Wednesday, September 17, 2008

TOK HIM BEBAS SEPERTI MESIN RUMPUT

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, atau dikenali Tok Him adalah seorang insan yang istimewa.

Saya mengenali sepuluh tahun lalu dan sejak itu kami berkawan baik.

Kami sering berhubungan menerusi telefon dan selepas PRU12, banyak kali terserempak dengannya di Parlimen. Beliau yang diberi pelbagai gelaran terutama pemimpin pembangkang, kini adalah Ahli Parlimen Bebas.

Ketika dipecat daripada UMNO, beliau amat kecewa sekali. Baginya, pemecatan itu amat menyakitkan kerana beliau memang sayangkan UMNO.

Sejak pemecatan itu, Tok Him tidak mengeluarkan kenyataan mengutuk parti yang telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu tetapi menegur beberapa kerat pemimpin dengan begitu lantang sekali. Beliau akur dengan apa yang berlaku.

Malam tadi, ketika bersembang dengan saya, beliau mengakui bahawa walaupun kini wakil rakyat bebas tetapi jiwanya tetap UMNO dan mahu terus membantu bangsa Melayu yang masih banyak memerlukan pembelaan.

Beliau juga mahu mempertahankan hak orang Melayu yang kini mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak memahami sejarah. "Saya akan terus membela Melayu".

Tidak hairanlah Tok Him begitu lantang membincangkan isu Sosial Kontrak di Parlimen satu ketika dulu dan meminta wakil rakyat yang tidak memahami sejarah, jangan cuba menimbulkan hujah yang tidak sihat dan berbaur perkauman.

Ketika bersembang malam tadi, Tok Him berkata, menjadi seorang "bebas" ini ibarat mesin rumput yang tidak dikawal. Mesin itu bebas untuk memotong apa saja selagi ia bergerak.

Saya menyampuk, bahawa jika mesin itu memotong rumput mungkin tiada masalah tetapi ia pasti akan terhenti apabila dihalang batu besar atau masuk ke dalam air.

Tok Him hanya tersenyum.

Malam tadi, dalam program Isu Semasa : 16 September - Apa Dah Jadi?, Tok Him berterus-terang dengan sikap "sahabatnya" yang sudah hilang pedoman. Tindakan mencanangkan "omong-omong kosong" itu perlu dihentikan demi kepentingan negara ini.

Yang rugi ialah rakyat dan negara ini.

Katanya, insaflah di bulan mulia ini.

24 comments:

Zaidil Ripin said...

Bro Tok Harimau...
Itulah dinamakan perjuangan org melayu untuk menegakkan agama dan bangsanya. Jangan baiarkan ada bangsa melayu sendiri yang menjatuhkan martabat org melayu...

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Semakin dekat 16 Sept saya semakin takut kerana:
1. Akan terhapus Hak2 Orang Melayu
di Bumi Malaysia
2. Siapa akan membela nasib anak
bangsa sekiranya 16 Sept
menjadi Kenyataan.
3. Apa akan jadi pada Negara Kita?

Persoalan ini sering bermain di dalam fikirn saya, Saya takut apa yang kita kecapi di Bawah Kerajaan BN kita tiak akan kecapi di Bawah Pemerintahan PKR (Sekiranya 16 Sept Menjadi Kenyataan)
Namun saya bersyukur Datuk kerana ALLAH mendengar doa kita apalagi di Bulan yang Mulia ini. ALHAMDULILAH impian PEMBANGKANG untuk menubuhkan Kerajaan Baru dengan cara yang kurang Sopan akhirnya tidak menjadi. Lepas ini apa pulak sendiwara DSAI dan kuncu-kuncunya?

ahm said...

why not organised a debate between abdullah and anwar. sure superb ratings.

Anonymous said...

Datuk,

Nasib je saya tak dapat tembusi talian RTM malam tadi ...

Kalo tak, inilah yg akan saya cakapkan ...

"Assalamualaikum Tuan Pengerusi dan juga ahli-ahli panel terutama sekali kepada senior saya di MRSM dulu, YB Razali Ibrahim ...

