Friday, November 21, 2008

KERAJAAN PERAK MAKIN TERDESAK?

RTM terus membongkar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak sekarang.

Semalam dalam Warta Perdana RTM1 jam 8 malam, mereka menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli.

Dato' Seri Mohd Tajol membongkar rahsia Menteri Besar sekarang Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memperolehi banyak projek sebelum ini ketika beliau menjadi Setiausaha PAS Perak.

Ahli-ahli Dewan dikatakan terkejut dengan penjelasan yang diberikan Dato'Seri Mohd Tajol Rosli itu.

Mereka bagaikan tidak percaya seorang yang berhemah seperti mohd Nizar boleh menidakkan nikmat yang diberikan kepadanya sebelum ini

Yang perlu menjadi renungan rakyat Perak ialah sikap sebenar Menteri Besar yang dipilih mereka sebelum "kampong tergadai" tidak disedari.

20 comments:

Anonymous said...

Warta Perdana RTM 1? Hahaha.
Maaf. Saya tak selera menonton slot berita daripada RTM. Tak bermaya, rendah kualiti dan tidak dihormati. Berapa statistik penonton Warta perdana RTM? Hahaha.

Saya lebih meminati Buletin utama TV3. Ada kredibiliti, diterbitkan dengan baik, penyampaian berita yang menarik.

Saya tahu ramai yang mungkin tak bersetuju. Tapi saya terima hakikat. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju. Ini negara demokrasi.

Anonymous said...

Orang Perak yang pilih dia memang bodoh. Dari mula lagi Abang dia sendiri dah kata, orang ni memang tak kenang budi punya. Dia memang kacang lupakan kulit.

Orang PAS pun sudah mula rasa macam harapkan pagar, pagar makan padi. Silap hari bulan, bulan yang terang di Perak menjadi terus malap.

Saya rasa kerajaan Perak hanya menunggu masa untuk jatuh berkecai. Jangan tertumpu pada MB saja. Yang lain ada buat hal juga. Cuma belum jumpa. Bongkar habis dan telanjangkan mereka. Mesti merumdum jatuhnya.

Orang kuat DAP tu lagi banyak cerita. Kena cari gila-gila untuk bongkar semua. Yang susah sikit sebab orang dia bersatu. Tapi tentu ada seteru yang masih boleh berikan maklumat cuma caranya kena betul.

Well done orang Perak. Jangan bagi can. Londehkan mereka. Bila lagi.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Apa projek rahsia tersebut?

Anonymous said...

Datuk

Mana YouTube....

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Apa yang orang Perak nak terkejut monyet ttg hal itu.. takkan sebelum ini tak buka mata dan telinga...!! Apa, mereka ingat MB tu baru turun dari kerajaan langit ke??

rayliew said...

Rakyat PERAK telah tertipu dengan kerenah MB dilantik oleh Pakatan Rakyat...rupanya ada udang di sebalik batu, konon untuk memperkayakan keluarganya... tidak dapat dinafikan masih ramai pemimpin pakatan yang melakukan SECRET MISSION di sebalik tugasan mereka sebagai pemimpin kerajaa negeri,,termasuk juga pemimpin DAP dan PKR..kalau tidak...mana boleh mereka ini memiliki rumah dan kereta yang mewah...ada yang memiliki banyak tanah...

Anonymous said...

saya lebih percaya orang yang menjaga solat daripada orang yang pandai berlabon...

MAWAR BERDURI said...

salam mr tiger?

kalu dah bos 'makkerek2' apatah lagi anak buah yang trep hebat wahai mr. tiger.

2 baru sket bah tu di bungkar,kalu bungkar habis, managis darah keluar nanah lah pengundi2 yang pilih pakatan rakyat...

pilih pilih langsat
tapi yang dapat perlu di kesat..

bungaraya said...

