Wednesday, September 3, 2008

UMNO MAKIN TERDESAK?

Akhbar Sinar Harian hari ini mempunyai tajuk muka depan, "UMNO MAKIN TERDESAK".

Ia memaparkan kenyataan pemimpin PR mengenai usul UMNO Selangor untuk memujuk Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyertai semula UMNO untuk menguatkan parti itu sebagai tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, usul itu dibuat dalam keadaan "terdesak" kerana hilang keyakinan kepada kepemimpinan sekarang.

"Ini menjelaskan ahli UMNO sendiri mengakui kepemimpinan mereka lemah sehinggakan meluluskan usul meminta bekas Presiden UMNO itu kembali semula kepada mereka."

Beliau berkata, ahli UMNO kini melihat TDM sebagai penyelamat kepada parti berkenaan.

EXCO Selangor, Yaakob Sapari, berkata penyertaan TDM tidak mampu mengugat PR kerana rakyat sudah mula menilai parti berkenaan.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, pula berpendapat UMNO seakan-akan tidak ada pelapis yang sesuai untuk memimpin parti berkenaan. Malah, ia menggambarkan UMNO sudah tiada barisan kepemimpinan yang berwibawa.

(Renungan Rimau: Usaha UMNO Selangor untuk memujuk TDM tidak akan berjaya. Ini kerana TDM sudah membuat ketetapan bahawa beliau akan menyertai semula UMNO jika Paklah meletakkan jawatan. Oleh itu, UMNO Selangor tidak perlu membuang masa untuk memujuk TDM. Mereka ada dua pilihan bagi memperkuatkan UMNO iaitu menyokong kepemimpinan sedia ada atau membuat usul lain mengenai kepemimpinan sekarang sebelum pemilihan pada Disember ini. Berbincanglah semula dengan kawan-kawan.)

21 comments:

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Apa yang penting permuafakatan. Muafakat membawa berkat. Tema Hari Kemerdekaan yang ke 51 sudah jelas menunjukkan " PERPADUAN ASAS KEJAYAAN" Kalau kita sayangkan UMNO pakat baik-baik, bincang sama-sama.Buatlah yang terbaik untuk UMNO dan masa depan orang melayu itu lebih penting.Letakkan kepentingan Bangsa dan Agama melebihi kepentingan peribadi.

junkopile said...

assalamualaikum tok tiger
rindu betul kat tok rimau nih, Umno tak terdesak tok Umno dulu kini dan selamanya tetap berdiri, cuma yang terdesak pemimpin2 dan orang2 yang tiada pendirian tok
TDM mmg boleh membantu membangunkan semula Umno kerana pedekatan dan perlaksanaan adalah secara menyeluruh bukan hanya jangka pendek atau pun bersifat perkauman. the little angel bak kate org korea yang bagi tdm medal
p/s tok baru balik dr tengok2 galeri tdm

Gagak di Rimba said...

Salam,

Tindakan UMNO Selangor tu agak pelik sedikit.

Tun Mahathir sudah kata, beliau hanya akan masuk UMNO semula setelah Abdullah, PM sekarang meletakkan jawatannya.

Tun Mahathir tentu tidak bercakap main-main.

Jadi adakah UMNO Selangor tidak faham, atau tidak ada idea lain untuk memulihkan UMNO semula?

Kalau dah tak ada idea lain, mungkin boleh jugalah dikatakan, ini tindakan orang yang sudah terdesak!

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Jika dulu, ahli UMNO akan mendengar pandangan daripada satu-satunya sumber iaitu pemimpin tertinggi parti terutama nombor satu dan dua atau naib presiden.

Kini mereka mempunyai satu lagi sumber iaitu pandangan TDM yang banyak membuat teguran terhadap pemimpin UMNO terutamanya Paklah.

Walaupun, mereka tetap setia pada pemimpin tertinggi, namun hati kecil mereka tidak lari daripada menganalisis apa yang diperkatakan oleh TDM, apatah lagi ada teguran dan kenyataan yang masuk akal.

Rasa hormat dan hubungan rapat dengan TDM itu membuat mereka tidak "menolak" bulat-bulat TDM sebaliknya ada yang merasakan pemimpin tertinggi parti perlu memujuk bekas Presiden UMNO itu.

