Tuesday, September 30, 2008

BERAYALAH, JANGAN BERSEDIH

Aidilfitri adalah hari yang bahagia. Bagaimanapun, sembilan orang di bawah ini akan merayakan Aidilfitri dengan perasaan sedih. Mereka digantung. Bukan di leher tetapi keahlian mereka.

Tiga tahun pun bukanlah lama jika mereka memikirkan tempoh itu dengan mengatakan "tiga kali raya". Tempoh yang singkat? Tiga kali saja.

Pada saya, walaupun digantung keahlian, raya tetap raya dan janganlah bersedih sangat. Yang pasti ada orang pasti gembira kerana lawannya digantung. Tapi jangan gembira sangat ya.

9 AHLI UMNO DIKENAKAN TINDAKAN GANTUNG KEAHLIAN SELAMA TIGA TAHUN ATAU SATU PENGGAL PEMILIHAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN PARTI.

A. BAHAGIAN RANTAU PANJANG

1. Ketua Bahagian, Datuk Mohd. Zain Ismail;

2. Bendahari UMNO bahagian, Ghazali Ismail;

3. Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian (dilantik), Fauzi Omar;

4. Ketua Wanita UMNO bahagian, Pauziah Che Wook.

(Semua didapati bersalah di bawah Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO kerana melakukan sabotaj terhadap parti. Mereka digantung keahlian tiga tahun bermula dari 24 September lalu atau satu penggal pemilihan).

B. BAHAGIAN KOTA TINGGI

5. Pengerusi Tetap, Mohamadon Abu Bakar (Bekas Adun Sedili)

6. . Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, A. Malek Daing A. Rahaman.
(Malek adalah pencabar DS Syed Hamid. Malek pada masa ini mendahului dengan 23 pencalonan berbanding penyandang, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mendapat 21 pencalonan).

7. Bekas Timbalan Ketua UMNO Cawangan Simpang Waha, Musa Ngaman dan,

8. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lok Heng Barat, Muszaide Makmor.

(Ahli UMNO Cawangan Tembioh di Bahagian Kota Tinggi, Mohammad Taha Madon pula hanya diberikan amaran kerana terbabit dengan rasuah politik)
(Semua mereka melakukan kesalahan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli UMNO iaitu terbabit melakukan rasuah politik. Tindakan penggantungan ke atas mereka bermula dari 22 September lalu).

C. BAHAGIAN TANAH MERAH

9. Ahli UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ismail Hassan digantung keahlian bermula tarikh yang sama kerana didapati melakukan kedua-dua kesalahan iaitu sabotaj dan rasuah politik.
Ismail adalah abang kepada bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan.

(a) Panel penyiasatan telah menyiasat 115 aduan dengan 49 lagi belum dimulakan.
(b) Daripada jumlah yang telah disiasat itu, sebanyak 38 aduan memerlukan dokumen tambahan (Borang A), 85 pula tiada tindakan lanjut dan 74 aduan bukan di dalam bidang kuasa Lembaga Disiplin.
(c) Panel juga menerima 110 aduan baru dan empat aduan diletakkan untuk pemerhatian.
(d) Jumlah aduan yang telah disiasat oleh panel penyiasatan dan didapati tiada prima facie ialah 22 manakala 10 lagi kes telah didengar oleh Tribunal Lembaga Disiplin. Sumber - Utusan Online.

18 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

kenapa main banyak gantung..nanti mereka join PKR melepas UMNO.. macam semalam UMNO di kelantan (saya lupa cawangan mana) beritahu mereka hendak menang percuma jadi buat macam2 cerita..itu lagi tak demokrasi

Anonymous said...

Bila agaknya kes rasuah politik yg Tun laposkan mahu di ambil tindakan?

Selamat Hari Raya Datuk...

Unfiltered-Madness said...

Punca org tak suka pemimpin x nak pulak dipedulikan yer..

MAAF ZAHIR BATIN

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Datuk,
Orang-oarang macam ni la yang merosak dan memburukan nama UMNO.
Tindakan memang wajar diambil.
Biar UMNO bersih dari perosak-perosak di dalam parti yang bolwh menguburkan UMNO.

