Sunday, November 2, 2008

"HERO" ATAU "ZERO"

Oleh Ibrahim Yahaya
(Mingguan Watan -31 Oktober 2008)


Datuk Seri Najib TunRazak hampir pasti menjadi Presiden UMNO jika melihat trend pencalonan daripada Bahagian UMNO di seluruh negara sejak 9 Oktober lalu.

Sehingga bahan ini ditulis, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah belum mendapat sebarang pencalonan dan tidak berganjak untuk menawarkan diri bagi jawatan itu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Datuk Seri Ali Rustam semakin mengejar bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Datuk Seri Ali dikatakan memerlukan kira-kira 16 pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu. Tan Sri Muhammad Taib turut mengekor daripada belakang. Bagaimanapun, jumlah yang diperolehi masih kecil iaitu 17 pencalonan. Seorang calon lagi, Datuk Nurjazlan Mohamed sudah menarik diri.

Bagaimanapun, tumpuan sudah tentu diberikan kepada pertandingan jawatan Naib Presiden yang setakat ini menyaksikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mendahului dengan 79 pencalonan diikuti oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58), Datuk Seri Khaled Nordin (48) dan Datuk Shafie Afdal (46).

Keempat pemimpin ini adalah pemimpin muda yang sudah tentu akan diberikan tempat oleh perwakilan pada pemilihan yang akan datang. Perwakilan sudah tentu mahu menyediakan parti dengan pemimpin muda yang mampu menjadi pelapis untuk menerajui UMNO menghadapi pelbagai kemelut politik di negara ini.

Kejayaan DS Hishamuddin meraih pencalonan yang tinggi tidak sukar difahami kerana sebagai anak bekas Perdana Menteri, sudah pasti orang Melayu dan ahli UMNO mahu beliau diberikan tempat dalam hiraki ketiga kepemimpinan UMNO.

Sudah pasti usaha pihak tertentu untuk memaparkan pemimpin Johor ini sebagai “lemah atau lembik” tidak berjaya kerana pencalonan ini terbukti bahawa DS Hisham menjadi pilihan utama dan mungkin akan diterjemahkan di peringkat pemilihan nanti.

DS Hisham juga mempunyai rangkaiannya terdiri daripada ahli Pemuda UMNO di seluruh negara yang akan bekerja keras untuk memastikan “abang sulung” mereka mendapat tempat pertama dalam jawatan Naib Presiden.

Bagi DS Dr Ahmad Zahid, perjalanan politiknya yang menarik dan mencabar sudah pasti akan memberi kekuatan kepadanya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden, apatah lagi UMNO yang kini menghadapi pelbagai cabaran termasuk parti komponen BN. Hanya pemimpin yang kuat saja mampu menyelesaikan rintangan mendatang.

Beliau juga tidak kurang handalnya kerana pernah memimpin Pemuda UMNO setelah berjaya menewaskan Tan Sri Abdul Rahim Tambychik dengan kelebihan 199 undi. Walaupun memimpin Pemuda UMNO dalam tempoh singkat, ahli Pemuda UMNO pada masa itu sudah melihat gaya kepemimpinan bekas Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang cemerlang ketika beliau memegang Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Ketika menjadi Ketua Penerangan Pemuda, beliau telah diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika itu Timbalan Presiden UMNO) untuk bertanding Ketua Pemuda sebagai persediaan bagi DS Dr Ahmad Zahid menjadi pemimpin pelapis parti.

Bagaimanapun, beliau diminta meletakkan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) selepas peristiwa pemecatan DSAI sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau ditahan ketika berada di Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau dilepaskan selepas bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Selepas 1998, DS Dr Ahmad Zahid seolah-olah “membawa diri” sehinggalah beliau diberikan tempat dalam Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti selepas itu dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Kini, beliau memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio agama. Ketika ramai pengikutnya mengharapkan beliau diberikan jawatan Menteri yang lebih kanan atau membabitkan perdagangan, bapa DS Dr Ahmad Zahid adalah orang yang paling gembira beliau diberikan portfolio agama itu. Bagi Pak Hamidi, jawatan yang baik dan pasti tiada sebarang prasangka.

Sebagai Menteri di JPM, DS Dr Ahmad Zahid mula menonjolkan ketokohannya dalam bidang keagamaan walaupun beliau tidak pernah mendapat pendidikan agama di peringkat ijazah seperti Menteri-Menteri terdahulu. Antaranya ialah Tan Sri Dr Hamid Othman (Kedah) dan Datuk Dr Abdullah dari Terengganu.

Ini tidak melemahkan pemimpin Bagan Datoh ini untuk memperbaiki segala kelemahan agensi agama dalam kerajaan termasuk menarik peneraju untuk bersama-sama membantu kerajaan melaksanakan Islam Hadhari. Sebelum ini, mereka dikatakan lebih cenderung kepada parti lawan kerana faktor tertentu yang sudah pasti diketahui oleh Menteri.

