Sunday, September 7, 2008

IMPIAN VS KENYATAAN (3)

1. DAP tidak menerima wakil rakyat BN yang mahu melompat menyertai DAP kerana faktor kepentingan periuk nasi saja. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan mereka yang melompat kerana kepentingan "periuk nasi" sebagai golongan yang tidak beretika.

Berita itu dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Berita lain ialah:

2. Ahli Parlimen Sabah pula bersetuju mengikut program lawatan BNBBC ke luar negara untuk belajar mengenai pertanian. Ahli Parlimen Sabah menegaskan walaupun mereka lantang di Parlimen, ini bukan bermakna mereka mahu melompat ke parti lain seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.

3. Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, berkata tiada sebab parti itu akan keluar Barisan Nasional (BN). Menurutnya, MCA bersama dengan UMNO dan MIC telah membina "rumah" ini sejak dulu lagi, bermula dengan Perikatan oleh pengasas bangsa dan kemudian menjadi BN. Oleh itu, tiada sebab untuk keluar "rumah" kerana sebarang masalah mampu diselesaikan seperti yang dilakukan 51 tahun lalu.

4. Pemangku Presiden Gerakan, TS Dr Koh Tsu Koon, mahu ahli parti tidak mengambil tindakan terburu-buru. Ini kerana Gerakan adalah parti ideologi dan bukan parti emosi. Beliau yakin dengan dengan konsep kongsi kuasa di samping tidak mahu menjadi Pak Turut. Gerakan mahu bertanggungjawab membina BN semula. Dr Koh juga mahu kod etika khas ahli parti untuk menjaga ahli yang tidak beretika. Parti juga tidak perlu menjadi pasukan bomba iaitu "memadam api" iaitu memperbetulkan apa yang dituduh atau ditimbulkan oleh pihak tertentu tetapi mahu mementingkan perjuangan.

9 HARI LAGI

15 comments:

tiamia said...

Assalamualaikum,

Dr. Koh mempunyai ideologi yang tidak mudah difahami.

Baru dua hari lepas beliau mahu perubahan didalam BN, terutamanya UMNO. Kalau tidak ubah Gerakan keluar BN.(hati i kata you and your rombongan are welcome to leave dr koh)

Soalnya, perubahan macam mana?

Hari ini dia nak perkongsian kuasa.
(ehem)

Yang bagaimana lagi agaknya. Kalau cuma menang 2 kerusi parlimen layak kah jadi PM?TPM? Dapat jadi menteri pun dah kira ikhsan.

Lepas tu dia kata gerakan tak boleh buat kerja kerana sibuk jadi ahli bomba!

Siapa agaknya yang mulakan percikan api tu ye?

Sapa agaknya ye.... yang siram petrol pada percikan api itu..menyala-nyala jadi nya. (Lepas tu jadi bomba konon nya.)

Gerakan tu parti pelbagai kaum ke?
Cuba tengok di berita TV, dalam mesyuarat tu ramai ke bangsa lain selain bangsa cina. Semarakkan lah kononnya parti pelbagai kaum...(Tak faham kalau melayu ada yang masuk gerakan.)

Hai manusia ni kalau dah tak ikhlas macam-macam alasan. Kesian kita. Tak habis-habis minta maaf for nothing.

Terima kasih dan salam.

sumandak bayu said...

Dulu orang Sabah terkenal dengan budi bahasa yang tinggi lebih banyak memerhati dari bersuara tapi sekarang dah banyak bersuara tapi tak bermakna pengkhianat bangsa kerana dah merasai keperitan 9 tahun di bawah jajahan pembangkang.

Sekarang orang Sabah pikir nak maju dalam apa juga bidang....

Anonymous said...

Hi

Why is UMNO always on the back foot?

No strategist? No idea? No think tank? No clever people? Orang lama? Get some new blood!!

Look at PKR, no disciplinary committee meeting before 16 sept, alas no frog fest, nanti ada 1 MP keluar party. Planning and timing is important.

Because of 16 Sept go on study tour, apa punya strategy, budak darjah 6 pun bolih fikir.

GET ON THE OFFENSIVE, let the others react, let them fire-fight.....grrrr

Ini lah penyakit baru bangun tidur dah kena settle problem.

aMir kat bukit

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

GERAKAN ada dua kerusi parlimen saja. pada tahun 2004, antara MCA dengan GERAKAN, MCA lagi ramai ahli...namun atas dasar kasihan, gerakan dapat jadi KM sehingga diganti dengan DAP.

