Thursday, July 31, 2008

BADUT BERTANDING DI PUTRAJAYA?

BADUT, gelaran kepada "individu" yang disebarkan dalam sistem pesanan ringkas (SMS) oleh pihak tertentu yang tidak mahu pemimpin berkenaan menentang Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi dikatakan mendapat satu pencalonan.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa Cawangan Pakma Precint 9 telah mencalonkan "BADUT" itu menentang Setiausaha Agung UMNO bagi jawatan Ketua Bahagian Putrajaya. Pencalonan menerusi undi sulit.

Ejen kenit menerangkan "BADUT" berkenaan, yang dipecat menjadi CEO Biro Latihan UMNO baru-baru ini kerana menyatakan hasrat untuk bertanding melawan Ketua Bahagian, difitnah menabur wang kepada ahli Bahagian Putrajaya.

Tidak baik memfitnah orang. Kesian BADUT tu.

BADUT itu, yang pernah menjadi Ketua Penerangan Bahagian sebelum digugurkan oleh Ketua Bahagian beberapa tahun lalu dikatakan memerlukan empat lagi pencalonan untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Nampaknya, semakin ramai Ketua Bahagian UMNO berprofil tinggi yang mempunyai jawatan Menteri atau jawatan politik ditentang atau diketepikan di peringkat cawangan dan bahagian.

Apa petanda ni?

9 comments:

Anonymous said...

Imej UMNO sudah semakin tercemar gara-gara ketidak-yakinan orang terhadap kepimpinan Pak-Lah. Tambah pula dengan kerancakan suara dan perjuangan PR, rakyat sudah terpengaruh dan mula memandang serong terhadap UMNO.

Ahli-ahli UMNO dianggap bertanding hanya untuk kedudukan pangkat yang tinggi, kuasa dan duit kemewahan sahaja. Ini membuatkan rakyat marah dengan parti UMNO.

ibrahim yahaya said...

Sdr PM,

Seperti yang saya selalu katakan, ketika ini ialah peperangan untuk menyakinkan rakyat. Mereka yang mempunyai strategi lebih bagus akan dapat menyakinkan rakyat. Taburlah apa saja maklumat. Jika rakyat sudah percaya, warna biru pun dikatakan hijau atau merah pula dikatakan biru. Percayalah.

Anonymous said...

Mungkin badut tu tak suka Linggam

Anonymous said...

tok rimau ...

siapakah nama badut tu tuk ??

ibrahim yahaya said...

Sdr Kutty,

Itu kena tanya sama dia.

Tapi isu Lingam itu bikin haru pada Melayu. Mungkin itu tujuannya, bikin haru sama bangsa. Semua masuk menghadap termasuk TDM. Nak memalukan siapa?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Jika dia boleh bertanding, nanti saya tanya Ejen Kenit. Beliau perlu empat pencalonan lagi. Wartawan pun tolonglah buat laporan mengenai pencalonan dari Cawangan Pakma itu. Barulah bantu orang baru, bukan tumpukan kepada orang lama saja. Nampaknya, The Star ada tulis mengenai keadaan di Bahagian Putrajaya sebelum ini. Laporan mereka tepat. Media lain, bagaimana?

Jika ada kengkawan kat Putrajaya, tolonglah bantu calon beliau. Calonkan dulu. Ejen kenit kata dia seorang yang baik dan mampu menjadi pemimpin pelapis UMNO. Jika ada pihak tabur wang untuk menidakkan pencalonan pemimpin itu, tolong repot kat BPR. Mari kita banteras rasuah politik. Barulah aman dunia ni.

A Hamid's East of the West said...

'Badut' yang dizalimi itu adalah seorang yang bermaruah dan berani; berani untuk menyatakan yang benar dan berani untuk berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Kepada ahli2 UMNO yang bermaruah dan sayangkan bangsa, berikan sokongan kepada si Badut itu.

Badut ke? Badutlah. asalkan berjuang bukan untuk kepentingan diri.
Selamat berjuang siBadut, jangan hiraukan manusia2 yang hipokrit itu.

Bentayan

A Hamid's East of the West said...

Wahai SiBadut,
Teruskan perjuangan. Pedulikanlah gelaran2 yang dilontarkan. Perjuangan bangsa masih belum selesai terhadap manusia2 yang hipokrit yang takda kerja lain melainkan untuk kepentingan perut buncit masing2.

Teruskan siBadut.

Kepada warga UMNO Putrajaya, berikan sokongan anda kepada siBadut ini kerana selama ini yang ada2 melihat dan menganggapkan saudara sebagai badut2 yang boleh dijualbeli.

Bentayan

tok janggut said...

Salam,
Bukan sahaja di Putrajaya, malah di banyak tempat perkara yang sama berlaku.

Bertandinglah tapi biarlah dalam keadaan sihat. Bolehkah ini berlaku? Jika boleh, ini petanda ke arah penyatuan, jika tidak, itu petanda ke arah kehancuran.

Sebagai rakyat bersiap sedialah menerima keadaaan. UMNO ke arah kehancuran sekarang. Ramalan saya, selepas Najib jadi PM, UMNO akan lagi tenat.

Anuar sekarang mengambil kesempatan atas kesibukan perwakilan UMNO memilih ketua bahagian, cawangan, pemuda, wanita dan lain-lain. Tidak keterlaluan sayakatakan jika ramai ahli UMNO akan undi Anuar dalam pilihanraya nanti kerana kecewa dengan pemilihan ketua bahagian dan cawangan.

Sekian