Sunday, November 16, 2008
BERHENTILAH MEMBUAT TUDUHAN (2)
(Jen Aziz dan Jen Azizan di Kem Bukit Jugra, Banting, semalam. DIY terlindung di tengah. Gambar Utusan Malaysia.)
Bacalah artikel ini yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 November lalu.
Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
PERBARISAN Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-75 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Khamis lalu nyata meriah sekalipun ketumbukan itu baru-baru ini menerima berita yang agak ‘merunsingkan’.
Lebih tepat, berita yang dimaksudkan adalah mengenai penangguhan pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 yang dijangka hanya mula diperoleh pada tahun 2011, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan dalam keadaan negara mengalami krisis ekonomi global, memberi ruang peruntukan itu disalurkan kepada sesetengah segmen masyarakat yang lebih memerlukan.
Dengan tenang, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal pada sidang akhbar selepas perbarisan itu memberitahu, pesawat-pesawat Nuri yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih berkeadaan baik dan boleh digunakan sehingga 2015.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang turut hadir lantas mempersetujui kenyataan Abdul Aziz tadi malahan mereka berdua sependapat tempoh tersebut masih boleh dipanjangkan sekiranya ATM, khususnya TUDM meneruskan kerja-kerja penambahkbaikan ke atas Nuri dari semasa ke semasa.
....BACAAN ARTIKEL SETERUSNYA DI AKHBARCYBER .
(Renungan Rimau : Apabila Malaysia memiliki kapal selam, ramai yang berpendapat apa gunanya kita membeli dan memilikinya kerana musuh boleh menyerang bila-bila masa menggunakan peluru berpandu untuk menghancurkan kapal selam kita. Dalam ertikata lain, kita tidak sempat lari, peluru berpandu itu telah menghancurkan kapal selam kita. Inilah fikiran singkat. Kita memilikinya kerana pelbagai guna. Bukan untuk pergi perang saja tetapi menjaga kepentingan negara seperti perairan negara yang banyak minyak. Gunakanlah akal sedikit sebelum bercakap. Lagi satu, pasal Eurocopter, pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak "amanah dan cekap" dalam pembelian itu. Tanyalah ATM yang akan menyangkal segala tuduhan itu kerana mereka adalah golongan profesional yang menyaring semua tender yang dikeluarkan. Jika tender itu mengikut prosedur termasuk diperakui oleh PAC, yang turut dianggotai oleh anggota pembangkang, mengapa isu itu selalu dimainkan. Pandai pula menggunakan sentimen "nyawa" anggota tenteralah atau isu "joy ride". Tahu tak mereka bahawa ada juga kapalterbang yang belum "siap" lagi, tetapi banyak negara sudah menandatangani perjanjian untuk membelinya. Tengoklah kepada nama pembuatnya. Sudah tentulah kita tidak beli daripada pengeluar yang tidak ada rekod baik. Satu lagi Eurocopter itu sudah banyak digunakan di pelbagai negara dan terbukti amat berkesan. Jangan mempolitikkan isu pembelian sehinggakan kita terpaksa terus menggunakan Nuri dan apabila ada "kejadian tidak diingini", kerajaan juga yang dipersalahkan. Gunalah otak sikit.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam DIY,
mikke ada dapat kontrak ATM ke baru nie?.....
teman apah pun takde...
DNL
Sdr DNL,
Teman wartawan, bukan ahli perniagaan. Oleh itu, pasti tidak akan mendapat kontrak ...tetapi mendapat beritalah. Mikke kalau hendak, carilah...mungkin satu hari nanti dapat kontrak.
Sedih tak dapat naik helikopter idaman yang lebih baik dan lebih selamat dari yang sedia ada gara-gara orang politik suka cucuk dari belakang.
salam tok rimau, malaysia hari ni dihinggap sindrom 'pembangkang' yg meluap-luap. apa saja yg kerajaan cadang,ada yg akan bangkang. betul ke tak betul ke bangkangan itu, belakang kira. yg penting kita bangkang. sampai nak beli helikopter pun punyalah susah. tapi kalau ada sebuah lagi nuri tersungkur ke tanah, pembangkang inilah yg akan menuding jadi marahkan kerajaan kenapa tak ganti dgn helikopter baru.....bila kita nak maju ke depan kalau melihat dgn sebelah mata??? orang yg menuduh oranag ni rasuah, orang tu rasuah, ada bukti ka???? kalau ada bawalah ke tengah, apa takut2...jangan main sedap mulut saja, nanti badan yg binasa...
payah betul bila ada je yang suka membangkang.beli heli baru dikata salah.tak beli heli baru pun dikata salah.
mungkin ada yang tak faham prosedur kenapa dan bagaimana tentang pembelian heli dan kapal selam tersebut.bila sebut pasal hal-hal ketenteraan je,mesti orang ingat perang.udara,laut dan darat kena jaga juga dari anasir luar.kena juga lakukan intipan demi menjaga keselamatan negara.
Salam Tok Rimau....
Saya melihat perkara ini sesuatu yang begitu serius. Kita harus maju kedepan agar kita tidak ketinggalan dari semua aspek. Kelengkapan keselamatan juga harus dipertingkatkan agar sama seiring negara di Asia. Ini bukan perkara yang membazir. Kalau pertahanan negara tidak dikemaskinikan macam mana negara hendak maju... cuma karenah birokrasi yang perlu di singkirkan.
Dato Tiger,
Bila satu hari nanti ada Nuri "crash" then semua orang kata KASIHANNNNN. Pembangkang pun heboh lah tu lah gomen tak peka ATM takde plannning dan macam-macam lah.
Tapi hari ni dia orang heboh mahal lah tak ikut prosidur lah. Aduhaii..orang politik berilah ruang kepada ATM untuk menjadi satu organasasi yang tidak engkau oragn politik kan nyawa tentera kita
Panglima Hitam
ahahaha... saje ngusik mikke je. temon udoh takde kepentingan dimalaysia dah.... tengok le kalu ada rezki lagi lepas ni. bila udah takde 3 abdul esok esok nye.
salam.
Sebagai negara yang dikenali di seluruh dunia, negara kita uga perlu melangkah ke hadapan dengan menaikkan mutu perkhidmatan negara termasuk keselamatan, tidak dapat dinafikan mekanisme keselamatan negara telah uzur dan perlu digantikn dengan mekanisme yang berteknologi tinggi supaya kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Kita telah berjaya untuk menghantar angkasawan yang pertama ke angkasa..
Usaha pembelian heli atau kapal selam hendaklah disokong kerana ianya adalah usaha yang baik untuk meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan untuk mengharungi penjenayah di perairan yang telah berubah menggunakan senjata yang canggih..SUSAHlah kalau pasukan tentera kita masih menggunakan senjata yang OLD FASHION atau OUT-OF-DATE..
Post a Comment