah bersetuju untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib pada pertengahan 2010.

Sejak itu, tiada desakan agar Paklah berundur sehinggalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin minggu lalu yang mahu Perdana Menteri menyegerakan proses peralihan itu kerana menurutnya itulah kehendak akar umbi sekarang.

Sekali lagi, isu peralihan berkenaan timbul semula dan bagi Paklah ia satu kenyataan yang mengejutkan apatah ia disuarakan oleh salah seorang anggota Kabinetnya.

Dalam satu sidang akhbar khas, Paklah menegaskan tempoh peralihan yang dipersetujui itu bertujuan untuk memberikan masa kepadanya untuk memperbaiki segala kelemahan terutama memperkukuhkan semula parti dan kerajaan.

Baginya, tempoh itu bukan masanya untuk bersukaria kerana beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab berat untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN dan Kerajaan. Malah beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Mohamad Hassan meminta Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan kerana mengkritik ketuanya.

Namun, adakah ahli UMNO yang selama ini taat kepada pemimpin akan terus menyetujui pandangan Paklah itu atau mereka akan “bersuara” pada Oktober ini? Mereka bersuara ketika membuat pencalonan pemimpin tertinggi terutamanya Presiden dan Timbalannya.

Inilah perkembangan yang menarik dalam politik UMNO yang menguji setakat mana “ketaatan” ahli UMNO kepada Presiden mereka.

Mereka sudah pasti taat kepada ketua tetapi mereka juga mahu bersuara. Suara inilah yang akan menentukan nasib Paklah sama ada timbul atau sebaliknya. Suara seluruh negara itu sudah pasti mengambilkira kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan ini yang juga akan menentukan arah tuju parti pada masa akan datang.

(Renungan Rimau: Perbincangan hangat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Khamis lalu mengenai peralihan tampuk kepemimpinan mungkin akan menyaksikan satu perkembangan baru yang tidak memerlukan ahli parti bersuara untuk memberi signal tertentu pada mesyuarat Bahagian yang bermula 9 Oktober nanti. Tidak perlu signal lagi kerana seperti program TV Survivor, "puak sudah bersuara". Maka anda terpaksa dikeluarkan daripada meneruskan pertandingan menjadi juara Survivor.)

Saturday, September 20, 2008

AHLI UMNO SEMAKIN RASIONAL?


(Muhyiddin, Ali, Najib dan Paklah. Gambar oleh AgendaDaily)

Oleh Ibrahim Yahaya
(Mingguan Watan. Ruangan - Paya Berumput)

Sejak mengikuti perjalanan politik UMNO pada tahun 1980an sebagai seorang wartawan dan kemudiannya sebagai ahli parti, saya mendapati bahawa ahli-ahli UMNO adalah golongan yang amat taat kepada pemimpin apatah lagi pemimpin yang mereka hormati.

Ini kerana ahli UMNO sudah dilatih di peringkat cawangan lagi agar menghormati ketua cawangan, ketua bahagian dan seterusnya pemimpin di peringkat tertinggi. Dalam ertikata lain, mereka yang memilihnya, merekalah yang perlu menghormati pilihan itu.

Jika ada berlaku pertandingan, pelbagai faktor boleh dikaitkan kepada punca pertandingan berkenaan. Faktornya hampir sama di semua peringkat kecuali di cawangan yang ditambah dengan kemunculan pemimpin payung terjun yang berwibawa.

Antara faktor wujudnya pertandingan ialah disebabkan kelemahan pucuk pimpinan sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau nasional. Apabila pucuk pimpinan lemah, maka orang bawah pasti mahu menggantikan pemimpin berkenaan.

Selain itu, ada desakan daripada bawah agar pucuk pimpinan tertinggi dicabar untuk mengejutkan pemimpin yang lemah atau memberi "signal" kepada penyandang itu agar berbuat sesuatu sebelum usaha mengetepikannya dilakukan.

Ada juga usaha diambil oleh individu tertentu untuk mencabar pemimpin kerana rasa tidak puas hati yang teramat sangat. Mereka ini adakalanya mendapat sokongan kumpulan yang menganggap pemimpin sedia ada lemah atau perlu disedarkan.

Antara contohnya ialah apabila Ketua Penerangan UMNO, Haji Sulaiman Palestin menentang Tun Hussein Onn yang menyaksikan Perdana Menteri Ketiga itu bersara daripada politik dengan alasan kesihatan. Tun Hussein sedar bahawa ada pihak yang mahu beliau turun daripada memimpin UMNO.

Langkah berundur itu dilihat oleh ramai pihak sebagai sifat seorang negarawan.
Namun, ibu kepada pertandingan dalam UMNO ialah apabila ada dua kumpulan dikenali sebagai Team A dan B “bertembung” demi untuk menguasai pucuk tertinggi parti.

Ini berlaku pada 1987 yang menyaksikan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) mengalahkan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah. Tun Ghafar Baba menjadi regu TDM manakala bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam, rakan gandingan Kuli. Ia juga meleret sehingga kemunculan UMNO Baru.

Sejak itu, tiada lagi "signal" menentang yang diberikan kepada pucuk tertinggi parti apatah lagi diperkuatkan lagi dengan pengenalan sistem kuota yang menetapkan peratusan tertentu untuk bertanding jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT).

Ramai pihak meminta sistem itu dihapuskan termasuk TDM dan Kuli. Terbaru termasuklah TS Rafidah Aziz dan Tengku Ahmad Rithauddeen. Sehingga sekarang tiada sebarang perubahan walaupun ramai yang meminta agar diadakan perhimpunan luar biasa untuk meminda Perlembagaan UMNO berhubung sistem kuota itu.

Kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada Mac lalu menyebabkan semua pihak mula mempersoalkan kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi mereka, orang nombor satu itu bertanggungjawab terhadap keputusan PRU12. Ada pihak yang meminta Paklah mengundurkan diri dan menyerahkan tampuk kepemimpinan segera kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, kesegeraan penyerahan itu tidak dilaksanakan sebaliknya Paklah bersetuju untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib pada pertengahan 2010.

Sejak itu, tiada desakan agar Paklah berundur sehinggalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin minggu lalu yang mahu Perdana Menteri menyegerakan proses peralihan itu kerana menurutnya itulah kehendak akar umbi sekarang.

Sekali lagi, isu peralihan berkenaan timbul semula dan bagi Paklah ia satu kenyataan yang mengejutkan apatah ia disuarakan oleh salah seorang anggota Kabinetnya.

Dalam satu sidang akhbar khas, Paklah menegaskan tempoh peralihan yang dipersetujui itu bertujuan untuk memberikan masa kepadanya untuk memperbaiki segala kelemahan terutama memperkukuhkan semula parti dan kerajaan.

Baginya, tempoh itu bukan masanya untuk bersukaria kerana beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab berat untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN dan Kerajaan. Malah beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Mohamad Hassan meminta Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan kerana mengkritik ketuanya.

Namun, adakah ahli UMNO yang selama ini taat kepada pemimpin akan terus menyetujui pandangan Paklah itu atau mereka akan “bersuara” pada Oktober ini? Mereka bersuara ketika membuat pencalonan pemimpin tertinggi terutamanya Presiden dan Timbalannya.

Inilah perkembangan yang menarik dalam politik UMNO yang menguji setakat mana “ketaatan” ahli UMNO kepada Presiden mereka.

Mereka sudah pasti taat kepada ketua tetapi mereka juga mahu bersuara. Suara inilah yang akan menentukan nasib Paklah sama ada timbul atau sebaliknya. Suara seluruh negara itu sudah pasti mengambilkira kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan ini yang juga akan menentukan arah tuju parti pada masa akan datang.

