Sunday, November 9, 2008

ADA BULATAN BESAR DI SEKELILING BULAN

Sahabat, Rahim Daim, menelefon saya pada jam 10.30 malam bahawa segera melihat bulan di langit.

Saya, isteri dan AJ keluar melihat bulan.

Apa yang kami lihat ialah satu bulatan besar mengelilingi bulan itu.

Segera telefon saudara dan rakan-rakan lain.

Tok Mat, yang saya hubungi mengatakan ada kena mengena dengan formasi awan.

Pakar?

16 comments:

Anonymous said...

Ermm... ntah2 asap roket tak Datuk? Bentuknya bulat macam mata ke, lonjong tajam2?

ibrahim yahaya said...

Sdr Bzz,

Bulatan besar di sekeliling bulan.

Saya rasa pernah melihatnya. Tetapi lupa bila dan mengapa ia berlaku.

Unknown said...

Bulat tu menunjukkan huruf O lah tu, mungkin menunjukkan nama Obama. Kadang-kadang apa yang terjadi di cakerawala memberi alamat suatu kejadian di bumi. Seperti kelahiran Nabi Muhammad telah ditandai dengan kelahiran satu bintang dilangit, sejauh mana kesahihan cerita ini tidak lah saya tahu. Wallahulam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

saya juga pernah melihatnya.cuma satu fenomena alam.yang lebih ajaibnya bulan itu tergantung tak bertali.

Anonymous said...

salam tuk rimau,

yang saya tau kalau bulatan atas kepala manusia tu tentu 'the saint'...siri tv popular lakunan roger moore!!!!! saja tuk nak lepas tension....

BADROLHISHAM BIDIN said...

Bulan lepas dan bulan-bulan sebelumnya memangpun dah berlaku. Tak tahu kenapa, tapi rasanya tak ada apa kot. Alim-alim ulama kena bagi komen sikit, mungkin ada sebab-sebab lain. Bulatan ini lebih terang kalau dilihat dari kawasan-kawasan kampung yang belum tercemar. Fenomena ini mula-mula diberitahu oleh anak saya di MRSM, Serting. Katanya, selepas prep, pelajar-pelajar berduyun keluar nak tengok. Jadi, saya yang tinggal di Bukit Sentosa (Beruntung) pun keluar dan nampak dengan jelas

Unknown said...

INI MEMBAWA MESEJ BAHAWA PARTI BULAN AKAN MENAWAN 4 NEGERI LAGI. IAITU PERLIS, NEGERI SEMBILAN,TERANGGANU,PAHANG.
SYABAS....

Quantum Metal Consultant said...

Bulatan itu sokmo berlaku cuma 'aneh' bagi yang jarang memandang ke atas kerana leka dengan disekeliling.

amirul said...

Salam Tok Tiger...

Maaf jarang2 beri komen... lebih selesa menjadi pemerhati...

Semua yang komen pakar2 belaka... Mufti? ulamak? atau saintis? ada apa nak tambah? kuang...kuang...kuang... dunia akhir zaman barangkali...Wallahualam...

labuankini said...

tiada apa2 yang menghairankan, ianya cuma fenomena yang biasa digelar "halo". perkara ini juga biasa terjadi pada matahari diwaktu siang. untuk malkumat lebih detail, google "moon halo".

Anonymous said...

lar takkan tak tau..tulah tanda2 obama akan jd presiden manakala poklah lak tak kan jadi perdana menteri lagi...lawak bodoh jer!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk, tengok baik2. itu bendera PAS kot yang jatuh semasa naik roket.

band0tue said...

istilah "semulajadi", "fenomena alam" ini kalau tidak dikaitkan dengan Tuhan, boleh rosak akidah. Mana ada sesuatu yang terjadi tiada campur tangan Tuhan..Ertiny semua perkara adalah dalam percaturan dan pentadbiran Tuhan sekelian alam, yakni Allah.

Janganlah bangga dengan pandangan saintis yang tidak berTuhan. Umat Islam semakin keliru dan tertipu.

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Anonymous said...

Bulan?
Pas la tu...

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Perkara ini pernah terjadi diwaktu siang..saya tak ingat bila tapi penah terjadi dalam tahun ini...

rayliew said...

Keadaan AJAIB yang semulajadinya pernah berlaku sebelum ini kerana fenomena pergerakan bulan dan matahari. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari buku-buku ASTRONOMI dan ASTROLOGI.