Sunday, November 30, 2008

SYUKUR HIDUP DI NEGARA YANG AMAN

Posting Ketujuh - 10.10 malam

ALJAZEERA : Stesen TV itu melaporkan apa yang berlaku di Mumbai seolah-olah menunjukkan bahawa "jalan air" kemungkinan digunakan oleh penyerang untuk masuk ke bandar itu. Wartawan Aljazeera juga melaporkan bahawa ada persatuan nelayan yang pernah membuat laporan kepada polis mengenai "gerak-geri" orang tertentu yang amat mencurigakan.

Negara kita dikelilingi air. Setakat ini, semuanya selamat kecuali penyeludup "gudang garam" dan penyeludup "manusia" yang mencuba nasib sepanjang masa.

Posting Keenam - 7 malam

REUTER: Penyerang di Mumbai menggunakan alamat di Malaysia untuk menyewa rumah di sana. Baca di sini .

Posting Kelima - 6.35 petang

INDIA : Ketua Keselamatan Negara India mahu meletakkan jawatan.

Angka 26-11 di Mumbai, India sama seperti 9-11 di Amerika Syarikat?

Posting Keempat - 4.20 petang

NIGERIA : Kekacauan berlaku di Nigeria dan ramai yang terkorban.

Posting Ketiga - 4.16 petang

BANGKOK : Lima puluh orang cedera dalam serangan menggunakan bom di Thailand.

Posting Kedua - 4.07 petang

INDIA : Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil, mahu meletakkan jawatan, berikutan kejadian serangan pengganas di Mumbai baru-baru ini. Kejadian itu menyebabkan lebih 190 orang terkorban dan lebih 300 cedera.

Posting Awal - 3.40 petang

Mendengar jawapan spontan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Bangkok,Thailand dan Mumbai, India yang disiarkan oleh media elektronik sejak dua hari lalu, menyedarkan kita bahawa betapa bertuahnya tinggal di negara ini.

Malaysia yang aman dan tiada kekacauan.

Rata-rata mereka bersyukur kejadian kekacauan seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Mereka yang mengalaminya dan sudah tentu mengetahui betapa peritnya tinggal di negara yang menghadapi kekacauan dan serangan pengganas.

Seperti dinyatakan oleh Dr Azmi Hassan daripada Centepis UTM dalam temuramah di Warta Perdana RTM1 Khamis lalu, kekacauan di sini boleh dielakkan kerana Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang berjaya menghalang kekacauan daripada berlaku.

Pandangan beliau itu disokong oleh Ketua Pemuda MIC, T Mohan, yang dalam temuramah dengan wartawan RTM meminta rakyat negara ini sedar betapa pentingnya akta dan undang-undang mencegah yang berjaya mengawal kekacauan di negara ini.

Akta yang berusaha membanteras ancaman keselamatan yang boleh melumpuhkan negara. Ini termasuk tindakan golongan yang sengaja mahu mewujudkan suasana huru-hara termasuk pelampau agama yang bercita-cita menawan negara ini.

Ketika ada pihak yang mahu ISA dihapuskan atau dikaji semula, majoriti rakyat negara ini memahami keperluan untuk mengekalkan akta itu demi untuk menjamin keselamatan mereka di samping menghindarkan perbuatan sabotaj oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

6 comments:

APPLE PIE said...

Dato,
Semoga Allah Swt memelihara negara kita dari segala yang kita tidak mahu tempuhi.Malaysia ku gemilang.

Son of My Parents said...

Salam Dato',

My wife was watching the news on the Mumbai tragedy and suddenly she asked me...

"Orang Malaysia yang mati kat sana tu India kan?"

"Ya", I answered.

"Nak tanam jugak kat Malaysia. Kenapa tak tanam jer kat India?"

I was left speechless.

ibrahim yahaya said...

Sdr Apple Pie,

Saya melalui 13 Mei 1969 di Melaka.

Saya amat yakin bahawa perbalahan kaum tidak akan menguntungkan sesiapa.

Jika kaum Cina mengungkitkan ketuanan Melayu, kemudian bangsa Melayu pula mempertahankannya, maka ia tidak akan berkesudahan. Umpamanya, Chua Soi Lek pernah mempertahankan orang Melayu dengan mengatakan mereka adalah tuan di negara ini. Maka beliau diberikan "Dato". Kini demi kepentingan politik, beliau berpusing 360 darjah. Ini tidak sihat untuk sesiapa saja.

Minta dijauhkan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Erotomania,

Rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini akan tetap kembali ke tanahair mereka tidak kira kaum, latarbelakang atau agama. Tidak kira hidup atau mati. Bagi orang Islam yang meninggal dunia di Mekah, mungkin itu impian mereka untuk disemadikan di tanah suci.

Cuma mereka yang tidak sayang negara ini atau buta sejarah akan berusaha untuk memporak-perandakan negara ini dengan apa cara sekalipun untuk mencapai cita-cita peribadi. Orang sebegini perlu ditolak jauh-jauh ke dalam laut. Mungkin mereka menjadi pulau...atau jadi batu.

Anonymous said...

Sdr..Kalau alasan untuk ISA bagi mengamankan negara itu adalah kurang tepat.

Banyak lagi negara yg tak guna ISA kat dunia ni aman sentosa.

Negara Scandinivia tak guna pun ISA, Netherland, Sweden tapi aman juga.

ISA hanyalah alasan yg lemah untuk penakut.

Adakah adil tahan orang tanpa bicara? Yg tertuduh tidak dapat membela diri apatah lagi tak boleh berhujah.

Dalam Islam tak ada pun kita boleh tuduh org sebarangan apatah lagi menahannya tanpa bicara bertahun tahun.

Negara kita aman tapi bukan sebab ISA.

Raden

rayliew said...

ISA antaranya sebab utama yang membawa keamanan negara, selain daripada itu, kontrak sosial yang dipersetujui sejak tahun 1960an juga menjamin perpaduan rakyat yang pelbagai kaum.. perlu diingatkan sekiranya semua ini dihapuskan, maka keamanan negara akan terancam sepertimana yang berlaku di negara INDIA...