Oleh itu, tidak hairanlah ada antara mereka yang "bercelaru" atau kebinggungan mengenangkan apa yang berlaku dalam UMNO sekarang dan mahu satu pendekatan terbaik untuk memperkukuhkan segera parti. Ada juga pemimpin yang memberi pandangan berbeza dengan kenyataan pemimpin tertinggi mengenai sesuatu isu seperti kemenangan DSAI di Permatang Pauh. Tidak hairanlah mereka mengusulkan agar TDM membantu UMNO sekarang. Bagaimana pula pandangan pemimpin tertinggi UMNO sekarang? Mereka juga mempunyai alasan sendiri.

ibrahim yahaya said...

Sdr JK,

Waalaikum salam. Baguslah lawat di negara sendiri. Jimat duit.

TDM boleh membantu memperkukuhkan UMNO. Pemimpin tertinggi UMNO perlu mencari formula terbaik untuk mendapatkan bantuannya ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut berjaya ditarik dan tepung pula tidak berselerak.

Hasbullah Pit said...

Edisi Melaka tajuk utama dia lain.

Aku tak setuju kalau berita tajuk utama dia sebegitu.

Anonymous said...

Semekom Tok Rimau,
Sebenarnya, yang terdesak itu ialah pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang telah mengakibatkan kekalahan besar Kerajaan BN dalam PIRU KE-12 lalu. Jadi, dengan membawa Tun Mahathir masuk balik UMNO,mereka fikir akan langsai lah kesilapan dan kesalahan mereka tempoh hari...
Mereka juga berharap, dengan kembalinya Tun dalam UMNO, mereka akan dapat peluang kali kedua dalam parti...!!
Tun Mahathir tidak perlu ada dalam UMNO... sorry 2 say, yang pergi biarlah pergi, patah tumbuh hilang berganti....!! Tok Rimau juga boleh bahhh.

ibrahim yahaya said...

Sdr GDR,

Mengapa UMNO Selangor membuat usul sedemikian? Jawapannya sudah tentu mereka merasakan itulah jalan terbaik untuk memulihkan UMNO. Jalan itu sajakah? Sudah tentu banyak lagi. Tetapi mungkin mereka mengambil pendekatan sedemikian kerana merasakan TDM banyak pengalaman terutama mengharungi cabaran semasa termasuk membela institusi raja yang sesetengah pihak anggap sebagai derhaka.

TDM juga mengambil tindakan pantas untuk membendung tindakan sesetengah pihak memainkan isu perkauman yang mampu menghancurkan negara ini. Ketika itu, ada yang mengatakan Melayu bukan tuan di negara ini dan pandangan Melayu terhadap orang bukan Melayu. Akhirnya berlakulah "operasi lalang" yang berjaya meredakan tekanan ini. Ada pihak mungkin tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Sekarang timbul semula kenyataan yang dilihat berbaur perkauman. Laporan polis dibuat dan ramai pula membuat desakan tertentu. Semalam, UMNO menerusi TPM meminta maaf kerana kenyataan dilihat perkauman oleh seorang ketua bahagian UMNO. (Minta maaf lagi. Dulu keris, minta maaf juga). Apakah ini akan meredakan keadaan? Janganlah bergaduh. Tak baik.

Anonymous said...

Tok Rimau,

TDM kata tak akan masuk UMNO selagi Pak Lah tak turun.

Adakah usaha UMNO Selangor jemput TDM kembali ke pangkuan UMNO lebih merupakan isyarat berkias atau teguran berlapik atau bagi hint secara sinis supaya Pak Lah segerakan peralihan kuasa ataupun letak jawatan?

-waris Melayu-

Anonymous said...

TDM kata dia tak akan kembali kpd UMNO selagi Pak Lah pegang jawatan.

Adakah ini cara berkias UMNO Selangor memberitahu Pak Lah untuk letak jawatan?

Anonymous said...

ahli UMNO sudah terbiasa dengan kehadiran dan kelibat TDM dalam UMNO maka ada mereka yang "keliru" dan "celaru" kerana tiada bimbingan dari TDM.

ahli UMNO boleh hidup tanpa TDM.cuma mereka perlu kuatkan semangat dan tak mudah mengalah.apa salahnya berikan sokongan kepada kepimpinan yang ada sekarang.berilah peluang dan sedikit lagi masa buat kepimpinan yang ada sekarang ini.