DS Dr Zahid juga menggunakan pengalamannya dalam bidang perniagaan dan pembankan dengan melihat semula entiti perniagaan dalam bidang kuasanya seperti Tabung Haji. Beliau telah mengarahkan pengurusan tertinggi untuk melihat kebajikan pekerja termasuk dari segi gaji dan bonus yang selama ini tidak dipandang dengan baik.

Kedua-dua tokoh muda ini, DS Hisham dan DS Dr Ahmad Zahid mempunyai hubungan baik dengan bakal Presiden UMNO menerusi ikatan kekeluargaan atau hubungan ketua dengan pegawainya. DS Hisham adalah sepupu DS Najib manakala DS Dr Zahid pernah menjadi Setiausaha Politik DS Najib.

Selain DS Hisham dan DS Dr Ahmad Zahid, ahli UMNO juga boleh mempertimbangkan untuk memilih dua tokoh muda yang lain iaitu DS Shafie yang dikatakan akan mendapat sokongan padu dari Sabah dan DS Khaled yang berasal dari Johor.

Dalam pada itu, usaha pemimpin veteran untuk bertanding Naib Presiden semakin hari semakin diberi laluan oleh UMNO Bahagian. Setakat ini, Datuk Seri Syed Hamid Albar berjaya menembusi bulatan orang muda itu dan ada kemungkinan beberapa orang lagi akan diberi peluang untuk bertanding Naib Presiden.

Antaranya ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Ahli UMNO sudah tentu mahu melihat ada pemimpin lama dipilih dalam barisan Naib Presiden untuk membimbing “pemimpin muda” segala segi dan liku politik yang adakalanya perlu ditangani secara berhemah dan mengikut adab Melayu.

Umpamanya, ketika Tan Sri Muhyiddin meminta pelan peralihan kepemimpinan UMNO dipercepatkan daripada Jun 2010, ramai yang menganggap tindakan pemimpin Johor itu tidak beradab dan lari daripada kebiasaan menegur pemimpin seperti yang diamalkan oleh parti.

Ketika ramai yang menganggap tindakan itu sebagai “berani”, tidak kurang juga yang terkilan dan mula bertanya mengapa perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang boleh didengari oleh semua ahli MT.

Itulah risiko yang kini diambil oleh TS Muhyiddin sama ada akan dijadikan “hero” atau “zero”.

(Renungan Rimau : Semalam (1 Nov 2008), TR mendapat satu pencalonan daripada Bahagian UMNO Gua Musang. Hari ini, DS Ali sudah mendapat 26 pencalonan manakala TS Muhd sudah mendapat 23 pencalonan)

6 comments:

SPdotCom said...

Assalamualaikum..

Saya tak ada apa-apa komen, tapi sila layari url di bawah . Apa pendapat anda semua.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2008/10/modal-insan-islam-hadhari.html

terima kasih

Quantum Metal Consultant said...

Dato', biar ramai yang layak supaya lebih meriah. kalau ramai 'towkey' kenyang sikit anak buah di bawah.

Penat penat melobi, elok makan nasi goreng, minta laluan:

FRANCISE 100 JENIS NASI GORENG

Kami memerlukan usahawan semua bangsa untuk membuka restoran 100 Jenis Bijiran Nasi Goreng dan Minuman Menggunakan Madu (tanpa gula tebu) seluruh Malaysia/Singapura/Brunai secara francise.

Operasi akan bermula seawal 6 bulan dari sekarang dengan membuat beberapa tapisan yang perlu kepada semua calon. Calon calon yang berjaya akan disediakan RM60 ribu oleh syarikat untuk ubahsuai dan sebagainya selepas mematuhi terma dan syarat.

Calon calon tidak memerlukan persediaan modal awal yang banyak. Keutamaan akan diberi kepada calon calon yang tekun dan berminat serta memenuhi program syarikat.


Yang berminat, sila email Nama, No. Mycard, Alamat dan No. Telefon yang boleh dihubungi ke alamat email berikut: tmfmasters@yahoo.com

Anonymous said...

Kenapa tak sebut "Saya orang Melaka, kalau boleh saya nak orang Melaka jadi Timbalan Presiden".

rayliew said...

Keputusan pemilihan terletak di tangan perwakilan. Tiada siapa yang dapat mengubahnya.

Anonymous said...

Kesian dengan Ku Li. Hari tu punya cerita dengar macam hebat sangat dah, macam dah dapat sokongan padu. Nak sangat menolak orang, sekali sampai sekaran baru tu je pencalonan yang dia dapat. Memang dia ni orang yang kecewa.

Anonymous said...

dah banyak kali Ku Li cuba untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO dan kerajaan tapi tak pernah tercapai.tapi Ku Li dikira berhati cekal juga sebab sanggup mencuba untuk beberapa kali walaupun pada kali ini nampak gagal juga.mungkin sudah takdir sebegitu.