Monday, November 3, 2008

DUA ATAU TIGA PENJURU?


(Gambar oleh AgendaDaily)

Oleh AgendaDaily

Semua petanda jelas menunjukkan pasti akan berlaku pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Apabila 23 UMNO bahagian selesai mengadakan mesyuarat mereka semalam (Ahad), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih jauh di depan dengan 78 pencalonan diikuti oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam 32 manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib 30.

Berdasarkan kuota kelayakan 39 pencalonan maka Ketua Menteri Melaka perlukan hanya 7 pencalonan manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 9 lagi.

Ada baki 50 UMNO Bahagian yang belum bermesyuarat.

Tandatanya yang paling menarik sekali sekarang ialah apakah pertandingan jawatan nombor dua ini dua penjuru iaitu Muhyiddin vs Ali atau tiga penjuru Muhyiddin vs Ali vs Muhammad.

Ada para pemerhati politik yang sudah siap bertaruh kedua-dua Ali dan Muhammad pasti lepas untuk berentap dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Apapun apabila baki bahagian UMNO bermesyuarat balik sepanjang minggu ini keadaan pastinya mendebarkan khususnya bagi para penyokong ketiga-tiga calon.

Sebelum ini kedua-dua Ali dan Muhammad telah menyatakan keyakinan mereka mampu meraih cukup pencalonan melepasi kuota yang diperlukan.

Yang pasti tentunya kedua-dua mereka sudah mempunyai sandaran ketika membuat kenyataan berkenaan.

(Renungan Rimau: Untuk mendapat tujuh atau 10 pencalonan daripada 50 bahagian yang akan mengadakan mesyuarat bukanlah satu perkara yang mustahil. Bagaimanapun, debaran sudah pasti akan dirasai jika jumlah bahagian yang mengadakan mesyuarat semakin bertambah kecil tetapi jumlah yang diperlukan tidak kunjung tiba. Ahli UMNO sudah pasti mahu menyaksikan satu pertandingan yang sihat bagi jawatan nombor dua parti. Persoalannya, apakah mereka mahu dua penjuru atau tiga penjuru?)

14 comments:

bungaraya said...

BUNGARAYA,
Pada perkiraan saya adalah lebih baik UMNO Bahagian yang belum mengadakan lagi Persidangan Agung masing-masing untuk memberikan peluang kepada mereka berdua ini. Diperingkat Timbalan Presiden, saya rela untuk diadakan pertandingan kerana ianya boleh mencerminkan adunan demokrasi yang berjalan secara baik dan diamalkan dengan effisen dalam UMNO itu sendiri. Bukannya kita tidak mahu berlaku pertandingan di jawatan Presiden, tapi risiko kearah persengkitaan berpanjangan dimana akhirnya akan berlakunya perpecahan sangatlah terbuka. Diperingkat Timbalan keadaan sedemikian senang untuk kita menghindarkannya sekalipun berlaku pertandingan. Inilah kesempatan bagi kita mentaalaah siapakah diantara ketiga pemimpin ini yang benar-benar mempunyai track record yang baik semasa mereka menjadi pemimpin masa kini. Saya cukup mengenali ketiga-tiga pemimpin ini, kerana saya berada dalam arus perdana kepimpinan UMNO ini sejak 1987 lagi.

Anonymous said...

salam.

saya rasa bakal berlaku 3 penjuru.Muhyiddin dah lepas dan Taib serta Ali hanya cuma memerlukan masing-masing 7 dan 9 pencalonan sahaja lagi.saya percaya Taib dan Ali bakal melepasi angka 39 itu.

jika semua dah layak untuk bertanding,kita akan menyaksikan "perlawanan" yang sengit untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.tetapi harapan sudah semestinya terletak pada siapa yang Presiden rasa selesa untuk bekerja.

Unknown said...

Assalamualaikum.

pada saya,kemungkinan 3 penjuru tak banyak lagipun pencalonan yang perlu didapatkan oleh Ali Rustam dan Muhammad Taib.kemungkinan besar mereka berdua boleh carry on untuk mencabar Muhyiddin.

Zaidil Ripin said...

Salam Datok

Biarlah rakyat UMNO menentukan Siapa yang layak.
http://tigasungai.blogspot.com/

Anonymous said...

salam tok rimau,

bagus la kalau ada pertandingan 3 penjuru untuk jawatan timbalan presiden umno. baru kita dapat lihat kewibawaan dan kebijaksanaan masing-masing. di sini juga kita akan dapat lihat adakah para perwakilan umno bijak dalam memilih pemimpin yang benar-benar mempunyai ciri-ciri kepimpinan sejati atau sekadar memilih pemimpin setelah disogok dengan pelbagai janji-janji manis.

jawatan nombor dua umno adalah satu jawatan penting kerana sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada presiden umno yang juga perdana menteri, beliaulah orang yang akan menduduki jawatan perdana menteri secara interim ataupun sebaliknya. oleh itu, perwakilan umno yang lebih 2000 orang itu sebenarnya akan menentukan arah tuju umno dan negara dan juga menyediakan pasangan pemimpin yang akan bekerjasama dan berganding bahu dengan najib apabila beliau menjadi perdana menteri kelak...bijak-bijaklah memilih kerana jika tersalah pilih negara akan mundur ke belakang dan mungkin akan hilang kredibiliti di mata dunia. timbalan presiden yang dipilih hendaklah seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan global dan boleh diterima oleh semua rakyat malaysia...selamat memilih kepada umno!

rakyat marhaen

band0tue said...

salam datuk,

berapa penjuru tidak penting bagi perwakilan...tapi yg penting penjuru mana..kecil atau besar..

mungkin penjuru kecil tapi habuan besar...apa pun boleh jadi kerana yang memilih dan yang minta dipilih dua-dua hari-hari mau...makan

http://nawawidahalan.blogspot.com/

Bung Karno said...

