Wednesday, November 19, 2008

MALAYSIA MANFAATKAN INTERNET

BANGKOK — Malaysia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Singapura adalah negara di Asia Pasifik yang penduduknya paling ramai memanfaatkan kemudahan Internet dengan 55 hingga 80 peratus penduduknya mempunyai akses kepada Internet menjelang 2007.

Sebagai perbandingan, lima negara menduduki tangga paling bawah — Myanmar, Timor-Leste, Tajikistan, Bangladesh dan Kemboja — mempunyai kurang satu peratus daripada penduduknya menggunakan Internet manakala purata bagi rantau ini ialah 20 peratus.

Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unescap) berkata disebalik kemajuan pesat di Asia dan Pasifik dalam memanfaatkan teknologi maklumat (ICT), masih wujud perbezaan ketara antara negara perpendapatan tinggi dan negara berpendapatan rendah dalam akses kepada Internet.

Katanya masih wujud jurang besar walaupun kajian menunjukkan penggunaan telefon dan Internet mencatatkan peningkatan dalam tempoh lima tahun lepas sejak Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Maklumat (WSIS) pertama kali diadakan pada 2003.

“Bagaimana untuk menangani ’jurang digital’ ini menjadi fokus pada mesyuarat yang sedang berlangsung di Bangkok dengan peserta terdiri daripada pakar ICT daripada kerajaan, akademik, PBB dan agensi antarabangsa lain dan sektor swasta, termasuk Microsoft,” kata Unescap dalam kenyataan.

Agensi itu berkata jumlah pengguna telefon bimbit meningkat hampir 70 kali ganda di Asia Selatan antara tahun 2000 dan 2007 dan lebih 40 kali ganda di Asia Tengah manakala di Asia Tenggara, yang secara kolektifnya mempunyai pasaran yang lebih maju, jumlah penggunanya masih tumbuh kira-kira 10 kali ganda.

“Namun, pertumbuhan paling pesat dicatatkan di negara paling miskin di rantau ini. Negara yang paling kurang membangun di rantau ini adalah kumpulan yang menyaksikan penggunaan telefom bimbit meningkat hampir 80 kali ganda,” katanya.

Mesyuarat kumpulan pakar itu, WSIS+5 dan Isu Baru di Asia dan Pasifik, berobjektif sebagai platform untuk membincangkan aspek teknikal pembangunan ICT dan pandangan pakar mengenai isu utama — seperti masalah berkaitan infrastruktur — yang perlu ditangani di peringkat serantau.

Antara isu dibincangkan ialah status semasa ICT dan pelaksanaan Pelan Tindakan WSIS di rantau Asia-Pasifik dan isu utama yang mengekang komunikasi melalui ICT di negara-negara membangun.

Juga dalam agenda ialah integrasi ICT dalam program pengurangan risiko bencana yang efektif, sebagai contoh, dengan menyediakan penyelesaian teknikal seperti sistem amaran awal, sistem komunikasi lebih baik untuk membantu usaha pemulihan selepas kejadian bencana di seluruh rantau ini. - BERNAMA

(Renungan Rimau : Gunakanlah internet untuk kebaikan. Adalah lebih baik blogawan syok sendiri daripada memfitnah orang lain. Kalau syok sendiri, seseorang blogawan itu mungkin membuat orang menganggapnya pelik atau spesies tertentu, tetapi jika blogawan itu berbohong atau memfitnah, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencemarkan imej orang lain).

10 comments:

rayliew said...

Kerajaan kita telah membekalkan teknologi canggih kepada kita, dan kita hendaklah menggunakannya untuk tujuan yang baik, janganlah cuba menyalahgunaan kemudahan ini...INGAT-INGATLAH, negara kita mempunyai akta yang baik untuk menangkap mereka yang melanggar undang-undang negara...KEBEBASAN bertutur tidak pernah disekat, namun mereka yang cuba membaut hal hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan palsu yang diutarakan..

abe MIE 'TERJAH' said...

internet untuk kebaikan..internet sebagai proses demokrasi...namun ada baik dan buruk.

Jitu said...

Setuju, lebih baik jadi bloggers syok sendiri dari pemfitnah. Terlalu banyak bloggers sekarang yang memfitnah orang. Apa kata kita jahanamkan pemfitnah ini. Oh terlupa pula pasal perasuah dan penerima rasuah. Jangan kita lupa pasal perogol dan juga mereka yang suka main belakang. Mereka juga patut dijahanamkan.

MAWAR BERDURI said...

salam mr tiger?

benar sangatlah kata2 mu wahai mr tiger yang budiman..

saya pun tengah syok juga ni berinternet setiap hari di kala ada masa yang lapang..

walau apa pun, lama sudah mr tiger ndak datang sabah...bawalah chinta p sabah lawat the tip of borneo. siuk lagi dari p australia mr tiger.

k selamat melancong

MAWAR BERDURI said...

salam lagi?

gambar mr. tiger 2 kan mengkagumkan mcm gambar peguam menang kes..hehehe

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Macam peguam? Waa... betul ka baa?

Sabanarnya, akulah yang selalu jumpa peguam. Minta nasihat kerana banyak pihak yang suka gertak orang dengan surat lawyer. Apa mereka ingat kita takut ka? Hidup masti berani baa.

Apapun, ada umur nanti kita jumpa baa.

Unknown said...

Apa Jadi Dgn Sharukh Khan?

pulasperut said...

bagi ambo, tidak perlu penggunaan internet ni dikaitkan dgn blog. sb internet ni terlalu luas penggunaannya dan percent penggunaan internet utk blog bukannya mengatasi penggunaannya utk tujuan lain. ambo xfhm kenapa Malaysian sekarang kalo teringtkan internet pasti teringtkan blog.. mungkin baru terdedah kepada blog kot.. tolong pantas ckit pemikiran..

Anonymous said...

Salam...
Kalau benda yang baik dibuat benda tak baik,maka tak baiklah jadinya. Bagaimanapun..kita kena ikut `demand',kalau tiada `demand'.. tak adalah penyebar2 fitnah dimuka bumi ni...!! Kalau macam tu.. tiadalah kerja para iblis2 nanti..semua gulung tikar tukar profession..jadi pendakwah agama lagaknya.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Sebenarnya internet banyak kelebihannya. Silap-silap kita boleh imbangi kelebihan dari keburukan. Jika ia tidak disalahguna, ia boleh memberi banyak manfaat kepada kita. Malah ada jutawan di negara kita yang menjadi jutawan dengan berniaga melalui internet. Ia juga menjadi media untuk menghebahkan pelbagai berita yang mana dengan satu klik satu dunia boleh tahu. Sebab itulah kita tidak boleh menyalahgunakan internet. Kita cuba manfaatkan sebanyak mana kebaikan yang boleh kita dapati melalui internet...