Jika kita imbas kembali, kerajaan PAS Terengganu pernah tumbang kepada BN akibat perbuatan lompat parti. Kerajaan Sabah juga tumbang kepada BN dengan cara yang sama.

Jadi, apa bezanya pengambilalihan kerajaan Negeri yang dibuat oleh BN dulu, dengan apa yang dirancangkan oleh PR sekarang?

Kita bercerita soal mandat rakyat, tapi mengapa mandat rakyat ini tidak begitu dihebohkan ketika BN mengambil-alih Terengganu dan Sabah dulu?

Mintak YB Razali beri pandangan ...

Bercerita tentang mandat rakyat, YB Ibrahim Ali dipilih oleh rakyat atas tiket PAS. Tapi bila sampai Parlimen, jadi bebas pulak.

BUkankah ini dah mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat?

Jika YB Ibrahim bertanding atas tiket bebas, saya yakin YB Ibrahim takkan berada di parlimen sekarang! BUkannya kita tak tau, YB Ibrahim Ali pernah bertanding atas tiket bebas tapi tewas!

Apa koemn YB Ibrahim Ali ...

Dan juga saya nak menegur RTM kerana salah memilih pengerusi Majlis. Saya tau Datuk Ibrahim Yahaya ada blog. Saya baca blog Datuk setiap hari. Jelas, Datuk bukanlah orang yang suka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JIka pengerusinya sudah bias, forum tersebut akan menjadi berat sebelah.

Persekitaran yang tidak kondusif dengan padang yg tidak rata, serta tuan pengerusinya yang tidak credible, membuatkan rakyat meluat dan menyampah menonton forum-forum yang sebegini!

Tuan Pengerusinya tidak kena, ahli-ali panelnya juga tidak kena kecuali YB Razali Ibrahim yg cool dan nampak cerdiknya bila menjawab soalan ...

Jadi, pada saya forum ini sia-sia ...."


Nasib baiklah Datuk saya tak dapat tembusi talian ... kalo tak ...

ibrahim yahaya said...

Sdr Mr,

Terima kasih atas pandangan Sdr.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya mempengerusikan program siaran langsung di RTM. Ketika menjadi wartawan di Berita Harian, RTM menjemput saya menjadi pengacara program Wawancara yang menemuramah Ahli Politik . Saya pernah menemuramah DS Najib, TS Rafidah, Tengku Razaleigh, TS Muhyiddin, Ungku Aziz dan ramai lagi. Saya pun dah lupa kerana terlalu lama.

Kesempatan kali ini ialah untuk membincangkan tajuk semasa iaitu 16 September : Apa dah Jadi?. Sudah tentu senarionya ialah membincangkan mengapa 916 itu tidak menjadi. Sebagai pengerusi, saya mulakan dengan tarikh keramat penubuhan Malaysia dan diikuti pengumuman DS Anwar di Al-Jazeera mengenai pembentukan kerajaan baru pada 16 September pada seluruh dunia.

Kemudian, saya membuat pengamatan bahawa kerajaan sebenarnya tidak langsung membuat halangan kepada DS Anwar untuk merealisasikan impiannya. Ini termasuk membenarkannya bertanding di PRK PPauh, tarikh perbicaraan pada September dan majlis angkat sumpah yang diadakan segera. Ini sejarah, bukanlah perkara yang direka-reka atau omong-omong kosong. Ini pengamatan saya sebagai pengerusi.

Seterusnya saya melontarkan soalan kepada ahli panel yang membincangkan mengenai motif pengumuman pembentukan kerajaan baru dan juga mengapa ia tidak terjadi.

Dakwaan saya bias atau tidak bukan isunya kerana saya ditugaskan mempengerusikan program yang membincangkan isu "mengapa tidak jadi". Oleh itu, penjelasan yang diberikan ahli panel saya rasa cukup memuaskan. Mungkin tidak disukai oleh sesetengah pihak, tetapi itulah isi hati mereka. Malah, ketiga-tiga ahli panel bersetuju tidak mahu menodai bulan mulia ini dengan pandangan yang dusta atau tidak benar. Saya pun begitu, kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku di negara ini.

