Sunday, November 23, 2008

ANAK DAN HANTU MENOLAK BAPA

Semalam, balik kampung di Melaka.

Mendengar cerita daripada Zek mengenai jiran kami. Selang beberapa rumah.

Kisah mengenai seorang anak tidak baik dengan bapanya.

Akibatnya, bapa yang sudah kematian isteri membawa diri tinggal bersama adik perempuannya yang sudah berkeluarga. Maka tinggallah tujuh orang dalam sebuah rumah kecil. Rumah kos rendah.

Anak tidak pernah menjengok bapa, apatah lagi berhubungan dengannya.

Alasan yang diberikan anak ialah "bapa kahwin lagi" ketika bekerja di Singapura.

Ini menyakitkan hati anak itu dan ibunya.

Hakikatnya, bapa tidak pernah kahwin dua. Itu hanya anggapan anaknya.

Selepas pencen, bapa balik bersendirian untuk tinggal di rumahnya. Kemudian tinggal bersama anak. Tetapi anak tidak melayannya. Maka bapa berpindah ke rumah adik.

Pada mulanya bapa tinggal di rumahnya sendiri. Rumah yang dibuat di tanah anugerah bapanya. Tetapi lama kelamaan, beliau takut untuk tinggal berseorangan. Ini kerana "ketakutan" melihat pelbagai jenis makhluk di rumah itu. Rumah itu ada "hantu".

Tiada pilihan. Anak tidak menerimanya dan rumah sendiri banyak "hantu".

Sedih. Anak menolak bapa. "Hantu" pun menyuruh bapa pergi.

Minta dijauhkan.

10 comments:

Anonymous said...

Sedih.
"Hantu"...OOOoooOOOOOOooo

Tinta Biru said...

Dunia akhir zaman datuk,
apa pun boleh jadi...semoga ALLAH memelihara kita semua...
AMIN.....

profit said...

Zaman cyber ni ada hantu ke?
MENANTU ada lah...he he he

ibrahim yahaya said...

Sdr Jed,

Ya, amat sedih.

Berserabut rambut macam hantu ...takpe. Tapi jangan jadi hantu yang suka menghisap darah orang miskin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tintabiru,

Adakalanya disebabkan dengar cakap orang, kita menjadi celaru dan berprasangka terhadap seseorang. Saya lebih suka terus terang jika ingin bercakap mengenai sesuatu perkara kepada seseorang sama ada cara direct atau kaedah indirect.

Ada orang depan kita cakap manis, di belakang kita, masyaAllah semuanya yang terkeluar daripada mulut mereka...tidak sedap didengar. Malah memfitnah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Profit,

Banyak hantu? Macam-macam jenis.

Menantu pun banyak, jika anda banyak anak. Jika anak seorang maka dapatlah seorang menantu je. Banyak menantu, banyak pula ragamnya. Jika ada menantu yang mahu jadi diva, maka rumah kita tidak suka dikunjungi kerana kecil dan tidak standard. Balik kampung pula, suka merungut, tiada aircondlah, tiada tilam empoklah. Tutup mata, tidur sajalah.

sumandak bayu said...

Salam Bro...

inilah realiti kehidupan kita yang sedih orang tua yang dibiarkan menjalani hidup dunia yang penuh dengan kekejaman...... tak pe semua manusia kat bumi ni akan melalui saat tua....

HIDUP MACAM RODA

Al said...

Hi all ...

In life ... proven times-&-times again ... 'What goes aound comes around'

Anyway ... hopefully not many of us Malaysian jadi macam ni lah ... Tak usahlah nak jadi tuhan (act like god) ... kita semua manusia ... hidup pun cuma sementara saja di alam ini ... tentunya ada balasan kepada setiap apa yang kita lakukan ... Lets be more humane on matters like this ...

apeks said...

salam

buruk2 pun tetap ayah dia gak..
jgn nnt dh xde, bru tringat kt dia..

moralnya: peliharala ibu bapa dgn sebaik2nya

p/s: gelaran yg patut diberi pd anak2 yg mcm ni...bocah klamben (bhasa jawa)..hehe

rayliew said...

Satu nasihat yang bernilai kepada semua untuk menghormati orang tua kita dan janganlah biarkan mereka dipinggirkan atau menderita... sediakan tempat penginapan yang selesa dan makanan yang cukup untuk mereka.