(Renungan Rimau: Perbincangan hangat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Khamis lalu mengenai peralihan tampuk kepemimpinan mungkin akan menyaksikan satu perkembangan baru yang tidak memerlukan ahli parti bersuara untuk memberi signal tertentu pada mesyuarat Bahagian yang bermula 9 Oktober nanti. Tidak perlu signal lagi kerana seperti program TV Survivor, "puak sudah bersuara". Maka anda terpaksa dikeluarkan untuk meneruskan pertandingan menjadi juara Survivor.)

TINDAKAN BERAT PENGUSAHA TAJA "ULAT"

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan membatalkan permit pengusaha bas yang menaja " ulat-ulat" menjual tiket.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, dalam Warta Negeri RTM jam 5 petang, sebentar tadi.

Apa punya perangai pengusaha bas semacam ini. Ini ibarat lintah darat atau pelesit yang suka menghisap darah orang.

Sudah diberikan permit untuk mengendalikan pengangkutan awam, mereka pula yang menaja "ulat-ulat" yang bergerak bebas menjual tiket untuk mengambil keuntungan berlipat ganda.

Pengusaha seperti ini perlu didakwa di mahkamah jika ada bukti kukuh pembabitan mereka.

MATI KESEORANGAN DALAM RUMAH

Sejak akhir-akhir ini, saya mendengar banyak kes kematian individu "tinggal berseorangan" di rumah. Ada yang amat menyayatkan hati. Ia sama ada diceritakan sendiri oleh kawan-kawan atau mendapat e-mail dan SMS daripada kenalan.

Saya mendapat SMS daripada seorang kawan yang menceritakan bagaimana seorang lelaki meninggal dunia di sofa rumah anak perempuannya. Mayatnya yang hampir reput dijumpai selepas tiga hari kematiannya.

Polis yang mendapat maklumat daripada jiran mengadu terbau bau busuk daripada rumah itu terpaksa memecah pintu dan mendapati mayat seorang lelaki tua terbaring di sofa. Keadaan badannya sudah berulat dan berair.

Kematian "bersendirian" itu berlaku kerana isteri dan anak perempuannya tiada bersamanya kerana melawat seorang lagi anaknya di Johor. Lelaki itu dikatakan enggan mengikut anaknya kerana terlalu letih.

Dalam kejadian lain, seorang wanita berusia 60 tahun dijumpai mati di dalam rumahnya. Mayatnya dijumpai selepas tiga hari setelah jirannya mengadu bau busuk.

Kes sebegini pasti banyak lagi kerana ada individu yang suka tinggal bersendirian. Ini kerana mereka tidak berkahwin, bercerai atau tidak tinggal bersama anak mereka.

Oleh itu, eloklah kita menasihati ahli keluarga atau saudara agar jangan tinggal bersendirian. Mungkin boleh dicarikan jodoh untuk mereka yang belum berkahwin.

Bagaimana pula jika mereka yang berkeras untuk tinggal berseorangan?

Thursday, September 18, 2008

RIBUT EKONOMI MUNCUL KEMBALI

Lepas satu, kini satu lagi. Ia seperti putaran kemelut ekonomi pada 1985 dan 1997.

Beberapa bulan dulu mengenai kenaikan harga minyak, kini kejatuhan pasaran dunia. Apa nak jadi?

Masalah ekonomi dunia terbaru bermula dengan masalah gadai janji dan sub prima. Ia kini diikuti pula oleh masalah kewangan yang melanda syarikat-syarikat gergasi negara itu seperti Lehman Brothers dan American International Group (AIG).

Pada 15 September lalu, bank pelaburan AS, Lehman Brothers Holdings Incorporation telah memfailkan untuk diistihar muflis akibat masalah kewangan yang melanda bank itu.

Turut memburukkan keadaan apabila pemegang insurans syarikat AIG tidak yakin dengan pengumuman Rizab Persekutuan AS untuk memberikan pinjaman kecemasan AS$85 bilion (RM272 bilion) kepada AIG bagi menyelamatkannya daripada keruntuhan telah menarik keluar pegangan polisi insurans mereka.

Impak daripada langkah yang diambil bank tersebut telah mengakibatkan pasaran saham global mengalami gelombang kejatuhan. Semalam, media juga melaporkan keadaan tidak menentu di Singapura dengan kebimbangan pemegang polisi AIG.

Persoalannya, apakah keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang akan terus memberi kesan kepada kita? Sudah tentu. Bersedialah.

Semalam, pasaran saham tempatan merudum di bawah paras 1,000 mata akibat kesan yang diterima daripada masalah dalam sistem kewangan AS.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditutup pada 991.66 mata, jatuh sebanyak 11.33 mata atau 1.13 peratus. Paras itu adalah paras terendah hampir dua tahun.

Saya yakin, pelabur di negara ini akan mula bimbang dengan keadaan ekonomi ini terutama mereka yang telah banyak melabur atau mereka yang "belum bersedia" menerima tekanan. Rakyat jelata juga perlu menyediakan diri untuk "ribut ekonomi" ini. Cara? Mengikut kesesuaian sendiri. Jika perlu berjimat segerakanlah.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, dalam laporan media semalam berkata, penurunan IKKL adalah kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global, yang mana pasaran tempatan tidak dapat lari daripada tekanan itu.

Ditanya mengenai prospek pemulihan Indeks Komposit Bursa Malaysia, beliau berkata, ''Saya tidak dapat menyatakannya, ia amat sukar."

(Renungan Rimau : Rakyat negara ini perlulah mula berjimat-cermat kerana sudah tentu kesan ekonomi dunia itu akan melanda negara ini. Jika kita sudah bersedia, sudah tentu tekanan itu dapat dikurangkan. Simpanlah duit banyak-banyak. Cash is king. Kepada kerajaan, kita berharap sesuatu yang proaktif dilakukan untuk mengurangkan tekanan rakyat. Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, perlu menggunakan pengalamannya untuk menghadapi cabaran ini. Lupakan sengketa. Sokongan padu perlu diberikan kepadanya. )

PESAKIT MENTAL BUAT APA SAJA

Warta Perdana RTM sebentar tadi menghidangkan laporan khas yang amat menarik.

Ia mengenai kisah manusia yang gilakan perhatian.

Antara perkara yang ditonjolkan dalam laporan khas itu ialah tanda-tanda penyakit mental.

Antaranya suka berfantasi atau berhalusinasi , terasa diri sentiasa betul, gilakan perhatian dan angkuh. Penyakit ini dilaporkan sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kekecewaan melampau.

Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang pernah berkuasa atau memegang jawatan utama namun kecewa dalam mencapai impian peribadi.

Kajian Pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11 peratus rakyat dewasa mengalami gangguan mental.

Dalam laporan khas itu, Ahli Lembaga Kaunselor Profesional, Profesor Madya. Dr. Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan obsesif adalah satu kecelaruan dalam diri dan tanda-tanda itu boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan.

Tegasnya pesakit kebanyakannya akan berbuat apa sahaja bagi memastikan keinginan yang keterlaluan dicapai.

Golongan ini boleh menimbulkan bahaya kerana boleh menjadi agresif dan tidak berfikir panjang dan sanggup menghalalkan apa sahaja perbuatan semata-mata menjayakan keinginan.

Menurutnya, keghairahan untuk mendapatkan melebihi dari yang lain sehingga boleh meminggirkan prinsip dan nilai sejagat.

Prof Madya Dr Mohamed Fadzil berkata golongan itu juga suka memperlihatkan sikap degil hingga menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak ekoran obses kepada kehendaknya.

Golongan ini boleh menghancurkan diri atau orang lain yang cuba merampas objek yang diingininya.

(Renungan Rimau : Minta dijauhkan daripada kita semua penyakit ini)

COFFEE HOUSE PENUH KETIKA BERBUKA

Puasa sudah masuk hari ke 18. Ada yang mendapat keuntungan jiwa. Ada pula mendapat keuntungan jasad dengan saiz badan semakin kecil. Yang penting dapat kedua-duanya.