Mengenai budaya lompat atau membeli wakil rakyat, saya dapati YB Razali Ibrahim amat jelas dalam pemikirannya. Sebagai seorang peguam beliau tahu perbuatan itu salah dan dalam program berkenaan beliau menyebut jika perkara itu salah, kita kena kata salah walaupun ia dibuat oleh kerajaan. Beliau amat jelas dalam perkara ini. Oleh itu, beliau menasihatkan semua pihak, yang mana perbuatan atau tindakan yang salah janganlah dibuat lagi pada masa akan datang. Ini merugikan rakyat dan negara.

Sdr merasakan sia-sia kerana Sdr menonton dan mendengarnya dalam keadaan di mana Sdr sudah membuat sesuatu pendirian. Oleh itu, apabila mendengar ada orang memberikan pendirian yang lain, maka Sdr merasakan ia satu yang tidak betul dan sia-sia atau tidak sedap didengar. Untuk pengetahuan Sdr, saya diberitahu oleh penerbit, RTM menerima banyak SMS malam tadi, amat tinggi berbanding program sebelum ini. Dalam SMS itu ramai yang menyokong apa yang dibincangkan. Mungkin Sdr adalah salah seorang yang tidak bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Takpelah.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Brehim Ali..nama dia lagi gah selepas keluar UMNO.

dia memang katak. dalam UMNO semasa jadi Menteri di JPM, dia digelar Puteri Katak oleh PAS. Bila calon bebas, dia jadi katak oleh karpal singh. sebelum ini dia katak dari Semangat 46...

mak abe MIE ada dapat payung ketika dia jadi wakil bebas logo payung pada 2004, tapi tewas.

Pasir MAS, Kelantan dah buruk sejak Brehim keluar BN, tak ada pembangunan dah jadi bandarraya bersejarah...abe MIE balik raya ke pasir mas

Anonymous said...

Salam semua,
Mesin rumput ok lagi tok, kalau saya.. pakai racun rumput lagi senang, sekali sembur campur dengan minyak diesel... gerenti sapu bersih... gundul abiss sampai ke akar umbi.

waritarakyat said...

Aslmkum Dato'

Terima kasih kerana memilih isu perbincangan dalam program isu semasa mengenai "16 september- Apa Dah Jadi?". Bagi saya ini amat penting dan perlu diketahui bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia.

Saya sependapat dengan ketiga-tiga ahli panel.Kalau kita bercakap mengenai pemimpin, ia saharusnya mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin yang baik dalam erti kata yang lain pemimpin itu mestilah menjadi teladan. Tetapi sebaliknya pemimpin itu mengajar rakyat berbuat jahat yakni bercakap bohong. Pemimpin seperti ini harus dihukum dengan hukuman yang setimpal dan terpulang kepada rakyat mengenainya. pemimpin seperti ini akan menjadikan negara hancur dan rakyat akan menderita sepertimana yang dialami oleh negara-negara lain. Justeru, lupakanlah mat jenin. Kita perlu membincangkan hal-hal yang lebih penting khususnya soal pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Anonymous said...

Jujur saya katakan kredebiliti RTM terjejas teruk akibat dek program yang saudara pengerusikan malam tadi..hancur sehancur-hancurnya. Saudara adalah penerusi yang terlalu bias dan tidak melambangkan kebijaksanaan akal. Soalan saudara berat sebelah dan mengarut.

Tokki

Al Capone said...

Datuk (Tok Rimau),

Jika benar Tok Him mempunyai semangat yang tinggi untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu, seperti mana hasrat Tun Dr. Mahathir ingin kembali ke UMNO, beliau (Tok Him) seharusnya bersama-sama menyertai perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO lain dengan menyertai semula UMNO. UMNO tidak harus mengetepikan pemimpin seperti ini demi kekuatan bangsa Melayu.

U are Da Best Tok Rimau!

MAWAR BERDURI said...

salam Mr Tiger?

Mungkin soal mesin rumput ka? racun rumput kah? bukan lagi menjadi agenda yang bermain di minda pelayar blog seperti ku..tapi mawar tersenyum sejak dari kelmarin,banyak pula manusia yang tidak dapat menerima kenyataan, bahawa Bro Anwar n kuncu2nya telah menipu segenap lapisan masyarakat tentang tarikh 16sept.

