Wednesday, November 5, 2008

PAKEJ RANGSANGAN FISKAL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN FISKAL di Parlimen semalam.

Lima belas bentuk peruntukan yang dirangka hasil daripada penjimatan RM7 bilion daripada subsidi minyak .

Paling banyak menerima peruntukan... pembinaan rumah kos rendah dan dana pelaburan bagi sektor swasta.

Langkah pertama,
bagi membolehkan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah, sebanyak 1.2 bilion ringgit diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Menerusinya, 6 ribu 500 unit rumah akan dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB.

Manakala 4 ribu unit lagi akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 15 ribu unit bernilai antara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah bagi Semenanjung dan antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak.

Kedua; 500 juta ringgit peruntukan bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka.

Ia bagi membaikpulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.

Ia akan dilakukan dengan segera.

Ketiga; 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, PIA dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), bagi menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

Keempat; 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

Kelima; 500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Keenam; bagi sektor pendidikan, sebanyak 200 juta ringgit diperuntukkan kepada empat kumpulan sekolah.

Ketujuh; 300 juta ringgit diperuntukkan bagi dana program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan.

Kelapan; ke arah menambahbaik sistem pengangkutan, 500 juta ringgit akan digunakan bagi menyelenggara sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

Kesembilan; 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta.

Ia bagi memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur.

Kesepuluh; 400 juta ringgit lagi diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300 ribu premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

Kesebelas; aspek modal insan tidak dilupakan.

200 juta ringgit akan digunakan bagi program latihan melibatkan golongan belia yang akan diuruskan Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keduabelas; memperkasakan golongan belia melalui program baru dengan, peruntukan 100 juta ringgit.

Ketigabelas; 200 juta ringgit bagi gerak semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju.

Juga diuruskan SPNB.

Keempatbelas; bagi membantu sektor IKS, kerajaan akan menambah premis perniagaan, juga memperindah suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, melibatkan peruntukan 100 juta ringgit.

Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan.

Yang terakhir, untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, sebanyak 200 juta ringgit diperuntukkan bagi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

Ini membabitkan pogram seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas Pra-Sekolah.

(Renungan Rimau : Pembangkang kemukakan BAJET MENGUNCUP tetapi kerajaan memperkenalkan bajet tambahan - BAJET MENGEMBANG. Bukankah Mengembang itu lebih baik daripada menguncup ketika ini. Kerajaan perlu membantu pasaran sekarang supaya tidak terus menguncup dan statik. Jika ekonomi tidak bergerak, sudah tentu akan memeritkan rakyat terutama golongan peniaga.)

8 comments:

bungaraya said...

Bungaraya,
Terus terang saya nyatakan tenatng KEKAGUMAN saya terhadap tahap kebolehan Pak najib dalam membentangkan ransangan bajet 2009 kelmarin. Menggambarkan kepada penduduk Malaysia dan seantaredunia tentang kematangan bakal Pm Malaysia pada bulan Mac 2009 akan datang ini. Menyakinkan kita semua bahawa Malaysia akan kembali pulih daripada sedikit kecerderaan baru-baru ini dalam PIRU ke 12.
Kepada saya yang mustahak JAMINAN BELIAU KEPADA PEKERJA KONTRAK DALAM JABATAN AWAM KERAJAAN. Ianya bukan sahaja merupakan satu usaha menyelamatkan kami dari mati kebuluran, malah mengelakkan dari BN berkurangan unid dalam PIRU ke 13 kelak.

temuai said...

Usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara yang terjejas akibat krisis global. Harapan agar Malaysia mampu menangani krisis ini dengan jayanya. Malaysia Boleh!

Zaidil Ripin said...

Salam Dato Bro...

Sememangnya pakej itu adalah pekej yang terbaik untuk meransangkan lagi pertumbuhan ekonomi negara

Anonymous said...

Apa yang pasti, langkah kerajaan diharap dan diyakini dapat membantu memulihkan harapan rakyat yang kini bercelaru dengan pelbagai peralihan suasana, baik politik, ekonomi dan sosial. Namun, sila ingatkan diri semua bahawa perancangan tanpa pengawasan tidak akan menguntungkan rakyat, hasilnya - keputusan pilihanraya.
Wassalam

Anonymous said...

Salam Datuk...
Saya lihat pakej rangsangan yang dibentangkan Najib agak mesra rakyat. Yang paling menggembirakan saya ialah pekerja kontrak kerajaan tidak akan diberhentikan. Itulah jaminan yang membuatkan isteri saya (staf kontrak kerajaan) tersenyum lebar... Pakej tambahan kepada bajet yang lepas ini memang banyak membantu rakyat. Rakyat harus sedar semua ni. Jangan masih lagi dikuasai oleh retorik Anwar Ibrahim yang mengarut tu...

Anonymous said...

Tok Tiger,
Pakej tu biarlah merangkumi seluruh keperluan rakyat Malaysia.
Jangan hanya sebahagian saja yang dapat manfaat.

Puluh2, Ribu2,Juta2,bilion2 dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya.

Anonymous said...

Satu pembentangan yang berbaloi untuk membuatkan lidah pembangkang terkedu dan badan mereka seperti cacing kepanasan.Pada mulanya mereka ingin mengajak kerajaan bermain dengan "permainan" mereka, tetapi mereka terlupa yang membentang bajet itu ialah DS Najib, bukannya orang lain. Disebabkan pembentangan itu dapat menjawab segala-galanya, mereka malu alah. Mereka sudah kehabisan alasan dan untuk tidak dikatakan tidak berbuat apa-apa oleh penyokong mereka, mereka mengambil langkah untuk keluar dewan. Tetapi kalau sebelum ini mereka keluar dewan mereka boleh beri bermacam-macam alasan, tetapi tidak semalam. Semalam mereka keluar dewan sebagai orang yang kalah dan kehabisan modal.Kalau mereka mendengar temu ramah bersama DS Najib di TV3 sebentar tadi, mereka akan lebih terpukul lagi. Saya percaya sebahagian besar daripada mereka bertindak menutup TV, tetapi dengan hati yang "membengkak" sekali. Syabas DS Najib. Kami yakin dengan keupayaan Dato' Seri.Jawapan anda malam ini, begitu puas dan meyakinkan.

rayliew said...

Pakej ransangan fizikal amatlah BERNAS sekali dan dibentangkan tepat pada masanya..I'm salute you Datuk Seri.. This is a great effort to all the Malaysian..Apa pula yang dibantah oleh Pakatan Rakyat? Apakah mereka mahu melihat rakyat menderita sepertimana yang berlaku di KELANTAN...