Ketika ramai yang merungut mengenai keadaan ekonomi di negara ini yang lembab termasuk kesan ke atas ekonomi peribadi yang menyusut akibat kenaikan harga minyak, coffee house di hotel pula penuh sesak ketika waktu berbuka.

Jika kita pergi ke hotel-hotel di Lembah Klang, jangan terperanjat ramai umat Islam yang berbuka di coffee house atau tempat yang disediakan. Malah ada hotel yang terpaksa menyediakan meja makan tambahan di sebahagian lobi atau tempat menunggu. Kalau lambat buat tempahan, minum air paip sajalah.

Kadar yang dikenakan pula di antara RM60 hingga RM120 "satu kepala".

Oleh itu, jika satu keluarga yang membawa isteri dan anak-anak seramai enam orang, pada kadar paling rendah, beliau perlu membayar RM360 untuk berbuka puasa. Banyak tu. Mungkin gaji sebulan untuk orang tertentu. Boleh berbuka sebulan.

Setakat ini, saya sudah tiga kali berbuka di hotel. Itupun di atas jemputan kawan-kawan. Bagi wartawan, bulan puasa inilah waktu dapat menikmati makanan masakan chef hotel daripada orang berniaga atau orang politik. Terima kasih.

Ada ke "rasuah makan"? Tiada kot, mungkin boleh dikatakan sedekah.

Semoga bulan berkat ini, kita mendapat keuntungan jiwa dan jasad.

Wednesday, September 17, 2008

TOK HIM BEBAS SEPERTI MESIN RUMPUT

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, atau dikenali Tok Him adalah seorang insan yang istimewa.

Saya mengenali sepuluh tahun lalu dan sejak itu kami berkawan baik.

Kami sering berhubungan menerusi telefon dan selepas PRU12, banyak kali terserempak dengannya di Parlimen. Beliau yang diberi pelbagai gelaran terutama pemimpin pembangkang, kini adalah Ahli Parlimen Bebas.

Ketika dipecat daripada UMNO, beliau amat kecewa sekali. Baginya, pemecatan itu amat menyakitkan kerana beliau memang sayangkan UMNO.

Sejak pemecatan itu, Tok Him tidak mengeluarkan kenyataan mengutuk parti yang telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu tetapi menegur beberapa kerat pemimpin dengan begitu lantang sekali. Beliau akur dengan apa yang berlaku.

Malam tadi, ketika bersembang dengan saya, beliau mengakui bahawa walaupun kini wakil rakyat bebas tetapi jiwanya tetap UMNO dan mahu terus membantu bangsa Melayu yang masih banyak memerlukan pembelaan.

Beliau juga mahu mempertahankan hak orang Melayu yang kini mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak memahami sejarah. "Saya akan terus membela Melayu".

Tidak hairanlah Tok Him begitu lantang membincangkan isu Sosial Kontrak di Parlimen satu ketika dulu dan meminta wakil rakyat yang tidak memahami sejarah, jangan cuba menimbulkan hujah yang tidak sihat dan berbaur perkauman.

Ketika bersembang malam tadi, Tok Him berkata, menjadi seorang "bebas" ini ibarat mesin rumput yang tidak dikawal. Mesin itu bebas untuk memotong apa saja selagi ia bergerak.

Saya menyampuk, bahawa jika mesin itu memotong rumput mungkin tiada masalah tetapi ia pasti akan terhenti apabila dihalang batu besar atau masuk ke dalam air.

Tok Him hanya tersenyum.

Malam tadi, dalam program Isu Semasa : 16 September - Apa Dah Jadi?, Tok Him berterus-terang dengan sikap "sahabatnya" yang sudah hilang pedoman. Tindakan mencanangkan "omong-omong kosong" itu perlu dihentikan demi kepentingan negara ini.

Yang rugi ialah rakyat dan negara ini.

Katanya, insaflah di bulan mulia ini.

Tuesday, September 16, 2008

16 SEPTEMBER - APA DAH JADI?

Program Isu Semasa Khas : 16 September - Apa Dah Jadi? akan ke udara pada jam 9.30 malam ini di RTM1.

Program sejam itu akan menampilkan Ahli Parlimen Pasir MAS, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Petrajaya yang juga Timbalaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Haji Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Muar, YB Razali Ibrahim.

Program siaran langsung itu akan dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Yahaya.

Selamat menonton.

HASHIM JASIN - ADUN SANGLANG

PUTRAJAYA 16 Sept. - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang di Perlis dimenangi oleh Pesuruhjaya Pas negeri itu Hashim Jasin.

Pada 18 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya negeri itu mengisytiharkan kerusi DUN Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional Abdullah Hassan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim. - Bernama

IMPIAN VS KENYATAAN (6)

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan kerajaan sekarang masih teguh dan akan terus melaksanakan tugas, peranan dan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat pada PRU12.

2. Paklah menyifatkan "kerajaan baru" yang diuar-uarkan itu ialah "suatu impian Anwar" saja.

3. Paklah menjelaskan memang sudah menjadi lumrah Anwar dari dulu sehingga sekarang suka memperkatakan sesuatu untuk menarik perhatian umum.

Paklah menegaskan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat dengan Semua KSU di Putrajaya, hari ini - hari yang diumumkan oleh Anwar untuk menubuhkan kerajaan.

Oleh itu, sesiapa yang masih sangsi sama ada kerajaan sekarang tetap ada atau sebaliknya, bolehlah kuatkan iman mereka mulai saat ini.

Ejen kenit memberitahu saya, Paklah adalah orang yang paling layak untuk mengetahui "luar dalam" Anwar Ibrahim sejak zaman kedua-dua mereka memimpin persatuan belia lagi.

Malah, Paklah juga rapat dengan Anwar dan keluarganya serta mengetahui perjalanan hidup Anwar dan Wan Azizah sehinggalah mereka berkahwin.

Itu sebabnya, menurut Ezam Mohd Nor, Paklah sebagai seorang pemimpin dan kawan, sanggup membantu Anwar ketika beliau di dalam penjara lagi. Itupun banyak orang marah dengan tindakan berkenaan.

Sebenarnya, Paklah banyak tahu mengenai Anwar tetapi hanya menyimpannya. Politik adakalanya kotor tetapi hubungan baik perlu dihormati. Ada orang tidak peduli semua ini.

Orang beriman tidak akan menceritakan kisah hidup orang lain, apatah lagi yang tidak berapa elok. Eloklah tu.

AMALKAN POLITIK ASASI, TOLAK SENSASI

Salah seorang ahli panel Persepsi terbitan RTM malam tadi ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Beliau ialah seorang ahli akademik, sasterawan dan penganalisis politik.

Antara pandangan beliau yang perlu direnungkan malam tadi dan sering diutarakan oleh ramai pihak yang mengutamakan kepentingan negara ialah meminta ahli politik di negara ini kembali semula kepada politik asasi dan bukannya politik sensasi.

Beliau mahu ahli politik negara ini menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke 12 Mac lalu dan tidak mengamalkan tindakan mengambil alih kerajaan menerusi tindakan tidak demokratik iaitu membeli wakil rakyat.

Budaya politik membeli wakil rakyat akan melemahkan kerajaan sedia ada di samping mewujudkan "kerajaan baru" yang lemah kerana boleh bertukar dari semasa ke semasa mengikut budaya katak dan bertuhankan wang.

Budaya politik sensasi boleh mewujudkan suasana tidak ketentuan, meresahkan rakyat, menakutkan pelabur asing dan menghancurkan kestabilan politik serta ekonomi negara.

Apabila ini berlaku, Malaysia akan menjadi rapuh dan hancur dalam sekelip mata. Yang rugi ialah rakyat sendiri yang sudah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak 51 tahun lalu.