Perkara biasa Datuk,
DSAI juga sangat kaya raya semasa memegang jawatan TPM. Bukan saja beliau malah ayahndanya, Haji Ibrahim. Mereka memiliki harta yang banyak, kapal dilaut, gudang didarat, kata haji Kedekut.
Datuk,
Jika Integriti kalah dik Nafsu maka inilah jadinya. Tidak terkecuali samada mereka menjadi pemimpin UMNO maupun PAS hatta PKR dan DAP sekalipun.
Ahli-ahli PKR dan DSAI, jangan berlagak mahsum yang tak pernah melakukan sebarang penodaan semasa bergelar Menteri dan Penulis Blog ini.

Noor Hasilah Ismail said...

Apabila kementerian penerangan mendapat menteri baru, saya merasa teruja untuk mengharapkan perubahan serta laporan yang lebih adil. saya berangan-angan dan menaruh harapan untuk melihatkan RTM menjadi media elektronik yang mengamalkan laporan yang adil dan tidak berat sebelah. Tetapi jangkaan saya meleset sekali. It's back to square one. Kebelakangan ini RTM sibuk memaparkan kepincangan dan mencari kesalahan negeri-negeri yang dipimpin oleh PKR dan PAS. Tetapi perkara2 baik yang dilakukan oleh mereka tidak disiarkan langsung. Seolah-olah negeri-negeri yang dipimpin oleh BN tu semuanya tak pincang langsung. Kalau RTM siarkan kepincangan parti pembangkang, ia juga harus siarkan kepincangan BN dan jika ia menyiarkan benda-benda baik yang dibuat oleh parti BN, ia juga harus memberi ruang menyiarkan benda-benda yang baik yang dibuat oleh parti pembangkang. Kenapa RTM tak cuba membongkar kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang berleluasa berlaku di negeri-negeri yang dipimpin oleh BN? Saya bukan menyokong parti pembangkang, mahupun Umno. Tetapi bersikap adil lah RTM.

bungaraya said...

Nur Hasilah Ismail ialah satu contoh budak melayu zaman ini yang kurang mengetahui politik bangsa. Ia hanya tahu adil, adil, adil, adil sahaja. Dia tidak tahu kadang-kadang yang dikatakan adiltu boleh memancung lehernya. Belajarlah lagi banyak-banyak.

Anonymous said...

Syabas Nur Hasilah...Bangsa Melayu dihapuskan oleh orang orang Melayu yang tidak pernah sedar diri.

Rasuah dianggap pemberian yg halal dalam BN/UMNO.

Posting yg lepas Saudara Ibrahim Yahya kata jangan fitnah tapi nampaknya dia yg menjadi medan penyambung fitnah RTM.

Bila nonton RTM saya hanya percaya pada paparan jam sahaja. Kalau yg lain macam la RTM tu hak mutlak BN/UMNO sedangkan semua rakyat membayar cukai.

Kepada bungaraya kalau nak tahu politik bangsa itulah yg merosakkan negara. Sikit sikit kerana Melayu sedangkan itu hanya taktik sahaja. Sendiri mau ingatla. Ingat semua orang boleh kena suap maklumat cam tu saja ke?. Maklumat terima kena proses dulu betul atau salah.

YahyaAhmad
Rumah LKNP
Jerantut

mat_terab said...

Rezeki datang dari Allah jangat ingat semua tu umno yang bagi.......
walaupun projek bawah umno sepetutnya bukan jadi persolan siapa yang dapat....selagi dia layak dia berhak dapat tajol dah tak dak isu lagi ka itu pun nak di ungkitkan....?

Anonymous said...

bungaraya oi,
budak melayu zaman ini adalah produk budak melayu zaman dahulu. kalau budak melayu zaman dulu suka putarbelit cerita, sama la budak melayu zaman sekarang.

Anonymous said...

