Friday, November 7, 2008

BAPA AYAM ANCAM WANITA ASING

Takut diugut dengan ancaman oleh bapa ayam menyebabkan ramai wanita warga asing yang menjadi pelacur di negara ini enggan mendedahkan sindiket berkenaan.

Selain berdepan dengan ancaman nyawa, bahaya turut menanti ibu bapa dan keluarga mereka di negara asal.

Perkara ini didedahkan Pengarah Penguatkuasa Imigresen Datuk Ishak Mohamad, (Pak Sako) yang mengetuai operasi serbuan di sebuah restoran yang menjadi lokasi transit wanita yang menawarkan khidmat seks.

Beliau berkata demikian dalam Warta Tengahari RTM, sebentar tadi.

Dalam operasi oleh Skuad Blackhawk Imigresen Putrajaya di Jalan Imbi, tengah malam tadi, 21 wanita antara 20 hingga 30an ditahan.

Mereka berasal dari Thailand, Indonesia, Vietnam dan China.

Serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan sejak setahun lalu.

Lazimnya, wanita warga asing itu akan dihantar ke hotel mewah, pusat kesihatan dan rumah tumpangan.

Mereka boleh didakwa mengikut Peraturan Imigresen, Seksyen 39 B, atas kesalahan menyalahguna pas lawatan sosial, dan boleh dihukumi denda, penjara serta dilarang memasuki negara ini.

(Renungan Rimau : Kalau tiada "permintaan" sudah pasti tiadanya "tawaran". Berhentilah mengunjungi pelacur ini kerana "nikmat sekejap, balanya seumur hidup". Satu lagi, jangan terperangkap dengan kegiatan urutan kaki...yang kemudian urut badan dan perkara lain.)

9 comments:

rayliew said...

Kegiatan ini semakin serius kerana adanya permintaan.. dan juga keadaan ekonomi yang gawat yang menyebabkan ramai yang menganggur atau pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung kos kehidupan yang meningkat... Kerjasama daripada orang ramai adalah perlu untuk memaklumkan segala maklumat kegiatan sedemikian kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan..

Anonymous said...

Memang menjadi lumrah alam bahawa manusia sering tewas kepada diri sendiri...

Segagah mana manusia dipertaruhkan, apabila raja nafsu gagal dijinakkan, padah akan mengunjungi diri...

sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan, sayangkan anak ditangan-tangankan, dan sayangkan bangsa dtinjau-tinjaukan...


MAT SIRAT

ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA

http://www.siratansuratan.blogspot.com/

Pacar Merah said...

Melihat begitu banyaknya pelacur rakyat asing yang ditangkap dari masa ke masa, saya rasa permintaan terhadap pelacur asing di negara ini memang sangat tinggi.

Cuma menarik juga, kalau boleh diketahui, siapakah pelanggan pelacur asing tersebut, yang bayarannya tentu agak tinggi? Adakah golongan "taukeh" atau siapa?

vicky said...

Kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bapa ayam. Ayam anak yang mencari makan..so hukum them, too..

Anonymous said...

salam.

benar seperti apa kata Dato.kalau tiada permintaan maka kegiatan sebegini tidak akan berlaku.buat yang sudah berkahwin tu,ingat-ingatlah keluarga dirumah.hanya jangan hendak seronok sementara sehingga boleh mendatangkan padah pada kemudian hari dengan kemungkinan dijangkit virus HIV atau penyakit berjangkit yang lain.

temuai said...

Setiap warga negara harus memainkan peranan mereka masing-masing. Kesedaran harus wujud diantara kita dan jauhilah maksiat kerana ianya hanya mengundang padah. Jauhi Aids..

sumandak bayu said...

Salam tok...

Sumandak kecian kat nasib ppuan kalo dah terdesah dalam meneruskan hidup ni 'terpaksa' buat keja yang tak halal....

Tapi ada gak kes kena aniaya..... dunia kita semakin mencabar lah tok.....

Anonymous said...

TOK TIGER,

Saya cadangkan hukum sebat aje pelacur asing dan hantar mereka pulang dengan duit Bapa Ayam yang dirampas.Sebat sekali Bapa Ayam tu dan kunco2nya untuk 10 rotan.

Kita ni mudah lupa,bila saudara atau anak kena penyakit barulah nak cari penawar.Mungkin anak pemimpin belum kena virus tu.

Anonymous said...

Urut kaki....macam bercakap melalui pengalaman je ni Tok Rimau...