Oleh itu, ahli politik negara ini perlu kembali kepada politik asasi iaitu menghormati kuasa rakyat menerusi kertas undi bukannya politik sensasi yang suka mengembar-gemburkan sesuatu perkara yang bukan-bukan demi meraih keuntungan dalam kekalutan.

Monday, September 15, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (5)

Ada orang nak ambilalih kerajaan. Ada orang kata, mustahil.
Ada orang kata ada orang mahu lompat parti. Ada orang kata, siapa mahu jadi katak.
Ada orang ajak pergi Taiwan. Ada orang kata, mari pergi Taiwan juga.
Ada orang kata hanya orang gila mahu tubuh kerajaan dari belakang. Ada orang yakin cukup orang akan lompat. Ada orang kata, kena tangguh. Ada orang kata, ada perkembangan terbaru dalam politik.
Ada orang kata tiada kredibiliti. Ada orang kata tiada moral. Ada orang kata mengkucar-kacirkan negara. Ada orang kata, ada orang sudah tipu tiga kali. Ada orang kata satu pembohongan. Ada orang kata, ada orang tidak demokratik.

Ada track. On track. Tapi, trek keretapi.

Ada orang kata, ada orang hendak jadi Mat Jenin. Siapa akan jatuh "berdebub" macam buah kelapa? Siapa tekaan anda?

1. Pembentukan kerajaan baru seperti yang dicanangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selama ini, memang tidak berasas dan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan Anwar itu sebenarnya satu pembohongan dan tidak bermoral. "Jelas, Anwar hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghormati amalan demokrasi di negara ini," katanya semalam. Muhyiddin yakin Anwar akan terus gagal dalam usahanya menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang, walaupun beliau meminda tarikhnya beberapa kali. "Anwar sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang ahli politik berwibawa. Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri hanya akan menjadi Mat Jenin," katanya.

2. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata BN sejak dulu lagi yakin dengan keutuhan gabungan itu kerana ia dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. "Anwar saja yang gila hendak menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan cubaan membeli Ahli Parlimen BN. Ia tidak demokratik serta memalukan sehingga menyebabkan negara berada dalam keadaan yang tidak stabil," katanya.

3. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berharap rakyat tidak tertipu lagi dengan permainan politik kotor Anwar. "Ini kali ketiga Anwar menipu rakyat apabila memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan impian kosongnya." katanya. Nazri berkata, beliau memang sudah lama yakin kerajaan baru Anwar tidak mungkin dibentuk pada 16 September ini.

4. Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Anwar sudah memberi tiga alasan berbeza berhubung penangguhan pembentukan kerajaan, iaitu Parlimen tidak bersidang, Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan penahanan tiga orang termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Lama-kelamaan orang akan sedar siapa Anwar sebenarnya," katanya.

5. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata budaya katak yang mahu diamalkan Anwar akan menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak menentu dan menimbulkan kacau bilau. Dr Koh berkata, budaya seperti itu harus dielakkan kerana rakyat pasti tidak mahu pentadbiran negara ditentukan oleh beberapa orang yang suka berpaling tadah. "Jangan biarkan kerajaan negara kita ditentukan oleh beberapa orang yang mengamalkan budaya lompat ini," katanya.

6. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata Anwar terbukti mempunyai cita-cita besar dan terburu-buru untuk menubuhkan kerajaan sehingga tidak sanggup menunggu pilihan raya. "Strategi Anwar itu sangat tidak demokratik, tidak beretika dan 'tidak gentleman. Kalau beliau yakin bahawa rakyat menyokongnya, dia patut menunggu proses itu," katanya. Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata wakil rakyat BN cukup matang dan bijak untuk tidak terperangkap dengan politik Anwar. Beliau berkata, mereka mungkin bersuara lantang berkaitan beberapa isu tetapi ia tidak bermakna mereka menentang pucuk pimpinan BN. "Saya yakin mereka akan tetap mengenang jasa dan berterima kasih kepada penyokong BN yang memberi laluan kepada mereka untuk menjadi anggota Parlimen," katanya.

7. Akhirnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu pemberita kelmarin, yang Pakatan Rakyat terpaksa menangguhkan hasrat mengambil alih kerajaan pada 16 September ini atas alasan tarikh yang ditetapkan itu tidak lagi sesuai berikutan beberapa perkembangan terbaru politik negara.

1 HARI LAGI

SEX AND THE CITY



Mama-Eena is one of my followers. She reads my blog. Thank you.

When you surf her blog, I guarantee she can make your day. Unless you are a diabetec or an alien.

If my comment above has aroused your curiousity, please go here .

Sunday, September 14, 2008

PEMBACA RTM TUA. BETUL KE?

Hari ini, dalam sebuah akhbar mingguan, ada seorang penulis yang menyatakan bahawa kebanyakan pembaca RTM sudah tua-tua belaka. Menurutnya, ada pembaca berita itu mula membaca sejak beliau di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Betul ke?

Yang saya tahu hanya seorang saja yang boleh dikatakan "veteran" masih membaca berita di RTM iaitu Sdr Harjit Singh Hullon. Itupun pada waktu tertentu saja bukanlah prime time iaitu Warta Perdana.

Ada yang "lama beraksi" tetapi kelihatan masih muda seperti Farith Ismet yang dikatakan masih ramai peminat terutama pakcik dan makcik di kampung. Beliau ada "style" sendiri yang kadangkala mencuit hati. Boleh ke beliau terus membaca?

Mungkin ada pengacara sukan veteran di RTM seperti Haji Hasbullah Awang yang masih "beraksi". Namun, persembahannya masih menarik dengan laporan yang diselang-selikan dengan pengalaman beliau di sana sini sebelum ini.

Laporan sukan memerlukan satu analisis yang baik, bukan setakat melapor saja.

Apa pun, RTM perlu melihat juga mereka yang boleh "direhatkan". Betul tak?

Saturday, September 13, 2008

KEK LAPIS BUJANG SENANG


(Kilang Kek Lapis Dayang Salhah di Kampung Gersik, Kuching)


(Sungai Sarawak. Pandangan daripada tingkat 16 Crowne Plaza Hotel)

Kalau ke Sarawak, jangan lupa beli kek lapis.

Sedap untuk juadah berbuka dan hidangan raya.

(posting tru NE90)

Friday, September 12, 2008

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

Perdana Menteri terkejut, saya pun terkejut.

Paklah terkejut kerana TS Muhyiddin Yassin sungguh berani mengeluarkan kenyataan agar cepat buat peralihan, sedangkan beliau anggota Kabinetnya.

Saya terkejut memikirkan mengapa Paklah terkejut.

Orang terkejut macam-macam akan dilakukan.

Adakah ada kejutan selepas ini?

Berani buat beranilah tanggung.

(posting tru NE90)

Thursday, September 11, 2008

PERLU BERANI DAN JANGAN JADI KELDAI

Hendak mencari pemimpin Melayu yang berani sekarang amat sukar, kata seorang teman. Alasannya, banyak isu ditimbulkan oleh sesetengah pihak terhadap orang Melayu sekarang tetapi tidak ramai yang berani menegur, memperbetulkannya apatah lagi melenting mahupun mengamuk.

Melayu kini dianggap lesu dan tidak berani. Betul ke?

Kini orang Melayu masuk ke satu episod lain. Jika berani, mereka akan dikenakan tindakan pula. Ini kerana berani mereka adakala dilihat sebagai kenyataan berbaur perkauman. Walaupun ia membabitkan bahan sejarah.

Berani tidak mahu memohon maaf dianggap menyakitkan hati orang lain. Orang macam ini seperti "disenyapkan" mengikut tindakan tertentu tetapi dalam hati mereka, tetap mahu bersuara. Kita tunggulah apakah yang akan disuarakan nanti.

