Sunday, November 9, 2008

"BLOG" RTM DARI KUCHING

Posting Kedua - 10.48 malam

Dr Jeniri Amir adalah pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

UMS adalah akronim untuk Universiti Malaysia Sabah.

Posting Asal - 6.31 ptg

Program BLOG RTM akan keudara dari Studio RTM Kuching, Sarawak.

Program yang disiarkan pada jam 8.30 malam di RTM1 akan menampilkan tetamu Dr Jeniri Amir yang kini bertugas di UMS.

Blog yang dihoskan oleh Datuk Chamil Wariya, diterbitkan oleh Sdr Hashim Abu Haniffah.

Selamat menonton.

4 comments:

Anonymous said...

Saudara

Fakta jangan salah. Setahu saya yg pernah berurusan dengannya saudara Jeniri Amir masih dan sedang berkhidmat dengan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) dan bukan UMS (Universiti Malaysia Sabah).

Jauh beza nya antara keduanya. Kredit harus diberi kepada yg berhak. Malah dalam pemerhatian masih ramai tak dapat beza antara UMS dan UNIMAS.

Juga ada yg masih keliru bila mengandaikan dalam percakapan hanya Semenanjung yg dinamakan Malaysia dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak bila dalam perbualan menyatakan di Malaysia (Semenajung) kepada org Sabah dan Sarawak.

Isu sebegini nampak kecil tapi mengecewakan kami.

Bujang Bolhi
Pasir Salak

ibrahim yahaya said...

Sdr Bujang,

Minta maaf.

Kesilapan saya menerima "bulat-bulat" SMS daripada penerbit yang mengatakan UMS. Penerbit mungkin bermaksud UMS itu UNIMAS tetapi untuk penulisan bukan UMS.

Dr Jeniri Amir memang dari UNIMAS.

Harap maaf.

Anonymous said...

Tok Rimau,

Rancangan Blog tu membosankan. Ada kalanya tetamu yang dijemput terlalu remeh. Penerbitnya lesu. Macam dah tak ada idea baru. Baik diketepikan sementara waktu.

Apa kata minta pengacara blog itu menceritakan cerpen-cerpen sensasinya itu. Barulah program RTM best!

rayliew said...

Tahniah kerana mencuba, namun penambahbaikan hendaklah dilakukan untuk menarik lebih ramai penonton..perbincangan isu-isu semasa yang hangat diperkatakan..