Sunday, November 16, 2008

PENIAGA PERLU JAGA MUTU

Malam tadi makan di Medan Ikan Bakar di Umbai, Melaka.

Seperti biasa pilih gerai nombor satu kerana ikan bakarnya sedap.

Tetapi malam tadi mutu ikan bakarnya 'hancur' dan ada bahagian yang masih mentah. Apa ni?

Satu lagi, butter prawn dah jadi 'oil prawn'. Tak menjadi dan digenangi minyak.

Pihak bertanggungjawab kena selalu melawat untuk pastikan mutu ikan bakar sentiasa cemerlang.

Kecewa sikit.

(Posting tru NE90)

6 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Biasalah kalau dah orang ramai and out of control cooking dia tu.. kes sama terjadi kat saya dulu kat Telok Tempoyak, Pulau Pinang.. heee..

Anonymous said...

aku dh lama tak g kat gerai ni..
tokei kena jaga lah semua ni..jgn tahu letak harga dan kutip bayaran saja..apa salah g kat meja2 secara rawak cuba dptkan feedback dari mereka..dan kalu kena komen tu kenalah terima dgn hati terbuka serta dada yg lapang..dah tu ambil tindakan segera atasinye..sbb mereka yg jamu selera kat situ bukan belanja sikit2..ni kalu dh masuk blod kan dah tak bagus dan boleh gak menyebabkan pelanggan yg dah tau beralih arah!

Pemuda Malaysia said...

sabar je lah datuk..kadangkala kita tidak bernasib baik..

saya pernah makan di sebuah restoran mamak di Ampang. Apa yang mengecewakan air suam yang saya pesan berharga RM 0.60. tak patut langsung!!!

Quantum Metal Consultant said...

Cuba Dato' pi makan kat sini http://kluangmanexpress.blogspot.com/2008/11/lalat-jadi-makanan-di-johor.html

Anonymous said...

Biasalah tu. Kedai yang sedap selalunya ramai pengunjungnya. Masalah tak sedap atau tidak memuaskan hati adalah perkara biasa terutamanya bila kedai tersebut terkejar-kejar masa untuk melayan pengunjung yang ramai...

rayliew said...

Dulu bisnes tidak begitu bagus, peniaga akan cuba meningkatkan mutu hidangan untuk menarik pelanggan yang lebih ramai. Tetapi setelah bisnesnya bertambah baik, pelanggan pun ramai tetapi masalah yang sering berlaku adalah mutu hidangan menurun, kerana peniaga tidak dapat mengendahkan mutu hidangan, yang diutamakan adalah untuk mendapatkan keuntungan yang banyak dengan pelanggan yang ramai kerana telah TERKENAL... Tidak hairan juga berlakunya insiden keracunan makanan kerana hidangan yang tidak cukup MASAK atau keadaan persekitaran yang kotor..kerana kelalaian para peniaga yang utamakan urusniaga sahaja dan mengenepikan perihal kebersihan...