Friday, July 4, 2008

27 NGO BANTAH : APA DAH JADI NI?

Tulisan wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri, yang menyatakan 27 NGO bantah guna tentera kawal perhimpunan, amat kelakar. Bukan tulisan Rahim yang kelakar tetapi gelagat 27 NGO itu. Apa yang ada dalam kepala otak dia orang ni sampai takut tidak tentu arah?

Beritanya di bawah ini. Saudara berilah komen selepas ini.

Saya letih memikirkan ada juga rakyat di negara ini yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Berani hendak buat demonstrasi tetapi takut pula askar kawal ketenteraman awam. Yang peliknya mereka risau pula orang asing mengatakan tidak baik mengenai negara ini. Yang mereka demonstrasi itu, baik sangat ke?

Sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.Malah, tegas mereka, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.Menurut mereka lagi, ia juga menunjukkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini bahawa keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan."Ini akan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan perdana menteri untuk memberi kepimpinan yang positif dan kemungkinan ada anasir dalam kerajaannya yang cuba memberi gambaran seolah-olah timbul keadaan tidak stabil untuk mencapai agenda politik mereka," tambah kenyataan tersebut.Menurut mereka lagi, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, negara sedang menujuk ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang lebih demokratik."Kewujudan sebuah negara yang bebas dan adil serta mengamalkan demokrasi terbuka, adalah amat penting bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan yang berterusan."Suasana itu, akan mewujudkan kehidupan yang harmoni, mengukuhkan keyakinan pelabur dan kemakmuran negara," tegas mereka lagi.Hadir di sidang akhbar mengenai perkara itu ialah wakil-wakil NGO terbabit, antaranya Pengerusi Institut Nasional bagi Integriti Pilihanraya (NIEI), Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez; Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng dan Setiausaha Persatuan Wanita Selangor, Suguna Papachan.Sementara itu, Irene berkata, penggunaan pasukan tentera untuk mengawal perhimpunan aman, akan hanya mewujudkan rasa ketakutan di kalangan rakyat.Manakala Ivy pula berkata pihaknya akan menyerahkan kenyataan bersama tersebut kepada ahli-ahli Parlimen supaya membantah cadangan untuk mengerahkan anggota tentera mengawal ketenteraman awam.

18 comments:

Anonymous said...

Tetapi bolehkan mereka yang mengadakan demo ini janji yg mereka ini dapat mengawal keadaan sendiri? macam mana kalau ade yg emosi yg tidak terkawal dan mula mengerohkan keadaan? kena jugak paham kenapa kerajaan buat mcm ni..ape yang berlaku kebelakangan ini memang semakin tenat..rakyat2 biasa pun bimbang jugak kat demo2 ni nanti keadaan tidak terkawal pulak.

junkopile said...

assalamualikum tok tiger
ni lah dipanggil demokrasi terpimpin tok, just follow like buffalo so semuanya aman lepas tu, padahal kalau ramai askar ke, rela ke, senoi praq ke apa pulk salahnya yang dorang nk takut kenapa, sebenarnya tok ni semua permainan politik yang dimainkan oleh orang tertentu untuk menampakkan yang cerita hindustan mereka ada sedikit babak2 ganas. dan yang paling penting lakonan ini mendapat simpati rakyat, biasala la tok cerita hindustan mestila ada sedih2.dilema rakyat malaysia ni tok sebab simpati x kena tempat itulah politik yang dimainkan untuk meraih simpati dan sokongan oleh mereka2 yang bijak mengambil kesempatan

anakrimaumalaya said...

Kalau beginilah gamaknya MELAYU AKAN HANCUR…KATA KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA” memang betul melayu takkan hilang dalam senarai bangsa bangsa yang wujud di dunia.

