Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan, hari ini menghentam Datuk Kamilia Ibrahim kerana berkeras hendak bertanding Naib Ketua Wanita dan tolak pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.
Katanya di Kuantan, sebagai anggota EXCO beliau tidak datang bermesyuarat berkali-kali apabila kita membincangkan hal ini dan selepas itu tidak pernah bersuara menyatakan tidak setuju dan hanya bersuara selepas habis pencalonan. - AGENDANEWS.
(Renungan Rimau : Biarlah Datuk Kamilia bertanding. Orang suka kat dia, bagilah peluang beliau bertanding. Kalau Datuk Maznah hendak bertanding Ketua Wanita pun, saya setuju...Bagilah peluang kepada kawan saya tu. Apalaah macam tu.)
Friday, November 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Salam Dato' Tiger.
Jika akar umbi memilih supaya diadakan pertandingan "maka bertarunglah".
Jika takut bertarung, jangan impikan jawatan tertinggi.
Dalam parti, mana mungkin wujud perpecahan. Hanya manusia pendendam dan pengkhianat yang akan memecahkan parti.
Setiap pertandingan yang bersih akan melahirkan budaya yang suci. Maka pupuklah budaya ini agar ianya dijadikan amalan generasi akan datang.
(Mahukan Pertandingan)
(Semaikan budaya bersih agar ianya dibudayakan)
Kawan Dato' tu ada masalah ke, demam atau kena 'picit dari orang atas' suruh dia bercakap...lain macam je bunyinya...
Jawatan Exco Wanita yang ada sekarang akan tamat dan bubar sebaik sahaja PAU bermula, yang kemudiannya berkuasa untuk menentukan ialah perwakilan dari Bahagian, suara Exco yang ada sekarang hanya tinggal nyawa nyawa ikan.
Elok Datuk Maznah lipatgandakan usaha mempengaruhi perwakilan untuk mengundi Sharizat dari memberi pandangan yang membelakangkan hasrat akar umbi yang mencalonkan Kamalia untuk jawatan Naib Ketua.
Sdr Kluangman,
Bagilah peluang kepada kawan saya, Datuk Kamilia Ibrahim tu bertanding...mungkin dia boleh menang. Jika Datuk Shahrizat bertanding Ketua Wanita, maka Datuk Kamilia akan menang tanpa bertanding. Mungkin begitu?
assalamualaikum tok rimau
setiap ahli berhak bersuara dan setiap calon juga berhak yang sama
jika akar rebung mahukan perubahan disegerakan pucuk rebung pun patutlah melihat bukan hanya nak tahan sini dan sana..tsr patutnya membri laluan apabila isyarat
jelas mahu ia disegerakan nak tunggu apa lagi?/ lagi pun bukan dia tak boleh membantu dari luar..
sekarang umno bukan lagi parti monopoli/dominan takut nanti umno akan jadi syok sendiri menang pemilihan tapi PRU13 terbarai..
Salam Dato
Penatlah dengar cita wanita umno ni.. Semua ni tak bagus utk umno.. kan mudah kalau ikut aje perlembagaan. dah layak bertanding, bertanding aje lah. Yg kat atas tu apa masalah sebenar dia? semua kekalutan dari suara2 kanan kiri sokong tak sokong ni akan akan menambah ke'muak'kan rakyat, usah kata org luar, yg tak berparti, org umno sendiri pun mual mendengar benda2 macam ni.. kata nak kukuhkan parti tapi langkah dan tindakan meruntuhkan parti.
Dah lah kak pidah, kak izat, bincang lah elok2.. Bakalp presiden pun asyik kata biar depa selsaikan sendiri.. susah lah kalau mr. presiden pun takboleh nak kontrol.. tolonglah selamatkan keadaan dari terus membiarkan jadi lebih teruk. Org bukan tgk wanita ajer.. org tengok big boss juga..
Biarkan Rafidah menang Ketua Wanita
lihat Kamilia betanding lawan Shahrizat siapa siapa menang pun bulan june Rafidah akan serahkan ketua wanita . Kamila bolih kalahkan Shahrizat flip flop ,jun nanti Kamila jadi pemangku ketua wanita.
Salam Tok Rimau....
Pada hemat saya, kalau dah nak dok berebut jawatan ketua siapa yang nak jadi pengikut. Biarlah akar umbi yang tentukan siapa yang layak jadi ketua. Macam mana nak perkasakan UMNO. Fikirlah wahai orang-orang yang UMNO. Jangan biarkan UMNO jadi landasan untuk berebut kuasa.
Tok Tiger;
Lawan dulu la.
Takkan group wanita pun dah ada budaya takut pada bayang2 sendiri.
Takkan lidah dah bercabang,kejap cakap lain....esok cakap lain dalam sistem demokrasi.
Exco tu siapa yang lantik?Nak duduk kat situ sampai bila.Lihatlah MCA dah ada NP wanita.
