Tuesday, July 22, 2008

MIKE TYSON MAHU TANDING NAIB PRESIDEN

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, hari ini mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti pada Disember tahun ini.

Buletin 1.30 tengahari TV3 sebentar tadi menyatakan TS Muhammad yang pernah menjadi Naib Presiden sebelum ini, mengumumkan hasrat bertanding bagi memperkukuhkan UMNO.

Selamat mencuba.

16 comments:

apisfires said...

what???
ape dia mau buat ni??
makin jahanam la melayu umno...
dah geti ke bahasa inggeris wahai mr prestation...??
hahahaha
ala tok ghimau...
oarng tua ni ape la menteri pintu belakang...
lawan la betul2, jangan sampai calon lain pulak kene tuduh politik wang plak macam isa samad....
jadi la dia naib presiden free...
kerana di lantik dolah badawi..

terubuk jantan said...

Salam Perjuangan Dato,
TS Muhammad sekali lagi bercadang bertarung didalam gelanggang pemilihan pada kali ini,ini nampak gayanya memeriahkan lagi suasana dan kehangatan pemilihan UMNO tahun ini.Dato,TS Muhammad ini pernah merasai jatuh bangun dalam politik dan cekal dan tabah dalam UMNO itu pasal rasa saya beliau dipanggil MIKE TYSON KOT.....namun saya selaku akar umbi merasakan adalah lebih baik beliau menumpukan seluruh jiwa dan raganya serta keringat yang ada untuk menawan semula negeri selangor dari kerajaan "sediada" atas kapasiti Pengerusi Badan perhubungan Umno Negeri Selangor.Dato,saya suka dengan kata-kata dari astro suatu masa dahulu iaitu "yang lama kita raikan,yang baru kita "RIAKAN" ".....

P/s: kita mahu "pahlawan melayu".....

Anonymous said...

Kalau setakat naib presiden buat apa?

Kalau berani tanding le jawatan Presiden ataupun Timbalan Presiden baru mampu buat perubahaan. yang tanding naib presiden ni semua bacul la ataupun dua naib presiden sekarang ni lembap atau malas? Tak cekap dan perlu diganti?

Apa la UMNO ni...

ibrahim yahaya said...

Sdr Apisfires,

Biarlah beliau bertanding. Lagi ramai lagi bagus. Boleh pilih yang terbaik di kalangan yang baik-baik. Sdr nak bertanding pun boleh juga. Carilah 10, 19, 38 atau 58 pencalonan bahagian.

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

TS Muhammad inilah yang mula memperkenalkan "Melayu Baru" dan kemudiannya dipopularkan oleh UMNO untuk menggambarkan golongan Melayu baru yang yakin menghadapi segala rintangan dan cabaran. Melayu pengecut tu Melayu lama ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Semua pemimpin UMNO mempunyai kecekapan masing-masing. Ada yang mahir berpolitik, ada yang bijak dalam ekonomi dan keusahawanan, ada yang suka turun padang dan melawat akar umbi, ada yang pandai berpidato dan ada yang sedia bermuzakarah.

Yang penting, jangan pandai menipu dan menjadi pelesit menghisap darah orang miskin sepanjang masa. Yang penting nasib bangsa semua peringkat perlu diperjuangkan.

Ada pemimpin yang adil dan bijaksana - satu untuk kerajaan, satu untuk parti dan satu untuk diri sendiri. Bukan pemimpin yang haloba - semua untuk diri sendiri. Nahas bangsa, tiada makna.

Sang Rajuna said...

Salam,

Saya kira kalau UMNO hendak dipulihkan, orang-orang seperti TS. Muhammad Taib sepatutnya meninggalkan UMNO, bukan terus bergayut dalam UMNO.

Saya tidak tahu adakah UMNO tidak mempunyai tokoh-tokoh pelapis yang lebih layak dan lebih berwibawa untuk menggantikan tokoh lama seperti beliau?

Anonymous said...

Betul kata Dato'...
Biarlah TS Muhammad bertanding Naib Presiden. Bukannya terus jadi Naib Presiden. Baru bertanding pun diorang dah kecoh. Belum tau menang atau tak sebab saingan pun agak sengit...

Anonymous said...

dia boleh bertanding tetapi kali ni dia kena pakai glove yang besar sikit, boto tak tok?

Anonymous said...

Daddy

UMNO hanya bercakap soal muzakarah bila dalam nazak macam ni. Cuba tengok kalau mereka senang semua habis di telan. Sejarah telah membuktikan.

NO to UMNO.
YES to PAS

Anonymous said...

Salam Datuk,

Patut ke ahli-ahli umno mengundi seseorang yang membawa duit-duit yang berjuta -juta ringgit untuk membeli sebuah rumah yang mewah di Australia?

Dan saya percaya beliau tidak akan berada di posisi sekarang ini jikalau beliau bukan penyokong kuat Pak Lah. Lebih-lebih lagi beliau bukanlah ahli yang dilantik di dalam parlimen.

ibrahim yahaya said...

Sang Rajuna,

Cuba fikir sebaliknya. Orang macam TS Muhammad Muhd Taib inilah yang amat ditakuti oleh pembangkang. Oleh itu, mereka sudah pasti mahu orang lain melihatnya sebagai tidak baik atau tidak amanah. Betul ke dia tidak baik? Ramai lagi yang membawa duit ke luar negara. Tapi tak ditangkap pun.

Mike Tyson memang sudah kaya sebelum masuk politik. Rajin berniaga selepas jadi guru. Salah ke menjadi kaya di negara ini? Ini soalan hendak mencari nahas kan? Siapa yang hendak belasah?

ibrahim yahaya said...

Sdr Sitinur.

Baru bertanding je, biarkan la ekk.
Menang kalah belum tentu. Perwakilan UMNO yang akan menentukan.

Sori, orang parti lain seperti PAS tidak boleh mengundi Disember ini. PRU13, boleh la. Ahli UMNO yang akan memilih pemimpin mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bujai,

Takyah pakai glove. Semua orang dah tahu kehebatan Mike Tyson.

Anonymous said...

Saya besetuju, pertandingan terutama untuk jawatan Naib Presiden tidak akan meriah tanpa Raja Wang. Perwakilan harus merasa lega kerana kali ini durian bukan sahaja runtuh tetapi rebah menyembah bumi, makin UMNO tidak relevan makin ia menjadi jadi kerana ramai yang beranggapan UMNO akan perintah Malaysia sampai kiamat.

Sejak anak anak dah membesar, jarang sekali saya berkesempatan ke zoo, mungkin Disember ini, saya akan buat lawatan, bukan zoo di Hulu Kelang, tapi di PWTC- kluangman

Unknown said...

Zaman Mat Taib telah berlalu. Peluang untuk menjadi orang yang berpengaruh dan berkuasa telah beliau nikmati dan pada ketika dan waktunya disalahgunakan untuk poket dan konco-konconya. Maka saya berasa hairan apakah semua ini masih tidak cukup baginya? Negerinya telah ditawan pembangkang. Bukankah lebih bermakna jika menumpukan saki baki tenaganya untuk menwan semula tanah yang telah tergadai.