"Saya tahu bila saya nak pergi tapi bagi saya bantu DS Shahrizat Jalil sampai Jun 2009 untuk kukuhkan Wanita dan parti," kata Tan Sri Rafidah Aziz pada sidang media Wanita UMNO yang sedang berlangsung mengenai keputusan EXCO Pergerakan itu yang memutuskan peralihan kuasa Ketua Wanita UMNO kekal Jun depan. - AGENDANEWS.
(Renungan Rimau: Kalau TS Rafidah sudah tidak mahu, tidak payah paksa dia. Tetapi jika ada orang berani lawan, tentu ahli Pergerakan Wanita UMNO akan membuat keputusan mereka. Jangan kacau saya baaa.)
Monday, November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
assalamualaikum tok rimau
jika pemuda seremban dan bahagian telah bersuara walaupun suara keluar dari kerusi yang beterbangan, adakah wanita juga berani bersuara??
tetapi bersuaralah dengan diplomasi dan tidak perlu apa2 pun beterbangan
Bantuan boleh dalam berbagai cara dan kaedah. Persahabatan yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya dalam keadaan dilema. Apa pun, rasanya wanita lebih arif dalam membuat keputusan.
salam mr. tiger? lama tak bertemu!
saya mahu kacau dengan memberi komen yang agak ganas.
Rayanya lah mr tiger, kalau dah cukup pencalonan untuk bertanding. tanding jee lah.
apa mau susah2 pikir baa..
http://pkrpasdap.blogspot.com
Kenapa peralihan perlu masa yang panjang? rafidah kena jawab
kenapa tak boleh sabar dan selama ini sudahpun dipersetujui. syarizat kena jawab.
abe MIE cadangan biar perwakilan buat keputusan kalau susah sangat nakbuat keputusan nanti.
rasanya dah tiba masanya kot buat Rafidah beri jalan kepada muka baru untuk menerajui Wanita UMNO.dah lama sangat pun Rafidah memegang jawatan tersebut.orang lain pun nak merasa juga.
tapi jika kedua-duanya bersetuju untuk mengikut peralihan kuasa maka tiada masalah.cuma Shahrizat jangan nampak sangat gelojoh.slow and steady.bersabar sikit kalau tak nanti mana lah tahu terlepas.
Shahrizat dah layak untuk jadi ketua wanita UMNO.cuma yang menghalang sekarang ini ialah Rafidah kerana dia masih duduk sebagai ketua wanita.
samada Rafidah berundur dengan segera atau mengikut pelan peralihan,barulah Shahrizat boleh dinobatkan sebagai ketua wanita.
rasanya rata-rata mahukan orang baru sebagai ketua wanita.Rafidah sudah terlalu lama berada dimana dia ada sekarang.
tapi bak kata dunia tiger,jangan paksa dia untuk berundur kalau dia belum bersedia lagi.tak lama lagi pun.kalau Shahrizat boleh bersabar,jadi tiada masalah.tapi takut ada yang jadi "tukang cucuk" pulak hendak laga-lagakan mereka berdua.
Wanita UMNO akan lembek di tangan Sharizat jika Rafidah tidak bantu, begitulah agaknya maksud tersebut.
Ada keanehan sedikat mengapa Rafidah hanya mahu berundur pada bulan Jun 2009.
Jika Pak Lah mahu berundur pada bulan Mac, dan jawatan Ketua Pemuda pun akan bertukar pada tarikh tersebut, mengapa Rafidah mahu terus bergayut pada jawatannya hingga Jun 2009?
Salam,
Kalau saya boleh memberi pendapat, sebenarnya wajar sekali Rafidah menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat pada bulan Mac 2009, kerana Abdullah pun akan menyerahkan jawstannya kepada Najib pada tarikh tersebut, manakala jawatan Ketua Pemuda dan Puteri juga akan bertukar tangan pada tarikh yang sama.
takda siapa sanggup pergi dulu dalam politik, bro. rafidah kata dia nak bantu sharizat kukuhkan parti, betullah tu. tapi yang peliknya, paklah pun ada cakap yang dia akan terus bantu kukuhkan parti walaupun selepas tidak lagi jadi PM. Tun M pun pernah cakap. Aku pun tgh bantu kukuhkan parti ni tapi parti yang tak mahu bantuan orang macam aku ni. sebab aku tak berduit! rafidah banyak duit, mungkin boleh bantu dari sudut tu agaknya... wallahualam...
1. Rafidah nak tunggu Najib jadi PM Mac 2009.
2. Rafidah mintak jadi Senator dan Menteri MITI, ganti Muhyiddin yang akan pegang jawatan Menteri Pertahanan, ganti Paklah (atas nasihat Rafidah).
3. Bila dah jadi Menteri, Rafidah ubah pelan peralihan ke 2011, perhimpunan akan datang.
4. Cucu-cucu Rafidah tak tahan nenek dia ada kat rumah. Membebel aje. Elok pergi kerja.
Salam Tok Rimau...
