Kerajaan membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang. - Utusan.
(Renungan Rimau : Kini semua orang tahu.)
Thursday, November 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Salam Tuan,
Wah..berjuta2 angka tu.. hmmm sikit lah tu... kalau dengaq berbelion2 tu baru lah banyak kan...Orait.. apa pun selamat dan tahniah pada penerima... x-g..
Salam..
Bekas hakim-hakim dapat RM 5 juta.
Rakyat pula dapat potongan caruman KWSP.
Kesemua hakim berkenaan telah diminta bersara lebih awal dan mereka wajib untuk menerima bayaran ex-gratiadan juga bayaran pencen. Ianya dilihat sebagai langkah kerajaan untuk menguatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman. Pendedahan jumlah pembayaran ex-gratia itu sekailgus menjawab tuduhan tidak benar oleh Pakatan Rakyat.
Saya sarankan Pakatan Rakyat mengumumkan angka perbelanjaan pengurusan sebenar negeri yang diterajui mereka...mereka yang mahukan transpirasi tetapi mereka tidak mempraktikkan pun, sembunyi sana sembunyi sini..
Kerajaan agaknya telah melakukan kesilapan ketika memecat atau meminta hakim-hakim itu bersara lebih awal. Jadi wajarlah kerajaan membayar wang sagu hati yang agak sebagai "menebus" kesilapan itu.
Tun Salleh dapat RM 5 juta atas agenda Zaid Ibrahim yang mahu dilihat membela hakim dan badan kehakiman dan merapatkan persahabatan dengan Bar Council.
Sudah tentu firma guaman Zaid Ibrahim dapat meraih simpati bilaada kes yang diwakilinya.
Abdullah Badawi anggap pembayaran ex-gratia satu modal untuk menguatkan kedudukan dimata rakyat bahawa ialah sebahagian reformasi kehakiman.
Tetapi ini lebih kepada rasuah kehakiman.
Satu tribunal telah mendapati Tun Salleh bersalah dan dia dipecat.
Adakah Abdullah Badawi dan Zaid Ibrahim telah mengujudkan satu tribunal lain untuk mengenepikan keputusan tribunal terdahulu ?
Pembayaran ex-gratia ini sebenarnya ikut suka-suka Abdullah Badawi dan Zaid Ibrahim.
Terima kasih Kerajaan Pak Lah.
Jasamu tetap dikenang.
Tun Salleh idola PAS menghentam kerajaan suatu masa dulu.
Satu lagi kemenangan moral buat PAS.
Terima kasih.
(Marah Nyamuk Rumah dibakar)
(Musuh disanjung, Bekas Pemimpin diterajang)
Terima Kasih Kerajaan Pak Lah.
Salam Datok Rimau....
bayaran itu memang setimpal dengan harga dan maruah diri mereka. Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat dan seharusnya semua pihak berpuas hati dan tidak menyoal keputusan kerajaan. Biasanya kalau seseorang membuat saman malu atau harga diri tercalar sampai 5 juta, kenapa pembangkang tak bising pun???? Ini sama saja.
http://tigasungai.blogspot.com
Salam Perjuangan
Kerajaan PLah sepatutnya tidak membuka langsung kes ini... kes ini deperjuangkan pembangkang & langkah kerajaan bagi ex gratia dan buka kes ini telah menunjukkan seolah-olah pembangkang betul & kerajaan bersalah... kesannya impak & imej buruk kepada kerajaan. Sepengetahuan kes ini dibuka kerana mastermind PLah nak kenakan Tun Mahathir sbb waktu tu Tun banyak komen PLah...
Duit sebanyak itu patut digunakan untuk perkara lain membina sekolah atau kebajikan rakyat... mereka tak perlukan duit ini sebab mereka dah hidup senang, kaya dan mendapat pencen penuh kerajaan... APA KERAJAAN NAK BUKTIKAN???
Lihat Fakta Kes ini:
sumber http://test.chedet.com/che_det/2008/06/the-tun-salleh-saga.html
1. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.
2. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.
3. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.
4. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.
5. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja
6. Dalam surat berkenaan dinyatakan ketidak puasan hati dan mengkritik hebat kerajaan dan terdapat kenyataan gangguan-gangguan berkenaan menyebabkan dia tidak lagi belih bertindak dan berfikir dengan rasional-Tun M Kritik Hakim.
