Saturday, November 15, 2008

BERHENTILAH MEMBUAT TUDUHAN..


(Antara pegawai kanan ATM yang hadir di majlis itu. Pix DIY (NE90)


(PAT sedang berucap di Majlis ATM Bersama Media di Kem Bukit Jugra)

Hari ini, saya berpeluang berbual dengan beberapa pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk PAT, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Dalam perbualan itu, mereka kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang membuat pelbagai tuduhan kepada ATM terutama pembelian peralatan untuk melengkapkan sistem pertahanan negara.

Bagi mereka, sebenarnya golongan itu tidak tahu apa yang ingin mereka katakan. Mereka seharusnya mengambil tahu perkembangan terbaru membabitkan pertahanan negara.

Yang menyedihkan ialah tuduhan melulu yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada imej ATM keseluruhannya.

(Renungan Rimau: Hanya "orang gila" saja yang selalu mengambil kesempatan mempolitikkan isu membabitkan pertahanan negara. Mereka ini tidak bersyukur hidup secara aman di negara ini kerana jasa ATM dan pasukan keselamatan lain.)

14 comments:

Admin said...

Saya sokong Tuan...

. said...

dato',

isu-isu berkaitan pertahanan negara sepatutnya dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa secara sulit. kalau maklumat pertahanan heboh dalam internet, susahlah. cuma, untuk mengurangkan kemungkinan dituduh menyeleweng, jawatankuasa yang saya sebutkan itu hendaklah dianggotai oleh pelbagai pihak.

Musallam said...

Salam,

Sejak beberapa tahun yang lalu saya biasa mendengar tentang tuduhan "rasuah" yang melibatkan pembelian peralatan tentera.

Biasanya dikatakan rasuah itu melibakan "pegawai awam" dan "tokoh politik"; bukan melibatkan pegawai tentera. Tapi saya tentu tidak pasti kebenarannya.

Dalam kes pembelian peralatan tentera yang terbaru, yang kemudiannya dibatalkan, antara perkara yang menjadi isu, ialah harganya yang terlalu mahal (kira-kira 2 kali ganda) dari pembelian negara lain.

Hal ini tentu perlu dijelaskan dengan memuaskan, supaya "tuduhan" yang dikatakan tidak benar itu tidak dipercayai oleh rakyat.

rayliew said...

Tuduhan yang dibuat hanya untuk mencari populariti dan berbau politik...mereka ini seharusnya dimabil tindakan supaya budaya tuduh-menuduh ini dapat diberhentikan segera... saya sarankan supaya mereka ini didakwa di bawah hasutan kerana mengancam keamanan negara..begitu juga dengan media massa yang mengheboh-hebohkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini..sepatutnya digantung lesen mereka..

MS said...

politik itu memang menggilakan. kerana melalui orang gila itulah, kita mengetahui orang waras.

band0tue said...

Politik cara Barat tiada erti kebenaran. Tidak kira atas nama apa, ahli politik parti menjadikan apa jua isu utk menjatuhkan lawan, inilah sikap dan kelaku penganut politik Barat.

Ajaran politik tidak mengajar mendidik nafsu dan jiwa manusia. Sebab itu org politik mereka akan mencari pengisian jiwa melalui ajaran agama.

Tetapi bagi yg benar2 berpegang dgn Islam, politik Barat adalah melalaikan, merosak dan memesonkan jiwa datau hati dari Tuhan. Inilah sebabnya kebenaran tidak akan ditemui dalam sistem politik Barat.

http://nawawidahalan.blogspot.com

terubuk jantan said...

salam dato,
yang benar bukan gila tapi buta pada sejarah...bacalah buku "mencari dugalia huso" oleh dato akj mengenai kosovo-tempat dimana kegilaan mengantikan kewarasan(TAAKULLAH TATKALA MEMBACA).we salute ATM FOREVER.

Anonymous said...

Kali ini saya setuju dengan Datuk.
Jangan dilayan orang gila.
Mereka tahu apa? Hanya pandai bercakap macam burung kakak tua.

Bersyukurlah, Malaysia aman dan makmur hasil pengorbanan ATM dan pasukan keselamatan.

-Bekas Anak-Anak Tentera-

Anonymous said...

Dato Rimau,

Sebagai salah seorang bekas pegawai tentera saya setuju lah apa yang dato ungkit dari jeneral-jeneral tu. Apa pun selama ni tak kan tak tahu apa sahaja yang di buat kat Kementah tu suara siapa? bukan kah ia datang dari orang politik? jeneral-jeneral hanya anggok aje..kan gitu
Jadi nye orang politik lebih arif tentang strategik, keupayaan senjata, kelemahan musuh negara dari bapak-bapak jeneral kita. Dari itu fikir-fikir lah sendiri

X-Kolonel

Anonymous said...

"Bagi mereka, sebenarnya golongan itu tidak tahu apa yang ingin mereka katakan. Mereka seharusnya mengambil tahu perkembangan terbaru membabitkan pertahanan negara."

I agree. Does RPK ever get the govrernment's side of the story or experts' opinions in his "pendedahan"?
In the US, UK, you'll get sued off your ass for such articles, in my humble opinion.
If the media wants to expose stuff, that's find, just do a proper job and not just give part of the story, etc, etc....
Like all these comments about Eurocopter, many blogs, incl some of my faves like Sakmongkol, have commented but are they military man?
At the same time, they are free to express their views but such opinions must be based on facts and also just seen as opinions of a layperson, politician, etc and not that of someone with knowledge and experience in the field.
Sekian.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Rasanya di Malaysia ni ramai yang menjadikan bab bab penafian malahan sampai bersumpah ni bak lumrah yang melangsungkan survival hidup.

Dah tak heran.

Anonymous said...

kerajaan bagi muka sgt..cubelah berani sikit mcm kat negara seberang tu..kalu kat sana taulah untung nasib tu..

kebanyakannya bercakap bukan ada fakta..main cakap jer selagi mau..terikut2 dgn sikap n idea MP2 pembangkang ..bercakap ikut rasa sahaja..

MP2 pembangkang tu perlu dikenakan tindakan jika dakwaan mereka berunsur fitnah..kalu kerajaan tak berani amik tindakan..jgn salahkan rakyat kalu mereka beranggapan dakwaan tu benar..amiklah iktibar dari negera jiran kita..barulah negara stabil n kerajaan boleh menumpukan pemikiran untk majukan lg negara tercinta ni!

Anonymous said...

Salam Datuk...
Inilah yang dikatakan "kerana nila setitik, habis susu sebelanga"...
Habis nama ATM tercemar dengan isu-isu berbangkit sebelum ini...

Anonymous said...

Salam Dato,

Walaupun jika dilihat statistik peratus penduduk Malaysia hari ini, majoriti adalah mereka yang dilahir selepas merdeka...dan mereka tentu tidak merasa betapa peritnya anggota ATM menjaga kita semua...."kalau pandai bercakap tapi tidak berakai tu yang lingkop!"

hezry Klfm