Eloklah kalau dah setuju nak buat peralihan JUN ekot ajelah. Jangan bergaduh. Tak Baik untuk UMNO. Nanti nampak sangatlah orang-orang UMNO nak sangat Kuasa sehingga lupakan masyarakat bawahan..
Renugan : Kalau Nak katakan Nak, Kalau Sudi katakan Sudi
Salam Tok Rimau.
"ala DS Shahrizat, bertanding sajalah... lawan 1-1" (itu kata saya).
Wassalam.
Dah patut sangat le Rafidah serahkan jawatan tu tanpa menunggu Jun '08 ni. Dah terlalu lama dah... rambut pun dah jarang2..dah nak hampir botak. Patut sangat le pakai tudung.. bior tutup aurat tu Kak Pidah oii....
Timah Jiwa Lara
kalau rafidah nakkan jun..bg kan ajer laa..3 bln tu tak perlu lah nk jd kan isu..pangku pun tak perlu lah nk jd kan isu..apa kita nk sibukkan sgt hal-hal remeh camtu..lagi pun dia dh janji..kamik rasa janji pidah ni boleh lah pakai banding ngan poklah tu..rafidah pun ok..pilihanraya pun dia menang..shahrizat kecundang dgn budak mentah ape ke nama anak al juburi tu..lupe lar pulak..dia tak mcm poklah..atleast ade gak org yg bijak yg boleh pressure kat poklah tu..shahrizat ni org kuat poklah..dh tentu lah asyik meng "yes" kan ajer..
dh cukup pencalunan..masuk jer lar labi..takut per..takut telepas?
Salam.
Saya tak nampak apa relevannya alasan DS Rafidah utk megekalkan plan peralihan kuasa pd JUN, jika ini dikatakan keputusan exco maka ia menafikan pandangan akar umbi, kecuali ada hal hal yg tersembunyi, maka sepatutnya DS Rafidah yg patut undur sekarang. Mengukuhkan parti? Ia bukan masalah jika Rafidah mengelak dari memecahbelahkan wanita umno. Tindakan meneruskan plan peralihan hanya akan memporakperandakan umno kerana ia akan dilihat sebagai membelakangkan kehendak akar umbi dan juga menafikan hak kamelia utk bertanding. Apa kata akar umbi yg ingin melihat kamelia di kerusi no2?
Kami yg jaug akan melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yg tidak sihat, kami tertanya2 apakah ini plan peralihan kuasa antara Rafidah dgn Sharizat atau Sharizat dgn Kamelia? Fikirkan apa yg akan terjadi sekiranya Kamelia bertanding dan keputusan, sharizat tewas?
P/s: Komen didlam berita harian hari ini amat logik..
Rafidah lagi terselah kepimpinan nya Shahrizat lebih popular tapi kalah diLembah Pantai ,Wanita mencari meritokrasi ke atau populist? jgn emosi Shahrizat tak sesuai jadi ketua wanita carilah muka muka baru yg menang bertanding PRU 12 , Azlina pula tak sesuai dlm wanita.
Salam Tok Rimau,
Kalau orang dah kata pergi, pergilah dengan rela hati..tak payah nak bersenandung lagi dah.....
Tok Tiger.
LAWAN DULU BARU TAHU.
Pelan alih kuasa bukan boleh percaya sangat.Pelan adalah satu cadangan atau rancangan oleh manusia yang boleh berubah2 ikut suka dia aje.
Ano 2:31 PM kata ...
"kalau rafidah nakkan jun..bg kan ajer laa..3 bln tu tak perlu lah nk jd kan isu..pangku pun tak perlu lah nk jd kan isu.."
Kalo kita fikir impak yg lebih jauh, apa guna kita ada KEtua Wanita cuma 3 bulan, dan seterusnya hanya ada Pemangku Ketua Wanita selama 3 tahun?
Lagi teruk, kerusi Naib ketua wanita jugak terpaksa dikosongkan selama 3 tahun ..
BUkan ke ini merugikan Wanita UMNO sendiri yang terpaksa bergerak hanya melalui Pemangku Ketua selama 3 tahun?
Besar impaknya beb! Yg Nek Pah ni 3 bulan pun nak kira ke? Kasi jer lah ...
Dari elok2 orang suruh undur secara baik, tak pasal2 Nek Pah kita ni disingkirkan sendiri oleh ahli2 Wanita nanti ...
Salam Datuk,
Keputusan TS Rafidah itu pun baik juga, utk kebaikan dan kemanan semua tunggu sahajalah plan peralihan kuasa itu tiba..tak akan ke mana juga...cuma BERSABAR sedikit...
kalau takat nak bantu shahrizat tu kat tepi tepi pun boleh... berenti secara terhurmat tolong laa....
yang dok sebok nak tunggu jun tu buat apa. kalu dia nak tolong tak kan sanggup tengok shahrizat tersepit macam anjing dah.....
kok kalu dia ada agenda dengan kamelia kot. tengok shahrizat kalah dok lagi laa....
hahahah
Hanya perwakilan yang dapat menentukan..orang luar tidak dapat mempertikaikan..
Post a Comment