Andin Salleh said...

Salam,

Setakat ini saya tidak nampak keberkesanan Lembaga Disiplin dari segi mengurangkan, apalagi menghapuskan, politik wang.

Tapi nampaknya, setelah bertahun-tahun berlalu, tidak ada pula usaha yang konkrit untuk mengatasi kelemahan ini.

Cuma baru-baru ini ada berita bahawa ia hendak "diperkukuhkan". Tapi mungkin baru setakat rancangan saja dan belum ada tindakan yang konkrit.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Sampaikan salam Hari Raya saya Datuk kepada 9 ahli Umno yang terkena "gantung" . Sekejap aja
3 Tahun itu " ting tong ting ' abis dah tiga tahun

Masih belum terlambat untuk bertaubat.

Anonymous said...

UMNO dah mula bergiat nak membersihkan parti daripada ahli-ahli yang hanya tahu merosakkan parti.
Bagus.
Teruskan usaha.

Anonymous said...

Yang kena gantung semuanya monopause, tidak begitu bermanafaat untuk Dolah dan Najib.
kuturayau

terubuk jantan said...

TAHNIAH UMNO BAHAGIAN BESUT ANDA TELAH MEMBUAT PILIHAN TEPAT.DIY,CAHAYA SEMAKIN KELIHATAN DI HUJUNG TEROWONG YANG GELAP.HIDUP MELAYU

A Hamid's East of the West said...

Datuk,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Apahal pun beraya dulu, lepas tu baru pikirkan pasal yang tergantung dan yang bergantungan. Bila musim begini, perkara2 seperti adalah lumrah. Insyaallah Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

AHamid

Bung Karno said...

Minal aidin walfaidzin
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, Datuk Tiger dan pelayar-pelayar blog.

Semoga Datuk terus mengaum dengan lebih kuat selepas menikmati hidangan raya.

Cerita2 raya berkaitan 9 Oktober sangat dinanti-nantikan !!!.

Ahmad A Talib said...

Sala Syawal beb! Jom enjoy, jgn bagi chance! Kalau nak bagi duit raya, hantar melalui sms aje!

MZB!

Cheguman said...

selamat hari raya, maaf zahir bathin.

Anonymous said...

selamat hari raya, diy..adakah 9 yang di gantung ini "berat" untuk tidak menyokong kepimpinan yang ada? dan ini sebahagian dari strategi untuk menghalang gerakan akar umbi untuk tidak mencalonkan pak lah @ najib? hanya sekadar bertanya pada petang raya ni.....

vicky said...

wise move..or bad habit never die.

rayliew said...

Tindakan disiplin hendaklah diteruskan untuk menghentikan perbuatan yang melanggari peraturan dan kepentingan parti..dan hukuman pergantungan selama satu penggal 3 tahun masih ringan kepada mereka yang melanggar peraturan... 3 TAHUN sudah cukup untuk mereka mengubah sikap dan pemikiran yang telah dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Baliklah ke pangkal jalan dan TERUSkan perjuangan bangsa dan negara di bawah parti yang dikasihi kita semua...

mat_terab said...

Bukan main banyak yang Politik wang seperti yang di lapurkan oleh Ts Mhuyidin yasin tapi kena tindakan banyak nia ja...?

Anonymous said...

Tindakan yang bijak dan berterusan oleh parti untuk membersihkan imej. Patut disokong dan dibantu oleh semua pihak yang cintakan negara ini. Laporan biar tepat dan jelas, bukan untuk menyakitkan atau menjatuhkan sesiapa demi kerana dia lebih hensem atau kaya atau ada bini lawa dari kita..!! Tindakan tetap akan diambil kalau terbukti ada kesahihannya, bukan sekadar nak senangkan hati pembangkang saja...
Salam raya untuk mereka yang didalam tahanan ISA..kenapa tak fikir dulu sebelum buat,sudah kena cekup..baru nak heret sanak saudara minta dikasihani..SIAPA YANG KEJAM??