GERAKAN dah buat reformasi dengan melantik orang melayu dan india jadi pemimpin bahagian. dahulu, gerakan pernah kata, orang india kelas rendah dan tidak boleh menjadi pemimpin gerakan sama ada dalam cawangan atau bahagian.

Dengan cara ini, HINDRAF akan menjadi ahli GERAKAN selepas PPP?

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
so apa taktik lagi yang DSAI n the geng nak buat?
yang lawaknya kenyataan DAP ni:

Kononnya DAP tidak menerima wakil rakyat BN yang mahu melompat menyertai DAP kerana faktor kepentingan periuk nasi saja. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan mereka yang melompat kerana kepentingan "periuk nasi" sebagai golongan yang tidak beretika.

so bagaimana dengan DSAI dan PKR yang hendak membentuk kerajaan dengan memujuk ahli parlimen Sabah dan Sarawak untuk lompat parti dari BN ke PKR?
DSAI tu nak di beri gelaran apa?

Kalau nak merebut tempat biarlah dengan cara yang BERHEMAH dan TERHORMAT. Negarakan ada sistem demokrasi. Kerajaan yang ada sekarang ini dipilih melalui sistem yang betul. Tunggulah masa PILIHANRAYA nanti. Itu baru betul GENTELMEN namanya..bukan main lompat-lompat.Ada sistem ke macam tu?

jiwakita said...

eloklah 'rumah' itu di baiki dari dalam...setelah 51 tahun pasti ada
sahaja yg perlu diganti atau ditukar
baru...mungkin tiangnya telah reput
2,3 batang..atau atap ganti dengan zink...dinding diganti dengan batu..

dalamannya pengisian haruslah yang up to date...

Anonymous said...

Perkara lompat2 ni mainan Anwar je, cara untuk mendapat kuasa dengan paksa. Bukan dengan cara pemberian mandat yang sepatutnya dari rakyat. Bukan semua orang menyokong dia, ini tanda dia tidak menghormati sistem demokrasi. Cuba mencari jalan mudah, gaya pengecut. Bagi pemimpin2 yang mengamalkan cara melompat untuk menyelamatkan periuk nasi kononnya tu bukanlah pemimpin yang boleh diharapkan. Jika berlaku sedikit masalah, mereka mengambil jalan untuk melarikan diri dari masalah bukan cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana mereka ini mampu untuk membela rakyat nanti?

Sang helang said...

DAP tak nak kongsi "Periuk Nasi" mesej tak elok buat PR, DSAI dah ghairah sangat nak jadi PM. jangan samakan macam makan kacang...40 AP, bukan mustahil tapi hampir tidak wujud...Apa dah jadi dengan negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang..berapa banyak kah janji yang telah ditunaikan??, kalau ditanya bila nak tunaikan janji-janji tu..ALASAN..."kita baru nak mula memerintah kita tunggu je.. lah..2-3 tahun ni"...saya fikir untuk memulakan dan menyusun pentadbiran yang baru bukan senang paling cepat pun 4 tahun itu soal pentadbiran nak susun strategi politik mungkin 5 tahun,..dah habis satu penggal...Pilihan Raya lagi...inilah akibatnya peralihan kuasa..cuba bayangkan berapa tahun kah lamanya untuk menyusun pentadbiran kalau peralihan kuasa negara...saya rasa 10 tahun mungkin??..itu paling cepat...BN dah 51 tahun memerintah negara masih ada kelemahan-kelamahannya tetapi pentadbirannya sudah mantap. Siapa yang akan rugi kalau peralihan pemerintahan akan berlaku...tentu rakyat yang menanggung akibatnya. FAKTA..SABAH beralih kuasa pemerintahan BN dan PEMBANGKANG sebanyak 4 kali...apa dah jadi...pembangunan diabaikan asyik nak berhadapan dengan POLITIK LAWAN masing-masing nak isi poket dulu..mungkin poket tu dah bocor tak penuh-penuh,..Baru 2 penggal kebelakangan ini BN telah memerintah, kita boleh lihat pembangunan sedang rancak di sana-sini. Saya kagum dengan BUMI KENYALANG sejak 45 tahun yang lalu peralihan kuasa tidak pernah berlaku...lihat sahaja pembangunan yang ada di Sarawak, tersusun, terancang dan berterusan..kalau anda ke Sarawak tentu anda akan terpukau dengan keindahan dan
pembangunannya...oleh itu pesan orang tua-tua "jangan main api nanti terbakar"...terbakar tangan esok lusa boleh sembuh..TERBAKAR BANGSA DAN AGAMA mungkin tiada ubatnya...

rizal hashim said...

