Monday, November 24, 2008

JANGAN ULAS JIKA TIDAK TAHU

Oleh Yunus Alias

Beberapa fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dijadikan polimik umum.

Beberapa NGO bukan Islam membuat kritikan terbuka terhadap sesuatu fatwa dan fungsi majlis berkenaan yang dianggap menumpu kepada perkara kecil dan remeh.

Kenapa NGO bukan Islam membuat pandangan sebegitu?

Mereka jahil tentang maksud fatwa dan fungi Majlis Fatwa Kebangsaan melindungi kesucian Islam di negara ini.

Kita analisis isu fatwa ini dan melihat kewajaran kritikan NGO berkenaan.

Tajuk analisis kita ialah: FATWA: JANGAN MUDAH MENGHUKUM.....

Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak bercakap mengenai Fatwa.

Mereka mungkin tidak menyedari perkara yang dibincangkan itu amat sensitif dan menghina kesucian agama Islam.

Mereka tidak memahami apakah Fatwa. Bagaimana fatwa itu menjadi begitu penting dalam mengatur kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Apakah kaitan fatwa dengan hukum-hakam Islam?

Mereka sebenarnya bukan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi mereka jahil tentangnya beranggapan fatwa itu sama seperti perundangan lain.

Inilah yang berlaku. Persepsi mereka perlu diperbetulkan.Mereka perlu diberi kefahaman mengenai fatwa supaya tidak mempertikaikan sesuatu fatwa .

Dalam hubungan ini kita tidak boleh menghukum mereka.

Tangungjawab kita bagi menjelaskan fatwa dan fungsinya dalam kehidupan umat Islam.

Kita percaya mereka tidak bertujuan untuk menghina Islam dengan memandang remeh terhadap sesuatu fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Mereka mungkin terpengaruh dengan media yang membincangkan sesuatu fatwa meskipun perbincanghan itu dalam lingkungankepentingan umat Islam.

Cadangan menghukum pihak bukan Islam yang dikatakan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa amat tidak wajar sama sekali.

Hukuman mungkin dikenakan jika perkara sama berlaku selepas penjelasan dan pemahaman secukupnya diberikan kepada mereka.

Pada peringkat ini kita tidak sewajarnya menganggap teguran pihak bukan Melayu terhadap fatwa sebagai penghinaan terhadap kesucian Islam.

Antara fatwa yang diperkaikan ialah pengkid dan senaman Yoga.

Majlis Fatwa Kebanghsaan mengharamkan kedua-dua perkara itu kerana ia bertentangan dengan syariaat Islam.

Bagi senaman yoga, majlis itu mendapati amalan membabitkan gerakan fizikal,bacaan mantera dan pemujaan menyatukan diri dengan Tuhan bertentangan dengan syariat Islam.

Beberapa NGO memberikan pandangan mereka sebagai reaksi terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Mereka dilihat seolah-olah mencabar majlis itu apabila ada pandangan meminta majlis berkenaan memberikan fokus kepada isu lain yang lebih serius.

Mereka juga memberi pandangan amalan berkenaan tidak mengancam kedudukan Islam.

Apakah reaksi kita terhadap komen-komen seperti itu?

Sebagai sebuah negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh berusuara dan memberikan pandangan.

Bagaimanapun ia mempunyai batas-batasnya agar tidak menyentuh dan menghina agama orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga tidak terkecuali. Fatwa yang diputuskan mesti diterima pakai oleh umat Islam di negara ini.

Umat Islam tidak boleh mempertikaikan fatwa berkenaan.

Ia menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda.

Apakah Enakmen ini terpakai bagi orang bukan Islam.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan boleh digunakan bagi orang bukan Islam yang menghina agama Islam.

Kita perlu bersikap rasional dan realistik dalam isu fatwa ini.

Menghukum tanpa pertimbangan yang adil akan dilihat sebagai tidak bertamadun.

Oleh itu usaha perlu dilakukan bagi memberi kefahaman mengenai fatwa kepada bukan Islam supaya mereka faham dan menghormati kesucian agama Islam dan tidak mempertikaikan lagi sesuatu fatwa yang dikeluarkan.

Bagi umat Islam fatwa adalah panduan yang perlu dipatuhi bagi menghindar berlaku perlanggaran terhadap hukum Islam.

Jika perbuatan atau amalan kita bertentangan dengan hukum Islam, kita akan menanggung dosa dan terpesong akidah.

(Renungan Rimau : Berhati-hati jika hendak memberi pandangan mengenai fatwa. Apatah lagi jika yang memberi pandangan itu tidak tahu atau tidak berapa cerdik).

17 comments:

Anonymous said...

sebenarnya Yoga masih boleh dipraktikkan lagi.cuma yang haram bila ada unsur-unsur pemujaan atau ritual dalam aktiviti beryoga.buat yang beragama Islam memang salah lah jika amalkan yoga sambil ada amalkan sekali unsur-unsur pemujaan.tapi kalau diambil cuma ciri fizikal untuk kesihatan badan tidak salah.rasanya ramai lagi yang kurang faham tentang fatwa ni.fahamlah sesuatu isu tu dulu sebelum bukak mulut.

buat yang bukan beragama Islam,tak perlulah bimbang.fatwa yang dikeluarkan bukan untuk mereka.buat mereka yang kurang faham,tak kira Islam atau bukan Islam, akan fungsi fatwa dan kenapa ia perlu diikuti perlulah memahami ia dahulu.jangan hanya bercakap tanpa memikirkan sesuatu isu yang sensitif secara mendalam.buruk padahnya.