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Secara terang lagi bersuluh TDM telah menyatakan pendiriannya selagi Pak Lah tak mengundur selagi itulah beliau tidak akan menyertai UMNO. Apakah UMNO Selangor mengharapkan sangat dengan TDM? Kalau mereka ikhlas mahukan TDM masuk semula parti, perlulah menghormati keputusan dan pendirian TDM. Tak payahlah membuang masa untuk memujuk TDM.Saya yakin dengan pendirian TDM, kalau Pak Lah mengundur, sudah pasti TDM akan masuk semula parti. Sebagaimana kenyatan beliau diBlognya sendiri. Pokok pangkalnya Pak Lah harus undur!!! Wallahualam...

hasipin66 said...

Salam buat TokTiger,pasal UMNO MAKIN TERDESAK tak sedap sebutlah Tok.Kita terang cakap saja PEMIMPIN UMNO KIAN TERDESAK.

Nak panggil balik TDM masuk UMNO semata-mata nak selamatkan UMNO tak cukup.nasib orang Melayu bukan 100% di tangan TDM,tapi semua orang Melayu dan warga UMNO mesti bersatu.

Bukakan pintu UMNO seluas-luasnya,beri keampunan dan maaf kepada bekas ahli UMNO yang telah dibuang.mungkin mereka masih ada rasa cinta dan minat pada UMNO,jangan biarkan mereka merajuk dan akhirnya memilih masuk parti pembangkang.

Kita kena sedar siapa mereka yang paling hebat menentang UMNO sekarang,ketu umum PKR siapa dan MP bebaspun ada.

daddy-wafiah said...

Salam Tok Tiger,
Sebenarnya UMNO tidak terdesak, yang terdesak ahli UMNO di Selangor itu sendiri.. Cara yang terbaik dengar dan patuh keputusan pucuk pimpinanan...yang baik lah untuk agama,orang melayu dan negara.yang tidak baik tu buang jauh2 no..kena hayati nilai perpaduan kerana itu saja asas kejayaan di negara yang berbilang kaum ini..

Mohd Nadzri Kamsin said...

Kepimpinan Pak Lah menjadikan semuanya huru-hara.

aimdaim said...

Setuju dgn Renungan Rimau tu....
Ada cara lain untuk membuat perubahan dlm UMNO. DSK perlu jadi pendesak agar diadakan pemilihan presiden & Timbalan presiden. Apabila ada pemilihan bawa pula TDM jadi penasihat.
Keadaan semakin genting, tempoh peralihan lama lagi macam2 boleh jadi.
Bajet 2009 tak beri kesan apa2 spt kata Presiden MIER malah akan melonjakkan tekanan inflasi. Rakyat akan menderita nanti.
Perlu ada perubahan cepat.
Takkan nak jadi macam Thai sekrg ni.

fikir-fikir lah DSK.

UMNO PARTI PENJARA said...

kalau perempuan merajuk, kita kena bagi bunya :-)

Tentu ada caranya juga nak pujuk tun ;-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Dah lah, semua dah terlewat. 16hb September ini berlaku perubahan yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat. Yang lain tu tinggal sejarah je. Kalau tak mau ikut, kau bungkuslah bundut baju kau.

Anonymous said...

Datuk,Dari terus dlm dilema dan terkapai ada manfaat nya TDM dipujukrayu semula agar kembali kepangkuan UMNO.Be frank kehadiran nya amat bermaana.Jgn lama lama nanti silap haribulan DSAI ternaik takhta. Slamet Rusdiharjo.

Unknown said...

nadzri,
bukan Pak Lah punca huru-hara ini.orang bawahan Pak Lah juga menjadi faktor juga.Anwar juga menjadi faktor kita huru-hara dengan cita-citanya untuk menerajui negara.disamping itu juga ketidakstabilan ekonomi dunia dan negara juga menjadi penyebab Malaysia dalam keadaan yang agak terumbang-ambing sedikit.

walauapapun,kita masih boleh hidup aman tanpa takut akan ada ancaman pengeboman sana sini dan rusuhan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ridz,

Terima kasih di atas jemputan berbuka puasa bersama Tan Sri, Rabu ini. Bagaimanapun, pada tarikh itu saya berada di Sarawak.

Semoga majlis anda diberkati Allah SWT.