Org tua selalu ckp, jangan suka menipu sebab org suka menipu ni lama-lama mencuri lepas jadi pencuri paham2lah sandiri bro?

sebelum berbuka puasa di sebuah masjid yang tersergam indah dekat kampung ku, kengkawan semua bercerita..kenapa? Anwar sanggup memporakperandakan negara ni dengan keyakinannya mau jadi PM.

Ada yang mengatakan anwar ni dah kena tekanan perasaan hehe yalah sms yang berkeliaran tentang isu c anwar ambil gambar lantik diri dia jadi pm dengan gambar YDPA lagi..adui? mau jadi apa bah dia ni..

Racun rumput Mr. tiger bukan untuk rumput saja lah kali ni, baik bagi minum org2 tak sedar diri, menjaja penipuan yang mengugat ketenteraman. sebelum sya berundur diri wahai2 manusia2 tanpa nama dan penyokong perjuangan Bro Anwar yang mereka kagumi, 16sept dan berlalu sedarlah oi? sedarlah

tak wujud lagi isu berat sebelah. cuma kamurang yang tak mahu sedar diri. sekian

Anonymous said...

Tok Rimau,

Saya dari dulu memang menghormati Dato' Ibrahim Ali. Walaupun macam-macam orang gelarkan dia tetapi dia tetap teguh dan tabah denga pendirian dia.

Keteguhan beliau mempertahankan hak bangsa Melayu memang mengkagumkan saya. Bagi saya dialah pembela Melayu sekarang. Lihat saja hujah beliau di Perlimen mematahkan serangan pembangkang lain.

Semuga Dato Him berjaya dan akan terus berjuang membela bangsa Melayu.

Aidid Ismail

rayliew said...

Perbicangan isu semasa mengenai "16 september- Apa Dah Jadi?" memang tepat pada masanya untuk memberitahu rakyat apa yang sebenarnya telah berlaku supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji kosong PakatanR.

Saya menyokong pendapat ahli panel pemimpin negara hendaklah mempunyai sifat pemimpin yang baik, dan bukannya seorang yang mengajar rakyat berbuat jahat, membuat perarakan demonstrasi dan berbohong. Pemimpin seperti ini harus dihukum dengan hukuman yang setimpal mereka inilah yang akan menghancurkan keamanan dan kestabilan negara hancur dan membawa kepada penderitaan kepada rakyat sepertimana yang berlaku di negara jiran. Rakyat tidak harus menumpukan perhatian kepada isu ini dan hendaklah meneruskan kehidupan harian seperti biasa da pemimpin-pemimpin parti perlu memberi keutamaan kepada hal-hal yang lebih penting khususnya perihal pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Unknown said...

semoga to him insaf la di bulan ramadhan al mubarak ni.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Tahniah kerana mempengerusi program malam tadi di TV1,apapun orang kata hakikatnya tugas kita hanyalah membicarakan hal isu semasa.Mimpi dan kegagalan itulah yang berlalu pada 16sept2008, 27juta rakyat menunggu "MIMPI BOHONG" oleh insan terkenal di arena politik.

Inilah maknaya politik iaitu pengaruh dan kuasa,sesungguhnya dalam politik nilai kejujuran diketepikan.Mereka cuba gunakan keberanian dan kekuatan semaksimumnya untuk memperdayakan rakyat agar mempercayai MIMPI DAN KHYALAN KOSONG = OMONG-OMONG KOSONG,TIN-TIN KOSONG dan TONG-TONG KOSONG.

Anonymous said...

sepatutnya wakil setiap parti ada terutamanya PKR sbg ahli panel.. supaya dapat dijawab kenapa 916 x jadi.. baru semua orang yakin kerana ada keseimbangan dalam panel yg dijemput..

sumandak bayu said...

Tahniah Tok dapat jadi pengerusi majlis yang bebas program Isu Semasa siaran langsung di TV1 semalam....

Walaupun kerajaan baru 16 Sept tak menjadi relaiti tapi orang Melayu perlu bersatu Tok kalo tidak bangsa ni akan hanya tinggal nama itu yang Sumandak takut.

Ajin b. Gagah said...

