Saturday, September 6, 2008

PETRONAS SYARIKAT KEBANGGAAN NEGARA

Petronas menduduki tangga ke 95 dalam senarai 500 syarikat terbesar dunia pada 2007 yang dikeluarkan oleh majalah Fortune Ogos 2008.

Ia adalah satu peningkatan mendadak kerana pada 2006, Petronas menduduki tempat ke 121.

Keuntungan syarikat itu ialah AS$18,118.4 juta atau AS$18.1 bilion dan menduduki tangga ke lapan daripada 500 syarikat besar dunia dari segi keuntungan.

Keuntungan ini meningkat 40.9 peratus berbanding pada 2006.

Selain itu, lima syarikat Amerika Syarikat termasuk dalam senarai 10 syarikat paling besar di dunia iaitu Wal-Mart Stores, Exxon Mobil, Chevron, General Motors dan Conocophilips.

Sepuluh syarikat terbesar dunia mengikut kedudukan ialah:

1. Wal-Mart Stores (AS)

2. Exxon Mobil (AS)

3. Royal Dutch Shell (Belanda)

4. BP (Britain)

5. Toyota Motor (Jepun)

6. Chevron (AS)

7. ING Group (Belanda)

8. Total (Perancis)

9. General Motor (AS)

10. Conocophilips (AS)

12 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Menduduki tangga ke 95 dalam senarai 500 syarikat terbesar dunia pada 2007 adalah sesuatau yang amat membanggakan. Bukan senang hendak menempatkan diri dalam kedudukan itu.Bukan apa Datuk. Negara Malaysia ni kecil dibanding dengan negara-negara gergasi yang jauh lebih maju, siapa sanggka PETRONAS boleh mencapai ke tahap itu.
TAHNIAH PETRONAS

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Petronas adalah sebuah syarikat negara yang diurus dengan baik. Tidak hairanlah ia mendapat keuntungan. Ada syarikat petroleum negara jiran yang kecundang kerana tiada usaha untuk menguruskannya dengan baik. Malah syarikat kita pernah belajar daripada mereka.

Petronas juga banyak membayar cukai kepada kerajaan yang digunakan termasuk pemberian pelbagai subsidi. Oleh itu, Petronas perlu dijaga dengan baik ibarat memelihara angsa yang bertelur emas. Jangan bunuh angsa itu. Mungkin itu idaman anasir luar. Mereka juga cemburu kerana ada negara yang memberi projek kepada Petronas, tidak kepada syarikat negara mereka.

hasipin66 said...

Salam santai buat TokTiger (TT),rasa bangga memang tak terucap dengan pencapaian PETRONAS tempat 95 mengikut laporan majalah fortune ogos 2008.Inilah bukti dan lambang kejayaan kerajaan BN.

Tak dapat bayangkan apa mereka(PR)buat dengan PETRONAS kalau-kalaulah mereka berkusa kelak?silap haribulan PETRONAS jadi PRONAS.

ibrahim yahaya said...

Sdr Hasipin66,

Petronas adalah salah satu daripada beberapa kerat syarikat berkaitan kerajaan yang masih belum "tercemar" dengan skandal termasuk penyelewengan atau salahtadbir. Satu ketika dulu, kita merasakan Tabung Haji tidak akan mengalami masalah tetapi sangkaan kita meleset apabila ia juga terbabit dalam kes tertentu. Kini Tabung Haji sudah mula pulih.

Oleh itu, kita berdoa agar Petronas terus untung dengan projek-projek carigali di luar negara yang memberi lebih banyak keuntungan dan diterjemahkan dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Hasil pendapatan ini pasti disalurkan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan keturunan. Jangan kita terjebak dengan hasutan tertentu yang memaparkan seolah-olah Petronas hanya membantu Melayu. Kita tahu bayaran cukai itu untuk semua termasuk pemberian subsidi minyak yang turut dinikmati oleh golongan peniaga dan sektor industri. Orang kaya yang memiliki 10 buah kenderaan turut menikmati subsidi minyak selama ini. Fikirkanlah.

sumandak bayu said...

Satu pengiktirafan yang perlu rakyat MALAYSIA banggakan....nilah antara aset negara yang perlu dijaga kerana mampu membantu menaikkan serta mengharumkan imej negara.
SYABAS PETRONAS

ibrahim yahaya said...

