Jawatan Timbalan Presiden UMNO akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara TS Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan TS Muhammad Muhd Taib.
Apabila ada calon, sudah tentu ada penyokong. Apakah akan wujud penyokong tiga kumpulan mengikut tiga calon yang akan bertanding? Jika wujud, apakah akan terjadi akhirnya kepada penyokong-penyokong ini?
Untuk itu, di Kepala Batas, Pulau Pinang....Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap penyokong tiga calon Timbalan Presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac tahun depan.
Bernama melaporkan Paklah menegaskan pertandingan dalam parti itu telah mewujudkan tiga kumpulan penyokong dan ia boleh menyebabkan perpecahan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berharap ia bersifat sementara dan penyokong mereka kembali bersatu selepas pemilihan itu nanti.
"Itu adalah kehendak ahli Umno dan ini bermakna ketiga-tiga calon itu perlu bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini, Ahad.
Tiga calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden parti ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Mengenai politik wang yang semakin berleluasa di dalam parti terutamanya dalam tempoh pemilihan, Abdullah gembira dengan kesedaran dan kesediaan anggota Umno untuk tampil membuat aduan berhubung perkara itu.
Katanya, jika kerjasama seperti itu berterusan, ia memberi petanda baik terhadap usaha menghapuskan kegiatan itu.
"Jika anggota Umno masih berharap mendapatkan wang untuk undi yang diberikan, maka politik wang akan terus berkembang dan tidak akan berhenti," katanya.
Selain itu, katanya, peningkatan jumlah aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin parti sehingga melebihi 900 aduan setakat ini menunjukkan bahawa lembaga itu telah menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.
Peningkatan jumlah aduan juga menunjukkan bahawa gejala politik wang sudah menjadi semakin teruk ketika ini berbanding masa lalu dan berharap ia dapat dihentikan, katanya.
(Renungan Rimau : Pertandingan yang sihat amat dialu-alukan. Tetapi jangan bergaduh macam Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban hari ini. Amat memalukan.)
Sunday, November 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Rasanya penyokong memang sentiasa bersatu. Yang tak bersatu calun kot?
Tok Tiger,
Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Pencacai akan ambil kesempatan dan bolot kesemuanya.
Melayu akan hanya tinggal nama dan bahan sejarah seperti yang berlaku di negara jiran kita tu.Fikirkanlah.
Kalau nak bergaduh macam kat Seremban tu pakat pakat la kita sediakan glove tinju atau letakkan hadangan ke.
Jangan jadi taekwando macam kat Olimpik dulu dah le.
Tak pun jadi Smackdown gusti. Nampak gayanya kriteria terkini UMNO ialah gagah dan pandai seni mempertahankan diri.
bunga raya
Banyak calon dah layak bertanding jadi banyak yg nak jadi G7.
Bila jadi G7 dan boleh mengundi banyak masuk.
Bayangkan Naib Presiden 3 orang. Katakan 1 orang bagi RM2000. Fuyoo. Belum campur yg nak jadi ahli MT.
Duit rasuah segera macam ni la yg depa sangat bertinju, gusti, gigit gigit dan silap silap bertembak. Dulu dah berlaku kes Datuk Taha dan Mokhtar Hashim. Negeri 9 juga.
Ini namanya parti yg memimpin rakyat Malaysia. Buat malu ajer. Apalah nasib kita diperintah perasuah, penerima rasuah, penyangak, lintah darat, penipu, penyonglap dan pembawa lari duit dan anak dara orang.
Agaknya salah satu tanda kiamat yg jelas bila amanah diberikan kepada orang yg khianat.
Orang yg betul jadi salah tapi orang yg salah jadi betul. Putar alam betul la.
Lan Hingaq
salam.
diharapkan selepas habis pertandingan merebut jawatan nanti UMNO akan kembali "sihat" seperti sebelum ini dan semua penyokong untuk pemimpin masing-masing bersatu demi kemajuan UMNO dan negara.kalau bergaduh pun tak guna juga.buat malu saja.