7. Dalam surat tu juga dikatakan dia tak mahu kritik kembali secara terbuka walhal dalam ucapan-ucapan Tun Salleh terbuka mengkritik kerajaan... walhal kritikan Tun Mahathir adalah disebabkan penafsiran undang-undang yg dibuat oleh hakim yang lari dari tujuan sebenar undang2 itu.
8. Jadi disebabkan tiada persefahaman yang begitu meruncing difikirkan perlu Tun Salleh berundur dari jawatannya - dari duduk dalam dan hentam kerajaan baik berenti.
9. Kabinet juga bersetuju perlembagaan harus dipatuhi & YDP Agong bersetuju tubuh tribunal melibatkan Hakim Asing bg pastikan keterlusan - Tun Salleh Abbas tak setuju dan Boikot Tribunal berkenaan dan cari sokongan hakim-hakim lain. Ada 5 Hakim sokong dengan terbuka dan membuat usaha melalui proses mahkamah mengetepikan Tribunal berkenaan hingga mewujudkan konflik... Hakim yang menghakim jelas pro Tun Salleh dan proses mahkamah dipergunakan untuk kepentingan mereka... mereka yg tahu sbb mereka hakim.
10. Akhirnya selepas melalui tempoh proses yang sukar & penuh ketegangan Tun Salleh dan hakim yang terlibat di pecat...
11. Mereka sepatutnya tak dapat pancen mereka diberhentikan dan perbuatan mereka yg mencalar badan kehakiman. Namun Tun Mahathir meluluskan membayar PANCEN PENUH pada mereka bermula trikh mereka dipecat - mereka tidak kerugian wang pun...
Jadi apakah mereka-mereka ini layak untuk dibersihkan namanya dan menerima Ex-Gratia itu? Jelas mereka mengingkari & melanggar peraturan juga arahan pentadbiran yg telah mereka sumpah kan sewaktu menjadi hakim dahulu... bahagian mana yang memerlukan nama mereka dibersihkan??? Jawapannya tiada kerana mereka lah sebenarnnya yg menjadi punca masalah ini... Sekali lagi SYABAS KERAJAAN KERANA BUAT SILAP LAGI...
rasanya ramai lagi yang tidak faham kenapa hakim-hakim ini diberi ex gratia.
pembangkang mengungkit kenapa perlu dibayar ex-gratia sedangkan pencen juga telah diberi.hakim-hakim tersebut diberikan ex-gratia kerana diminta berhenti awal dari yang sepatutnya semasa 1988 Malaysian constitutional crisis.
Sekarang ni akan berubah pendirian. Daripada memberi simpati, ramai orang akan mula dengki!
Al-fulus akan mengubah segala pendirian.
MRSM Kalae Chepo 66/73
APA KATA MAHATHIR?
sesiapa yang tahu psal krisis kehakiman 1988 akan faham kenapa hakim-hakim ini dibayar ex-gratia.krisis tersebut berlaku sebaik sahaja team B Ku Li yang telah kalah tipis kepada Team A mahathir dalam merebut kerusi presiden menfailkan law suit keatas Mahathir sebab tak puas hati ada unsur vote rigging dan juga pemecatan team B dari kabinet.
jadi Mahathir telah bertindak "menyerang" sistem kehakiman negara dengan mengatakan hakim-hakim telah menyalahgunakan kuasa mereka secara peribadi yang dalam masa lawsuit dikenakan keatas Mahathir.
kebetulan?
poklah nk popular..konon nak dipandang sebagai PM yg baik ler pd mata rakyat konon..tapi dia silap..rakyat makin bertambah benci..kalu nak tunjuk baik, ha bayar le dgn duit sendiri..kami rakyat marhaen ni hidup dok cekik perut,jimat2kan susu anak, pakaian pun tak berganti..dia senang2 saja joli katakkan duit rakyat..menteri2lain pun takder yg berani nak tegur..masing-masing nak jaga periuk nasi jer..susah kalu politik dah jadi tempat cari makan..tulapasal, lain kali kalu nak cebur diri dalam politik tu, pastikan diri tu dah betul2 kaya..jadikan politik tu sebagai jambatan untuk berkhidmat!
TOK TIGER,
WOW!JUTA2 LAGI RUPANYA YE.MUNGKIN DAH REZEKI LA TU.ATAU WANG TERPIJAK.
Harga beras 15% hancur cuma RM17.50 BAGI PEK 10KG.Ini yang mampu di beli oleh rakyat bawahan pada masa kini.Tiada pencen,tiada ex-gratia...hidup mesti di teruskan.
Betul tu, ni kalau tanya Mahatahir ni dia tahu lah. Pergi tanya dekat dia.
Post a Comment