Wednesday, November 26, 2008

TIDAK MAHU BAYAR HARGA AMBIENCE?

Ambience secara mudah boleh diterjemahkan kepada suasana atau keadaan sekeliling sesuatu tempat. Sebagai contoh ambience dalam sebuah restoran termasuklah dari segi decoration, kerusi meja atau perhiasan di sekelilingnya.

Ia mungkin juga boleh dikaitkan dengan keadaan kebersihan atau bau-bauan di restoran itu.

Jika masuk ke kedai mamak, anda akan mendapat "bau percuma". Ada yang keluar daripada restoran mamak mendapat bau kari atau bau roti canai. Pagi ini, DRH mendapat bau kari Restoran Syed. Nasib masing-masing.

Perkataan ambience ini pernah dikaitkan dengan seorang bekas Presiden sebuah negara. Selepas makan, beliau meminta bil makanannya. Apabila melihat bil yang terlalu tinggi, beliau bertanya kepada pegawai khasnya mengapa harga makanan itu mahal.

Pegawainya menyebut bahawa beliau bukan saja perlu membayar harga makan itu saja tetapi ia termasuk ambiencenya sekali. Lalu, beliau berkata kepada pegawainya bahawa beliau tidak mahu membayar harga ambience itu tetapi hanya mahu membayar makanan. Lain kali jangan pergi ke restoran yang kena bayar ambience. Apa punya Presiden lah?

Ambience tempat kerja juga menentukan seseorang itu boleh bertahan atau terpaksa berundur. Dalam ertikata lain jika ambience atau suasana di tempat kerja tidak menyeronokkan, sudah pasti seseorang itu akan meletakkan jawatan.

Melainkan orang yang bersikap tidak kisah atau berkulit sekeras "gajah". Ataupun tiada pilihan.

Bagaimana ambience di tempat kerja anda?

5 comments:

bungaraya said...

Tok Rimau,
Saya telah bekerja di Jabatan saya hampir satahun setengah. Yang ada dalam bilik saya hanyalah Meja dan kerusi eksekutif sahaja. Tidak ada Rak-Rak buku dan Kabinnet fail untuk saya menyimpan semula hasil kerja saya. Saya telah minta namun sehingga kini tidak di kota. Kononnya terpaksa mendapat kebenaran ibu pejabat untuk membeli harta pejabat. Mana mungkin tempuhnya sehingga setahun setengah.

somboon cheanswaths said...

tapi bilo keno bayar maha bilo minung di keda mamak tu pasa ambience kari power kor pasa jambe dio kotor?

Anonymous said...

dah memang macam kebiasaan bila company malas nak keluar duit untuk memberi ambience yang bagus untuk pekerja bekerja.yang majikan nak ialah kita kerja rajin bagai nak gila.huh!

Anonymous said...

Ambience tempat kerja bergantung kepada boss. Kalau bos kreatif ok la. Kalau kreatif tapi disudut lain banyak birokrasi tak ok juga. Nak buat macam-macam tapi budget tak ada, tak ok juga. Kalau unit kewangan kata tak ada duit apa yang boleh dibuat.Nak mintak komputer canggih sikit sebab nak keluarkan idea kreatif, berulat tunggu tak dapat jugak. Main dengan birokrasi ni lemah dibuatnya. Potong stim. Campor pulak mainan politik, lagi kantoi. Saya bercakap sabagai saorang yang sudah hampir 28 tahun dalam kerajaan.
=AjiRomlee=

rayliew said...

Ambience tempat kerja sememangnya mempengaruhi mutu pekerjaan seseorang, sekiranya kemudahan di pejabat tidak lengkap, maka perjalanan kerja juga terganggu kerana kekurangan peralatan yang lengkap.. jadi terpaksalah keluar duit poket untuk menyiapkan tugasan tersebut di kedai. satu kali dua kali bolehlah tanggung, tetapi sekiranya ianya berterusan, bankruplah saya...