Tapi ingat Melayu akan hilang martabat dan kedaulatannya kerana perpecahan yang dicipta oleh bangsanya sendiri. kenapa kita perlu jadi pengkianat…pemusnah…pembohong…
hilang muafakat…hilang sikap sayang menyayangi…hilang sikap satu hati satu nyawa…rosak silaturahim antara umat…

Mana al furqan dan sunah nabi Muhammad saw yang dijunjung wahai umat melayu… kenapa tak rujuk dan jadikan panduan…kalian telah sesat dan terpesong dalam landasan kehidupan manusia yang mempunyai kedaulatan dan martabat.
jangan dok bangga bahawa bangsa melayu akan tetap memerintah negara ini… sampai bila?
kalau dok berkelahi macam anjing dan kucing sesama sendiri…satu hari nanti kalian akan gagal…

Ingat wahai melayu “DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN” banyak maksudnya ayat ini…mungkin ini balasan dari Allah pada hambanya yang sentiasa bencu membenci antara satu sama lain…Nabi Muhammad tak pernah mengajar kita sifat ini…Beliau amat menyayangi antara satu sama lain walaupun orang kafir…Itu contoh dan dakwah yang paling baik kita ikut…baru yang kafir mengakui kecantikkan islam…dan menerima islam sebagai DINN nya.

Mana boleh ikut nabi dia maksum…kalau itulah yang terbit dai mulut kita maka kita ini manusia biadap…habis kita nak ikut siapa…yahudi,nasrani atau majusi…nak ikut cara Olmert,Bush,Hitler atau nak ikut cara FREEMASON.

Kenapa melayu suka diketawakan…suka diejek dengan sikap mereka…yang suka berkelahi, problem sosialnya dadah, bohsia, rogol, sumbang muhrim, buang anak, gay, cekik arak, pelakon lucah handphone (pelakon bluetooth), hiburan ke neraka (konsert, AF, Malaysian Idol dll)zakat dan sedekah berat tapi sms untuk itu berjuta juta sanggup, Pembunuh diri berani mati (Mat Rempit yang sempit otak)dan lain lain lagi lah sedih nak tulis sebab kita adalah saudara seagama walau bukan dari bangsa yang sama.

Aku membesar dalam kelompok melayu sehinggakan nak berbicara dalam bahasa ibunda aku pun tak tahu dan tak faham. 35 tahun aku bergaul dengan bangsa melayu…tapi bukan bergaul sahaja aku mengkaji dari sudut luar dan dalam umat umat islam berbangsa melayu ni…
Kesian… ada banyak kelemahan dari banyak sudut contoh yang aku boleh beri silaturahim, status (miskin dan kaya), sikap, hati budi, buruk sangka (paranoid), pemikiran dll

Jadi sahabat sahabat seagamaku baliklah ketempat asalmu iaitu ISLAM dan rujuk AL Furqan dan Sunah bagaimana Allah perintahkan kita aga menjadi khalifah yang terbaik dibuminya dan Nabi Muhammad mengajar kita cara cara meneruskan hidup yang lebih sempurna, aman, bersaudara, ikhlas, berilmu…tak ketinggalan jugak menjadi contoh pada yang kafir agar mereka nampak kecantikkan ISLAM dan insyallah satu hari nanti dakwah kita membuatkan mereka mengaku dengan ikhlas dan hati yang terbuka bahawa “TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU RASUL ALLAH…

ampun maaf jika kata kata aku yang membuat kalian pedih menerimanya. apapun tulisan ini aku tulis dengan linangan air mata bukan dengan hati yang marah, benci atau kesal…sekian dari aku untukmu umat melayu kesayanganku…ASSALAMUALAIKUM WBT

jihad fisabilillah
ex - army 10887xx
Uniform Tango
Juliet Bravo

pedang.jihad@gmail.com

LEKLOOK said...

Kadang-kadang semakin naik menyampah dengan gelagat sesetengah daripada kita ni....

Apapun ia masih menjadi nilai berita untuk dikongsi.

Anonymous said...

salam,toktiger!tahun 2008 adalah tahun yang panas untuk rakyat malaysia.
Rasanya panas ini berpanjangan dan bahaya jika tidak di kawal.Umpama kena demam panas.....kalau tak diubati,boleh mati,cacat atau sawan.Kalau terus mati takpe,ni asyik sawan aje memanjang..mana boleh tahan.tak senang duduk di buatnya. Lebih baik pihak berkuasa memantau perkembangan ini.
Pepatah Melayu :SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA. Bahaya sungguh puak yang cuba memesongkan fikiran rakyatni,dengan menggunakan lesen kebebasan bersuara.

Anonymous said...

ATM wajar tidak menjadi alat dan tunduk kepada kuasa politik untuk kepentingan beberapa individu.

