Thursday, November 6, 2008

HENTI KENYATAAN, TITAH SULTAN PERAK

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera kenyataan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta hak dan kepentingan sah kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan.

Keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan oleh perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Titah baginda, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka itu tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

Perbuatan demikian, titah baginda jika tidak dihentikan, dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Sultan Azlan Shah bertitah demikian di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, selepas menerima satu memorandum daripada Gabungan Melayu Perak, semalam. Berita itu disiarkan oleh Warta Perdana RTM1, malam tadi.

Memorandum berkenaan mengenai hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-raja Melayu pada bulan lepas berhubung perkara-perkara yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

(Renungan Rimau : Ampun tuanku. Titah tuanku tepat pada masanya).

6 comments:

Anonymous said...

masih ramai yg keras kepala..kerajaan tlg ler ambil tindakan..kalu buat dek jer..mcm skg ni ler..raja-raja dh beri ingatan pun masih ade yg tak peduli..jaga ler kedaulatan raja-raja kita..kalu tak kerajaan BN yg ditunjangi UMNO yg bertindak, siapa lagi?

Anonymous said...

ingat le sikit nasihat sultan tu...

Anonymous said...

Salam Datuk...
Saya kira memang patut sultan dan raja-raja Melayu masuk campur dalam isu berbangkit terutamanya yang berkaitan dengan ketuannan Melayu... Sekarang ni pihak pembangkang nampaknya semakin kurang ajar dan membelakangkan Majlis Raja-raja dalam tindakan mengungkit perkara yang berkaitan dengan perkauman... Kemudian mereka tuduh pula UMNO yang memulakan isu perkauman. Padahal dah terang lagi nyata kebanyakkan isu perkauman dibangkitkan oleh mereka selepas 'kepala' mereka yang kelihatan seperti sengaja memberi laluan kepada konco-konconya untuk menyuarakan secara lantang ketidakpuashatian terhadap hak dan ketuanan Melayu.. Di sinilah menampakkan betapa bodohnya Anwar... Beliaulah punca kepada segala isu yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan hak keistimewaan Melayu dan kebangkitan bangsa lain untuk memprotes Perlembagaan...

rayliew said...

HENTIKANLAH SEMUA INI, kalau mahu COMPLAINT sangat, pulangkanlah status warganegara dan keluar dari negara ini, hijrah ke negara lain..
Janganlah lupa dengan apa yang kita nikmati selama 51 tahun ini.

balan said...

As a Malaysian Indian, I would agree that Social Contract may still be relevant but only if relevant parties adhere to principles and practise what they preach.

At the moment that is not the case. With rights comes responsibility.

Everyone should strive to uphold the priciple agreed upon wihout being suspicious with each other. Honesty and not greed should be the key here.

And relationship between races should start from the young which means they should all go to one school so that they can understand each other better, get comfortable, know each other's beliefs and culture.

This would also mean only one school for all malaysia, national school (not malay school). I for one when to a national school and benefitted tremendously. What I gained can be never experienced by those who went to a vernacular school.

This would mean closing down all Chinese and Tamil school, Will education groups, parents and politicans agree to this??

Regards
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/2008/11/close-down-all-tamil-schools.html

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Anonymous said...

Sultan dah bersuara, kepada siapa yang sibuk membangkitkan benda ni untuk kepentingan politik harap sedar sikit.