Wednesday, September 3, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (2)

1. 16 September 2008 - PR ingin tubuh kerajaan baru.

2. Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho, hari ini dakwa 40 Ahli Parlimen BN hendak melompat menjelang 16 September ini.

3. Ng, seorang peguam adalah ADUN Padungan, Sarawak.

4. Ng pernah menganggotai DAP sebelum melompat menyertai PKR.

5. Ng memecat Setiausaha PKR Negeri, Abang Zulkifli Abang Engkeh, pada Julai lalu di Kem 81, Matang, Kuching.

6. Jadual mengenai majlis angkat sumpah pemimpin PR menjelang 16 September ini sudah mula disebarkan menerusi SMS.

13 HARI LAGI

19 comments:

hasipin66 said...

TokTiger,nampak arus Pakatan Rakyat kian kencang mahu merobohkan tembok kerajaan BN.siapakah lagi pahlawan dalam BN yang dapat menggagalkan perjuangan mereka ini.

Nampak kenyataan Dominique ng PKR Sarawak,begitu optimis PR berjaya membentuk kerajaan pada 16sept08.Beliau menyatakan terdapat 40 MPS daripada BN telah bersedia menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Kita juga agak sedih dan keliru apabila Mufti Perlis iaitu Dr.Mohd.Asri bin Zainal Abidin telah menulis karyanya "PANTUN CARI GANTI"antara lain rangkap berbunyi begini:-

anak singa di pulau Teberau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan megundur diri.

Kitapun tak tahu siapa yang hendak dimaksudkan,tapi rasanya cukup tajam dan sinis.kita pulangkan saja kepada empunya pantun ini.

Nampaknya tanggungjawab pemimpin BN perlu dilipat gandakan usaha untuk mempertahankan gelanggang dari ditrobosi oleh pihak PR.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

UMNO lari ke bukit...

lepas tu babi masuk bandar..

yahudi jadi PM..

baguslah agenda tu.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Sekali pandang hasrat Anwar hendak menukar kerajaan pada 16 September 2008 ini mungkin hanya impian.

Tapi politik memang serba mungkin. Jadi saya ingin bersikap tunggu dan lihat.

mn said...

1. (mSTAR-Dikemas kini) PETALING JAYA: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

2. Jika UMNO lari kebukit kira ok lagi.

3. Jangan UMNO menyalak bukit.

Razlan said...

Tok rimau,

Sudah masanya kita bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Walaupun perkara ini tidak mungkin berlaku, Kita perlu bersedia ...

Sediakan lah apa sahaja yang diperlukan .. APA PUN AKAN Terjadi ...

Tidak akan kubenarkan Tanah Melayu ini dipijak lagi ...

"AKULAH PENYAIR YANG TURUN DARI GUNUNG" ....

Mintak-mintak pada ALLAH SWT agar Tanah Melayu diberkati dan dirahmati selama-lamanya...

Selamat Berpuasa ...

Anonymous said...

kesian abe mie ni ...

dalam blog tulis siap ayat al-quran semua ... tapi rupa2 nya si munafiq abe mie ni ... sungguh kesian ...

mn said...

Datuk,


[SIASAH]-Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA sekarang telah menjadi hamba abdi (slave) kepada Umno manakala Datuk Ong Tee Kiat pula berkata, MCA akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional jika Umno terus dengan 'ketuanan Melayunya'.

daddy-wafiah said...

Salam Tok Rimau,
Apa nak jadi dengan pemimpin pembangkang sekarang ni.Suka berangan macam Haji Hadi cakap "Politik mat jenin,belum sampai atas pokok kelapa sudah banyak berangan.Kita tengok apa perubahan 16 september ni.Cuti umum yang dicadangkan DSAI pun belum tentu dipersetujui oleh beberapa geng pakatan rakyat.Adios

Anonymous said...

Salam perjuangan

16 september... kerajaan baru ditubuhkan oleh DSAI

Saya amat yakin ia tidak akan menjadi kenyataan kerana DSAI telah merangka strategi agar isu 16 Sept dijadikan platform untuk mengangkat isu lain yg lebih besar yg memberi keuntungan kepadanya... dan melemahkan kerajaan...

Macam Tun Mahathir katakan anwar ada jawapan untuk semua dan segala-galanya... sama ada jawapan itu betul atau tidak merupakan perkara kedua kerana terbukti ramai pula yg merelakan diri "diliwat" secara tidak sedar kerana mempercayai pembohongan DSAI...

MELAYU kian dihimpit kiri dan kanan bukan sahaja oleh bangsa pendatang tapi oleh pengkhianat bangsa seperti DSAI... yg rela mendahulukan bangsa pendatang demi harga sebuah kekuasaan...

