Thursday, November 20, 2008

SHAHRIZAT LAWAN RAFIDAH

Datuk Shahrizat Jalil akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO menentang Tan Sri Rafidah Aziz pada Mac ini. Keputusan itu diumumkan petang ini. Itupun jika TS Rafidah masih tidak berganjak dengan pelan peralihan pada Jun 2009 atau mahu mengundurkan diri.

(Renungan Rimau : Kalau saya jadi Shahrizat, saya tidak mahu umum bertanding jawatan Ketua Wanita. Tetapi umum tidak bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Kamilia Ibrahim. Kemudian saya tunggu. Jika tiada jawapan sehingga tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan, baru saya umum bertanding. Amacam? Bagus tak rancangan itu?)

18 comments:

Razlan said...

jauh politik tuan rimau ....

Unknown said...

salam Datuk.

saya tak pasti la pulak dengan cadangan Datuk tu.tapi apa yang saya lihat Shahrizat ambil pendekatan "do or die".lagipun sokongan yang diterima Shahrizat semakin lama semakin menebal.Rafidah pula sudah terlalu lama berada sebagai Ketua jadi mungkin Shahrizat berkata "what the heck!i just go for the top post!".

Shahrizat memang mengambil risiko.jika dia kalah maka Rafidah mungkin akan terus menjadi ketua dan Sharizat pula mungkin terpaksa ucap selamat tinggal untuk peluangnya menjadi ketua.

Anonymous said...

Takpelah Datuk. Dah Shahrizat buat keputusan macam tu, biarlah. Mungkin beliau rasa apa yang beliau buat tu betul...

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
perkembangan yang sihat untuk wanita, dan diharapkan ia benar2 suara wanita dan akar umbi bukan sekadar mengikut arahan
tsr seharusnya menghormati bila sudah ada isyarat jelas dari lebih 70 bahagian yang mahukan peralihan dipercepatkan dan kalau dikira2 bantahan semula jumlah bahagian yang mahukan peralihan disegerakan sudah lebih 90..bermakna sudah lebih separuh dan jumlah pencalonan asal itu tidak menjamin suara sebenar akar rebung umbi

Bourne said...

kalaulah ada calon yang lain yang wanita umno boleh ketengahkan selain ratu blink blink niee....

Anonymous said...

rAfidah ialah seorang nenek tua yang anti-paklah...

Sharizat, kita tidak tahu...

this will make the UMNO elections even more interesting!!!....hehe


my latest article-
An Exposé on Raja Petra Kamaruddin and the ''hidden-hand'' behind Malaysia Today **
http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

Anonymous said...

tak bagus.
bermuka-muka
berbelok-belok
terus saja sebut mahu lawan rafidah.
kan lebih brutal dan direct to the point.
manusia sekarang ta' suka yang terkedek-kedek, terhegeh-hegeh.
syabas syarizat, u gentlemen

ahm said...

dato'
both ways shahrizat already in a "cliffhanger" situation. it's an attempt to trap shahrizat.

ada gerakan terancang oleh segerombolan manusia yang tidak ingin shahrizat menjadi ketua wanita dengan kaedah mendesaknya supaya bertanding jawatan itu dan mengahadapi risiko bukan sahaja dikalahkan malah "dimalukan". dengan pengistiharan " saya lawan" tersebut shahrizat kelihatan seperti tidak sabar dan menyongsang tradisi.secara realitinya shahrizat ketinggalan hampir separuh dari pencalonan berbanding rafidah, dan setakat ini hanya 4 atau 5 wanita negeri sahaja yang tampil meyokong terang terangan. selebihnya mungkin penyokong senyap atau mungkin juga menentang.
analisisnya it's a do or die situation for sharizat, tetapi kepada rafidah menang atau kalah tidak menjadi kudis kerana beliaupun di penghujung eranya.

untuk shahrizat menang amat tipis, tapi kalah itu pasti. shahrizat perlu melihat adakah beliau sebahagian dari "orang" bakal presiden atau hanya "balaci" bakal mantan presiden?

yang pastinya rafidah adalah seorang "pembuli politik" yang hebat.

bungaraya said...

