Tuesday, November 18, 2008

PAKLAH TIDAK MAHU MEMIHAK


(SHAHRIZAT : "Alaa bezanya tiga bulan saja, pendek sangat. Apa punya barang". RAFIDAH : "Dia ni ke yang nak lawan saya?". Gambar oleh AGENDADAILY)

SAYA TIDAK MAHU MEMIHAK...Dalam reaksi pertamanya mengenai isu Wanita UMNO, Paklah berharap mereka dapat menyelesaikannya secara matang menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mac depan. "Ketika ini, saya tidak mahu berkata apa lagi, saya nak dengar dulu. Saya sebenarnya tidak mahu ganggu. Saya berpihak di sini, orang sana marah, berpihak di sana, orang sini marah, maklumlah semua nak suruh kita berpihak kepada dia," katanya menjawab soalan wartawan Malaysia di Tashkent, Uzbeskistan. - AGENDANEWS.

Baca juga tulisan Hanafiah Man di AGENDADAILY .

(Renungan Rimau : Semua sudah besar. Ada yang besar dari segi saiz. Mereka bolehlah berfikir sendiri. Biarkanlah mereka selesaikan masalah dalam kain.)

11 comments:

Anonymous said...

Jelaslah Pak Lah memihak dgn Shahrizat yang dapat menjadi Menteri walaupun kalah kpd Nurul.
Rafidah pula tak dapat jadi Menteri walaupun menang.

keris panjang said...

salam dato tiger,

saper pulak suruh dia memihak..sendiri pun sudah nk hanyut nk mehak buat per..

yg nk g melawat ni pun pasal apa..
tinggal 4 bulan lgi jer pun nk buat aper..kasi abis duit rakyat jer..duit tu pi gunakan untuk bantu rakyat termiskin lg ada faedah..

Anonymous said...

haaa..amik kau.jangan harap Pak Lah akan side untuk mana-mana pihak.senang cerita.betul juga kata Pak Lah tu.dari dia memihak kepada sesiapa,lebih baik dia tak masuk campur dari merunsingkan kepala.semua orang ada akal.gunakanlah akal yang diberi.

pulasperut said...

sebenarnye paklah berpihak pade sharizat.. dah blh bace walaupun die keluarkan statement camtu..

Anonymous said...

Salam Datuk...Pak Lah ambil tindakan yang bijak. Daripada dok pening kepala nak memihak pada sebelah pihak, baik tak memihak langsung pada mana-mana pihak. Pandai-pandailah dioranglah nak selesaikan masalah Wanita.

Unknown said...

salam dato,
ada berita yang saya baca kata Abdullah tidak mahu masuk campur.ada yang kata pula Abdullah akan menemui Wanita untuk berbincang tentang isu ini.tidak tahulah mana satu yang betul.

tapi saya cuma harap Abdullah tidak akan memihak kepada sesiapa dan memberi teguran kepada Wanita UMNO yang terlibat.

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
yang penting kebaikkan semua mestilah dipertahankan
tarik rambut dalam tepung rambut tak putus jangan kain pulak yang terlondeh..
ikutlah suara demokrasi, ikutlah pejuang2 wanita dahulu, dato rahmah, pn sri hajah putih, tan sri bainun dan ramai lagi contohilah perjuangan mereka
jika pak lah pun mengikut arus demokrasi
wanita pon paham2ler bila demo nk kasi

R@duan said...

Yang nampak terdesak dan tersepit ialah Sharizat. Biasanya orang tersepit dan terdesak akan melahirkan perbuatan dan tindakan yang diluar jangkaan. kita tengok sapa yang kena.

dato m said...

suruh je rafidah aziz lepaskn jawatan ketua wanita pada syarizat.baru lah umno akan kembali bersatu,rafidah pun nak tggu apa lagi,pencalonan yg dia dapat 2 semata2 ketua2 bahagian takut klu x mencalonkan dia.sedangkan syarizat x pernah membuat sebarang pengumuman untuk bertanding ketua wanita tapi dicalonkan untuk bertanding ketua..
ini menunjukkan wanita2 bahagian berkehendakkan [perubahan,apa rafidah x sedar atau sengaja x mahu memahami mesej yg disampaikan oleh wanita2 di akar umbi.....
saya percaya kiranya syarizat bertanding jawatan ketua wanita menentang rafidah aziz pasti rafidah akan tersungkur di dalam gelanggang...
ingatla sejarah di mana dia pernah kecundang di tangan siti zaharah...
sokongan yg diberikan oleh dato maznah timb. menteri ada udang di sebalik batu,begitu juga dgn sokongan dari exco2 wanita lain...
umno hari ni meminta perubahan untuk menjamin kekuatan umno itu sendiri...salam dato tiger

rayliew said...

Biarlah mereka yang dicalonkan membuat penilaian sendiri dan yang penting adalah untuk mengutamakan kepentingan parti bukannya kepentingan peribadi....

Anonymous said...

Alahai mak nenek...sudahlah tu, bagi aja jawatan tu pada anak buah!! Rambut dah penuh uban, nanti karang..uban bertukar lagi ke hitam...3 bulan jadi memanjang pula ke 3 tahun. Sebelum tiba bulan Mac..baik berundur macam Paklah..gostan dengan hormat!!