"Jika anggota Umno masih berharap mendapatkan wang untuk undi yang diberikan, maka politik wang akan terus berkembang dan tidak akan berhenti," katanya
jika semua pihak menolak untuk memberi dan menerima,naka politik wang boleh dibanteras.kena perlukan kerjasama semua orang untuk membolehkan kita berpolitik secara matang (tanpa ada unsur penyalahgunaan wang).
Healthy Election will be electing Healthy Leaders. Quarrelling will lead to Disaster Unity and Tarnish the IMAGE of UMNO.
"Selain itu, katanya, peningkatan jumlah aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin parti sehingga melebihi 900 aduan setakat ini menunjukkan bahawa lembaga itu telah menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.
Peningkatan jumlah aduan juga menunjukkan bahawa gejala politik wang sudah menjadi semakin teruk ketika ini berbanding masa lalu dan berharap ia dapat dihentikan, katanya."
kalau kita pilih pemimpin hanya berdasarkan berapa banyak wang yang seseorang pemimpin itu ada,maka pemimpin dan masyarakat tidak akan kemana.kualiti pemimpin sepatutnya terletak pada segala aspek yang dimiliki pemimpin itu.
ramai pemimpin-pemimpin besar dunia diangkat sebagai pemimpin yang hebat kerana keupayaan mereka dan bukaannya berapa banyak kekayaan yang mereka ada.
MASA UNTUK MENUKAR BAJU LAMA KEPADA YANG BARU. SUARA AKAR UMBI KINI MULA BERTINDAK,LAGI RAMAI YANG BERTANDING, LAGI SAKITLAH POKET MEREKA..PERWAKILAN FAHAM, LEPAS PEMILIHAN NANTI, MEREKA AKAN JADI `JUMUD' DARI INGATAN CALON-CALON YANG BERTANDING INI. SO..WATEVER GOES AROUND, COMES AROUND!!
Salam Datuk,
Pertandingan 3 penjuru itu baik untuk kekuatan parti, yakni pemimpin terpilih tentunya yang terbaik, insya'allah. Yang tewas pun hebat juga sebab itu dicalonkan, jadi walau kalah, UMNO kena la lantik mereka tu ke tahap ibupejabat tapi kena la pastikan kerja untuk parti dan bukan tiket nak lawan lagi asal saja ketiga mereka bukan menang kerana politik wang. Boleh ke cam tu Datuk?
Wassalam
Mahap kata ler...umno hari ni hanya ada dua kumpulan...
Kumpulan pertama...pemberi rasuah..
kumpulan kedua...penerima rasuah!!
Tak lama lagi..umno tutup kedai ler..
Muadz
Salam Datuk,
Betul kata Pak Lah tu. Persaingan dalam UMNO boleh membawa perpecahan jika penyokong terus berpuak-puak dalam memberi sokongan. Diharapkan puak-puak ini akan kembali bersatu setelah Mac nanti supaya perjuangan UMNO dapat dilaksanakan seperti biasa...Politik wang dapat dielakkan jika SEMUA pemimpin yang inginkan pencalonan menolak politik wang secara total. Bila SEMUA pemimpin menolak politik wang, maka secara tak langsung perwakilan UMNO tidak akan berani 'meminta'. Sebelum ini, mereka 'meminta' sebab mereka dah biasa 'diberi'...
JomoSama said;
`Muadz,
mahap saja lerr...awak yang akan kempunan tunggu UMNO tutup kedai,sempat lagi awak tu tutup mata..mungkin baru UMNO tutup kedai...!!!'
Yang nyatanya hanya seorang yang akan terpilih. Mereka yang tidak terpilih hendaklah bekerjasama dengannya untuk menyatupadukan semula penyokong dari kumpulan yang tidak sama di bawah satu bumbung bagi menguatkan parti dalam mengharungi cabaran semasa yang kian mencabar....
Post a Comment