Salam datuk,

Boleh saya lontar pandangan yang tak de kena mengena dengan posting Datuk?

Ini berikutan isu berpanjangan kata-kata Datuk Ahmad Ismail yang menyinggung perasaan kaum Cina khususnya.

Saya tak mau komen pasal tu tapi saya hanya nak mencadangkan agar kawan baik datuk, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, agar tidak memantau dan menumpu perhatian kepada RTM saja.

Kita sedar Astro bukan di bawah seliaan KEMPEN manakala rangkaian TV media prima swasta dan tidak accountable kepada Kerajaan namun saya percaya sudah tiba masa menggunakan alat propaganda paling berkesan ini untuk mengilmiahkan generasi-generasi digital ini.

Kita harus akur budak-budak sekarang kurang baca akhbar dan majalah ilmiah tapi mereka tonton tv dan layar internet.

Kita patut ada rancangan mengajar rakyat semangat setiakawan, kenegaraan, rukunegara, sejarah kemerdekaan dan urutan peristiwa menjelang Kemerdekaan, termasuk perang dunia ke-2, kisah Kuomintang, bintang 3, darurat 1948, pilihanraya 1955, Kabinet pertama, perbezaan Onn jaafar dan tunku Abdul Rahman, siapa Kolonel H.S Lee dalam Kuomintang, siapa Harold McMichael, siapa Henry Gurney, kenapa Lim Cheong Eu tubuh Gerakan, tragedi 13 Mei, penubuhan DEB, dan sebagainya.

Rancangan boleh disiarkan dalam pelbagai bentuk, sama ada dokumentari, drama, kartun, konsert membabitkan artis terkemuka dan idola remaja masa kini. Bintang sukan macam Lee Chong Wei, pengacara popular Aznil Nawawi, Azwan Ali, bintang-bintang realiti TV, ahli sukan dolu-dolu macam Soh Chin Aun, untuk sampaikan mesej perpaduan menerusi penghayatan sejarah.

Kalau sekadar TV1 saya khuatir tak capai sasaran. Sekarang ada Astro Awani, Ceria, Oasis, Ria, Vaanavil, Wah Lai Toi, Youtube, facebook, TV9,

KEMPEN harus teraju kempen ini dan kena ada bajet besar agar sasarannya mengena. Sesetengah rancangan dibuat prime time macam Galeri Perdana, sesetengah pula target audience budak-budak macam Astro ceria, suri rumah yang tengok wah lai toi, abang-abang yang tengok Nasi Lemak Kopi O dan towkay-towkay, madam-madam yang tengok Oprah Winfrey, dan remaja yang tengok Hallmark, 8TV dan NTV7.

Saya bosan lihat kebanyakan bloggers bukan melayu yang educated terus-terusan menghentam kerajaan BN macamlah BN dari dulu teruk, korup, haprak dan bersifat perkauman. Mereka tidak tahu, lupa atau buta sejarah bagaimana Parti Perikatan dibentuk, macam mana dulu Cina dapat tanah di Bandar-bandar manakala orang melayu pinjam duit diaorang, macam mana banyak lagi melayu yang tidak percaya Cina akibat ancaman Komunis, penyembelihan angkara Bintang 3, keengganan pemuda Cina menyertai unit seragam.

Masalahnya blogawan-blogawan sebegini akan meracuni pemikiran anak-anak muda. Mereka cukup berpengaruh dan Kerajaan harus mencari jalan bagaimana memperbetulkan keadaan dengan membentangkan fakta dan statistik menerusi propaganda.

Di samping itu, pengamal-pengamal media juga harus diberi kursus mengenai bentuk-bentuk laporan yang wajar disiarkan dengan mengambil kira sensitivi kita semua. Ini tidak berlaku sekarang. Pengamal media melaksanakan dasar mengikut prejudis mereka tanpa menghirau sejarah. Ini tanggungjawab bersama tapi kononnya atas dasar keterbukaan dan meritokrasi, semua boleh disentuh dan Melayu semuanya korup dan tak boleh pakai!

