Wednesday, November 12, 2008

POLITIK EKONOMI DALAM MEDIA CETAK MALAYSIA

Semalam, saya sibuk sedikit. Berjumpa dengan penyelia PHD saya di UKM. Hasrat saya ialah untuk menghabiskan PHD pada tahun ini.

Tajuk tesis saya ialah Politikal Ekonomi dalam Media Cetak di Malaysia.

Politikal ekonomi ini secara ringkas ialah mengenai bagaimana parti politik memiliki media dan menggunakannya untuk kepentingan perjuangan politik mereka.

Secara tidak langsung ada tiga kumpulan akhbar yang terbesar di negara ini. Kumpulan itu ialah Kumpulan Media Prima, Kumpulan Utusan Melayu Berhad dan Kumpulan The Star. Adalah beberapa lagi kumpulan kecil yang memiliki akhbar bahasa Cina dan India.

Ada juga kumpulan media yang menguasai akhbar di Sabah dan Sarawak.

Kini, ada Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan pelbagai majalah dan terbaru menerbitkan akhbar Sinar Harian. Dilaporkan akhbar Sinar Harian kini mendapat sambutan baik.

Selain itu, ada juga parti politik yang menerbitkan akhbar sebagai suara parti mereka. Penerbitan itu bukan diusahakan syarikat media seperti Kumpulan Media Prima tetapi pasukanjabatan pengarang yang lebih kecil saiznya. Antara akhbar itu seperti Harakah dan Suara Keadilan.

Parti politik memiliki media untuk "menguasai minda" rakyat. Menggunakan media untuk menerangkan apa yang mereka lakukan terbaik untuk rakyat.

Kini, penguasaan minda menerusi media yang dimiliki mungkin tidak memberi kesan 100 peratus kerana ada media alternatif seperti media online, laman web, portal media dan blog. Rakyat boleh mendapatkan maklumat daripada media baru ini.

Jika anda ada idea mengenai bahan bacaan yang boleh dibaca untuk literature review topik ini, bolehlah cadangkan kepada saya. Pandangan mengenai topik ini?

15 comments:

Zaidil Ripin said...

Salam Tok Rimau..

MEDIA ADALAH KUASA BESAR DALAM SESEBUAH NEGARA. KUASA DARI ASPEK POLITIK, EKONOMI DAN JUGA KETENTERAAN.

rENUNGAN: KALAU AMERIKA SANGGUP HABUSKAN BERBILLION RINGIT UNTUK BUAT DOKUMENTARI TENTANG KECANGIHAN PERALATAN KETENTERAANNYA UNTUK MEMPENGARUHI DUNIA SEBAGAI POLIS DUNIA.

bungaraya said...

Saya bukan hendak memberikan topik seperti yang disarankan oleh Datuk Tiger. Tetapi saya ingin menyatakan suatu hakikat bahawasanya media alternatif juga boleh digunakan sebagai politik ekonomi. Malah juga ianya boleh digunkan sebagai kaedah untuk mencari rezeki oleh sebahagian yang sungguh berminda kreatif dialam dunia antarabangsa ini. Hanya kita kaum melayu sering kali ketinggalan. Bagaimanapun jua bermula dari menggunakan media alternatif sebagai saluran untuk mengajak rakyat kembali kepada BN, perlahan-lahan boleh lah kita menjadikan media alternatif ini sebagai tempat untuk mencari rezeki.
Seperti Pak Cik yang sudah tak larat untuk menggunakan tenaga perkasa Pak Cik untuk mencari sesuap nasi, maka boleh lah Pak Cik gunkan jari jemari Pak Cik pula. Ok Tak Tok Tiger?.

Tinta Biru said...

Salam Datuk..
Akhbar masih memainkan peranan terpenting dalam masyarakat kita walaupun telah wujud media baru seperti blog, portel media, laman web dan sebagainya.Bukan apa datuk,
baru-baru ini saya pergi ke sebuah kampung yang memang terletak jauh dari pekan, dengan jalan gravel, tanah merah sepanjang 120 km dari pekan. Masuk pekan tu soalan pertama saya di sini line telefon apa yang dapat?
Mereka maklumkan mereka hanya menggunakan radio amatur untuk berhubung dengan orang luar, itu pun hanya sekolah sahaja yang mempunyai radio amatur, kalau ada apa2 kecemasan hanya radio amatur ini sahaja yang menjadi alat perhubungan. Siaran Radio dan TV pun tak dapat kecuali kalau penduduk ada astro.Baru dapat tgk siaran tv. Jadi kesimpulan saya hanya akhbar yang menjadi rujukan untuk mereka mengetahui tentang isu atau cerita yang berlaku di luar pekan tersebut.