Bungaraya
Nur haslinda walaupun tak tahu politik tapi tahu yang mana baik dan yang mana buruk .dlm pemilihan UMNo sekarang ,semuanya orang bijak politik tapi kenapa pakai wang beli undi
lebih baik mati dlm menpertahankan keadilan dari jadi barua org politik

pulut kuning

ahm said...

politik dalaman rtm lagi hebat beb,

menterinya sebok berpolitik sampaikan lupa urusan pentadbiran. sedangkan ksu memerintah macam raja. banyak kontrak dapat kepada kroninya sedangkan pembida yang lain terlopong. ini realitinya, saya rasa datuk pun tahu tapi what have you done about it.

isu pembahagian 'hours' tak pernah selesai. kata pengagihan tidak lagi melalui haours, tetapi tender. memang ada tender tapi sebahagian kecil sahaja, selebihnay hours masih lagi diberi kepad beberapa syarikat tertentu atas alasan menyelesaikan janji hours lepas yang belum dijelaskan... punyalah hapraknay mereka yang di atas tu... semoga allah sahaja yang membalasnya... amin ... (mungkin datuk maklum lebih daripada yang saya tahu)

Anonymous said...

YahyaAhmad said...

Syabas Nur Hasilah...Bangsa Melayu dihapuskan oleh orang orang Melayu yang tidak pernah sedar diri.

= ya saudara yahya .. dan lebih ramai bangsa melayu yang tidak sedar diri dalam Pakatan Rakyat .. tidak hairan suatu hari nanti melayu tertindas di bumi sendiri

p/s .. tahniah kepada rakyat kedah .. Negeri Jelapang Padi kini boleh ditukar kepada Negeri Jelapang Babi

Anonymous said...

Nurhasilahismail/pulutkuning/mat terab/yahya ahmad dan yang sewaktu dengannya adalah contoh bangsa melayu yang sudah tiada kemelayuan dalam PKR... YANG HARAMPUN DIHALALKAN,DULU KAFIR SEKARANG DAH TIDUR SEBANTAL...
Pulanglah kepangkal jalan wahai bangsa MELAYU(dalam keadilan)sebelum kamu semua disamakan dengan khinzir2 yang sedang dipromosikan oleh DAP.

Anonymous said...

kenapa harus kembali kepada bangsa ??
kenapa tak kembali kepada tali Allah apabila kamu bemusuhan

pulutkuning

bat8 said...

Dato

Dayo nizar sebelum menjadi MB Perak adalah seorang jurutera perunding dalam bidang mekanikal dan elektrikal. Jurutera perunding ini adalah mereka yang pakar dalam bidang mereka.

banyak tak banyak projek sebuah firma perunding bergantung kepada kepakaran yang ada terutama pengarah-pengarah syarikat tersebut. kalau ramai yang mengakui kepakarannya maka banyaklah syarikat-syarikat yang akan menggunakan kepakaran firma tersebut.

Dato tajol sepatutnya mengetahui hakikat ini semasa membuat kenyataan diatas. Beliau sepatutnya menyenaraikan kesemua kerajaan dan swasta yang telah diperolehi oleh Ir nizar beserta dengan jumlah atau nilai kontreknya.

Saya percaya kalau didedahkan akan terbukti memang firmanya mendapat projek-projek kerajaan sebagaimana firma-firma bumiputra yang lain. ini kerana perbendaharaan mengamalkan sistem giliran dalam memberi projek kerajaan kepada syarikat perunding bumiputra.

Juga akan terbukti bahawa firmanya hanya mendapat projek-projek biasa sahaja. Projek-projek mega hanya akan dimiliki oleh firma-firma perunding gergasi sahaja atau yang mempunyai connection.

baguslah kalau Ir nizar dapat banyak projek kerana itu sendiri merupakan pengiktirafan keatas kepakaran yang beliau miliki. Saya percaya kebanyakan projek-projek yang beliau dapat adalah projek-projek swasta.

Lain pula dengan setengah-setengah pemimpin UMNO(Baru). Bekas penjaga gate keretapi pun boleh jadi kaya raya setelah menjadi pemimpin UMNO. Kepakaran apa yang beliau miliki?

Akhirkata, kita orang melayu ni berpada-padalah main politik.

bat8