Tok Rimau
Assalamualaikum,
Saya blogger dari Sabah. Saperti yang lain saya pun giat memerhati perkembangan pergolakan politik di Semenanjung. Program wawancara yang sdra kendali semalam pun saya ikuti juga.
Bagi saya tugas sdra selaku pengerusi, tidak perlu di petikaikan. Semua nya mungkin mengikuti schedule Editor.
Cuma yang kurang menyenangkan ia lah program tersebut terlalu banyak berkisar pada ‘ fault finding’ Datuk Seri Anwar kerana gagal merealisasikan 916. Bukan ‘problem solving’.
Saperti di TV ( 502) Bernama, sepatut nya wakil dari PR di jemput dalam program tersebut untuk memberi maklum balas. So, kita tahu cerita disebalik sebab-sebab kegagalan PR untuk menubuh kerajaan pada sept 16. Saperti yang di janji kan oleh DSAI.
Pada hakikat nya ,MP-MP tersebut tahu bahawa kegagalan pemimpin BN untuk memenuhi janji kepada rakyat lah salah satu sebab mengapa DSAI menuntut untuk mengambil alih kerajaan.
Bukan semata-mata untuk balas dendam dan mahu menjadi Perdana Menteri. Sdra pun tahu rakyat Malaysia di sana sini, terutama sekali Sabah banyak rakyat yang bertambah miskin dan belia banyak yang menggangur.Apa lagi dengan kenaikan harga barang runcit dan minyak.
Salam Hormat dan selamat berpuasa.

Anonymous said...

Suatu ketika dalam kegawatan ekonomi saya menulis surat kepada semua menteri pada masa itu termasuklah TDM.

Seminggu selepas itu saya menerima cek peribadi bank bumiputra dengan nilai ******* dari Dato' Ibrahim Ali pada masa itu menjawat Menteri Kehakiman yang saya tidak pernah jumpa dengannya sebelum dan hingga sekarang. Kenapa beliau terbuka hati untuk mendermakannya kepada saya...

Apapun keluhuran hatinya saya sanjung tinggi dan semoga Allah memberkatinya selalu di mana sahaja berada, amin.

-kluangman

Anonymous said...

Orang yang tak puas hati dengan forum tu sudah tentulah terdiri dari mereka yang bergelar pencacai Anwar. Sudah harapan mereka musnah, dipersoalkan lagi keadaan itu, tentulah mereka melenting. Semua yang dibincangkan itu kebenaran, kalau benda ni betul ada, hari ini sudah tentu Anwar jadi PM. Tapi, kamu semua sudah kena main dengan ANwar. Jangan marah2.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Tok Him memang suka membantu orang. Hatinya baik.

Beliau pernah bersembang dengan saya mengenai waktu beliau ditahan di bawah ISA. Pihak kerajaan melayannya dengan baik. Bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu. Beliau ditempatkan bersama dengan "sahabatnya" itu.

Anonymous said...

Janganlah makan propaganda UMNO ataupun Tok Him ni yang kononnya "bebas". Dia itu UMNO berselindungkan ahli parlimen "bebas". Sudah tentu dia menentang Pakatan Rakyat.

Dia tersenyum saja ke, dia cakap omong-omong kosong saja ke, itu macam mana dia tahu? Dia bukannya tahu. Dia cuma nak legakan hati dia dan UMNO.

Kita tunggu dan lihat.

1. Satu menteri dah letak jawatan

2. Satu parti dah keluar BN

Apa lagi seterusnya?

Mari kita lihat. Toksah cakap banyak.

Tamatnya dah semakin dekat.

Mari kita berdoa perubahan berlaku dengan aman.

Anonymous said...

ha.. haa...ada lagi yang masih mengharap. baik teruskan aktiviti harian dan beramal di bulan ramadhan ni..

manusia merancang, ALLAH yang menentukannya...

Anonymous said...

Tok Him menang pun pasal tiket bendera bulan jaa..kalau tak, tak dok dlm parlimen laa..tak yah dok sembang besarrr laa...datuk ni suka sembunyi fakta la...patut la pak lah dokk syokk kata org umno dok suka kat dia lagi...psl spesies cam datok ni laa.."KBK".KAKI BODEK KUAT