Thursday, September 4, 2008

USM KALAHKAN UM. APA DAH JADI?

Hari ini, USM diumumkan mendapat status Universiti APEX.

Apa sudah jadi dengan universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya?

Mengapa UM yang melahirkan ramai tokoh-tokoh negara termasuk Paklah, DSAI, DS Dr Khir Toyo dan ramai lagi pembesar negara gagal untuk mendapatkan status itu?

Siapa nak jawab? Apa perasaan pensyarah dan penuntut UM?

Dulu ketika Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi, mempersoalkan prestasi UM dan UKM di Dewan Rakyat, ramai yang menuduh beliau memperlekehkan "orang perempuan" yang menjadi Naib Canselornya.

Ahli Parlimen perempuan pembangkang menyifatkan pertanyaan Dr Mohd Puad itu "tidak seharusnya" dikemukakan walaupun AP Batu Pahat itu sudah menjelaskan niatnya itu.

Bagi Dr Mohd Puad, yang rajin membuat kajian sebelum berhujah di Perhimpunan UMNO dan Dewan Rakyat, persoalan yang beliau timbul ketika itu tidak ada kena mengena dengan lelaki atau perempuan tetapi prestasi kedua-dua universiti itu yang dikatakan sudah "jatuh" berbanding sebelum ini.

Saya pun tidak marah walaupun bekas pelajar UKM. Yang lemah perlu diperbaiki.

Pemilihan USM itu membuktikan ada kebenaran persoalannya itu.

14 comments:

Anonymous said...

Apakah mungkin kerana standard ijazah itu sudah tidak perdulikan berbanding berapa ramai yang mendaftar masuk...??
Mungkin kerana nak kejar untung banyak, longgarkan syarat-syarat kemasukan sehingga mutu keluarannya merundum jatuh adalah penyebab utama, ataupun kerana mainan politik pejabat yang pakai tangkap muat pensyarah-pensyarah tak berkualiti mendidik generasi-generasi baru kita....
Sejarah keagungan tidak boleh digunapakai selamanya untuk menjadi kayu pengukur pada kemajuan sesebuah institusi....
Kita renung-renungkanlah sendiri sambil menunggu waktu berbuka puasa nanti....

Unknown said...

diharapkan sebelum UM hendak menuding jari pada sesiapa,eloklah jika UM kaji dulu kelemahan mereka dari setiap sudut dan kemudian perbaiki kelemahan yang ada.

di samping UM,saya tertanya-tanya juga bilalah agaknya UITM akan dianugerakan sebagai Apex university?

:)

Anonymous said...

Datuk,Rasa nya USM deserve it.Mutakhir ini byk research yg dilakukan sekiranya dibandingkan dgn univesiti yg lain.Layak dan berhak lalu sekalong tahniah buat mereka. Slamet Rusdiharjo.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jomosama,

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan Universiti APEX Pertama itu berkata, USM mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rashid,

Saya juga menunggu UITM menjadi Universiti APEX. Saya pun bekas pelajar UITM, ketika itu masih ITM lagi.

Ketika di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, dua pemimpin yang memperkecil-kecilkan serta memperlekehkan Naib Canselor UITM sekarang ialah DSAI dan TS Khalid Ibrahim. Oleh itu, cabaran besar kepada VC UITM untuk mempertingkatkan universiti itu agar mendapat status U APEX.

ibrahim yahaya said...

Sdr SR,

Ya, yang baik mestilah dijadikan pilihan. Laa..macam iklan Bank Rakyat pulak. Saya dapati jabatan komunikasi USM pun antara yang terbaik di negara ini selain UiTM.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
yang penting buat kajian di mana kelemahan dan kesilapan ini. Agar setiap kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki. Tak perlu menunding jari kerana setiap manusia tidak sempurna.

epain said...

ni lah masalahnya kalau ada status "anak emas" diwujudkan macam u apex ni...

tapi bagi uni yg tak terpilih, benda ni patut jadi cabaran utk meningkatkan kualiti masing-masing...

jgn hanya masuk bakul angkat sendiri...hanya bermegah dgn kejayaan lampau...manakala ada pulak yg menggelarkan diri sebagai "world class" sedangkan masih banyak ketinggalan...

usm pulak, jgn jadikan perkara ini "lesen" utk bermegah...kerana status ini diwujudkan bukannya menentukan darjat sebaliknya mempunyai cabaran yg besar

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Saya rasa baik USM mahupun UM tak layak menjadi Universiti APEX.

Ini kerana dengan kemudahan yang ada, sepatutnya kedua2 universiti itu mesti mencapai kriteria universiti 100 tertinggi dunia.

Namun apa yang saya dapati ialah keselesaan yang meragut usaha mereka untuk berjaya.

Bahkan saya lihat, tidak ramai pelajarnya pun berusaha untuk membuat kajian sehingga menjadi satu teori yang boleh dipakai seluruh dunia.