ATM perlu mengambilalih kerajaan jika polis sudah tidak mampu menjaga keselamatan negara.
kluangman

Wakmasnoor said...

Salam DIY.

Bukan saya menyokong tindakan menggunakan TENTERA bagi tujuan mengawal sesuatu perhimpunan. TETAPI pada masa dan ketika ini, persiapan dalam menggunakan tentera sebagai suatu alternatif, ADALAH AMAT PERLU DAN MUNASABAH.

Mungkin kita akan faham mengapa tidak lama aje lagi...

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Saya berpandangan bahawa negara kita bangkit menjadi tahap pada ketika ini dengan perpaduan dan kebijsanaan pemimpin-pemimpin kita Dato,Demonstrasi tidak pernah mendatangkan apa-apa kelebihan selain menjadikan kesesakan,tanggapan buruk masyarakat dunia,menyusahkan pihak polis/tentera,mewujudkan sikap yang asing rakyat malaysia(sopan santun),Saya percaya sekiranya mereka ini yang sering berdemonstrasi melihat "demonstrasi sebenar" dinegara-negara yang bergolak rasanya "kecut perut".
pernahkah diaNtara kita mendengar bunyi letupan bom,serangan-serangan peluru hidup dan serang hendap...sesekali tanyalah kepada mana-mana individu yang pernah ditugaskan ke Bosnia sekitar tahun 1994-1996..disitu tafsirlah sendiri.Saya sokong saranan P.M.

manggis said...

Anwar Ibrahim BAPAK kepada segala perhimpunan haram. Inilah sahaja sumbangan Anwar untuk negara. Mewariskan budaya samseng .budaya mengkucar kacir, budaya fitnah, budaya konspirasi dan macam-macam budaya bodohlah!!!

BAPA DEMONSTRASI dan bapa kepada segala KEPALA BAPAK dia.

Aku nak tanya kenapa yang banyak hendak berdemonstrasi ini adalah orang-orang India dan segelintir Cina dan melayu yang tak sedar diri?

Anwar sebenarnya telah mengajar orang-orang India BESAR KEPALA. Anwar adalah dalang kepada semua isu ini!!!!

BANGSAT LU ANWAR !!!!!!!!!!!

Ujang said...

Cuba tengok siapa sebenarnya NGO ini, kebanyakannya bukan Melayu dan ada yang kredibiliti mereka ini diragui macam si malaun Irene, pernah ada kes di mahkamah!
Yang pasti orang Melayu yang banyak buat demo jadi barua kepada malaun ini semua, termasuk pemimpin bodoh mereka si Anwar yang dari muda sampai tua nak mampus, buat kacau bilau!
Jadi berhati-hati kita kepada pemimpin NGO Bukan Melayu ini!
Saya setuju benar tentera digunakan untuk mengawal demo ini, ialah biar ada rasa takut! Bukan nak perkecil Polis! Sekurang-kurangnya Polis tidak sendirian!
Sebelum huru-hara, ISA je mana yang terlibat!
Ingatlah Melayu yang jadi barua-barua ini, sampai masa anda semua akan jadi seperti melukut di tepi gantang. Permainan bukan Melayu ini terutama dari DAP dah lama kita baca!
Ingatlah sebelum terlambat...

Akar Umbi said...

DIY,

Saya ni memang pro-kerajaan dari dulu lagi. Bab perhimpunan anti-kerajaan ni, secara peribadi taklah saya halang. Suka hati merekalah untuk melepas dan menunjukkan perasaan. Cuma satu TOLONG jangan di tempat-tempat tumpuan awam, kerana ini menjejaskan perjalanan mereka yang mempunyai urusan. Kebetulan dah banyak negeri mereka sendiri menjadi kerajaan, contoh Selangor buatlah kat stadium shah alam. Kat sana bukan laluan utama, tunjuklah apa saja yang mereka nak tunjuk dan memekiklah apa mereka nak pekik. Pagi tadi, hantar anak ke kampus polis dah mula buat road-block di plaza tol sg rasah, maka laluan trafik pun terjejas.

Lagi satu bila berdemontrasi, khabar angin cepat merebak. Maka kalaulah timbul provokasi dari pihak ke3, pastinya kacau bilau akan meletus. Penganjur dan peserta boleh jamin dari huru hara ke?