Ada juga sesetengah melayu yang sedikit sebanyak menjadi terpelajar atas DEB sudah lupa susur galur mereka.

Sebab itu Datuk tolonglah cadangkan sesuatu. Tanggungjawab kita mendidik anak-anak kita dengan fakta agar mereka tidak mengulangi kesilapan-kesilapan generasi terdahulu.

Anonymous said...

Semua aku setuju pendapat korang... cuma satu hal ni aja yang aku nak perhebahkan lebih banyak....
Acara sukan lompat katak atau apa saja jenis lompatan tidak akan berlaku.... DI SABAH atau SARAWAK, tetapi banyak kemungkinan di Semenanjung...??? Tak percaya..??? Tengoklah pada wajah-wajah dalam BN di Semenanjung... ada nampak group anwar tak masa ujud team A dan B dulu?? Tidak mungkinkah mereka-mereka ini akan favour anwar kalau di tawarkan `imbuhan' lebih lumayan....
Kalau dari Sabah dan Sarawak... rasanya anwar tak mampu tunaikan syarat mereka yang mahukan dilantik timbalan perdana menteri dari negeri-negeri ini sedangkan ada DAP dan PAS yang tidur sebantal dengan dia....

Anonymous said...

hal-hal melompat parti ni tak boleh percaya sangat.tarikh 16 september pun dah hampir tiba.rasanya 16 semptember tahun ini takkan jadi apa-apa.hanya spekulasi semata-mata.tahun-tahun yang akan datang?itu mungkin.tapi bukan sekarang.

parti-parti komponen BN juga sudah menyatakan kesetiaan mereka untuk bersama dengan BN.sudah bertahun-tahun mereka bersama.kalau mereka pindah parti semata-mata kerana wang dan kedudukan,elok beri sahaja kerusi parlimen kepada yang lebih layak untuk bekerja demi masyarakat dan negara.

hasipin66 said...

Sakam TokTiger,
Soal lompat melompat ni tak perlu dikomersialkan,yang paling penting sekarang bagaimana menghapuskan permaian pihak pembangkang dan keresahan rakyat.

Kita minta semua presiden Parti dalam Kompenan BN mesti tegas dengan pendirian menyatakan taat setia dan bersatupadu mempertahankan kerajaan BN demi masa depan rakyat jeleta.

Tapi yang herannya,kenapa ada pula pemimpin BN sekarang macam nak cari pasal?bunyinya macam nak ugut keluar BN pula.

Unknown said...

salam Dato!

tak henti-henti lagi tentang tarikh keramat 16 september.

saya percaya tiada apa yang perlu dirisaukan oleh BN.kemungkinan 16 september hanya dicanang-canangkan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk "mengacah" BN serta parti-parti komponen didalamnya.

MCA dan Gerakan bersuara untuk menonjolkan mereka masih lagi relevan di mata masyarakat.mereka untuk keluar dari BN?mungkin tidak.mereka hanya menyuarakan yang mereka masih relevan dalam BN.tambahan lagi Gerakan sekarang mencipta sejarah dengan perlantikan ketua Gerakan negeri dari kalangan bukan kaum Cina.

Awang Maya said...

Dont worry lah, it wont be happen. Anwar is just like IBU AYAM, telur sebiji riuh sekampung.

I'll sure U, it wont happen. Sebab Anwar sebenarnya mengalami sakit mental. DIa terlalu obsses dengan kuasa sampai dia terbayang-bayang yg dia akan memerintah Malaysia dengan cara tersebut. Sebab kalau beliau rasional dan waras, beliau tidak akan sanggup menggunakan taktik sedemikan kerana kesannya besar. Negara tidak stabil dan yang jadi mangsa ialah rakyat. Jadi jawapan sebenarnya ialah Anwar kena pergi rawat pakar jiwa agar dia kembali rasional dan waras. Wassalam.

Anonymous said...

Salam Dato'...Saya dapat rasakan kerajaan baru impian Anwar tak mungkin jadi kenyataan. MP BN yang nak lompat tu hanya dongengan rekaan Anwar semata-mata. Tambahan pula, DAP pun tak mahu menerima MP BN yang melompat ke PR semata untuk kepentingan dan kebendaan. Nampak seolah-olah Anwar ada menawarkan mereka kedudukan dan kepentingan jika mereka sanggup lompat parti. Begitulah Anwar dengan cerita dongengnya 16 Septembernya...