Anonymous said...

Phd? tapi naper bila tulis nampak teruk sangat macam..?

Editor

ibrahim yahaya said...

Sdr Editor,

Belum habis lagi, tulah tulisan teruk sikit. Editor kena editlah. Oopps..blog ni santai je, takpayah editla kerana saya boleh tulis apa saya suka. Editor ada blog ke? Marilah saya komen pulak dalam blog Editor. Tengah buat PHD ke? Kalau belum, eloklah buat. Supaya kita sama-sama pandai.

Anonymous said...

Datuk Tiger,

Datuk boleh tengok2 artikel dari Foreign Policy, ada artikel berkaitan political economy and media or datuk bleh tgk buku dari
Robert W. McChesney topik yang sama ngan phd datuk.

Tq.

lukanisman

Anonymous said...

Salam Datuk,menarik tajuk tu.Tajuk ini boleh diketengahkan ke pihak atasan agar parti parti politik dapat meminta nasihat Datuk agar membantu mereka dlm menggunakan media dgn lebih efektif.Dlm thesis tu wajar ke kalau ada perbandingan diantara 'utilization & penetration rate' bagi media oleh Parti Pemerintah dan Parti Pembangkang? Saya belum buat PhD lagi tetapi saya harap maklumat saya ni boleh membantu.Terdapat berberapa syarikat advertising serta bbrp independent body yg membuat kajian mkt intelligence mengenai brand equity,media utilization,demographics dan psychographics.Mungkin Datuk boleh cuba dptkan maklumat tambahan utk thesis Datuk.Cthnyg seperti Symax,Frost & Sullivan,AC Nielsen,MediaCORP.Saya percaya Datuk mempunya inner circle yg hebat bg mendapatkan maklumat maklumat ini.Tq.All the best!

Unknown said...

salam Datuk,

saya ingin memberikan sedikit pandangan mengenai topik ini.

jika kita lihat parti-parti politik di Malaysia ini,rata-rata ada saluran media mereka tersendiri.tak kisahlah media cetak atau elektronik.cuma yang membezakannya adalah samada media cetak dan eloktronik wujud secara rasmi atau tak sebagai lidah parti politik tersebut.

contoh macam Utusan Malaysia.boleh disimpulkan yang UM ni macam "lidah tak rasmi" buat kerajaan.macam Harakah memang kita tahu secara rasmi ia adalah akhbar rasmi PAS.

bercakap tentang akhbar,bagi saya suratkhabar masih lagi medium pilihan rakyat yang utama untuk mendapatkan berita kerana boleh dibawa kemana sahaja.cuma sekarang ini dah ada saiz suratkhabar yang lebih kecil.

Anonymous said...

Saudara

Antara orang yang mungkin boleh dihubungi ialah Jeniri Amir yg juga dalam media dan politik.

Bujang Bolhi

ibrahim yahaya said...

Sdr Lukanisman,

Terima kasih.

Itulah yang dicadangkan penyelia dan beberapa orang sahabat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azad,

Tq for the info.

Bagaimana perniagaan Sdr? Kirim salam kepada Khairul. Semoga sukses selalu. Saya sentiasa berdoa agar Sdr berdua berjaya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bujang,

Sudah pasti Dr Jeniri boleh membantu kerana beliau memang pakar dalam bidang media dan politik. Terima kasih di atas cadangan Sdr.

Anonymous said...

tok,
maso edan di NSTP dulu, edan ado cadangan nak buek buku dalam bahasa omputih, bertajuk "malaysian press and the politics". transkrip eh dah siap. macam mano kalau kito compare notes.... kalau sudi laaa...

ngaaauummmmm!!!!

rayliew said...

Suara Rakyat terbitan parti SUPP, akhbar parti PBB, akhbar kerajaan Negeri Sarawak, akhbar AZAM, akhbar Dewan Rakyat, Akhbar ROCKET terbitan DAP..Akhbar Cina dunia banyak dalam www.intimes.com.my/world/world.htm.

JBingkasan said...

Sdra Tok Harimau,

Teruskan perjuangan dan semoga berjaya.