Unknown said...

questioning on one subject such as fatwa doesn't necessarily means we are questioning the law of Islam.in this context,"questioning" means looking for clear answer of why such fatwa had been issued and why muslims in Malaysia must adhere to it.

"Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan."

but no worry for all yoga lovers out there.you still can do that body-bending thingy just as long as you know where to draw the line on.then again i think yoga is widely known now and now has been modenize.i think "modern yoga" (if there exist such term) is still practisable.westeners has popularize yoga by taking the physical part only.

rayliew said...

Janganlah sentuh isu-isu yang sensitif lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan agama...

MAWAR BERDURI said...

salam tiger?

batul bah apa yang mr tiger katakan ini...

kecian juga kan kalu ndak paham tapi mau mengkritik saja karaja..

ndak da keraja lain bah itu mr.tiger.

pa pun. manusia kena salalu menilai diri faham ke tak faham.

bagi sya! dah fatwa 2 tuk org Islam tak yah yang lain duk takut plak dah ada agama sandiri. bukan nya Islam mau p kacau pun kalau dorg mau buat...2 je lah.

ckp byk2 pun nanti aku plak jadi bengong...sandiri kita mau rajin baca buku. rajin2 pun tak guna kalu tak faham. jadi musti mau fahamlah. tq

Anggun Menawan said...

sama2la kita memikirnya fatwa bukan permainan dan jangan cakap jika tidak paham, bah!...

Anonymous said...

Sisters in Islam minta fatwa yoga dikaji semula? Antara Sisters in Islam & Majlis Fatwa Kebangsaan, yang mana memeperjuangkan kedaulatan Islam?


-pejuang-

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

nilah jadinya bila tidak tahu menghormati dan menjaga sensitiviti orang lain.. kebebasan bersuara disalah gunakan...terlebih sudah

Anonymous said...

Sister in Islam = Nation of Islam. Apa lagi nak kata?
Hadith dan Al Quran pun mereka berani pertikai... SIS doesnt represents true muslims at all.

tajudin said...

setuju & sokong penuh kenyataan Datuk Harimau dalam hal ini.

keris panjang said...

Salam Dato' Harimau

Pada fikiran saya, kita sebagai orang Islam kena terimalah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut tanpa kontrovesi..Mereka yg memutuskan perkara itu semuanya orang yang terpilih dan diperakui keilmuannya..siapalah kita ni..tetapi bagi yg non muslim tu, inilah massage saya untuk mereka
" baiklah anda duduk diam2 sahaja..ini urusan kami..kami tak kacau ugama anda, dan apa hak anda untuk dok menyibuk tak tentu fasal tentang agama kami..anda tidak memahami agama kami, jd sila duduk diam2..perkara yang diputuskan tidak ada kena mengena dengan anda dan agama anda..dinegara ini anda dapat beribadat tanpa gangguan sesiapa, anda sebenarnya begitu bernasib baik..goodbye!"

daddy-wafiah said...

Salam tok Tiger,

Sebelum kita nak memberi pandangan terhadap sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan,perlu lah arif tentang pemahaman agama..majlis mufti tidak akan mengeluarkan fatwa berhubung isu2 sensitif sebelum merujuk kepada permasalahan fiqh 4 mazhab dan berbincang.Kena sebagai mukallaf wajib belajar hal agama supaya kita tidak terpesong..

Anonymous said...

Salam,

Yang tak tahu, jangan nak membuat fatwa dan jangan mencabar fatwa.

Allah telah tetapkan fatwanya sendiri. Kenapa harus dan mesti ada fatwa lain.

Saya memang tahu dalam hal ini.

Rakyat malaysia

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam..
Kita sebagai orang yang beragama islam yang penting berfikiran berlandaskan kepada ajaran islam yang sebenar....

Mohd Nadzri Kamsin said...

Fatwa hanya untuk orang Islam.

Bukan Islam yang tiada kena mengena sepatutnya tidak mencampuri urusan orang Islam.

Jaga tepi kain sendiri.

Anonymous said...

Salam Datuk.
Saya setuju dengan Datuk, sepatutnya isu fatwa tidak perlu disensasikan dan jangan ada yang cuba-cuba ulas jika tak tahu. Kalau nak ulas, fahamkan dulu apa itu fatwa. Kemudian barulah kaji serba sedikit berkenaan yoga dan fahami kenapa fatwa pengharamannya dikeluarkan. Yang seelok-eloknya, akur sajalah dengan fatwa berkenaan. Tak rugi pun. Kenapa perlu dipertikai. Takkanlah kerana Majlis Fatwa Kebangsaan ada kaitan dengan kerajaan, maka tindakan mereka keluarkan fatwa pun dihentam disebabkan kebencian terhadap kerajaan. Inilah sikap bangsat pembangkang. Kenapa perlu pertikaikan. Hanya yoga sajakah senaman yang terbaik dalam dunia ni? Kita masih ada alternatif lain. Jangan terlalu taksub pada yoga. Kalau malas nak buat senaman yang lain, amalan solat sekurang-kurangnya 5 waktu sehari pun sudah terkandung amalan senaman di dalamnya..

mat_terab said...

Sister in islam sebuah NGO islam sendiri pun buat kritikan terhadap majlis fatwa aper ke hal.....?

Anonymous said...

Yoga = business = untung = soru,
kalau org melayu islam kurang atau takde, = xde untung, jadi amat senang formulanya dan senang kesimpulan mengapa org lain dok pertikai, masalahnya sis juga komdem, ini yg susah nak faham.