Friday, November 7, 2008

RTM MENCARI PENYAMPAI BERITA

Posting Kedua - 1.39 Tgh (8/11/08)

Masalah dengan berita RTM ini ialah dari segi persepsi orang ramai. Mereka sudah menganggap berita RTM sudah lesu dan tidak bermutu.

Ketika menjadi Perunding Media (2005-2006), pelbagai perubahan dibuat terutama dari segi pemilihan bahan berita terutama yang terbaru dan persembahan berita termasuk memperbanyakkan grafik dan carta serta lintas langsung.

Bagaimanapun, selepas keluar pada Januari 2007, Berita RTM balik kepada asal dan usaha untuk memulihkannya semula sekarang memerlukan usaha gigih. Semua pihak termasuk unit sokongan perlu memberikan komitmen mereka.

Kini, berita RTM banyak memainkan isu semasa di samping menyediakan laporan khas dan eksklusif.

RTM memerlukan penyampai yang mampu menyampaikan berita secara bijaksana, bukan hanya membaca tetapi menyampaikannya dengan penuh keyakinan. Tiada lagi kesilapan bacaan dan selalu tersasul. Tiada lagi kesalahan yang terlalu bodoh.

Posting Asal - 8.50 malam (7/11/08)

RTM sedang mencari penyampai berita lelaki dan wanita yang berketrampilan.

Sila hantarkan resume dan gambar terbaru anda ke datukbeb@yahoo.com.

Semoga berjaya.

11 comments:

rudy bluehikari said...

salam. betulke? saya nak cuba.

ChengHo said...

RTM masih sangat lembab dan tidak bertenaga .lihat berita Awani ,TV 3 dan Bernama jauh dinamiknya dari berita RTM yg lesu .

Anonymous said...

rtm pilih bakat, paras rupa, suara atau keterampilan?

saya masih ingat pada zaman sebelum adanya tv3 dan tv swasta lain, pembaca berita RTM boleh dikatakan 30 atau 40 ke atas umur mereka.

cuma selepas wujudnya TV3 yang mengetengahkan pembaca muda yang cun2, barulah RTM berubah angin.

kenapa tok? kau dulu pun pernah duduk kat RTM selepas keluar BP. apa pendapat kau?

Pemuda Pelapis said...

Salam,

DIY ke panel pemilihannya? Kelayakan ditentukan macam mana? Berapakah had umur yang layak memohon? Dah masuk 41 tahun macam saya ni layak ke lagi memohon? Hi! Hi! Hi!

PEMUDA PELAPIS

Anonymous said...

Dengar cerita logo rtm akan ditukar lagi...
Wah ! setiap menteri ada logo dia sendiri...hebatlah rtm..!
Tapi kami penonton tak peduli logo-logo tu semua, yang penting kualiti rancangan!

WAK SAPU said...

WAK RASA RTM DAH BANYAK BERUBAH. ADA YANG DAH PUJI RTM. WAK RASA TAK WAJAR NAK BANDING DENGAN MANA-MANA STESEN TV SWASTA YANG LAIN. RTM MEMPUNYAI PERANAN YANG TERSENDIRI. PADA WAK, WAK TAK SETUJU JIKA RTM DIBUAT PERUBAHAN KETERLALUAN KERANA RTM ADALAH WADAH RASMI KERAJAAN. PADA WAK RTM MESTI MEMPUNYAI KREDIBILITI BUKAN POPULARITI. BERITA DAN MAKLUMAT HENDAKLAH TEPAT DAN BUKAN HANTAM KEROMO SAHAJA. TAK PERLU TERIKUT STESEN LAIN YANG HANYA NAK POPULARITI TAPI TAK JAGA KREDIBILITI.

apeks said...

sya rasa RTM belum mampu utk bersaing dgn stesen2 TV yg lain

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Saya rasa eloklah tu dibuat pemilihan penyampai berita(bukan pembaca berita)yang lebih berketerampilan dan mampu memberi lebih rating kepada RTM... saya berpendapat, eloklah juga digantikan pembaca-pembaca tua yang dah lebih dua dekad di kaca tv tu, orang dah muak... saya juga bersetuju dengan pendapat Datuk dulu bahawa penyampai berita ini ada tempoh luput (expiry date) jadi nasihat saya kepada pembaca tua tu, faham-faham sahajalah, undur diri sebelum anda tiba-tiba tidak muncul lagi di kaca tv secara terpaksa.

Saya juga berpendapat menjadi penyampai berita sahaja tidak cukup. Seorang Penyampai Berita itu mestilah di kalangan Wartawan Penyiaran sendiri, supaya berita lebih terserlah dengan kemahian mereka mengendalikan siaran secara langsung, atau sekurang-kurangnya berpengetahuan menerusi ilmu kewartawanan yang diperolehi ketika tugasan harian.

Sekian

jonlabuyabedabedu

p/s:kalau perlukan panel lura untuk memilih penyampai itu, saya menawarkan diri untuk membantu... terima kasih.

Anonymous said...

Hello wak sapu...kalau dah tiada populariti tak de la kredibilitinya.

penyapu

rayliew said...

Perubahan perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan mutu penyampaian..oleh itu kepada mereka yang bertrampilan, tampillah ke depan untuk menonjolkan kemahiran kita.

ChE YaYA said...

salam
boleh mohon lagi ke?