Sunday, November 9, 2008

HARGA MINYAK AKAN TURUN LAGI

Harga minyak mungkin akan diturunkan lagi.

Ini diumumkan oleh Datuk Shahrir Abdul Samad, sebentar tadi.

Pengumuman beliau disiarkan oleh Warta Perdana RTM1.

9 comments:

Zainal A. Kasim said...

Sememangnya patut turun. Bukan turun sikit-sikit, tetapi kena turun dengan banyak macam masa dia naik dulu. Ini nampak semacam ada usaha untuk menggunakan minyak ini sebagai senjata untuk membina kembali imej yang dah tercalar. Termasuklah imej menteri sendiri.

Son of My Parents said...

Nak turun banyak-banyak? Ok jer. Mungkin kena tambah lagi subsidi minyak banyak-banyak. Anwar Ibrahim dulu pun kata dia boleh turun sampai RM 2/liter. Ok la. Mungkin harga sekarang tak sehebat harga Anwar. Tapi kemungkinan boleh diturunkan sampai RM 1.92. Ok lah tu. Bersyukurlah.

Politik ni kan berkait dengan imej juga? Apakah penjagaan imej tak penting bagi mereka-mereka dalam Pakatan Rakyat?

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Siang-siang lagi saya telah katakan kepada semua agar membuka minda untuk menilai kredibiliti kepimpinan Umno/BN di era akhir zaman ini. Jika para pemimpin merasa mereka sudah cukup licik, rakyat lagi licik dapat meramal dengan baik apa yang bakal berlaku seterusnya. Perilaku pemimpin hari ini bagaikan syiling dalam poket kita.

Topik ini telah saya utarakan pada Sabtu, 1 November 2008 yang lalu. SILA KLIK DI SINI sebagai rujukan bagi sesiapa yang belum membaca topik penulisan saya. Sama-samalah kita berkongsi pandangan dan pendapat di dalam memperbetulkan kecurangan para pemimpin yang berkuasa demi kesejahteraan rakyat dan negara.

PEMUDA PELAPIS

Anonymous said...

harga minyak turun lagi?

ini berita baik lagi buat semua rakyat Malaysia.harap nanti keluhan rakyat Malaysia akan berkurangan.pedulilah apa pembangkang katakan sebagai "menjaga imej" asalkan rakyat dapat faedah dari penurunan harga ini.

thank you Pak Lah and Co. :)

Unknown said...

sejak akhir-akhir ni dah beberapa kali minyak turun.ini bagi saya sesuatu yang baik.dapatlah membantu sebahagian besar rakyat yang sebelum ini mengeluh sebab minyak naik terlalu mendadak sebelum ini.

mungkin ada yang kata ini hanya cubaan untuk ambil hati rakyat.apapun,memang tak salah mengambil hati rakyat dengan memberi rakyat keselesaan untuk hidup.sapa yang nak harga minyak kekal mahal melainkan mereka yang bergiat dalam industri minyak,bukan?

Anonymous said...

Kalau dulu orang gaduh pasal harga minyak dinaikkan, tak lama lagi, orang gaduh pula pasal harga minyak terlalu rendah...yang tokey-tokey minyak tu bukan rakyat ke, yang jual barang-barang tu bukan rakyat ke... kalau semua jadi pembeli, siapa yang nak jadi penjual ni....???

Bagi pembangkang jadi penjual pulak, iyalah..sudahlah tak dapat jadi PM, bagilah mereka pekerjaan untuk sara hidup mereka..setuju!!!

Anonymous said...

Sepatutnya kita harus bersyukur. Walaupun penurunan harga minyak secara berperingkat tapi ia tetap turun. Apa yang perlu ialah kesabaran...

Anonymous said...

Seseorang menteri sepatutnya memberi kenyataan yang tegas...bukannya mungkin..mungkin...kalau nak keluar statement cakaplah...harga minyak akan turun lagi pada hujung bulan ini" bukannya mungkin turun lagi...macammana rakyat nak yakin pada menteri kalau nak bagi statementpun tak yakin...hari tu cakap kalau harga minyak di bawah paras USD 72 harga minyak akan balik ke harga sebelum kenaikan yakni RM 1.92.. sekarang berbelit-belit pula...cam mana rakyat nak yakin dengan menteri yang macam ni....

rayliew said...

Baguslah tu, bebanan rakyat dapat diringankan lagi..tahniah kepada kerajaan BN yang bijaksana dan prihatin rakyat..