Bilakah agaknya orang ramai suka makan cendol?
Pasti ramai yang akan menjawab waktu panas.
Salah.
Wak Herman, penjual cendol dari Paya Jaras memberitahu saya, waktunya ialah ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan ketika waktu redup. Bukan waktu panas.
Itu jawapan peniaga cendol lebih 20 tahun.
Hari yang digemarinya? Jumaat kerana boleh membuat jualan yang banyak. Sebelum dan selepas Jumaat.
Jika hujan, beliau "tutup kedai" dan balik ke rumah.
Beliau bukan saja membuat cendol tetapi juga gula dan air batunya sendiri. Ada peti sejuk besar untuk membuat air batu.
Pendapatan? Paling sedikit ialah RM50 sehari.
Ada blogawan yang hendak tukar profesion?
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Salam Dato',
Alamak. Cendol memanglah sedap tapi dia punya gula.. mak aih...
Bercakap pasal cendol ni teringat saya tentang pemanis tiruan. Saya percaya harga pemanis tiruan tu jauh lebih mahal dari gula tebu. Katakan harganya sama atau lebih murah dari gula tebu, dan digunakan pulak dalam pembikinan cendol, bukan setakat sebelum dan selepas jumaat, hari hari saya akan bedal punya..!
Nampak sangat saya ni 'diabetic' kan? Haha.
Sdr Erotomania,
Makanlah cendol Wak Herman saja.
Semua dia buat termasuk pemanisnya.
Dulu, heboh kata ada orang buat cendol menggunakan campuran "cacing" dengan tepung beras. Tak tahu daripada mana asal cerita itu.
Tapi, Wak Herman guna tepung beras, gandum dan ubi kayu untuk buat cendol.
Hari ini, cendol dia masin sikit. Ada orang yang suka masin takpelah.
betul tu,time angin sepoi2 yg best mkn cendol..waktu panas..minum air kosong jer sedap!!
Sdr Hayati,
Kalau nak sedap....tambah kacang merah dan pulut. Mak mentua lalu kat belakang pun tak nampak. Memanglah...mata pandang cendol saja.
bro,
remember our days at MTES? sampai bas-stand lamo, makan cendol dulu. maso tu 10 sen.
cendol memang kegemaran rakyat malaysia berbilang kaum. omputih puh suko.
di masjid tanah sekarang ni, kalau tak silang ada orang utara yang jual cendol kat stesen bas baru, bucu tapak pasar mlm. buleh tahan gak.
oleh kerana cendol ni kegemaran rakyat malaysia, orang politik patut ambil iktibar. cari formula yang dapat menyatukan rakyat semua kaum dalam satu parti. jgn asyik fikir bangsa sendiri....
akum bang kalu nak best lagi letak roti
Sdr Jai,
Apo tak ingat. Tongahari cari cendoi kekk topi dinding bas stand.
Ari paneh, kono cendoi... mosti bordonggong kopalo. Kekadang, dio juaa lima sen...tapi takdo ais. Nak potang tu, dia bagi pree jo.
Ograng politik yang lomah tu campakkan cendoi kat muko dio. Bagru la dio jago.
Sdr Gafaro,
Roti makan dengan ais krim.
Masa sekolah kat MTES dulu, masa hari sukan, makanan yang disediakan ialah aiskrim dibalut dengan roti. Kena dapat kupon dulu, baru boleh "pekena".
Roti bubuh dalam cendol, pun ok juga kot. Tapi roti pasti kembang.
boss,memang masa angin sepoi2 tu sedap makan apa saja,tapi masalahnya sekarang ni angin kencang dan hujan lebat da... tak selamat nak pekena cendol tepi jalan....nasib,nasib.
Orang nogori nak komen lak.Bab citer cendol ni, mana leh lawan `cendol pilah'di bas stand pokan pilah. Di tambah lak laie makan dengan rojak pilah...Emmm silap hari bulan kata orang nogori...`dah kono komat orang pilah'...Keunikan cendol pilah guna gula anau yang pio punya datuk. Jengok2lah orang nogori ni hah kalau nak raso cendol pilah lak...
Sdr Rafa,
Pekena esok sajalah.
Sdr Coweng,
Waa, promott cendoi pilah nampakk..Amacam sromban, ok ko. tok hassan amacam? stedie lagi tak?
assalamualaikum tok rimau
ape kate tok bukak cendol delivery, especially dewan rakyat mesti laku sebab panas kat dalam 2
Promott tak lah, tapi orang kata pemikat jo...Tok hassan mantap...okey...okey jer...meh lah datang sromban...Dio nunggu jo kunjungan orang sana...
Salam Dato,
Satu lagi klu nak test cendol harus dan wajib kat depan masjid seksyen 16 shah alam.pergggghhhhhh.power tok...jangan tak cuba tok.
Syabas kepada Wak Herman yang masih berusaha kuat untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya, tidak kira apa jenis kerjaya yang kita lakukan, semuanya adalah untuk menyara keluarga kita yang disayangi.. tetapi jangalah terlibat dalam kerjaya yang haram dan menyalahi undang-undang hanya semata-mata untuk mendapatkan wang lumayan...yang lumayan itu tidak halal..ingat.ingatlah...
sejak bila blogawan jadi profesion?
*floyd*
Datuk Harimau
makan cendol kat Lembah Kelang ni letih la...kacang merah dia kecik-kecik.. cuba pi makan cendol kat Taiping/Pt. Buntar -- kacang merahnya pehhh, puas hati betul...
teringat mamak cendol tepi pantai pontian.. best ooo
Post a Comment