Wednesday, November 19, 2008

CUTI SEKOLAH NAK PERGI MANA?

Sehari sebelum cuti sekolah, Cynta mengemukakan soalan ini kepada mamanya, "Cuti ini hendak pergi mana?. Mamanya diam seketika. "Tengoklah, jika daddy ada cuti." jawabnya ringkas seolah-olah berusaha mematahkan soalan seterusnya.

Semalam, Cynta mengemukakan soalan yang hampir sama, "Cuti ini, kita tidak boleh pergi Australia ke mama?. Mamanya diam seketika. Dalam kepalanya tidak tahu untuk menjawab soalan itu. Namun, kerana "kepintarannya", beliau memberi jawapan ini. "Kita tunggulah. Nanti, daddy buat keputusan."

Daddy?????

(Renungan Rimau: Mungkin perlu dianjurkan satu summer camp di Australia yang mana penganjur memastikan kanak-kanak selamat dan bergembira di sana. Yang penting, harganya murah dan munasabah. Daddy takyah pergi. Tapi..summer camp di Malaysia pun ok juga jika ada penganjur yang bijak menyusun program yang membina otak. Tentu ada, tetapi yang terbaik di mana nak cari. Dulu Datuk Hassan Ali ada menganjurkannya. Kini, beliau dah jadi "hero" di Dewan Undangan Negeri Selangor. Fahamannya pun dah lain. Ahh...summer camp di Subang Jaya sajalah).

13 comments:

R@duan said...

Cuti-cuti malaysia. bantu Azalina Aziz. Penang boleh, Perak ok, Kelantan cool, Kedah tenang, tak pun Selangor aje...

Anonymous said...

Salam Datuk...
Betul la Datuk, sekarang ni jarang dengar pasal 'summer' camp di Malaysia. Bukan apa, musim cuti sekolah ni bagus juga jika ada 'summer' camp sebab sekurang-kurangnya boleh juga mengaktifkan minda anak-anak kita. Mereka boleh sertai aktiviti yang diprogramkan...

dato m said...

salam perkenalan dato
saya bersetuju dgn cadangan dato 2,bila ada summer camp ada aktiviti berfaedah untuk anak2 kita skang ni

Anonymous said...

jom hantar anak2 g summer camp..

Rebak Anyut said...

salam Dtk,
summer camp tu ok la, tapi pengisian penting. budak sekarang lain la.PLKN pun susah nak suruh gi...tapi blh cuba (kena pikiq betul2 2), Dan harap2 bila dah jadi nanti jgn mcm chip more...skjap ada.. skjap(pandai2 sambung la)

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
hasil dari pembangunan dan perkembangan pendidikan anak2 semakin bijak dan pintar..
bagus juga tok cadangan summer camp di aus ke mana2 la yang patut
tapi kalau di malaysia pon ape kurangnya taman negara, pulau2 dan macam2 la yang menarik tapi jauh perjalanan luas pemandangan

faisal said...

Pergi ke tempat yg tak pernah pergi laa. Tul Tak

MAWAR BERDURI said...

salam mr tiger?

kalau yang tak da anak2 semalaysia ni...bukan anak yang d hantar p summer camp lah.

best o p campg2 ni..banyak benda bepaedah bleh dibuat, stamina pun bole kasi kuat..

terimbau kisah lama di zaman skula.

terubuk jantan said...

TOK,
TAK PERLU KITA PERGI BERCUTI SEKIRANYA MENYUSAHKAN KITA SEWAKTU INGIN BERCUTI(FIKIR HAL KERJA WAKTU CUTI)SAYA PILIH BERCUTI DIHALAMAN RUMAH SAYA SAJA(BERKHEMAH DAN BBQ).JIMAT DAN MUDAH.TAHNIAH UNTUK CYNTTA CEMERLANG DALAM UPSR

rayliew said...

Apa-apa camp yang dianjurkan hendaklah diutamakan intipatinya untuk membekalkan para pelajar dengan ilmu-ilmu yang tidak dipelajari di sekolah, seperti pembinaan minda, moral, tatasusila, cara berdikari, kepimpinan dan banyak lagi...

Son of My Parents said...

Salam Dato',

How does one pronounce her name? "Chin-ta" or "Sin-ta"?

Australia? Amazing.. The way you wrote it sounds like Down Under is Cynta's second home. Which reminds me of some peoples' homes over there *wink*

ibrahim yahaya said...

Sdr Erotomania,

Pronounce her name - CINTA or LOVE.

Going to Australia is her dream. Unfortunately, her daddy just "cukup makan" and it will remains her dream. Unless, Sultan Brunei reads this blog.

Anonymous said...

Salam,
Nampak macam ramai nak hantar anak2 masuk summer camp ni, emm.. macam ada peluang biznes ni.. tak de sapa2 yg berminat jadi penganjur? RM 500/srg, kalau ada 100 org dah 50K.. ok lah tu, smbil niat amal jariah.