Namun saya tabik itm dulu (bukan UiTM sekarang tau...) dulu itm dalam keadaan serba kekurangan, berjaya menghasilkan siswazah (ini baru layak digelar siswazah!)yang menjadi buruan majikan-majikan.

Ini saya alami sendiri ketika baru menamatkan pengajian dulu.

Rakan di Universiti lain, baik USM atau UKM, maish terkial-kial mengusung scroll ke hulu ke hilir untuk mencari kerja, namun bagi saya, 'kerja' mencari saya.... lihatlah betapa berharganya graduan itm dulu.

ITM dalam keadaan serba kekurangan, menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pembelajarannya (kecuali pelajaran agama islam), lihatlah perbezaannya dengan universiti lain.

Namun orang bebal macam DSAI dan TSAKI ini mana tahu semua itu, credit hour ynag lebih budak itm harungi dan pelbagai kesusahan lagi...

Sekian sahaja coretan saya Datuk.

KAMARUL BAHRI ABDUL KADIR
BACHELOR IN MASS COMM.(PUBLIC RELATIONS) ITM 1996

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Saya setuju. Semua pihak perlu ada KPI dan KPI itu perlu dititikberatkan untuk urusan kenaikan pangkat atau anugerah tertentu. Jangan orang yang tidak berkelayakan dinaikkan pangkat kerana rapat dengan orang politik. Itu bukan tidak betul tetapi boleh jadi berdosa. Ingatlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Anak emas atau anak ayam ke, yang penting mesti capai kedudukan antara universiti terbaik di dunia. Kena kerja kuat sikit dan buatlah kajian sehingga dunia pun melopong tengok hasil yang diutarakan.

Satu lagi, takyahlah hantar hasil karya ke pertandingan "dunia" yang boleh dibeli dan kemudian kita bermegah bawa balik emaslah, peraklah atau gangsa. Pilih pertandingan yang ada standard saja, bukan main hentam keromo. Saya tahu ada pertandingan yang tidak ada standard tetapi sebab dibuat di luar negeri, semua nak tayang pingat yang diperolehi.

ibrahim yahaya said...

Sdr KAM,

Dulu lain, sekarang lain.

Dulu nak masuk pun bukan main susah kepalang. Kini, ada kes menggunakan "networking" kerana bapa bekas pelajar UiTM. Yang baik oklah, yang markah cukup makan itulah yang menyebabkan kualiti pelajar UiTM merudum.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya selaku graduan kilang UM juga amat bersimpati dengan keadaan yang menimpa UM masa kini. Saya adalah graduan yang pernah bernaung di semasa zaman Naib-naib canselor Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad, Dato' Dr. Anuar Zaini dan Datuk Dr. Hashim Yaacob merasakan kesan pengkoporatan telah menjejaskan penguasaan UM ke arah bidang penyelidikan sebaliknya lebih tertumpu ke arah Universiti sebagai satu bisnes dan keuntungan. Kesan keterbukaan pengambilan pelajar, pensyarah tanpa tapisan berdasarkan kecemerlangan telah menjejaskan reputasi UM, kerana faktor keuntungan menjadi asas. Lihat sahaja bagaimana isu penjualan tanah UM untuk pembangunan komersial yang mendapat bantahan satu masa dahulu, inilah kesan bilamana keuntungan menjadi keutamaan berbanding pencapaian kualiti UM itu sendiri.

Wasalam

mrf said...

walaupun saya bukan pelajar uitm namun saya bangga melihat uitm terus berkembang..setidak-tidaknya dengan memiliki pelajar paling ramai, maka makin bertambah juga generasi melayu dan bumiputera yang berilmu..

saya juga kagum dengan prestasi bahasa inggeris dikalangan pelajar uitm tidak kira dari ceruk dan solok mana asal mereka, apabila mereka datang dan menjadi pelajar uitm mereka terpaksa membiasakan diri dengan bahasa inggeris dan hasilnya walaupun mereka tidak menjadi fasih namun sedikit sebanyak ia membantu mereka memahirkan diri dalam penggunaan bahasa inggeris.

ada suara-suara sumbang memperkecilkan pelajar-pelajar uitm dengan mendakwa mereka tak sedar diri dan hanya pandai demontrasi tetapi ketinggalan dari segi akademik..tetapi sudah terbukti uitm mampu melahirkan usahawan-usahawan melayu yang berjaya hasil subjek keushawanan.

ada juga memperkecilkan uitm dengan mendakwa pelajar2 uitm adalah pelajar yang ditolak oleh U lain, tetapi sebenarnya perlu saya akui uitm ada kualitinya yang tersembunyi..

semoga uitm terus berkembang dan mampu melahirkan lebih ramai generasi bumiputera berilmu seterusnya menjadi penyumbang kepada masyarakat malaysia berilmu.

tidak perlu memprtikaikan kualiti pelajar uitm, setidak-tidaknya dengan jumlah pelajar yang ramai uitm mampu melahirkan masayarakat berilmu.

mrf- master komunikasi korporat (UPM)