Datuk,
Saya kira kaedah Datuk tu lebih diplomasi. Jika Shahrizat mengumumkan tidak akan bertanding Naib Ketua Wanita dan menyatakan sokongan secara terbuka memberikan sokongan kepada Datuk Kamalia Ibrahim, ia akan membawa pertambahan sokongan kepada Shahrizat dan Datuk Kamalia Ibrahim secara terbuka. Maka akan ramai Ketua-Ketua Wanita Bahagian seluruh negara akan menyatakan juga sokongan mereka secara terbuka. Soal menentang Rafidah tetap juga akan berlaku walau sekalipun tidak diumumkan sekarang.
Tetapi kaedah Datuk lebih Ohm dan mengambarkan kematangan berpolitik.
Kenapa Datuk tak menjadi calon agaknya?

ibrahim yahaya said...

Sdr Razlan,

Saya pun belajar daripada orang politik. Mereka lagi hebat dalam bidang politik. Saya ni hanya seorang wartawan yang suka menulis dan melihat dunia daripada perspektif saya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bungaraya,

Saya bukan ahli Pergerakan Wanita UMNO. Biarlah mereka saja yang bertanding.

MT? Jika ada pencalonan pada masa akan datang. Itupun ....jika MT tidak lagi memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Datuk Kamilia sudah pun menang tanpa bertanding. Syabas.

Anonymous said...

Apa agaknya akan terjadi jika Sharizat kalah?

Jadi ke pelan peralihan kuasa?

Kalo tak jadi, saya harapkan Datuk Kamilia bertanding utk jawatan Ketua Wanita untuk pemilihan UMNO lagi 3 tahun ...

Dengan cara ini, Rafidah & Sharizat dua-dua skali out dari Wanita UMNO! Hahahahahah ....

Shahrizat tak cukup berani macam Datuk Kamilia ... dari dulu lagi asyik ikut cakap boss ...

Anonymous said...

Yalah...betullah tu apa yang Sharizat buat tu. Dah bagi peluang pada nenek tu untuk berfikir panjang dan berkompromi, tapi..tak sedar-sedar juga..baik redahhh aja!!
Lagipun..kalau diturut perancangan peralihan tu, bila Sharizat diberi kerusi tu..beliau akan menjadi pemangku ketua wanita sehingga perhimpunan yang akan datang. Tak glamerlah jadi pemangku orang... baik lagi dipangku!!
Lagi seronok kalau ada calon lain, biar meriah sikit... tidaklah overconfident sangat nak pegang jawatan tu..!! Bertanding sahaja.. keputusan tu lain cerita..ikutlah `tread' politik perwakilan masa kini...!!

rayliew said...

Terpulanglah kepada para perwakilan untuk menentukan siapa yang bakal memimpin Wanita UMNO..Yang jelas pertandingan jawatan tertinggi akan berlaku pada bulan Mac 2009... Peralihan kuasa pada bulan JUN 2009 jelas akan dipercepatkan...

vicky said...

Wishing them good luck and hope the election won't turn ugly.

Anonymous said...

Datuk

Shahrizat kena "checkmate"....
Bye2 Shahrizat.

Anonymous said...

Setuju, Rafidah pembuli hebat.
Politik Rafidah lebih hebat dari Sharizat, Otak Rafidah berpuluh tahun dicanai TunM, mana terlawan oleh Sharizat, apapun kita tgk macamana percaturan Sharizat nanti, kalau dia setanding dgn Rafidah, dia belum tentu akan menang, JAdi kalau Sharizat nak menang dia kena lebih 'terror' dari Rafidah, Mampukah? Bagi saya yg takpaham sgt politik, keputusan di tangan bakal mr presiden, he should decide. Perwakilan? Saya tak yakin..