Sunday, November 2, 2008

DS NAJIB PRESIDEN UMNO YANG BARU

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Beliau mendapat pencalonan ke 132 daripada UMNO Bahagian Bentong dan Cameron Highlands ke 133 sebentar tadi.

(Renungan Rimau : Setiap calon Presiden perlu mendapat 58 pencalonan. Apabila DS Najib mendapat 133 pencalonan, maka Tengku Razaleigh Hamzah yang berhasrat untuk bertanding jawatan itu tidak akan mendapatkan jumlah kuota yang ditetapkan.)

5 comments:

rayliew said...

Memang telah diramalkan sebelum ini. Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

duniameow said...

Tamatlah riwayat cerita Ku Li. Dengan umur dia sekarang, peluang dia untuk terus naik dalam politik nampaknya berakhir. Tu sebab dulu dia sibuk suruh orang turun sebab masa dia dah suntuk sangat.

Anonymous said...

bungaraya bermadah,
Benih yang baik, walau dicampak ke Lautan, ia akan menjadi Pulau...

Tapak Sulaiman said...

Morning Datuk,

Kemenangan Datuk Seri memang sudah dijangka berikutan dengan sokongan yang diberi oleh rakyat jelata. Semoga UMNO dapat memperkasakan jentera BN di Malaysia ini. Tahniah buat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

WaShad said...

Persoalannya... benarkah Najib adalah calon terbaik utk manjadi PM Malaysia?
Saya mendoakan semoga Najib mengambil iktibar dari semua yg telah berlalu dan jadikan sejarah satu pengalaman utk meperbaiki mana2 kerosakan dalam UMNO.
Bila keputusan telah dicapai, maka sekelian ahli smada dibawah atau diatas hendaklah berkerja sama, memberi sumbangan dan sokongan, sebaik manapun pemimpin jika tiada sokongan dari penasihat2 yg iklas dan bijak, ia akan berakhir seperti nasib perdana menteri ke5..
Wallahualam