16 september penentu sama ada rakyat terus rela "diliwat" dan dibohongi oleh DSAI atau mula berfikir semasaknya sebelum menerima sesuatu isu dan fakta tanpa dipengaruhi emaosi...

ALLAH Selamatkanlah bangsa Melayu, Islam Dan Malaysia... amin

Mohd Nadzri Kamsin said...

Harapan untuk UMNO dipulihkan adalah dengan membawa masuk Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO. Tun boleh membantu rakyat memulihkan keyakinan kepada BN.

Untuk Tun kembali, Pak Lah mesti meletakkan jawatan segera.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Walau pun ini cuma cakap-cakap orang-orang PKR, tapi cakap-cakap inilah yang harus diberi perhatian agar CAKAP-CAKAP ini tidak akan dan tidak mungkin jadi kenyataan

Anonymous said...

Memang 16 Sept tak mungkin jadi kenyataan kerana bukan mudah nak tubuhkan kerajaan baru dan bukan mudah MP BN nak lompat perti sesuka hati.. Tengok jelah 16 Sept ni...

Anonymous said...

Datuk,

Rakyat Malaysia termasuk Melayu sudah kepenatan untuk mempertahankan UMNO.,

Tapi UMNO kerap sangat memperlekehkan kuasa yg diberikan dek orang Melayu.

Tumpang lalu datuk untuk saya memberi respon pada Abe dan sukj.

Abe,

Proksi yahudi pernah memerintah Malaysia. Zamannyalah bendera yahudi berkibar di PWTC dan dizamannya pasukan kriket yahudi datang ke malaysia.

Sukj,

Sian dgn MCA yg baru terjaga. tengoklah,,pemimpin besarnya pun dah kecewa dgn UMNO.

Dalam UMNO diserata tempat mereka berantajan merebut kuasa sampai di ceruk kampung setiap cawangan berentap. Siap main duit lagi.
Itu tanda kemusnahan UMNO.

Wassalam.
Adnan M

Anonymous said...

Datuk,Walaupun dlm buana ini serba mungkin,apajuapun sebagai muslim setiap hasrat dan hajat masih berlapik dgn "insyaALlah".Lalu Sang oppurtunis tanpak bongkak mendabik dada.Konon pasti.Siapa dia mahu mendahului Maha Pencipta Prie.

sumandak bayu said...

Impian 16 Sept takkan menjadi kenyataan itu dah pasti takkan Melayu sanggup mengadaikan maruahnya walaupun berbeza ideologi politik.

Imbau semula kenangan pasca merdeka jika orang Melayu masih belum lenyap dek zaman..... cuma bangsa ini semakin keliru dengan mainan 'orang' yang tak tahu diuntung dah baik-baik keluar penjara menyalak pula dengan tuannya balik.

painah said...

kalu dah dasar orang united malay national organisation .... dah tiga suku kapal sengget nak tenggelam pung masih kata ... tak ada apa2 berlaku!!


pehh cekai sunguh

Anonymous said...

Usah di hirau guruh di langit, belum tentu lagi hujannya akan turun...
biarlah anwar menyalaki bukit..
bukit tetap kukuh,anwar yang akan kehilangan suara...
Dominique Ng hanyalah seorang pemimpi di siang hari, kenapa nak di haraukan??? 30 MP ke atau 40 MP ..cumalah angka yang mudah di sebut.. majoriti MP-MP di negara ini adalah pejuang tulin untuk bangsa dan parti mereka, bukannya seperti anwar dan kuncu-kuncunya yang sekejap-sekejap lompat parti bila hasrat tidak tertunai...
Pada rakyat seluruhnya... jangan hiraukan pantun seloka pihak pembangkang,itu hanyalah umpama jampi penguat semangat mereka untuk terus merindui bulan di atas sana.
Untuk painah...hang yang pehh cekai sungguh!! kapal UMNO makin teguh dan mantap dengan asakan bertubi-tubi pihak pembangkang, kerana dari terjahan itulah mereka memperolehi kekuatan untuk memperkasakan lagi kemudi mereka, dan dari itu juga mereka mengenal siapa lawan dan siapa kawan....
UMNO TETAP DIHATIKU...tak payah tunggu 16 Sept... dulu, kini dan selamanya...UMNO TETAP TEGUH MEMERINTAH NEGARA.

Anonymous said...

Jom baca Dr.Siddiq Azani blog...
banyak yang boleh kita pelajari disana tang anwar....

Anonymous said...

Angan2 Anwar yang belum tentu jadi. Semua main cakap je, nak huru harakan lawan dia. Tunggu dan tengok lah nanti..