Friday, November 28, 2008

DATUK RAZALI MENINGGALKAN KITA

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Al-fatihah.

(Renungan Rimau : Datuk Razali adalah seorang pakar dalam bidang pendidikan. Perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran adalah amat tepat. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin)

6 comments:

Fazrul Shahril said...

Inallilah...

Al-Fatihah... semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman..

Amin..

rizal hashim said...

Inalillah,

Allahyarham juga pemimpin taekwondo dan pernah menyuarakan bantahan dalam Parlimen terhadap penggantungan yang dikenakan kepada Persatuan Taekwondo Malaysia. Perginya seorang pemimpin yang berani melawan arus.

SangKunang said...

orang yang tepat di posisi yang tepat...
arwah adalah pejuang dan wira sebenar dalam arena pendidikan malaysia.
arwah seorang yang komited dan bersemangat kental dalam membela nasib anak-anak malaysia yang dahagakan pendidikan terutama yg jauh di pedalaman.

pemergian datuk razali satu kehilangan yang amat besar bagi rakyat malaysia.

semoga dirimu tenang disana dan beroleh pahala atas jasa yg telah dicurahkan untuk rakyat malaysia..

d'N seLeRa said...

Inallilah....

Al Fatihah..... semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman. Beliau merupakan seorang yang begitu pakar dalam bidang pendidikan. Sememangnya perlantikan beliau dalam bidang pendidikan adalah bertepatan.

Waris Pahang said...

Inallilah...

Al-Fatihah...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh dan beriman..

Amin..

rayliew said...

Al-Fatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh dan beriman..
Amin..

Satu kehilangan besar kepada negara, sumbangannya akan sentiasa diingati..