Setakat ini, dua kali Perdana Menteri menyebut mengenai rombakan Kabinet. Yang terbaru ialah semalam.
Blogawan, KUDA KEPANG mengulas perkara itu yang menyebut ketika ini pihak yang ada kaitan dengan rombakan itu sedang menunggu dengan penuh minat.
Saya melihat rombakan itu mungkin hanya membabitkan wakil MCA dan Gerakan kerana kedua-dua parti itu baru saja selesai pemilihan pucuk pimpinan masing-masing.
Mungkin ia tidak membabitkan Ahli Parlimen UMNO kerana parti itu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan pada Mac ini. Sudah pasti Perdana Menteri akan mengambil pertimbangan mengenai perkara itu kerana Mac hanya beberapa bulan lagi.
Jika ada perubahan dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO, sudah pasti ada keperluan untuk mengadakan rombakan Kabinet ketika itu. Oleh itu, tidak mungkin ada Menteri yang hanya dilantik selama empat bulan saja.
Tetapi, semuanya tidak mustahil.
Menteri sekarang tiada dalam Kabinet selepas rombakan? Tidak mustahil juga.
Friday, November 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Dato
Apalah punya idea..adakah sesuatu yg penting sgt untuk buat rombakan ketika ni..PL nk bg "sentuhan" terakhir ke..PL hanya ada 4 bulan je lg..tak perlulah nak susah2..selepas itu nnti PM baru akan buat rombakan untuk mengadakan pasukannya sendiri..bukankah kerja sia2 sahaja....
keris panjang,
salam.memanglah Abdullah akan berundur dalam amsa 4 bulan lagi tapi dia masih belum berundur lagi sekarang.hence,dia masih lagi Perdana Menteri Malaysia.bagilah dia buat kerja dia sebelum nak pergi ni.Abdullah sendiri pernah kata dia akan tetap bertugas macam biasa sehingga tarikh dia berundur.
Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen. Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.
Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.
Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-
1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
6. Cheguman = waadat.blogspot.com
7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)
Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.
Siapa yang layak untuk menyertai?
1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)
Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-
Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com
Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam
Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai
Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )
Sebentar tadi warta perdana RTM1 menghentam lagi PR Perak. Nampaknya Nizar diserang bertubi-tubi dalam seminggu ini. Cerita Umno tak dibenarkan guna dewan orang ramai dan terpaksa menggunakan sekolah MRSM untuk bermesyuarat.Rakaman disiarkan setelah diedit, seolah Tajul Rosli jaguh rakyat Perak sekarang. Ini berita yang tiada 'nilai berita'di kaca mata rakyat, tetapi mungkin ada 'nilai berita' bagi BN,Umno dan ahli keluarganya. Menteri Penerangan selalu bercakap fasal 'nilai berita'. Namun pada hari ini rakyat sendirilah sebenarnya yang menentukan mana berita yang mengandungi 'nilai' atau tidak. Rakyat mempunyai banyak sumber tidak terhad dengan laporan yang disiar oleh tv dan radio sahaja. RTM perlu berubah supaya lebih dekat dengan rakyat bukan lebih dekat dengan peyokong Umno dan ahli keluarganya. Apapun saya puji gaya penyampaian, kualiti latar belakang, grafik yang digunakan Warta Perdana telah ada peningkatan berbanding dahulu. Dari sudut itu 'nilai'nya tidak boleh disangkal.Ada kemajuan.
-Yop Nutral-
TOK TIGER,
NAK ROMBAK KABINET MEMANG BOLEH.MANA YANG TAK EFISYEN BOLEH TUKAR.
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA.AHLI KABINET MESTI YANG BOLEH BERI KHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.
SIAPA YANG BERKUASA BOLEH UBAHSUAI KABINET TANPA KENA TUNGGU TOK NAJIB.YANG PENTING TOK NAJIB KENA JADI PM DULU LA.
bro,
i think paklah should leave this cabinet reshuffle thing to najib. anyway, it's only 4 more months to go.
kato lah paklah rombak kabinet minggu depan, tibo2 bilo najib naik, orang yang paklah lantik tu digugurkan pulak. sodih la macam tu, kan?
kasi la najib buek. dio pun tontu nak pilih sendiri pasukan baru dio dalam kabinet.
susah nak bontok kabinet ni... tak sesonang buek kabinet dapur!
mungkin ada potfolio yang akan berubah antara orang najib dgn org paklah. Wallahualam..
Tidak perlu diadakan rombakan pada ketika ini, kerana semuanya berjalan lancar, lebih baik tunggu sehingga pemilihan UMNO pada bulan MAC, 2009 yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja..
salam
benar dan amatlah logik apa yg dikatakan oleh keris panjang.. rombakan kabinet memang tak perlu buat masa skrg, tunggu ajelah PM baru buat rombakan, berapa byk nak rombak dlm sepenggal.. nanti kerja pun sangkut sangkut, lainlah kalau pak lah ada niat tersirat. Kalau dilantik seseorang yg baru, bukankah itu akan merosakkan perjalanan pemilihan umno nanti, tu lah sapa suruh pi tunda2 pemilihan dulu, kan susah semua, kalau asyik dok tumpu pd rombakan kabinet pastu sibuk pasal pemilihan, rakyat dok tengok, kalau kerja tak jalan.. hah.. tunggulah PR13, bungkus lah jwapnya..
Sdr Bujai,
Itu yang maleh ese nak jadi Piem.
Nak bontok kabinet pun bukan sonang. Banyak kono pikie.
Baik jadi wartawan jo. Kito bule tulis apo sajo. Kalao orang tak suko, dia orang boleh bantai..Blog kito, kalau nak publish boleh publish, kalau nak reject pun, ikut suko hati kito. boto tak?
Post a Comment