Hari ini, timbul seorang lagi pemimpin UMNO yang boleh dianggap "berani" kerana mahu meminta Paklah mempercepatkan tarikh penyerahan kuasa kepada penggantinya. Keberaniannya bukan sekarang saja. Sejak dulu lagi. Pelik juga, tetapi beliau memang berani. Berani juga untuk menempah maut politik.


Di Singapura, Bernama melaporkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata Paklah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Paklah dua bulan lalu, dakwa Naib Presiden itu, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

"Tahun 2010 adalah terlalu lama," katanya pada sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di sini.

Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Paklah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya DS Najib Tun Razak pada Jun 2010.

TS Muhyiddin berkata beliau malahan turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Paklah memikirkan semula mengenainya.

Apakah kesan daripada lontaran kenyataan itu? Adakah "orang berani" ini akan dipandang serong atau martabatnya akan dianggap sebagai hero? Adakah kumpulan rapat dengan Paklah menganggap orang berani ini sebagai pembelot? Adakah ahli UMNO merasakan kenyataan itu sekadar untuk melonjakkan dirinya agar dipilih Disember nanti? Atau, yang soalan yang paling penting - Adakah kenyataan itu dianggap sebagai "ledakan" baru yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli UMNO seluruh negara?

Bagi saya, berani kerana benar. Takut kerana salah. Ada orang yang berkedudukan sesuai untuk "menyuarakan" pandangan akar umbi ini tidak berani kerana faktor tertentu. Mungkin kerana bebanan yang amat sukar ditanggung. Ada orang yang tidak mahu membuka mulut kerana memikirkan musibah berganda yang akan menimpa. Ada juga setakat menunggu kerana berpenyakit pelik atau hatinya terlalu kecil.

Hakikatnya, pertama berani kerana benar. Kedua, berani kerana memikirkan kepentingan Alif, Ba dan Ta.

Biarkan apa pun orang hendak kata, yang penting kita jangan campak keldai ke dalam sungai kerana terlalu mendengar "kata orang" seperti kisah orang tua, anak dan keldai dalam kisah Lukman Hakim. Juga, jangan jadi keldai.

KEKALKAN HIDUP BAHAGIA DI MALAYSIA

Menonton laporan pengenalan Nur Islam di Afrika di Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi menginsafkan saya betapa bertuahnya rakyat di negara ini dapat menyempurnakan ajaran Islam dalam keadaan yang bebas dan sempurna. Begitu juga penganut agama lain.

Laporan Azura Zainal Ratin itu memaparkan bagaimana pihak keselamatan Tanzania melepaskan tembakan rambang kepada umat Islam yang baru keluar sembahyang Jumaat di sebuah masjid yang menyebabkan lebih 30 orang terbunuh.

Footage televisyen malam tadi menunjukkan umat Islam bergelimpangan di jalan raya dan kejadian mereka di pukul dengan kayu serta disepak terajang, amat menyayatkan hati.

Ini kerana dasar kerajaan negara itu yang menindas umat Islam dengan dakwaan tertentu termasuk dikatakan menggunakan masjid sebagai tempat melindungi penjenayah dan dakwaan wujudkan imam yang mencerca agama lain sedangkan ia sebaliknya.

Di Malaysia, umat Islam bebas mengerjakan tuntutan agama dengan pembinaan masjid di seluruh negara di bawah kerajaan yang pernah diberi pelbagai gelaran oleh pembangkang termasuk "kafir". Malah pemimpinnya juga digelar "firaun".

Begitu juga penganut agama lain termasuk Kristian, Buddha dan Hindu yang bebas mengamalkan anutan agama mereka. Malah, di Selangor lebih banyak kuil dibina daripada masjid sedangkan jumlah penganut Hindu lebih kecil berbanding umat Islam.

Di kawasan kediaman saya di Subang Jaya, Selangor, ada tiga kuil besar yang dibina di penempatan majoritinya bangsa Melayu. Ini tidak menghairankan kerana sebelum ini kawasan ini adalah ladang kelapa sawit yang ditukarkan menjadi kawasan perumahan.

Saya juga setiap hari melihat penganut Hindu melakukan upacara agama mereka di kuil dalam perjalanan ke tempat kerja. Ini kerana kuil itu betul-betul terletak di tepi jalan yang membolehkan sesiapa saja melihatnya. Tiada sebarang masalah.

Bagi saya, selagi umat Islam di negara ini bebas untuk mengerjakan tuntutan agama tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak, mereka akan hidup gembira dan bersedia untuk berkongsi hidup di negara tercinta ini dengan sesiapa saja.

Bagaimanapun, ketika ada yang cuba membuat sesuatu yang "menyakitkan" hati mereka, sudah tentu mereka tidak duduk diam dan akan mempertahankannya di titisan darah terakhir. Lihatlah bagaimana Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam ditentang oleh semua pihak termasuk pemimpin pembangkang yang beragama Islam.

Kini ada cadangan yang bobrok untuk tidak membenarkan azan diperdengarkan di masjid-masjid di Selangor (pembesar suara tidak boleh dihalakan ke luar tetapi ke dalam masjid saja). Ia satu pekembangan tidak sihat malah mampu menimbulkan ketegangan.

Selain itu, ada usaha meminta peruntukan 30 peratus daripada kewangan Majlis Agama Islam Selangor untuk kegiatan agama lain seperti dibongkarkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor, dalam ceramahnya di Permatang Pauh, bulan lalu. Cadangan ini juga tidak sihat dan amat mengganggu fikiran.

Saya berdoa agar cadangan dan sebarang usaha yang "menyakitkan" hati orang Melayu perlu diberhentikan kerana mengambil kata-kata hikmat Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang berbunyi begini, "Jika orang Melayu gembira di negara ini, orang lain pun akan gembira juga" adalah satu ungkapan paling tepat. Fahamilah.

Wednesday, September 10, 2008

RM3 BILION UNTUK BELI MP BN

Posting Kedua - 10.10 pagi

Maklumat terbaru yang saya terima ialah wang dibawa masuk ialah RM300 bilion. Wow, banyaknya wang itu. Nak beli sebuah negara ke?

Posting Asal - 9.26 pagi

Saya pernah menulis kisah Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 27 Mei lalu yang menyatakan beliau ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi.

Ketika itu, saya tidak dapat membayangkan jumlahnya sama ada ia RM10 juta, RM30 juta atau RM100 juta?Bagi saya, secara kasarnya, satu generasi ialah lebih kurang 25 tahun dan tiga generasi ialah 75 tahun. Oleh itu, berapa banyakkah wang yang ditawarkan kepada Datuk Abdul Rahman yang boleh "dimakan" sehingga tiga generasi? Boleh dimakan sehingga 75 tahun?

Saya juga melaporkan dalam program Rancangan Parlimen RTM1, Datuk Abdul Rahman membuat gambaran bahawa jika seorang Ahli Parlimen dibayar RM100 juta maka pihak yang ingin mencapai cita-cita untuk menguling kerajaan memerlukan RM100 juta X 30 orang yang boleh mencecah angka RM 3 bilion. Beliau seterusnya berkata jika angka RM3 bilion itu ditukarkan menjadi dollar Amerika ia mungkin sekadar kurang US$1 bilion saja.

Beberapa soalan saya kemukakan dalam posting 27 Mei itu:

1. Apa kaitan jumlah RM100 juta dan dollar Amerika itu?"

2. Adakah Datuk Abdul Rahman menyatakan beliau pernah ditawarkan RM100 juta atau lebih daripada itu?

3. Adakah pihak yang menawarkan RM100 juta itu ada kaitan dengan Amerika Syarikat sehingga beliau perlu "menukarkan wang yang ditawarkan" itu ke dollar Amerika?

Minggu ini, ejen kenit memberitahu saya bahawa ada pihak telah membawa masuk RM3 bilion secara tunai dari sebuah negara Afrika ke negara ini bagi tujuan membeli wakil rakyat Barisan Nasional yang ingin "melompat". Negara Afrika itu dikatakan sebagai transit point dari sebuah negara lain.