Kalau Muhyidin lwn Ali atau Muhyidin lwn Muhamad sahaja, pasti Muhyidin boleh menang. Tapi kalau Muhyidin lawan Muhamad Ali, gerenti k.o. Muhyidin.

Itu untuk jaguh WBC.

Rasanya lawan tiga penjuru. Mudah untuk Ali dan Muhamad melepasi quota 39 pencalonan.

Bukankah telah ada rayuan (TS Muhamad kot) supaya perwakilan bahagian memberi peluang kepada sesiapa yang menawarkan diri untuk bertanding ? Muhamad mahu perwakilan di Perhimpunan Agung pula yang buat penentuan.

Di sini nampaknya sedikit kelemahan sistem pemilihan UMNO. Walaupun di peringkat akar umbi gambarannya lain, bila tiba Mac 2009 penetuan hanya dibuat oleh +-2,000 suara sahaja.

Ketiga-tiga calon TP perlu berkempen dan mempromosi diri sehingga Mac 2009. Peluang untuk politik wang mempengaruhi keputusan memang ujud, cuma jika berlaku mudah untuk mengesan kerana hanya ada 3 suspek.

Bagaimana dengan jawatan Naib Presiden ? Dan Majlis Tertinggi. Jumlah calon yang ramai merancakkan pertandingan dan akan menjadi meriah dengan pesta-pesta taburan wang untuk membeli undi.
Tidak mudah mengesan penyogok dan penerima kerana terlalu meriah dan tak terkawal.

Rupanya ada baik juga Tun M mencadangkan sistem quota. Degan cara itu hanya calon yang diterima akar umbi sahaja lepas saringan.

DS Najib tiada tandingan kerana pencabar tak lepas saringan. Jika telah ditiadakan quota, mungkin walaupun hanya dengan satu pencalonan, pada Mac 2009 Najib boleh kecundang jika pencabar-pencabarnya guna bantuan kepala Agong.

Datuk Rimau berkempen untuk Muhamad Ali ke? Atau Ali ?

Anonymous said...

Tok Tiger,
Tak kisah berapa penjuru.Dalam amalan demokrasi semua boleh mencuba.
Yang penting kita perlu mendapat pemimpin yang bersih dan nampak betul2 bersih.

Kepada perwakilan undilah calon yang terbaik dan bermoral. Yang....kakibotol,kaki perempuan,kakijudi dan kaki RASUAH patut ditendang keluar dari barisan kepimpinan yang baru nanti.

Ajeem said...

biarlah wujudnya pertandingan.barulah kredibiliti benar-benar wujud.apa kabar khairy?kini khir telah melepasi anda.kesian mamat nii...cakap tidak serupa bikin.

4942 Jalan Bangau said...

Salam Bro,

I wonder why did you not response on Tan Lian Hoes's statement that Malays is also immigrants same as the Chinese and Indians.

I wish you can put some writing on this issue so that this culprit does not get away with stone in her hand.

Same as what Gerakan and MCA did to Ahmad Ismail, Lian Hoe's racist statement must be punished.

I wonder why all the Malay medias on keep focus on the UMNO Election, while this culprit who tried sinisterly retelling our country history is let go just like that!

Some action must be taken on this racist Chinese. Don't let them keep pushing us to the corner without a fight back. Write something you MUST!!

Untuk Agama, Bangsa dan Negara!!

ChengHo said...

Kalau keputusan pencalunan berbeza dgn keputusan pertandingan ini menunjukkan RASUAH POLITIK tetap hidup dlm UMNO . Rakyat akan lari dari menyokong UMNO ,PRU 13 adalah umur terakhir UMNO.

vicky said...

Reality is reality, let the members exercise their rights in voting for their wisdoms in electing their leaders.

Anonymous said...

Salam Dato,

Untuk mendapat tujuh atau lapan pencalunan lagi bagi kedua-dua calun ini saya yakin tidak ada masaalah langsung. Saya lihat dan saya dengar dan saya diberitahu bagaimana mereka @ ajen-ajen mereka bekerja keras di bahagian-bahagian pada atau sebelum mesyuarat bahagian! Kempen sampai di pintu masuk dewan mesyuarat. Amat memalukan!

Bila keadaan begini berlaku, jadilah asas pemilihan calun timbalan presiden UMNO Malaysia berdasarkan faktur siapa yang dapat mempengaruhi perwakilan dengan hadiah yang lumayan atau pun RASUAH dan SOGOKAN.

Malang bagi orang-melayu, UMNO, bilamana pemimpin yang di pilih dan perwakilan yang memilih, mencari jalan mudah untuk membuat keputusan penting pemilihan kepimpinan negara..

rayliew said...

Biar ahli UMNO yang memilih..Orang Luar Parti jangan campur tangan dan buat hal..biar perwakilan UMNO yang menetapkan siapa yang lebi sesuai untuk menjawat jawatan tersebut...Tidak sihat juga sekiranya berlaku pertandingan banyak penjuru, buang masa, buang duit dan buang "OTAK"