Posting Kedua - 12.51 tgh
Tahniah Cynta. Kena cari duit beli PSP -Play Station Portable. Seperti dijanjikan. Perrrgh.
Posting Asal - 5.51 pagi
Hari ini, adik-adik yang mengambil UPSR pada bulan puasa lalu, akan mengetahui keputusan peperiksaan mereka.
Pasti ada yang berdebar-debar menunggu keputusan.
Begitu juga Noor Cynta Camilia.
Malam tadi, beliau demam dan badannya panas.
Mungkin diganggu oleh kata-kata AJ, "Kalau tidak dapat 5A...jaga kamu".
Itulah perangai suka menyakat seorang abang.
Cynta, tidak mengapa. Dapat satu A pun Daddy tidak marah.
Daddy tahu, Cynta pun kurang belajar. Banyak melayari internet...Myspace.
Yang penting, jika kita gagal, belajar lagilah. Belajar terus belajar.
Carilah ilmu sepanjang masa.
Ada orang, malas belajar tetapi mahu berlagak pandai.
Thursday, November 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Salam Tok Rimau...
Tahniah bagi yang berjaya!!!!
Renungan : Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh keras mudah patah.
betul tu, yg penting mahu belajar lagi.
belajar zaman sekarang berbeza dengan kita zaman dulu.Dulu mak bapak agak keras kerana suasana pun keras.Bermain di bendang dan pokok getah.sekarang semuanya mudah .hanya petik dan tekan dihujung jari sudah dapat pengetahuan .Dulu zaman saya belajar sebuah buku boleh dipakai hampir semua adik beradik.Alhamdulillah berjaya juga ke puncak menara .apa pun sebagai ibu bapa kita jelaskan pada anak-anak apa matlamat hidup kita sebenarnya dan perjelaskan pada mereka , nescaya keinginan untuk mencapai matlamat itu menjadi spark yang memacu mereka terus belajar .moga generasi kita semakin bijak dan pintar hendaknya .
kata bapak terer sangat ada master la phd la. Sembang dalam blog kemas tinggi melambong. Apa guna bapak pandai kalau anak sendiri tak pandai. Apa guna jika bapak berjaya tapi anak gagal. Takyah perasan sangatlah tok rimau weh
anonymous yang kempat tu...
macam marah-marah saja. apa hal?
saja cari pasal ke?
Bahasa pun ala-ala gengster.
walaupun banyak yang saya tak setuju dengan blog Rimau ni, tapi taklah saya cerca peribadi beliau.
ada sejarah pahit dengan Rimau ke?
-Perantau Temoleh-
Datuk Harimau,
Patutnya saya pi jual PSP kat semua gate sekolah rendah hari ni...cover Selangor pun ok dah...rasanya boleh habis juga 500 biji kot...
Tahniah kepada yang berjaya!
Selain daripada MySpace, Cynta tidak melibatkan diri dalam dunia blog seperti DUNIATIGER?
Sdr Nadzri,
Cynta dan adik ada blog sendiri menggunakan blogspot. Cuma di peringkat awal saja. Kemudian lari ke Myspace.
assalamualaikum tok rimau
tahniah buat cynta dan keluarga ini satu lagi hasil derma pelajaran yang dibuat dulu...disamping usaha dan doa ibu bapa
tahniah
Tahniah kepada yang berjaya, dan kepada mereka yang tidak berjaya atau mendapat keputusan yang sederhana cubalah sekali..dan teruskan usaha untuk memenuhi ilmu untuk masa depan yang lebih cemerlang, kerana kerjaya-kerjaya masa depan memerlukan taraf kemahiran yang lebih tinggi serta SIJIL pelajaran yang lebih tinggi juga...
Salam Dato,
Tahniah buat anak Dato dan Dato sekali selaku bapa.
p/s: masa lulus srp tahun 1984 ayah saya belikan saya kasut "aliphs" warna biru, sampai sekarang saya simpan.
saya mengambil kesempatan mengucapkan taniah dan syabas kepada para pelajar yang dapat keputusan baik dalam ujian UPSR. kepada yang kurang memuaskan punya para pelajar, jangan putus asa dan terus berusaha lagi kerana masih ada peluang menunjukkan pakat anda dalam SPM dan STPM dan Universiti.
Jikalau parent ataupun abang marah kepada Cynta . . ini adalah menunjukkan kasih sayang kepada Cynta cuma tidak tahu macam mana sampaikan saja. haha . .
hehehe... dulu takde PSP... minta apa pon cuma sekali je dapat. Itupon masa form 5. Dapat Jam. Now, dah kerja dok beli hadiah untuk diri sendiri. Cover masa dulu2 parents tak dapat belikan. Now adik2 n anak yang seronok. Hahaha....
Tok Tiger,
USAHA TANGGA KEJAYAAN. NAMUN SEMUANYA DI TANGAN TAKDIR ILAHI.
KALAU GAGAL TAK BERERTI KITA GAGAL SELAMANYA.
ANAK DAN BAPA TAK SAMA.MASING-MASING ADA KEREKTOR DAN ROH SENDIRI LA.
Semua ibubapa nak anak2 maju dan berjaya dlm semua bidang. Kejayaan hari ni tak menjamin kejayaan dimasa depan jika terpesong ditengah jalan, kegagalan hari ini boleh menjadi pedoman kejayaan dimasa depan.
Ramai jugak kawan2 yg tak tahu membaca ketika darjah 5 tapi sekarang berjaya dgn sekeping ijazah. Ramai juga kawan yg amat hebat dibangku sekolah tapi sekarng kering dek dadah dan bermacam2 penyakit sosial.
Assalamualaikum,
Kesian Cynta, pressure sampai demam2. Tahniah kepada Cynta, teruskan prestasi cemerlang anda.
- My niece pun dpt 5A. Alhamdulillah.
Wassalam.
Sdr Ainul AB,
Terima kasih. Cynta dah tersenyum kerana dah mula bermain dengan PSP barunya.
Congrats to your niece too.
Sdr Junkopile,
Terima kasih.
Sdr TJ,
Terima kasih. Barang berharga perlu disimpan dengan baik. Semoga Sdr maju jaya dalam tugas dan kehidupan.
Sdr Babybee,
Terima kasih.
Saja abang hendak menyakat Cynta. Carik-carik bulu ayam.
Post a Comment