Sdr Sumandak bayu,

Ketika harga minyak naik melambung sedikit masa dulu, ejen kenit memberitahu saya bahawa antara perkara yang terfikir oleh kerajaan ialah mengambil lebih sedikit wang daripada Petronas, selain apa yang telah disumbangkan dalam bentuk cukai dan sumbangan. Ini, bagi kerajaan ketika itu, bertujuan untuk digunakan bagi menampung kenaikan harga minyak yang mendadak daripada hari ke hari.

Penerajui Petronas, TS Hassan Merican, dikatakan menjelaskan kepada kerajaan bahawa tindakan mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya akan melumpuhkan operasi carigali syarikat itu di luar negara. Jika usaha itu diberhentikan, maka kesan yang akan diterima oleh Petronas amat dahsyat sekali kerana sudah pasti keuntungan syarikat itu akan jatuh merundum dan yang paling parah ialah untuk membangunkan semula operasi carigali itu akan mengambil tempoh yang lama. Ada projek yang mengambil masa sehingga sepuluh tahun. Ketika itu, kos pun meningkat kerana bayangkan harga besi untuk membuat pelantar minyak saja ia meningkat begitu cepat setiap tahun.

Ketika itu, negara yang mula mempercayai Petronas sudah pasti "hilang hormat" dan akan beralih kepada syarikat lain. Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan mengadakan pendekatan lain termasuk menstrukturkan semula pemberian subsidi dengan mengutamakan penyaluran terus kepada golongan yang memerlukan.

jiwakita said...

TUNGGULAH SAHAJA IMPIAN PR
JIKA PERINTAH NEGARA........
YANG PASTI APA YANG DIJANJI
RAKYAT DAPAT MERASA.........

LEBIH BANYAK KEWANGAN NEGARA..
LEBIH BANYAK SUBSIDI DIBERI...
MUNGKIN FREE..FREE..FREE......

SEGALANYA WANG..WANG..WANG..
DARI MANA?...PETRONAS...LAH... PERMATA NEGARA,ANGSA EMAS KITA...
LUBUK MEREKA....

(UNTUNG BANYAK..PETRONAS DAPAT SIKIT..LEBIH UNTUK RAKYAT)..kot(?)

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Saudara Jiwakita,
Inilahh masaalahnya pada orang melayu apabila semua perkara mahu percuma. dan hasilnya negara akan mengalami kemunduran, kekurangan dan kehancuran. Ubahlah sifat yang mengharapkan percuma semata-mata. Sedangkan kita sendiri pun hendakkan sesuap nasi mesti bekerja. Ada kerja ada gaji tiada kerja tiada gaji.. Menteliti yang dibawa oleh Pembangkang terutamanya PKR hanya akan mengundang negara kepada kehancuran. Impian dan harapan untuk WAWASAN 2020 mungkin tidak akan tercapai. Fikirkanlah

Anonymous said...

lanjutan dari komen jiwakita.... apa salahnya kalau keuntungan besar petronas di kongsi bersama rakyat? bukan orang lain, rakyat malaysia jugak....

DIY..ada kebenarannya tak KJ bakal di lantik pegang jawatan besar dalam petronas? sekadar bertanya...

Anonymous said...

PETRONAS mmg power...
tgk PERTAMINA(indonesia) pe jadi??
dpt no braper???
syabas PETRONAS!
Cemerlang, gemilang dan terbilang!

Anonymous said...

Kalau PR yang memerintah, PETRONAS jadi KILANG NENAS,silap hari bulan kena bungkus macam nasi bungkus...
Hmmm...sedap juga makan nasi bungkus ni... Tok Rimau, jom makan nasi bungkus di PENSIANGAN SABAH.

Unknown said...

dato,

pencapaian Petronas memang amat membanggakan.dari 121 ke 95!wow!.syabas Petronas!.

namun masyarakat ada yang tidak faham.mereka ingat jika Petronas boleh mendapat untung yang berlipat ganda maka keuntungan itu harus diberi kepada rakyat Malaysia.sedih apabila orang tidak nampak yang Petronas itu BERNIAGA untuk mencari keuntungan dan bukannya badan kebajikan!.kalau untung semua diberi kepada rakyat Malaysia,jadi bagaimana dengan pekerja-pekerja Petronas dan projek-projek yang dijalankan Petronas?.

persepsi sebegini yang harus dibetulkan.pada yang faham tu tak mengapa.pada yang tidak mahu memahami itu yang susah sikit hendak diyakinkan.