Thursday, November 27, 2008

LAT ADALAH IKON NEGARA

Lukisan Lat amat unik dan istimewa. Ia menyentuh perasaan kita. Lukisannya membuat kita memandang ke dalam diri sendiri selain menghayati paparan yang dipersembahkan. Lukisannya Lat menerjah ke seluruh dunia. Lat adalah kebanggaan negara.

Khas buat pengumpul setem dan peminat kartun Lat, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem Kartun Malaysia Lat yang merupakan siri animasi popular pada tahun 1998.

Pelancaran kartun Malaysia Lat, disempurnakan Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama kartunis Lat atau nama sebenarnya, Datuk Mohamad Nor Khalid.

Setem kartun Lat menawarkan empat tema; 'The kampung boy', 'Permainan anak kampung', 'Guru sekolah yang garang' dan Town Boy. Setiap satu berharga 50 sen.

Setem ini juga, antara tumpuan pada pameran 'Jom ke minggu Setem 2008 yang akan berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula 1 hingga 7 Disember ini. Masuk percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain jualan setem dan filateli, pelbagai acara menarik turut diadakan.

Antaranya pertandingan merekabentuk setem dan meneka kuantiti setem dengan hadiah lumayan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.pos.com.my atau menghubungi talian 03 -2274 1122.

6 comments:

bungaraya said...

Salam Tok,
Usia saya lebih kurang usia Lat, Kartonis terkenal itu. Saya senang dan rasa nyaman suasana dipersekitaran apakala melihat lukisan Lat. Nasib manusia ini kita tidak dapat jangkakan. Siapa dapat jangka Lat boleh menongkah arus dengan kejayaan terbilang ini?. Saya ada seorang sepupu perempuan. Beliau OKU kerana kakinya timpang dari usianya 2 tahun akibat demam panas yang melampau. Dalam usia 20an beliau mendirikan rumah tangga. Kini beliau mempunyai 3 orang anak. Yang tua anaknya berusia 17.5 tahun. Bekas suaminya menceraikan beliau kerana nak kahwin lagi satu.
Semasa beliau bergelar janda/ibu tunggal, beliau hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Nak dijadikan cerita, beliau mempunyai kebolehan dalam permainan sukan Bowling padang sehingga mewakili Malaysia dikejohanan peringkat antarabangsa.
Kini taraf kehidupan beliau meningkat dan telahpun memiliki 3 buah rumah sewa, dari hasil beliau mewakili negara. Siapa tahu nasib manusiakan?. Bekas suaminya bertukar kerjaya dari Pemandu Taxi menjadi seorang nelayan tradisional.

Anonymous said...

kartun Lat memang begitu dekat dihati penggemar kartun beliau dan rakyat Malaysia amnya.saya telah lama didedahkan dengan hasil kerja Lat sejak kecil lagi dan saya amat mengagumi beliau.kartunnya yang menarik dan jalan cerita yang mudah diterima menyebabkan ramai yang "jatuh cinta" pada karyanya.saya sering "terbeliak mata" tatkala melihat hasil kerja Lat yang terbaru.

Unknown said...

salam.

masa sekolah rendah dulu ada juga saya mengumpul setem.tapi lama kelamaan saya dah hilang minat.tak tahu mengapa.mungkin jiwa saya bukan ke arah itu.

Datuk Lat juga saya minat.biarpun saya bukanlah peminat beliau yang "hardcore",tetapi saya terhibur setiap kali membaca atau melihat hasil kartun dan lukisan beliau.

rayliew said...

Kartun animasi tempatan yang diminati orang ramai. Satu kebanggaan kepada negara kita, kerana kita juga mempunyai ramai pelukis kartun yang popular. Kita boleh galakkan lebih ramai anak muda kita untuk menceburi kerjaya pelukis kartun yang mempunyai masa depan yang cerah dengan pembangunan pesat teknologi multimedia dengan wujudnya banyak filem animasi yang terkenal masa kini..

Anonymous said...

Salam,

saya pernah makan semeja dengan tuan beberapa tahun lepas.

Setiap kali ke luar negara, saya pasti membawa beberapa naskhah karya LAT sebagai ole-ole untuk rakan-rakan berbangsa asing.Saya bangga kerana Malaysia punyai LAT sebagai ikon.

Anonymous said...

Siapa tidak kenal Datuk Lat? Seorang kartunis veteran yang terkenal dengan karya-karya segar beliau. Saya tidak pernah ketinggalan mengikuti karya kartun beliau ketika saya masih di sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Karya beliau memang menarik dan tidak jemu untuk dibaca. Mudah difahami...