Terpulanglah kepada para perwakilan untuk menentukan, orang luar jangan campur tangan..
Salam,
Datuk Kamilia Ibrahim hendak bertanding. Baguslah begitu,kerana dia hendak mengikut kehendak akar umbi dan perlembagaan parti.
Pelan peralihan kuasa sebenarnya tidak ada dalam perlembagaan parti.
Jadi mengapa Rafidah dan para penyokongnya berkeras sangat tentang hal itu?
to: Dr.Novandri Hasan
Naib Ket Pemuda,Bukit Gelugor
hang nak bertanding EXCO pemuda? ahli pemuda hang,nak minta chop surat rayuan pengurangan caj ganti my-kad pun hang tak boleh buat,hang nak cakap pasai perjuangan pemuda?hang pi suluh muka hang dulu laa...
Datuk Kamilia Ibrahim adalah anak Ibrahim. Sebab tu Datuk sokong Datuk Kamilia kerana berbintikan Ibrahim.
Saya bergurau je..
Saya mahu melihat Wanita UMNO diperkasakan di bawah 2 tokoh utama iaitu separuh bertudung dan bertudung penuh (muslimah contoh).
Kini, kami menolak Wanita UMNO yang tidak bertudung.
(Wanita Islam penyelamat Generasi Global)
"Bertandinglah kerana UMNO menjujung demokrasi...!
Tok,
Hormati suara akar umbi.itulah yg saya nampak dlm wanita umno.tok, dato kamliia ada perancangan yg baik utk wanita umno.saya sokong dato kamillia
Orang pompuan punya hal ni, lelaki jangan campur. Silap haribulan, penyokong kat rumah tu mogok sebab si suami tak sokong calon dia.
Siapa yang kalah ? Suami jugak.
Sharizat patut bertanding Ketua dan juga Naib Ketua.
Kalau dia menang dua dua, dia boleh serahkan Naib kepada Kamalia.
Kalau dia kalah Ketua, dia masih ada ada jawatan Naib (Kamalia kalah)
Kalau dia menang Ketua, padan muka Rafidah.
kalau dia kalah dua dua, padan muka dia.
Too many cooks spoil the soup.
ape yg pening sgt tu..apalak nk ader peralihan2 lak..kalu iklas, pidah dh dh lah tu..jgn lar tnding lg ketua tu..biar sahrizat jer yg tnding..tak puas lg ke jd ketua begitu lama..kita salute dgn sumbangan anda..ta dh,dh lah tu..
sahrizat lak ape yg takut sgt tu..tanding ajer ler ketua..ni nk bermuka2..nk jaga hati sgt..cmner lah org nk respect kita..tak ader pendirian..bacul! aper nk hiraukan sgt pidah tu..zaman dia dh nk berlalu..umpama keris dh dipinggang, hunuslah..tp tlg jgn minta maaf lak yer..kalu kalah, apa nk buat..tp kita sekurang2nye dh tunjukkan "kebetinaan" kita sekurang2nye..kalu kita iklas, jgnlah congakkan sgt imbuhan2 yg kita akan terlepas..kita pike sahrizat bukan bergantung hidup sgt pd income politik..
aku slute dgn kamilia..ade pndirian..exco yg persoalkan dia tak dtg mesyuarat tu jgn lah nk tunjuk baik sgt..nak ampu sgt..dia tak dtg tu ader le sbbnye..dier bukan "ahli politik makcik kg".. nak tau aper sbbnye? sbbnye exco2 yg lain tu cumer kaki ampu..tak ader pendirian..tguklah nnti kalu kamilia menang..berebut2lah yg akan cium lutut dier..tguk mcm muhyiddin bngkitkan pasal peralihan kuasa tu jd ler..serta merta balaci2 semua kutuk dia..pastu dgn muka tak malu, berlumba2 lak calunkan diri nk rebut jawatan bila Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi setuju ganjakkan sikit tarikh tu..ini lah jenis org yg kita ader..nasib2..macam manalah bangsaku nak maju!
YANG SUKA BANYAK PERTANDINGAN ADALAH PARA PERWAKILAN KERANA JIKA ADA PERTANDINGAN BERERTI AKAN BANYAKLAH COLLECTION. INI MENUNJUK BAHAWA UMNO MEMANG PARTI YANG KORUP DAN PEMIMPINNYA PUN KORUP.
Datuk MAznah mungkin sakit hati memikirkan yg Datuk Kamilia akan menang tanpa bertanding jika Sharizat mahu bertanding jawatan Ketua ...
Agaknya, Datuk Maznah pun dah berangan-angan nak jadi NAib Ketua ker?
NAsib lah Datuk MAznah ... strategi tak menjadi ... cuba jadi berani macam Datuk Kamilia ... barulah ada ciri pemimpin!
Post a Comment