Unknown said...

salam,
saya rasa kita sekarang tiada pemimpin yang bagus dan pandai lagi
jika menggunakan cara aduan liwat utk
menjatuhkan org lain yg sepatutnya dibincangkan dulu ngan tg dituduh supaya jalan penyelesaian dicapai,sekarang ianya menjadi satu bahan ketawa sedunia,amat malu bagi rakyat M'SIA yg kerja dan belajar di luar negara pada masa ini.
yg berkuasa haruslah mencari penyelesaian agar jangan mencemarkan imej negara,harus diingat jika kita dipandang hina didunia amatlah susah peluang kita seterusnya.janganlah kita rasa dunia luar tidak penting dan rakyat biasa boleh ditipu dan disogok dengan tipu muslihat.
apabila negara kita berada ditahap paling rendah barulah kita faham betapa susahnya nak dapat visa untuk pelajar dan perniagaan.
jangan salahkan orang yang tak ada kuasa salahkan orang yang pegang kuasa dengan betul atau tidak untuk membetulkan keadaan.
salam

Anonymous said...

if you notice, it's all this Indian thing... Indians r behind all the troubles in m'sia = Hindraf=ISA=Karpal=Param=Miss Ambiga=Malaysian Bar Council=Irene Ferdendez=Ivy Josiah=PKR. The latest, protest to joint police-army exercises.
Anwar has their backing as long he becomes PM, even when there is civil unrest, but other peace-loving Malaysian want to live normally and in hormony, Indians will play the race card, so anwar will follow,as long as he become PM.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Yang ramai pergi demo jalanan ni orang Melayu. Cina dengan India tengok aje.

Bila HINDRAF buat demo, Melayu jugak yang ramai keluar menyokong.

Yang dapat hasil Cina Pulau Pinang dengan Hindu Perak.

Melayu PKR duduk tepi jalan... Tunggu dan kibar bendera untuk bapak demo jalanan.

Anonymous said...

saudaraku tiger,

BARU hari ini berkesempatan melayari blog saudara. Biasanya rutin pagi ke sini dulu, sebelum menziarahi blog lain. Banyak perkembangan baru.
Saya dari dulu adalah orang yang anti perhimpunan haram.
Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana bimbangnya orang ramaiapabila ada perhimpunan haram. Sewaktu di luar negara, jangankan ada perhimpunan haram, ada pesta jalanan pun, pekedai sudah pasang papan dan besi penghadang di premis mereka. Takut dicerobohi atau di musnahkan. Bagai mana ruginya mereka kalau ada perhimpunan haram. Fuh, kalau nak ceritakan, perhimpunan haram tu azab bagi ramai pihak.
Saya tak tahu pula mengapa ada orang kita kini suka buat perhimpunan haram. Sikit-sikit buat perhimpunan haram.
Entahlah, dalam keadaan sekarang lebih baik duduk di rumah. Apalah guna susahkan diri. Buang tenaga, buang masa dan buang duit minyak aje.

Anonymous said...

Salam,

Saya rasa daripada kita membazir tenaga, masa, MINYAK nak pegi tepat protest dan lain2... Lebih baik gunakan masa hujung minggu dengan aktiviti2 yang lebih berfaedah seperti beriadah dengan keluarga dan orang rumah. Protes pun bukannya minyak boleh turun pun, bukan ke namanya membazir masa namanya?

Rasanya pemimpin PR terlalu kalut, dah tak tau nak berfikir dan bertindak dengan berhemah, masih lagi dengan budaya "pembangkang" mereka tu.

Anonymous said...

Saya masih kepelikan dengan perangai DSAI yang sekejap takut diugut bunuh, tapi berani pula bertemu dengan ribuan orang. Atau pun DSAI punya protection gila2 kau atau memang sudah "kebal"? Entahlah. Protes punya protes, boleh ke minyak turun esok dengan protes ni rakan2 oi?

Anonymous said...

Salam Datuk,
Memang nampak sangat diorang takut dengan bayang2 hitam yang diorang cipta sendiri. Kalau dah tau buat demo tu salah dan membahayakan diri sendiri, tak payah buat. Hanya buang masa dan tenaga je... Kepada NGO yang sokong Anwar dan penyokong Anwar tu, korang semua nampak je berani nak buat sertai demo tapi sebenarnya takut..."hang kata hang terra (terror), tapi hang takuuut"...