Wang itu yang "diseludup" menerusi satu entry point di Sepang telah berada di tangan sebuah parti politik untuk digunakan bagi membeli wakil rakyat yang ingin melompat. Sebahagian besarnya dikatakan diperuntukkan bagi wakil rakyat di Sarawak.

Daripada perkiraan saya, jika wang RM3 bilion diagihkan untuk membeli 30 wakil rakyat, masa setiap mereka akan memperolehi RM100 juta. Itulah sebabnya Datuk Abdul Rahman menyatakan "tiga generasi". Bagaimanapun, angka terakhir yang diuar-uarkan oleh Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng, baru-baru ini ialah parti itu sudah mendapat 40 orang wakil rakyat BN. Maka jumlah tawaran itu mungkin terpaksa dikurangkan.

Wakil rakyat mana yang sudah mula kabur? Siapa yang masih setia dengan BN? Dan soalan terakhir ialah, "Siapa yang untung daripada episod membentuk kerajaan mengikut "pintu belakang" ini?

MUHASABAH DIRI DEMI SETIAKAWAN

Demi keadilan untuk semua (bukan parti keadilan), Gerakan perlu melihat diri sendiri atau muhasabah diri apa yang berlaku dalam partinya selepas PRU12 Mac lalu dan apa yang dilakukan oleh ahli/pemimpinnya yang menguris hati orang Melayu terutama di Pulau Pinang.

Ini penting untuk memastikan parti itu tidak hanya menuduh orang lain "menyakitkan" hati mereka, sedangkan apa yang dilakukan oleh ahli/pemimpin parti serta bekas ahli/pemimpin Gerakan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Tidakkah TS Dr Koh Tsu Koon sedar bahawa dengan membenarkan "kakitangannya" bekerja dengan pemimpin DAP, Lim Guan Eng, selepas beliau kecundang memaparkan sikap "takpelah orang aku bekerja dengan pemimpin parti lain. Guan Eng pun pemimpin Cina juga. " Apa ni? Bagaimana perasaan orang Melayu melihat Dr Koh membenarkan ini berlaku.

Tidakkah Dr Koh sedar betapa "kuatnya" goncangan salam TS dengan Guan Eng sambil tersenyum dan menepuk bahu orang Melaka yang dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu dipancarkan ke seluruh negara menerusi kaca televisyen? Mengapa begitu kuat goncangan salam itu sedangkan semua tahu individu di hadapan itu yang mengambil alih kuasa daripada kamu? Tiada rasa malu atau sedih ke? Atau tidak kisah kerana PP jatuh ke tangan pemimpin lain yang satu kaum? Bagaimana perasaan orang BN lain? Ingat tak "individu" itu yang mahu menghapuskan DEB dan mengumumkannya secara megah bersama bapanya? Nampak kecil "goncangan" itu tetapi bagi sesetengah orang ia satu perbuatan yang amat pelik. Orang lain tidak tahulah.

Selain itu, bagaimana pemimpin Gerakan Pulau Pinang yang dengan cepat "menerima" tawaran bekerja dengan DAP seolah-olah selama ini Gerakan tidak menjaga mereka sama ada dari segi rohani, jasmani, kewangan atau apa sajalah yang boleh mencekalkan hati mereka. Kuat semangat untuk terus bersama BN. Janganlah gelojoh. Oleh kerana wang atau mahu kerja, pemimpin menerima tawaran itu dan melupakan semangat setiakawan BN selama ini.

Apakah Dr Koh tidak terasa pedih, bekas EXCOnya yang mengkritik BN dan cepat-cepat mengumumkan keluar parti untuk memberi lesen kepadanya berpeleseran dengan pemimpin PKR ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh? Apakah itu bukan satu sabotaj kepada semangat setiakawan BN? Apakah boleh dengan hanya dengan mengatakan, "oh, dia sudah keluar Gerakan, maka dia boleh kritik BN" itu akan membantu BN ketika itu dan pada masa akan datang? Di mana kawalan Dr Koh terhadap ahli dan pemimpin Gerakan.

Yang terbaru ialah penyertaan Pengerusi Gerakan Wilayah dalam PKR kerana semata-mata dikatakan "sakit hati" digugurkan dalam PRU12 Mac lalu. Pemimpin itu secara terus-terang mengkritik pemimpin tertinggi Gerakan kerana meletakkan calon lain sedangkan wakil rakyat itu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Apa ni? Sudah tentu pemimpin ini akan membongkarkan segala rahsia dalam BN yang menguntungkan pembangkang.

Halo... tolonglah faham sikit masalah yang berlaku selama ini dan jangan pula melenting tidak tentu arah kerana ada pihak yang suka mengajar "sejarah" menceritakan perjalanan hidup masyarakat di negara ini dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Mungkin matapelajarannya betul tetapi kelasnya tidak sesuai.

Apabila kita melenting, tentulah individu itu mahu buat lebih banyak perkara yang mengejutkan. Bukan semua orang setuju dengan tindakan itu. Fahamilah.

Tuesday, September 9, 2008

SEMOGA CYNTA TENANG HADAPI UPSR


(Setenang air ini di taman Bali. Gambar oleh DIY)

Hari ini bermula peperiksaan UPSR.

Marilah kita berdoa agar anak kita, anak saudara, cucu, cucu saudara, adik, kakak atau abang dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan mampu menjawab semua soalan dengan betul.

Semoga Noor Cynta Camilia tenang menghadapi peperiksaan. Amin.

JAUHI BALA, BANYAKKAN PAHALA

Antara golongan yang mendapat berkat dan banyak pahala pada Ramadan ini ialah golongan peniaga makanan dan minuman. Itupun jika mereka menyediakan makanan/minuman dengan bersih dan menggunakan bahan masakan yang halal belaka.

1. Memastikan daging/ayam yang digunakan halal dan bukan dibeli daripada golongan yang tidak diketahui dari mana punca mereka mendapat bekalan. Jangan menggunakan daging daripada ternakan yang berpenyakit atau dicuri daripada kandang atau reban.

2. Memastikan penyediaan makanan itu bersih termasuk ketika memotong sayur, daging atau ayam di tempat yang tidak kotor seperti di tepi longkang atau meletakkan bahan makanan di atas simen yang kotor. Peniaga juga perlu memilih hanya sayur-sayuran yang bersih dan baik saja serta memastikan tiada ulat atau kotoran yang terlepas pandang. Bagi yang menggunakan telur ayam atau itik, adalah digalakkan membasuhnya terlebih dahulu sebelum memecah telur itu ke dalam kuali atau periuk. Jika tidak dibasuh, tahi ayam yang melekat di telur itu akan terus "terjun" ke dalam kuali atau periuk.

3. Memastikan makanan yang disediakan benar-benar masak dan bukan mengambil sikap sambil lewa atau hentam keromo saja. Makanan yang tidak dimasak akan menyebabkan pelanggan sakit perut atau menerima malapetaka. Pastikan makanan yang sedang dimasak diawasi untuk menggelakkan ia tercemar. Pengawasan mungkin dilupakan kerana peniaga sibuk meneliti masakan lain yang dimasak serentak.

4. Memastikan makanan yang sudah dimasak ditutup dengan baik bagi memastikan lalat tidak menghingapinya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Jangan ingat bahawa orang lain tidak melihat tindakan kita, maka kita biarkan makanan itu terbiar di atas meja yang mungkin dijamah oleh binatang lain termasuk kucing, tikus, lipas atau cicak. Peniaga perlu memastikan makanan itu bersih dan sentiasa bersih.

5. Memastikan makanan itu dimasukkan ke dalam bekas yang bersih dan teratur ketika hendak di bawa ke gerai yang mungkin terletak beberapa kilometer daripada rumah. Jangan memasukkan makanan itu ke dalam beg plastik tetapi perlu menggunakan bekas yang sesuai agar mutunya sentiasa baik dan terjamin. Belanjalah sedikit untuk membeli bekas-bekas yang sesuai.

