Saturday, November 8, 2008

DS ALI RUSTAM PERLU SATU LAGI

Posting Ketiga - 5.10 ptg : DATUK SERI ALI LAYAK


DS Mohd Ali layak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO setelah mendapat pencalonan ke 39 daripada UMNO Bahagian Pasir Putih, Kelantan, sebentar tadi.

Posting Kedua - 4.50 ptg

Tan Sri Muhammad Muhd Taib sudah mendapat pencalonan ke 35 untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau mendapat pencalonan itu daripada UMNO Bahagian Sik, Kedah, sebentar tadi.

Beliau memerlukan empat pencalonan lagi untuk layak bertanding pada Mac ini.

Posting Asal - 4.24 ptg

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, memerlukan lagi satu lagi undi untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Mac ini.

Beliau mendapat undi ke 38 daripada Bahagian UMNO Sungai Petani, sebentar tadi.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO itu mendapat pencalonan daripada Pendang (Kedah), Ketereh dan Tumpat (Kelantan) dan Pasir Salak (Perak).

2 comments:

Anonymous said...

Tok Tiger,
Selamat mencuba nasib kepada Tok Ali.
Tak cuba tak tahu.Kalau terpilih nanti,buatlah yang terbaik.

rayliew said...

Tahniah kerana memperolehi tambahan pencalonan..teruskan..