Thursday, November 20, 2008

JANGAN SUKA SEBAR FITNAH

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

Abdul Razak berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Maya di sini hari ini. – Utusan.

(Renungan Rimau : Ketika menemuduga calon yang mahu mencari kerja, saya pernah bertanya apa dosa besar yang mereka pernah buat. Antara jawapannya ialah - berjudi, menipu emak keluar malam, ponteng sekolah atau minum arak. MasyaAllah, rupanya mereka tidak tahu apa itu "dosa besar". Apa yang disebutkan itu ialah dosa kecil yang boleh menjuruskan kepada dosa besar. Saya suruh mereka balik buka kitab semula. Untuk pengetahuan adik-adik - zina dan fitnah itulah antara dosa besar yang perlu dielakkan. Jika dah buat, kena bertaubat. Siapa yang fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad zalim pada DSAI perlu minta maaf kepada TDM. Baru-baru ini, ada seorang sahabat menyesal kerana salahsangka kepada TDM. Beliau mahu berjumpa TDM untuk minta maaf kerana baru tahu apa yang sebenarnya berlaku.)

13 comments:

Anonymous said...

BUNGA RAYA MENYAMPOK.
sALAM,
sAYA rASA dATUK, sEMUA aHLI PKR mENUDUH TDM mEMFITNAH DSAI. mEREKA tENTUNYA jIKA iSLAM aGAMANYA pERLU mEMOHON mAAF dARI TDM sEBELUM mENINGGAL dUNIA. sAYA jUGA mENGAMBIL kESEMPATAN iNI uNTUK mOHON mAAF kEPADA TDM kERANA dULU sEHINGGA DSAI dITUDUH sEMULA bARU-bARU iNI, sAYA kURANG pERCAYA dENGAN tUDUHAN TDM tERHADAP DSAI yANG mENGATAKAN DSAI mELIWAT.

abe MIE 'TERJAH' said...

Yang kena ialah penyebar fitnah..siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim..turun naik mahkamah dan kena jawab kenapa dia tak bela orang macam dia janjikan dulu

bzz said...

Datuk, ramai lagi yg tak faham Tun. Tak kenal Tun. Bila dah terhantuk. Barulah nak cari2 maklumat

Takpelah... Tun pun tak suka namanya diingati.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
memang besar dosanya menyebar fitnah ni. Tapi masih ada orang yang memandang remeh soal dosa akibat memfitnah orang...dah kena batang hidung sendiri baru boleh rasa...

Anonymous said...

elok mintak maap masa kito hidup atau orang yang kito fitnah tu masih hidup.

bilo dan mati, nak mintak maap macam mano?

edan ghaso TDM ni pemaap oghangnyo... cumo dio tak dapat lupokan apo oghang buek kek dio...

Anonymous said...

Salam Datuk...
Dosa menyebar atau membuat fitnah sama seperti dosa membunuh saudara sendiri, betul tak Datuk?

MAWAR BERDURI said...

salam?

selain takut di fitnah. mawar selalu berdoa agar diri ni juga terhindar dari terlibat menyebar fitnah terhadap org lain...

tapi pernah jumpa crita fitnah yang besar ni tiger..memang mengerunkan. tak betul tapi dipercayai, ntah lah manusia bergelar manusia kerana kita mudah lupa..

jadi? gn minum, minuman yang bersemut nanti mudah lupa, pesanan dari nenek, ibu dan yang serumpun dengannya semalaysia.

Anonymous said...

blog layandiri lebih baik dari blog fitnah...

Anonymous said...

Salam Tok Tiger....
Tapi tok...dalam dunia politik ni..asam garamnya ialah fitnah!! Tiada fitnah, tiada isu,tiada isu..nak gaduh pasai apa??
Apakah perumpamaan `sebelah kaki sudah `confirm' dalam kawasan neraka' itu hanya kiasan saja?? Nak jadi ahli politik mithali ni..belum pernah terjadi dalam sejarah zaman batu dan zaman teknologi ni...!

Anonymous said...

Tambah sikit...kalau DSAI dapat membuktikan yang dia bukan meliwat,sekadar melawat dan TDM berhenti menampakkan pekung didada..barulah saya akan berhenti berharap.....!!

rayliew said...

Memang benar cakap DIY, senang untuk FITNAH sebarang tetapi mereka yang melakukan perkara tersebut tidak tahu langsung apa maksud sebenar perkataan tersebut..yang sedih sekali ramai pula pengikutnya yang sama-sama mengulangi kenyataan FITNAH sehinggakan budaya ini menjadi satu budaya dalam parti pembangkang...BERTAUBATLAH, janganlah ulangi lagi..BERDOSA ni..

Anonymous said...

Datuk.. tahu pula pasal dosa dan pahala .. atau sekadar menampakkan sokongan pada yang bakal berkuasa.. dosa salahguna wang rakyat macam mana pula...

Anonymous said...

Saudara saya baru baru ni meminta maaf dengan DSAI sebab rupa rupanya DrM yang banyak buat salah dan macam dia ajer yg betul. Bila dia dah buka tembelang dia setelah bersara barulah saudara saya ni percaya.

Jadi jadilah nak menongkat langit tu.

Andura