6. Memastikan makanan yang dihidangkan di gerai sentiasa bersih sepanjang masa. Jangan biarkan lalat atau serangga lain tumpang singgah atau menikmati makanan itu. Jika makanan itu sudah dihinggapi lalat, pastikan makanan itu dibuang dan jangan dijual kepada pelanggan. Jangan menggunakan surat khabar untuk menutup makanan kerana bahan pencetak yang ada di akhbar itu akan masuk ke dalam makanan.

7. Memastikan makanan yang elok saja dijual. Jangan menjual makanan basi atau tidak boleh dimakan sehingga menyebabkan pembeli menghadapi keracunan makanan. Jangan jual makanan semalam. Begitu juga penjual air minuman yang perlu memastikan air yang dijual itu bersih dan tidak tercemar. Gunakan ais yang bermutu tinggi dan bukannya bongkah ais yang kotor dan terbiar.

8. Memastikan diri bersih dan memakai pakaian bersih. Jika menggunakan apron, pastikan apron itu bersih dan perlu cuci jika ia kotor dan menjijikkan. Mesti menggunakan apron yang bersih setiap hari. Eloklah peniaga memakai topi atau mengikat rambut untuk menggelakkan rambut atau kelimumur jatuh ke dalam makanan.

9. Jika berniaga ikan bakar, pastikan ikan yang dibakar itu benar-benar masak dan bukan separuh masak yang boleh menyebabkan pelanggan sakit perut. Pilihlah ikan yang segar dan terbaik untuk dijual. Jangan menggunakan ikan yang hampir busuk atau matanya sudah merah tetapi "menutupnya" dengan menggunakan sambal atau kunyit yang banyak ketika membakarnya.

10. Memastikan makanan yang dijual tidak basi terutamanya makanan yang disediakan sejak awal pagi seperti bubur atau lauk pauk. Kebiasaannya jika tukang masak menggunakan santan yang tidak baik atau lama, lauk-pauk akan cepat basi.

11. Jangan menggunakan bahan perisa "satu bakul" untuk menyedapkan makanan. Adalah lebih baik tidak menggunakan bahan perisa bagi menggelakkan lebih ramai rakyat Malaysia berkepala botak atau mendapat penyakit kronik. Jangan gunakan terlalu banyak cuka yang boleh menyebabkan sakit perut. Elakkan menggunakan bahan berasid dalam makanan.

12. Jika anda tidak sihat kerana batuk kronik atau menghidapi selsema yang teruk, tidak payahlah berniaga kerana kuman daripada penyakit anda akan berhijrah ke makanan. Pastikan anda sihat agar makanan pun bersih dan menyelerakan.

Jauhi bala dan perbanyakkan pahala pada bulan berkat ini.

Pelanggan pun, eloklah masak sendiri jika ada masa.

Monday, September 8, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (4)

1. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, malam ini menafikan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin bahawa beliau akan "melompat" menyertai Pakatan Rakyat. Beliau meminta agar tiada pihak yang terpengaruh dengan cakap-cakap politik yang berniat jahat itu. Menurutnya, tindakan itu dibuat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan namanya dan mengganggu kestabilan politik BN.

Berita itu dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Berita lain ialah:

2. DS Mohd Najib Tun Razak berkata tiada momentum mengenai penubuhan kerajaan baru dan ia hanya digembar-gemburkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Tiada kebenaran laporan yang mengatakan ada pembentukan kerajaan baru itu.

3. Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin, berkata tindakan pembangkang mengembar-gemburkan penubuhan kerajaan baru itu mengancam kekuatan ekonomi negara dengan menimbulkan keadaan ketidaktentuan. Menurutnya, tindakan itu akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kepemimpinan negara.

4. Kumpulan pertama Ahli Parlimen BN hari ini bertolak ke Taiwan untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk mendalami teknologi pertanian moden di negara berkenaan. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden, berkata wakil rakyat boleh mempelajari bidang pertanian yang dipermodenkan dengan teknologi baru. Mereka mengharapkan lawatan berkenaan akan memberikan pendedahan yang baik.

8 HARI LAGI.

TDM SERTAI UMNO SEMULA?

Ahirudin Attan @ Rocky dalam posting terbarunya menyatakan kemungkinan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menyertai semula UMNO.

Ini berdasarkan dua laporan iaitu artikel pertama dan artikel kedua .

Artikel kedua dimuatkan dalam blog anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid.

Penyertaan semula TDM itu dikatakan untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO. Minggu lalu, anak TDM, Datuk Mukhriz mengumumkan hasratnya bertanding Ketua Pemuda UMNO.

Ejen kenit memberitahu saya, dalam tempoh seminggu ini dua pertemuan antara TDM dan TRH telah diadakan.

TDM dikatakan menghantar wakilnya bertemu TRH untuk mengadakan perbincangan. TRH bersetuju dan menetapkan tempat berkecuali bagi mengadakan pertemuan itu. Maka TDM dan TRH bertemu di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Selang tiga hari kemudian, kedua-dua pemimpin itu bertemu semula di pejabat.

Pertemuan berkenaan tentunya ada kaitan dengan gabungan "dua tenaga besar" ini. Satu perkembangan menarik dan pertemuan itu dikatakan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sudah pasti TDM akan diterima menyertai UMNO. Tiada halangan?

Semoga TDM kembali semula dalam UMNO.

BIG DOG TEGUR SIKAP CHUN WAI

Akhbar The Star milik MCA. Oleh itu, tidak hairanlah pendirian orang kuat akhbar itu, yang dipilih oleh MCA perlu seiring dengan perjuangan parti.

The Star kini diterajui oleh Datuk Wong Chun Wai yang juga seorang blogawan. Banyak artikel yang ditulisnya bertujuan untuk "mewujudkan" Malaysia baru.

Seorang blogawan, Big Dog, dalam posting terbarunya mempertikaikan tulisan Wong mengenai "isu perkauman" yang dianggap cuba memperkecilkan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi Big Dog, tulisan itu rentetan artikel Wong yang mahu mengaibkan TDM. Sebelum ini, Wong menulis bahawa rasuah yang berlaku sekarang adalah lanjutan daripada pemerintahan TDM selain isu kebebasan media.

Kini, Wong mengulas pandangan TDM mengenai isu perkauman.

Ikuti tulisan Big Dog .

JAUHILAH RASUAH, HIDUP TIDAK SUSAH

Sempena bulan Ramadhan ini, saya ingin mengambil kesempatan menasihati rakyat Malaysia terutama bangsa saya agar tidak mengambil rasuah atau mendekati najis itu.

Segera bertaubatlah agar nama tidak terpampang di dada akhbar atau tersiar di media elektronik. Ketika itu, muka perlu ditutup dengan kain.

Bayangkan ketika ditangkap oleh BPR dan diseret ke mahkamah betapa luluhnya hati isteri dan anak kita kerana kealpaan bapa mereka. Begitu juga isteri yang ditangkap kerana mengambil wang bagi meluluskan projek.

Ketika ini, nampaknya Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berhenti-henti menangkap mereka yang cukup bukti melakukan rasuah. Setiap hari, ada kes baru mengenai rasuah.

Agensi itu juga bertindak dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung penyelewengan.


Berita Harian dalam berita scoopnya hari ini melaporkan BPR mengesan sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam dalam pelaksanaan program dan projek jabatan kerajaan, ekoran penelitian terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibentangkan 29 Ogos lalu.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata pihaknya mengenal pasti wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana kerajaan membabitkan kes berkenaan.

"Kita akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu mulai esok di semua jabatan terbabit. Kertas siasatan yang dibuka ini adalah peringkat permulaan dan mungkin ada beberapa kes lagi menyusul," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 ogos lalu mendedahkan wujud banyak kelemahan di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.

