Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih Barack Obama, mempertingkatkan pengetahuannya mengenai Asia kerana di rantau inilah segalanya berlaku.
Beliau juga mahu Obama memikirkan kepentingan hak asasi manusia sejagat dan tidak melakukan kesalahan seperti Presiden Bush yang memenjarakan orang tanpa bicara di Guantanamo Bay di Cuba.
TDM berkata demikian dalam Rancangan Khas Al-Jazeera yang dihoskan oleh Veronica Pedrosa, sekarang.
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
salam.
Obama dilihat sebagai satu bentuk "perubahan" didalam sistem politik dan sosial Amerika.kini rata-rata penduduk disana telah lihat lebih jauh dari sekadar warna kulit.kalau pada tahun 50an dan 60an amat teruk kaum kulit hitam dipulaukan namun siapa sangka seorang kulit hitam (walaupun sebenarnya Obama mempunyai darah campur) boleh menjadi seorang Presiden dinegara paling "outspoken" didunia.
ini menunjukkan tiada apa yang mustahil.perubahan boleh berlaku jika benar-benar diusahakan.
mungkin satu hari nanti Malaysia mampu berfikiran sematang mereka di AS dalam memilih pemimpin.walaupun tidak pada ketika ini namun harapan jangan mudah kita abaikan.
Wah! 'Hebat' sungguh Dr Mahathir, sampaikan Presiden Amerika yang baru pun dinasihatkan oleh beliau... Yalah, nak jadi penasihat dalam UMNO, Majlis Tertinggi tak bagi. Sekarang ni cuba nasib kat US pula. Mana la tau, Obama akan lantik beliau jadi penasihat terhormat US... Hai Dr Mahathir... Masih nak tunjuk hero ke?
Salam tok...
sejarah untuk menjawat jawatan Presiden Amerika ni terlalu banyak dan tragis tetapi yang jelas mampukah Barack Obama realisasikan impiannya.... sebab yang jelas pengurusan negara ni ada yang sebenarnya berkuasa....Presiden mereka hanya boneka semata-mata.....
Ape pun kita doakan Obama menjadi Presiden Amerika yang dapat mengubah nasib rakyat hampir seluruh dunia...
Cemburu sungguh dengan rakyat Amerika. Bilakah kita di Malaysia ini akan dapat mencapai tahap sedemikian. Memilih PM berdasarkan kemampuan dan bukan warna kulit.
Sinarnya saya telah lihat dihujung sana dan akan timbul terang bila generasi Datuk telah hilang.
Change yes we can.
Raden
assalamualaikum tok rimau
insyallah tok mendengar kata obama nih lagi2 yang nasihat dia tdm
tetapi hubungan politik dan dasar kerajaan us bukan hanya terletak ditangan presiden inilah yang terjadi juga pada livni
//memikirkan kepentingan hak asasi manusia sejagat dan tidak melakukan kesalahan seperti Presiden Bush yang memenjarakan orang tanpa bicara di Guantanamo Bay di Cuba.//
Dr M dah gila ke ..............
nanti obama tanya pasal ISA nak jawab apa............apa lah lu ini DR M.....
"While we breathe, we hope. Where we are met with cynicism and doubt and those who tell us we can't, we will reply: Yes we can."
Soon in Malaysia
Zen
From USA
'Erick Dillard in Virginia, United States says: My family came here as slaves in 1703. For the first time in my life I feel like an American. No longer a black American, just an American. This is a toast to America, may we be truly one nation and one nationality.'
Soon in Malaysia. Change
Dan
let we wait and see..
is there will changes or just skin chance.. aloha..
From what obama had said, the world's shoud not expecting much especially muslims..
utk anom yg kata tun M gila ke dgn saranannya.. tolong pikir panjang sikit.. tun m kata jgn buat macam bush.. ada beza antara Guantanamo Bay dgn ISA.. tak payah tunggu tun M yg jauh lebih bijak dari kawan jawap kalau obama tanya.. kawan yg kurang pandai pun reti nak jawap.. saudara pikir dulu pas tu kalau takleh jawap gak.. tanya kawan, biar kawan jawap.. boleh..
siapa sangka kenyataan ini keluarnya dari Tun DM?aku kira, obama yang baru jadi presiden itu pun tak terpikir akan kebenaran kenyataan ini,penasihat-penasuhat obama pun aku kira tak terpikir untuk bagi tahu obama macam yang kenyataan dari Tun DM ini...(Benda kita kena kata baik..!)
Obama punya ibu kulit putih dan bapa berasal dari Kenya. Bunyi nama macam Muslim tapi tak siapa dapat pastikan. Semasa kecil Obama berbapa tiri seorang warga Indonesia, Muslim tetapi cara hidup bercampur. Obama sendiri pernah tinggal di Jakarta semasa kecil.
Dengan kacukan darah dan campuran persekitaran di hapar Obama dalad melihat dan menilai dunia dan orang lain dengan lebih perhatin.
Tetapi hakikatnya, Amerka dikuasi oleh Yahudi. Yahudi mencekam ekonomi, politik dan budaya Amerika.
Pada peringkat awal Obama akan lakukan sedikit, tetapi itu sahaja.
Polisi Amerika tidak akan banyak berubah, kecuali peluang untuk kacukan di Amerika lebih baik sedikit.
Oh ye, peluang Anwar Ibrahim jadi kawan rapat Obama lebih sedikit kerana Obama dah mula marah dengan TDM sebab beri peringatan awal padanya.
Salam tuan,
Agar ada sinar dengan perlantikan OBAMA sebagai PM US yang baru... jangan jadi macam bush dah la.. semak ja.. hee. ehh semak pun dah bungkus kat Thailand tu kan... orait..
Salam Dato,
beritahu pada pelayar dato ini malaysia bukan amerika.langkah mayat anak melayu dulu......
Quote
Wah! 'Hebat' sungguh Dr Mahathir, sampaikan Presiden Amerika yang baru pun dinasihatkan oleh beliau... Yalah, nak jadi penasihat dalam UMNO, Majlis Tertinggi tak bagi. Sekarang ni cuba nasib kat US pula. Mana la tau, Obama akan lantik beliau jadi penasihat terhormat US... Hai Dr Mahathir... Masih nak tunjuk hero ke?
YG KO SAKIT HATI SGT APASAL..DIA MMG LAYAK BAGI NASIHAT..OBAMA CUMA BARU MENANG P/RAYA TP DR MAHATHIR DAH JD PERDANA MENTERI 22 TAHUN DAN DAPAT MEMERINTAH NEGARA DENGAN JAYANYA..
Kemenangan OBAMA diperkatakan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Amerika untuk menghindarkan isu perkauman yang telah dibawa-bawa oleh bekas kepimpinan Amerika... Saya yakin beliau dapat merasai pergolakan yang berlaku di seluruh dunia dan akan membuat perubahan termasuk juga kepentingan hak asasi manusia sejagat yang lebih adil dan saksama...tiada golongan yang dipinggir..
BELUM CUBA, BELUM TAHU...KALAU TERDAHULUNYA ADA ORANG YANG KATA BELIAU TIDAK DAPAT MENANG KERANA BELIAU TIDAK BERKULIT PUTIH, NAMUN BELIAU MASIH MENCUBA DAN AKHIRNYA MENDAPAT KEJAYAAN...INILAH PERJUANGAN YANG KITA HARAPKAN...SEMOGA BELIAU DAPAT MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA LAYANAN AMERIKA YANG LEBIH BAIK KEPADA NEGARA-NEGARA DI RANTAU ASIA...
Post a Comment