Antaranya kehilangan peralatan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bernilai RM9.56 juta dan kelemahan pengurusan sistem kompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) di beberapa negeri.

Isu lain yang dilaporkan sebelum ini ialah penggunaan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tunggakan saman trafik, pelaburan RM537.04 juta Composite Tecnology Reseach Malaysia Sdn Bhd (CTRM) yang memiliki anak syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat tetapi mencatatkan kerugian serta pembelian mesin pengimejan oleh Kementerian Kesihatan bernilai RM33 juta.

Turut didedahkan laporan audit itu ialah kelemahan pengurusan berhubung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan projek pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut 11, Teluk Sepanggar, Sabah.

Tahun lalu, BPR menahan 15 individu susulan pendedahan Laporan Audit Negara 2006, termasuk tiga orang awam di kalangan kontraktor dan perunding projek. Berikutan itu, 12 pegawai awam didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan membabitkan penyelewengan dan salah urus dana awam.

Bagi penulis, bertaubatlah sebelum terlambat.

Mulakan hari ini.

Sunday, September 7, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (3)

1. DAP tidak menerima wakil rakyat BN yang mahu melompat menyertai DAP kerana faktor kepentingan periuk nasi saja. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan mereka yang melompat kerana kepentingan "periuk nasi" sebagai golongan yang tidak beretika.

Berita itu dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Berita lain ialah:

2. Ahli Parlimen Sabah pula bersetuju mengikut program lawatan BNBBC ke luar negara untuk belajar mengenai pertanian. Ahli Parlimen Sabah menegaskan walaupun mereka lantang di Parlimen, ini bukan bermakna mereka mahu melompat ke parti lain seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.

3. Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, berkata tiada sebab parti itu akan keluar Barisan Nasional (BN). Menurutnya, MCA bersama dengan UMNO dan MIC telah membina "rumah" ini sejak dulu lagi, bermula dengan Perikatan oleh pengasas bangsa dan kemudian menjadi BN. Oleh itu, tiada sebab untuk keluar "rumah" kerana sebarang masalah mampu diselesaikan seperti yang dilakukan 51 tahun lalu.

4. Pemangku Presiden Gerakan, TS Dr Koh Tsu Koon, mahu ahli parti tidak mengambil tindakan terburu-buru. Ini kerana Gerakan adalah parti ideologi dan bukan parti emosi. Beliau yakin dengan dengan konsep kongsi kuasa di samping tidak mahu menjadi Pak Turut. Gerakan mahu bertanggungjawab membina BN semula. Dr Koh juga mahu kod etika khas ahli parti untuk menjaga ahli yang tidak beretika. Parti juga tidak perlu menjadi pasukan bomba iaitu "memadam api" iaitu memperbetulkan apa yang dituduh atau ditimbulkan oleh pihak tertentu tetapi mahu mementingkan perjuangan.

9 HARI LAGI

Saturday, September 6, 2008

WARTAWAN LOKASI TAKYAH PAKAI TOPI

Saya kini menonton Majalah Tiga yang disiarkan oleh TV3 mengenai industri pelancongan di China.

Jalan ceritanya seperti kisah masyarakat Islam di China yang pernah disiarkan oleh program Syahadah RTM dan ia pasti banyak memberi maklumat.

Bagaimanapun, saya ada pandangan sedikit.

Saya rasa eloklah wartawan di lokasi tidak payahlah memakai topi ketika membuat "standupper" atau laporan di lokasi.

Apabila kita pakai topi, muka kita tidak akan nampak penuh. Apatah lagi mata yang dilindungi bahagian hadapan topi menyebabkan penonton tidak dapat melihat anak mata wartawan yang menyampaikan maklumat.

Kalau shot close up boleh dimaafkan, tapi jika shot dari jauh tak berapa ok.

Apatah lagi penyampai memakai topi pada waktu malam. Nampak lagi pelik.

Dulu, ketika di TV3, saya juga "mengharamkan" wartawan memakai cermin mata hitam ketika membuat "standupper". Tak tumpah macam orang buta pulak.

Penonton sudah pasti mahu melihat mimik muka penyampai termasuk mata dan gerak muka.

Jangan marah. Sekadar pandangan. Itupun jika hendak menerimanya.

PERKUKUHKAN IKATAN SETIAKAWAN

Saya merasakan tiada yang lebih bernas daripada kenyataan Ketua Wanita MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, semalam apabila memperkatakan semangat setiakawan.

Menurutnya, MCA tetap setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mengkaji semula kedudukannya dalam perikatan parti itu.

Wanita besi itu berkata, parti itu mengamalkan sikap setiakawan dan yakin dengan perjuangan semua parti komponen BN.

''Kita ada keyakinan kepada BN dan semua pihak perlu bersama-sama tangani kebanyakan masalah yang timbul pada masa sekarang, tidak ada sebab untuk kita meninggalkan pakatan yang wujud sejak sebelum merdeka lagi.

''Bagaimanapun, kita mesti kaji mengapa kita tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina sekarang ini,'' katanya.

Ya, penulis setuju bahawa perlu ada usaha mendalam untuk mengkaji mengapa orang menolak BN. Adakah pengundi menolak UMNO, MCA dan MIC? MCA dan MIC saja?

Inilah dikatakan kenyataan "anak jantan" (walaupun beliau wanita) yang berani menyatakan yang benar dan apa sepatutnya dikatakan oleh pemimpin parti komponen.

Umum tahu bahawa UMNO, MCA dan MIC amat memerlukan satu sama lain. Ini sudah termaktub dan sedia terjalin oleh pengasas bangsa terutama Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan.

Ketiga-tiga parti itu perlu menyokong antara satu sama lain dan memperkukuhkan ikatan setiakawan. Bukan mempersoalkan niat masing-masing dari hari ke hari. Mengugut untuk keluar Barisan Nasional jika syarat tidak ditunaikan. Jangan jadi parti lain yang suka mengugut dan membuat ancaman yang entah apa-apa.

Semua pemimpin parti komponen perlu memahami apa yang pemimpin UMNO lakukan sekarang. UMNO kini menghadapi bekas pemimpin UMNO yang cuba "menggula-gulakan" rakyat bukan Melayu dengan retorik politiknya.

Oleh itu, adakalanya penjelasan UMNO terutama membabitkan kedudukan kaum di negara ini tidak seharus dilihat sebagai "perkauman" tetapi menjelaskan kepada rakyat apa yang hak dan apa yang batil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Orang menipu, kita perlu memperbetulkannya. Semoga bahagia. Itu saja.

PETRONAS SYARIKAT KEBANGGAAN NEGARA

Petronas menduduki tangga ke 95 dalam senarai 500 syarikat terbesar dunia pada 2007 yang dikeluarkan oleh majalah Fortune Ogos 2008.

Ia adalah satu peningkatan mendadak kerana pada 2006, Petronas menduduki tempat ke 121.

Keuntungan syarikat itu ialah AS$18,118.4 juta atau AS$18.1 bilion dan menduduki tangga ke lapan daripada 500 syarikat besar dunia dari segi keuntungan.

Keuntungan ini meningkat 40.9 peratus berbanding pada 2006.

Selain itu, lima syarikat Amerika Syarikat termasuk dalam senarai 10 syarikat paling besar di dunia iaitu Wal-Mart Stores, Exxon Mobil, Chevron, General Motors dan Conocophilips.

Sepuluh syarikat terbesar dunia mengikut kedudukan ialah:

1. Wal-Mart Stores (AS)

2. Exxon Mobil (AS)

3. Royal Dutch Shell (Belanda)

4. BP (Britain)

5. Toyota Motor (Jepun)

6. Chevron (AS)

7. ING Group (Belanda)

8. Total (Perancis)

9. General Motor (AS)

10. Conocophilips (AS)

Friday, September 5, 2008